Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Oktober 03, 2010

Politik ketaksuban - Jangan Ulangi Sejarah Suram

Sumber



Kita tidak ingin mengulangi sejarah silam. Politik ketaksuban dan kepuakan hanya akan mengundang perbalahan yang tidak berkesudahan. Politik sepatutnya dibina atas hujah dan idea, bukan taksub dan sokongan secara membabi buta. Di negara kita, politik idea ini belum kuat berkembang atau belum menguasai keadaan.

Kita dalam politik sering membahagikan manusia berdasarkan parti, bukan berdasarkan pendekatan dan kefahaman. Ini telah lama bertapak dalam pendekatan kita. Jika ada yang mengkritik kerajaan dia dituduh penyokong pembangkang dan mungkin juga diambil tindakan. Jika ada yang mengkritik pembangkang, dia dituduh pro atau pengampu kerajaan, dan mungkin juga akan dimaki, atau dicerca.

Hal ini menyebabkan pemikiran dan idea yang baik tidak dapat disalurkan disebabkan perbalahan politik. Jika kita bersetuju dengan beberapa idea yang baik pembangkang, atau kerajaan maka kita akan menjadi mangsa salah satu dari pihak berkenaan. Idea dan pemikiran yang baik menjadi mangsa ‘kehasadan’ politik.

Ia bercanggah dengan apa yang Allah tegaskan dalam al-Quran dalam Surah al-Maidah, ayat 8: (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menjadi saksi yang saksama; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhmadulillah tulisan yang baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...