Telah sepakat para ulama yang berdiri di atas paksi ahlus sunnah bahawa menasihati dan menegur kesilapan penguasa/pemimpin adalah merupakan perintah dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Namun ia bukanlah dilakukan di khalayak ramai atau umum, tetapi dilakukan secara peribadi iaitu di kalangan mereka yang berilmu. Menegur pemimpin di khalayak umum adalah salah satu contoh sikap yang tidak sopan yang mana adalah menyalahi sunnah, malah merupakan kejahatan hawa nafsu kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
Maksud nya: “Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)
Ibnu Nahhas rahimahullah berkata:
“Saat yang amat tepat untuk menasihati pemimpin adalah disaat sepi dari pihak ketiga. Ini lebih baik daripada bersuara secara terbuka di hadapan media massa, bahkan menyuarakan dan menasihati pemimpin lebih mulia secara rahsia tanpa ada liputan pihak yang ketiga.” (Tanbihul Ghafilin ‘An A’ma lul-Jahilin wa-Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)
Syara’ tidak pernah menghalalkan sesiapapun dari kalangan umat Islam untuk mengumpat, membongkar keburukkan, mencari cacat-cela, sengaja menghina, mengkafirkan dan mereka-reka fitnah terhadap pemerintah, lebih-lebih lagi jika bertujuan untuk menjatuhkannya. Terdapat banyak hadis-hadis sahih yang mewajibkan umat Islam mematuhi dan mentaati pemerintah Islam demi menjaga dan memelihara kesatuan umat, keutuhan agama dan martabat Islam:
"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya Allah rela atas kamu dalam tiga perkara: Hendaklah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah-belah, dan hendaklah kamu sekalian saling menasihati dengan orang yang diangkat Allah untuk memegang urusanmu (pemimpin kamu)". (Musnad Imam Ahmad, 2/376)
Maksud "Pemimpin kamu" ialah "Para pemimpin yang beragama Islam". Dalam hal ini al-Allamah As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz berkata:
“Bukanlah termasuk uslub (metode/kaedah) para ulama generasi awal dalam hal melakukan perbuatan mendedahkan aib pemimpin dan menyebutkannya di atas mimbar (atau pentas), kerana hal ini hanya menimbulkan kerusuhan (kerosakan) dan hilangnya ketaatan rakyat terhadap pemimpin, juga menyebabkan banyak persepsi dan pandangan yang merbahaya yang tidak mendatangkan manfaat”.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:
Maksudnya: "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya". (Hadis Riwayat Bukhari)
Di dalam Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya ada termaktub:
“Apabila kemungkaran itu dilakukan oleh seorang pemimpin atau selainnya, hendaklah dia dinasihati dengan lemah lembut dan secara rahsia sehingga tidak diketahui oleh seorangpun, dengan harapan dia mahu menerimanya. Jika dia enggan, maka mintalah bantuan seseorang untuk menasihatinya dengan bersembunyi-sembunyi agar dia menerima nasihatnya. Jika sekiranya dia menolak juga, maka kita boleh secara terang-terangan mengingkari sifat pemimpin seperti itu”. (Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya. Hlm. 49)
Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata:
“Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (umum). Namun hendaklah dia berbincang secara empat mata dalam menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak melekehkannya sebagaimana terdapat dalam hadis”. (Sail al-Jarrar 4/556. Asy-Syaukani)
Ini bermakna, sesiapa yang berpakat untuk menjatuhkan pemerintah atau pemimpin Islam adalah menyalahi manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah. Begitu juga, mereka yang suka melontarkan kata-kata kotor, membuat tuduhan palsu, memfitnah dan mengkafirkan para pemimpin Islam adalah bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berada di atas manhaj yang tulen. Maka kepada mereka yang terlibat dengan pekerjaan mungkar ini, hendaklah bertaubat dan merubah niat kepada nasihat, kerana telah berkata Abu Usman az-Zahid:
“Nasihatilah para penguasa, perbanyakanlah doa untuk mereka agar mereka melakukan kebaikan dan kebenaran dalam beramal dan menjalankan hukum. Sesungguhnya jika mereka baik, maka akan baiklah rakyat. Hati-hatilah kamu! Jangan sampai kamu mendoakan keburukan atau melaknat mereka, kerana yang demikian hanya akan menambah kerosakan keadaan orang-orang Islam. Tetapi mintakanlah ampunan kepada Allah untuk penguasa (pemerintah dan pemimpin), semoga mereka meninggalkan perbuatan yang tidak baik, kemudian dihilangkanlah musibah dari kaum Muslimin”. (Al-Jamii Li Syu’abil Iman. 13/99. Al-Baihaqi. Cetakan Dar as-Salafiyah)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya manusia itu apabila mereka melihat kezaliman dan mereka tidak mencegah dengan tangannya, maka dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka keseluruhannya".
Berkata Ibn Abil 'Izzii rahimahullah:
"Sesungguhnya al-Quran dan as-Sunnah telah menunjukkan atas kewajipan menasihati pemerintah dan seterusnya taat kepada pemerintah selama dia tidak memerintahkan agar melakukan kemaksiatan".
