Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Rabu, Februari 09, 2011
Benarkah Pemerintah menolak Islam saperti di dakwa PAS?
Islam bukan dibawa oleh PAS. Islam agama di sisi Allah dan dibawa oleh Nabi. PAS hanyalah wadah politik yang di gunakan untuk mencapai cita cita politik.Samada PAS wujud atau tidak, kita sebagai umat Islam mesti menegakkan hukum Allah dengan apa cara sekali pun.
PAS wujud di negara ini sebagai wadah politik yang ingin melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah? Apa akan jadi sekiranya PAS tak wujud didalam negara ini? Apakah kita semua tak mampu memperjuangkan Islam tanpa PAS?
Selama lebih 50 tahun pemerintah yang ada sekarang berkuasa, apakah negara ini bertukar menjadi sebuah negara kuffar? Apakah tiada penerapan pentadbiran berlandaskan syariat Islam yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dulu dan sekarang?
Pemerintah melakukan perkara-perkara maaruf seperti membina masjid, membina institusi perbankan Islam, sistem pembelajaran Islam melalui Universiti Islam , Tabung Haji dan juga Takafful Islam bagi kemudahan umat Islam menjalani kehidupan sosial dan juga keperluan rohani.
Pemerintah juga berusaha melaksanakan konsep Nahi Mungkar melalui penyelarasan sistem syariah yang diterapkan ke dalam undang-undang sivil negara. Hukum Qisas dan Takzir juga digunapakai didalam kebanyakan perlaksanaan hukuman mahkamah Malaysia yang tertakluk kepada semua lapisan kaum.
Jadi, mengapa PAS tetap mengatakan bahawa pemerintah menolak dan menentang Islam? Jika Hudud yang menjadi alasan mereka, ternyata sehingga kini PAS sendiri masih kabur dengan pendirian Hudud mereka. Malah ada diantara mereka sendiri yang mengaku Hudud tak mampu dilaksanakan.
Jika hendak dikatakan pemerintah gagal memperjuangkan konsep Amal Maaruf Nahi Mungkar di Malaysia, PAS juga tak mampu melakukan hal yang sama di negeri Kelantan dan Kedah. Perlu diingat, Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum dan bukannya hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.
Oleh itu, masalah sosial seperti penjualan arak, perjudian dan pelacuran serta pelbagai lagi masalah sosial tak dapat dihapuskan sepenuhnya. Kerajaan sekarang hanya mampu mengekang dan juga membataskan segala masalah ini.
Begitu juga halnya dengan pentadbiran Nik Aziz di Kelantan dan Azizan di Kedah yang masih terkial-kial untuk menunaikan janji pilihanraya mereka. Bercakap memanglah senang, tetapi untuk melaksanakan semua ini bukan mudah. Semua orang boleh jadi pemimpin jika cakap kosong saja yang diambil kira sebagai KPI.
Dan jika ada satu pihak yang mendakwa memperjuangkan Islam dengan sekadar omong kosong, dan satu lagi pihak memperjuangkan Islam dengan perbuatan.., yang mana satukah harus dipilih? Tepuk dada dan tanyalah diri sendiri. [Sumber]
Labels:
Politik dan Dakwah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Mu gi sekolah balik lah. Hambarnya mindamu.
Catat Ulasan