Firman Allah Azza wa-Jalla:
Maksudnya: "Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemerintah di antara kamu". (an-Nisa 4: 59)
Semua nas di atas menyeru umat Islam menasihati pemerintah atau pemimpin. Tidak dibenarkan menentang mereka, tetapi diperintah agar mendoakan mereka. Ibnu Nahhas berkata:
“Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di hadapan khalayak ramai. Bahkan amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Tanbih al-Gafilin an-A’malil Jahilin wa-Ta’zirus Salikin Min Af’alil Halikin. Hlm. 64)
Haram menubuhkan pemerintahan dalam sebuah negara Islam yang telah ada pemerintah dan ketua negara yang sah. Malah sesiapa yang menentang pemerintah yang sah yang telah dipilih oleh rakyat, kemudian memimpin rakyat untuk memprotes secara yang tidak sihat dan memfitnah penguasa (kerajaan) tanpa ada bukti, maka mereka ini sebenarnya mewarisi sifat-sifat kaum Khawarij yang sikapnya gemar memberontak, yang mana perbuatan mereka bertentangan dengan nas-nas al-Quran, as-Sunnah, atsar para sahabat dan fatwa-fatwa para ulama muktabar yang mengharamkan perbuatan sedemikian.
Telah berkata Muhammad bin al-Hussin al-Ajuri rahimahumullah (dalam memberi peringatan kepada kaum Khawarij):
"Khawarij adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Ali radiallahu 'anhu. Cara mereka menentang dengan melaung-laungkan slogan: ( لاَحُكْمَ اِلاَّ للهِ ) bermaksud: "Tidak ada hukum kecuali dari Allah" (Slogan ini samalah dengan apa yang dilaungkan oleh kelompk-kelompok tertentu yang lantang menentang kerajaan pemerintah di beberapa negara Islam. Mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak bersama kelompok mereka, tidak berjuang bersama mereka dan tidak berhukum dengan hukum Allah).
Berkata Ali radiallahu 'anhu untuk menentang dan membatalkan di’ayah/propaganda yang dilaungkan oleh Khawarij iaitu (لاَحُكْمَ اِلاَّ للهِ), maka beliau berkata:
"Kalimah yang hak tetapi yang mereka inginkan dari laungannya ialah kebatilan (kehancuran pemerintah)".
Fahaman Khawarij telah digerakkan semula oleh golongan fanatisime dengan nama dan istilah "Pejuang Tauhid Hakimiyah" iaitu mentauhidkan hukum, atau mengkafirkan secara mutlak sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Golongan ini telah bergerak di negara-negara Islam termasuk di Malaysia.
Mereka menghidupkan fahaman “Tauhid Hakimiyah” di setiap tempat yang dapat menerima fahaman ini. Kebiasaannya berselindung di sebalik parti politik. Ruang untuk mereka bergerak terbuka luas kerana kebanyakan negara-negara Islam yang mengamalkan dasar politik demokrasi mengizinkan sesiapapun dari rakyatnya menubuhkan parti politik yang baru.
Mungkin amat menakutkan apabila kita mengetahui bahawa Khawarij disebut dan digelar sebagai anjing neraka oleh Nabi Mhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Disuatu kejadian, diriwayatkan oleh Sa’id bin Jamhan, beliau berkata:
“Aku mendatangi Abdullah bin Aufa (seorang buta), lalu aku memberi salam kepadanya. Beliau bertanya, siapa kamu? Aku menjawab: Sa’id bin Jamhan. Beliau bertanya. Apa yang dilakukan oleh orang tuamu? Aku menjawab: Dibunuh oleh kaum Azariqah. Beliau berkata: Semoga Allah melaknat orang-orang Azariqah kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya mereka adalah anjing-anjing neraka”.
Aku bertanya, apakah itu khusus pada orang-orang Azariqah atau untuk orang-orang Khawarij seluruhnya? Beliau menjawab: Orang-orang Khawarij seluruhnya. (Hadis Riwayat Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah. Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)
Imam Ahmad rahimahullah menguatkan lagi riwayat hadis di atas, iaitu agar tidak mencela penguasa dan tidak meniru sifat-sifat Khawarij:
“Aku (Ibnu Jamhan) berkata: Sultan berlaku zalim kepada manusia dan menindas mereka. Dia berkata: Lalu dia (Abdullah bin Aufa) memeluk tanganku dan menariknya dengan kuat, kemudian berkata: Celaka kamu wahai Ibnu Jamhan! Kamu wajib mengikuti sawadul a’zam (beliau mengulangi dua kali), jika Sultan mahu mendengar darimu maka datanglah ke rumahnya dan beritahu yang kamu ketahui (menasihatinya), jika dia menerimanya maka itu baik, tetapi jika ia tidak menerimanya maka tinggalkanlah. Kamu tidak lebih tahu darinya”. (H/R Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah. Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan) - SUMBER
Wallahu'alam
.
Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Sabtu, Februari 12, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan