Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Rabu, November 30, 2011
Islam, Kristian dan Yahudi adalah agama Allah
Ia adalah istilah keagamaan yang dirujukkan kepada Allah, yang diturunkan kepada manusia, berasaskan kepada wahyu yang sahih pada mulanya. Ia diturunkan kepada rasul-rasul yang dilantik Allah, untuk menerima dan menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia tanpa ditokok dan ditambah.
Mengamal kitab-kitab Allah SWT memang ada perbezaan. Perbezaan dari segi istilah dan nama yang dimaksudkan kepada sesuatu kitab itu. Seperti Kitab Zabur, diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s. disebutkan Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 163. Manakala Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. dicatat dalam Surah al-Maaidah, ayat 44.
Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Allah Isa a.s., dinyatakan dalam Surah al-Maaidah, ayat 46 dan al-Quranul Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., disebut dalam Surah al-An'am ayat 19.
Memang nama-nama kitab Allah tersebut berbeza, namun inti pati sebenar daripada kitab itu tidak berbeza. Kitab-kitab itu membawa mesej yang sama dan yang paling asas adalah semua kitab memperkenalkan Allah sebagai Tuhan Yang Sebenar, Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana yang menjadi pencipta alam ini.
Dia (Allah) sahaja yang wajib disembah. Allah yang sama tidak pernah berubah, maka kerana itu wahyu-Nya pada umumnya tidak berubah pada perkara-perkara pokok. Wajiblah manusia seluruhnya beriman dengan Allah dengan melaksanakan tuntutan yang wujud dalam kitab-kitab tersebut tanpa dirubah dan dipinda.
Seluruh Rasul-Rasul dari Adam a.s hingga kepada Muhammad s.a.w, mengajak manusia beriman kepada Allah Yang Esa, dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.
Firman Allah (mafhumnya): "Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan (al-Quran) kepadanya, dari Allah, tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya. (Mereka berkata) "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-Rasul-Nya. Mereka berkata lagi, "Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali." (Surah al-Baqarah, ayat 285)
Semua Rasul disebut Rasulullah. Ertinya mereka semua adalah pesuruh Allah yang menerima wahyu dan menyamoaikan kepada manusia supaya sama-sama beriman kepada Allah.
Logiknya, jika semua Nabi dan Rasul dari Allah yang sama, bagaimana mungkin ajaran mereka beoleh berbeza khususnya pada perkara yang asas?
Sudah tentu, semuanya menyeru manusia beriman kepada Allah Yang Esa, percaya dengan kitab Allah yang diperturunkan melalui perantaraan malaikat, iaitu dari Allah mereka datang dan kepada-Nya mereka akan kembali.
Perbezaan yang ketara dan pertelingkahan antara satu sama lain, yang akhirnya nampak bertentangan antara agama lain, disebabkan, utamanya kerana Yahudi menyalahkan Nasrani, Nasrani menyalahkan Yahudi dan kedua-duanya pula menyalahkan Islam.
Islam pula menolak kefahaman yang dianuti oleh Yahudi dan Nasrani kerana tidak berpegang teguh dengan keaslian kitab-kitab Allah. Islam menolak kerana mereka mengubah ayat-ayat suci yang asal dalam kitab mereka.
Apabila agama Allah, khususnya wahyu Ilahi, diubah dan dipinda atau ditukar dan ditokok atas kehendak manusia, khususnya orang beragama di antara mereka, maka rosaklah agama Allah. Ia telah mewujudkan percanggahan antara satu sama lain.
Perihal berlakunya ubah pinda, tokok tambah terhadap agama yang dibawa oleh Rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w., dikhabarkan Allah dalam firmannya (mafhumnya): "Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah (Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata kepada,"kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati), "kami tidak akan menurut." (Mereka berkata) "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk, serta (mereka mengatakan) 'raa'ina'; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutarbelitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata, "kami dengan dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali dengan iman yang amat tipis." (Surah an-Nisa, ayat 46)
Perihal tokok tambah dan perubahan yang dilakukan dalam kitab-kitab (agama) terdahulu disebutkan Allah di dalam al-Quran antaranya Surah Maaidah (13 dan 41), al-Baqarah (75) dan banyak ayat-ayat lain.
Oleh kerana itu, maka agama-agama sebelum Muhammad dan kitab-kitab mereka dimansuhkan Allah semuanya dan digantikan dengan al-Quran.
Jika semua sudah kembali kepada al-Quran pastikan kesemuanya akan bersatu pada prinsip yang benar. Pertentangan yang berlaku antara sesama agama Allah, sebenarnya pertentangan bukan pada asas yang benar, tetapi kerana berlaku penyelewengan akibat tidak taat kepada perintah Allah.
Nabi Isa a.s. memberitahu kepada pengikutnya bahawa sebelum beliau, Allah telah menurunkan Taurah dan Zabur. Jika penganut agama samawi boleh menerima Taurat, Zabur dan Injil sebagai kitab Allah, mengapa mereka tidak boleh menerima al-Quran?
Begitu juga mengapa orang Yahudi percaya dan boleh menerima Ibrahim, Musa, Ayub, Ismail dan Yaakub sebagai Nabi, mengapa mereka tidak boleh percaya Isa sebagai Rasul? Begitu juga mereka harus menerima Muhammad sebagai Rasul yang diutuskan Allah.
Inilah pokok yang mustahak untuk saudara fahami, bahawasanya perbezaan yang wujud adalah kerana sifat manusia yang mengingkari Allah. Moga moga penjelasan ini memberi kefahaman kepada kita bersama.Waalhua'lam.
(Di petik dari Syarah Prof Datuk Dr Haron Din)
Khamis, November 24, 2011
Siapa di belakang Demonstrasi Jalanan
Bila sebut US, saya yakin semua orang kenal tentang pergerakkan CIA mereka? Mereka yang membuat tuntutan atas nama hak asasi atau “Human Right” yang biasanya berbentuk “provokasi” melalui demonstrasi jalanan tidak menyedari atau sengaja buat buat tak sedar bahawa mereka sedang bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA.CIA sudah berjaya menghuru hara kan beberapa banyak negara Islam dengan mencetuskan kekacauan saperti menghasut dan mengapi apikan pemimpin pemimpin anti kerajaan sesebuah Negara tersebut,samada secara sulit atau terang terangan, supaya mengadakan demonstrasi jalanan besar besaran atau pakatan sulit.Kerja ini lebih mudah bagi mereka sekiranya kerajaan kerajaan tersebut memang sedia pun bermasaalah dengan pihak anti kerajaan atau pembangkang.Pada setiap demonstrasi mereka akan hantar ejen ejen mereka dari kalangan rakyat tempatan melakukan provokasi dan seterusnya akan tercetuslah huru hara yang biasanya tidak ada kesudahannya. Mereka sudah berjaya mencetuskan beberapa siri huru hara dan peperangan di dalam negara Islam saperti Afghanistan,Iraq,Palestin,Mesir, Libya, Yemen dan lain lain nya.Organisasi organisasi dan pemimpin pemimpin tempatan terutama yang non Muslim yang anti Islam tidak mustahil ada kaitan dengan strategi CIA ini.Yang sepatutnya kita ambil peduli dan perhatian terhadapanya.
Adalah penting bagi kita umat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran yang sangat jernih lagi tajam tentang pergerakan CIA dan kumpulan kumpulan atau individu individu yang menjadi keldai tunggangannya.Kita perlu jangan taksub dan emosional terhadap fahaman politik kepartian masing masing.Buka minda kita dan berfikir dengan lebih tajam lagi untuk melihat dan menilai agenda di sebalik setiap tuntutan yang mereka tuntut.Mudah untuk di kesan sebenarnya,apabila sesuatu tuntutan itu sengaja di buat melalui cara demonstrasi jalanan sedangkan jalan mudah di atas meja bulat atau undang undang luas terbentang.
Adakah kita mahu terus jadi golongan yang benar-benar mahu menyokong tajaan mereka (CIA) dan diperalatkan tanpa sedar dan mahu tunduk dengan strategi mereka ?
Nota:
Anda mesti baca buku ini "CIVIL DEMOCRATIC ISLAM - Partners, Resources & Strategic" yang di tulis sendiri oleh ajensi US - The National Security Research Division. Mengenai ajenda dan strategi US melalui CIA dengan memperalatkan gerakan gerakan Islam untuk menghalang dan menghancurkan kebangkitan Islam di seluruh dunia .
Semoga selepas membacanya akan timbul kesedaran kita untuk merapatkan semula jurang fahaman politik masing masing, membina semula ukhwah Islamiah yang kian hancur untuk menghadapi musuh No 1 Islam yang sebenar - US.
Jumaat, November 18, 2011
Mengenali calon pemimpin boleh menang
Saya menjadi lebih teruja mengulas isu pemimpin hidup mewah sehingga rakyat menjadi jelek seperti kata Tun Dr. Mahathir. Inilah isu besar yang perlu dimuhasabahkan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh jadi kaya atau hidup mewah, tetapi biarlah wang itu datang dari usaha sendiri, bukan dari jerih perit orang lain atau wang hasil rasuah dan sebagainya.
Lihatlah contoh Nabi Muhammad dan para sahabat. Kesemua mereka adalah pemimpin negara. Adakah mereka hidup senang lenang dan kaya raya? Jawapannya tidak, sebahagian besar wang dan harta mereka digunakan untuk rakyat. Bukan untuk membesar perut dan menambah isteri. Golongan ini pergi menemui Allah SWT dalam keadaan sehelai sepinggang. Tidak ada banyak harta untuk diwarisi atau ditinggalkan. Bukan seperti kita, jadi wakil rakyat sepenggal, harta boleh diwarisi dari generasi ke generasi.
Dari mana mereka memperolehi wang sebanyak itu, sedangkan gaji wakil rakyat tidaklah seberapa. Sebab itu, saya setuju jika gaji atau elaun wakil rakyat dinaikkan. Sekurang-kurangnya dapat juga membendung sedikit gejala rasuah. Jika tidak, wakil rakyat ini akan sentiasa mencari funder untuk menambah pendapatan. Timbal baliknya, funder akan dianugerahkan projek dan tender.
Kadangkala hairan juga memikirkan bagaimana wakil rakyat ini boleh hidup mewah, jika tidak ada pendapatan tambahan. Jangankan masuk ke rumah, melihat keretanya sudah mencukupi. Jika wakil rakyat tersebut berjawatan logik juga. Kadangkala yang tidak berjawatanpun boleh hidup mewah, sedangkan sebelum jadi wakil rakyat kehidupannya serba sederhana.
Ramai yang mencadangkan supaya wakil rakyat dicalonkan dipilih dari kalangan orang kaya, yang sudah biasa dengan wang, supaya mereka tidak terkejut apabila melihat wang. Maka tidak berlakulah rasuah. Perkara ini ada kebenarannya, kerana hari ini kita pantang lihat wang selonggok, kelabu mata. Namun, pada hemat saya, sama ada calon boleh menang kaya atau miskin, tidaklah menjadi kriteria utama, yang penting mereka yang mahu menjadi pemimpin mesti ikhlas. Rakyat mesti dahulukan, pencapaian mesti diutamakan, itulah kata-kata yang mesti disematkan di hati seperti tagline gagasan 1Malaysia.
Ingatlah wahai para pemimpin, kepemimpinan itu satu amanah yang akan dihitung oleh Allah SWT. Ada perkiraan dunia akhirat. Rasulullah SAW memberi ingatan kepada Abu Dzar ketika beliau meminta jawatan. Kata Abu Dzar: “Wahai Rasulullah! Tidakkah Tuan memberi jawatan kepada saya”. Baginda seraya berkata: “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah. Sesungguhnya jawatan pada hari kiamat itu merupakan kerugian dan penyesalan, kecuali orang yang mengambilnya dengan penuh bertanggungjawab” (Riwayat Muslim dan Abu Daud).
Berapa ramai kalangan kita yang mengambil iktibar riwayat hadis tersebut? Berapa ramai yang faham maksud amanah dalam berpolitik? Imam al-Ghazali memberikan beberapa ingatan kepada para pemimpin dalam menjalankan amanah besar ini. Pertama, pemimpin hendaklah meletakkan dirinya supaya bersesuaian dengan semua aliran dan golongan rakyat walaupun berlaku perbalahan di antara mereka. Kedua, Pemimpin hendaklah tidak menghampakan orang yang datang kepadanya untuk mendapatkan keadilan. Ketiga, pemimpin hendaklah mengelakkan diri dari melakukan pembaziran atau hidup mewah yang keterlaluan, kerana akan menyebabkan keadilan sukar ditegakkan.
Keempat, pemimpin hendaklah bersikap terbuka dan lemah lembut, bukan bersifat ganas dan kasar dalam pentadbirannya. Kelima, pemimpin hendaklah menjadikan agama sebagai landasan pentadbirannya. Keenam, pemimpin tidak sepatutnya tunduk kepada desakan sesiapapun dalam menegakkan keadilan.
Ketujuh, pemimpin hendaklah menjaga kebaikan rakyatnya sama seperti dia menjaga kebajikan diri sendiri. Kelapan, pemimpin hendaklah berusaha berdamping dengan rakyat dan menggalakkan mereka menyuarakan hak-haknya. Kesembilan, pemimpin hendaklah mengawasi kakitangan, hakim dan pegawai-pegawai yang lain supaya mereka menjalankan masing-masing dengan jujur dan amanah. Kesepuluh, pemimpin hendaklah menggunakan mandat yang diperolehi untuk mencapai tujuan yang baik.
Pendapat al-Ghazali turut dikongsi sama oleh sarjana dan ahli falsafah bukan Islam seperti Plato, Aristotle, Rousseau, Confucius dan Mencius. Apa yang membezakannya hanyalah dari sudut matlamat yang ingin dicapai. Kepimpinan politik dalam Islam bermatlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT ketika menjalankan amanah besar ini.
Manakala, orang bukan Islam jarang membincangkan pentingnya agama dalam kehidupan. Mereka lebih mementingkan hak asasi manusia, berbanding hak Tuhan. Akhirnya, berlaku kepincangan sosial yang amat sukar untuk diubati. Misalnya, pemimpin negara Eropah hari ini sudah mula mengeluarkan kenyataan mengharamkan hubungan seks atau persetubuhan haram antara manusia dengan binatang yang sebelum ini dibenarkan.
Justeru, semua kriteria ini sepatutnya menjadi Key Performance Indicator (PKI) dalam mencari calon yang boleh memberi kemenangan dalam pilihan raya. Ditambah lagi, calon boleh menang mestilah seorang yang tidak mementingkan diri sendiri, sanggup berkorban masa dan tenaga demi agama, bangsa dan negara. Lebih penting lagi, mereka mestilah sentiasa menghubung dirinya secara langsung dengan Allah SWT supaya tingkah lakunya sentiasa terkawal atas batas-batas yang telah ditetapkan.
Calon boleh menang perlu mengambil iktibar, ramai di kalangan pemimpin beberapa buah negara yang menggunakan kuasa yang dimiliki, bertindak sesuka hati, seperti di Mesir dan Libya, telah menerima hukuman setimpal. Pemimpin yang membiarkan rakyat hidup menderita, sementara mereka hidup senang-lenang dan menimbun harta, tidak akan kekal lama.
Mereka yang hanya berlagak dengan jawatan sebagai lambang kekuasaan, keunggulan dan kebesaran sahaja, tanpa mahu melihat ke bawah, akan tewas. Sudah sampai masanya kriteria calon boleh menang dilihat secara serius oleh semua kepemimpinan parti-parti politik demi masa depan negara. Manakala, rakyat pula patut menggunakan hak yang ada untuk memastikan calon boleh menang dipilih kalangan yang benar-benar berwibawa dan berkualiti.
Posted By Prof Dr Ridhuan Tee
Khamis, November 17, 2011
Anjuran memiliki sifat Tuhan
Manusia harus sedar bahawa mereka adalah hamba Allah yang pada hakikat tidak mempunyai apa apa.Walaupun demikian kita di anjur memiliki sifat sifat yang sempurna dan menjadi manusia Kamil.Sifat manusia Kamil patut di miliki oleh, terutamanya wakil wakil Allah di kalangan para pemimpin dan ulama.Lebih lebih lagi ulama yang di mana taraf mereka di letakkan di tempat keempat selepas Allah,Rasul dan Nabi.
Maka dengan itu manusia harus memiliki beberapa sifat Allah saperti yang terkandung di dalam Asma’ul Husna atau 99 nama Allah.
Di antaranya sifat sifat saperti :
- Ar Rahim – Maha Penyayang,
- Ar Rahman - Pemurah,
- Al Wahab – Pemberi,
- Al Ghafar – Maha Pemaaf,
- Al Halil – Maha Penyantun,
- Al Latif – Maha Lembut,
- Al Adil – Maha Adil,
- AS Syakur – Maha Syukur,
- Al Wadud – Maha Pengasih,
- Al Hakim - Maha Bijaksana,
- Ar Rasyid – Maha Pandai
Bagaimanapun tidak semua sifat yang ada pada Allah layak di miliki manusia.Umpama sifat Al Mutakabir. Yang berbesar Diri atau sifat Sombong atau Ego.Tiada makhluk di benarkan memiliki sifat ini.Dalam sebuah Hadis Qudsi disebut sifat “sombong” ini sebagai “selindang Allah” .Sesiapa yang memiliki sifat sombong ini seolah olah telah merampas selindang Allah.
Jadi bukan jadi satu kesalahan kalau seseorang ingin memiliki sifat Allah itu.Bahkan di anjurkan memilikinya.Cuma di miliki sifat sifat ini selayak dengan kedudukan manusia sebagai makhluk dan bukan bererti disamakan manusia dengan Allah.
Wallahu’alam.
Sabtu, November 12, 2011
Khamis, November 10, 2011
Hukum mematuhi peraturan dan undang undang kerajaan yang fasiq
Sesungguhnya Islam menyeru umatnya agar menjadi contoh terbaik bagi melayakkan mereka menjadi qudwah kepada umat lain. Perkara ini telah berlaku kepada jenerasi pertama umat ini. Allah swt telah berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhamad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). al-Baqarah:143
Jelas antara peranan umat Islam ialah menerangkan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara benar dan perkara-perkara batil dalam kehidupan. Dalam perkataan lain umat Islam perlu menjadi contoh kepada umat lain. Jadi umat Islam wajar mengamalkan terlebih dahulu sesuatu kebenaran dan meninggalkan sesuatu kebatilan sebelum menerangkan perkara-perkara tersebut kepada umat lain. Jika tidak, umat lain akan menolak mentah-mentah penerangan daripada umat Islam yang bercakap tak serupa bikin.
Pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang tidak mengikut peraturan-peraturan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Bagaimana umat Islam boleh menjadi umat yang terbaik jika peraturan-peraturan yang dibuat oleh pihak kerajaan tidak dipatuhi. Ia memberi imej yang buruk mengenai sikap umat Islam yang suka melanggar peraturan dan undang-undang. Alasan yang diberi ialah kerajaan yang memerintah adalah dari golongan yang zalim atau kerajaan yang ada adalah kerajaan yang fasiq dan sebagainya. Maka segala peraturan yang lahir dari kerajaan yang fasiq tidak wajib diikuti. Benarkah alasan tersebut?
Bagi menjawab persoalan ini, saya ingin berkongsi pandangan Syeikh Muhamad Ahmad Ar-Rasyid mengenai perkara di atas. Syeikh Ar-Rasyid telah memberikan pandangan beliau mengenai perkara di atas di dalam bukunya yang bertajuk “Asas-asas berfatwa dan berijtihad dalam fiqh dakwah”. Beliau menulis perkara ini di bawah tajuk; “Beberapa contoh daripada fiqh klasik dalam merai maslahah dan perkara-perkara dharuri.”
Di bawah tajuk ini beliau telah menyebut lima belas perkara daripada fiqh klasik contoh-contoh perbahasan ulama terdahulu dalam merai maslahah dan perkara-perkara dharuri. Beliau telah membincang permasalahan di atas dalam contoh yang kesembilan di bawah tajuk: Mematuhi apa yang menepati syarak atau maslahah dari tindakan-tindakan pemimpin yang fasiq. Beliau memulakan perbincangan dengan menukilkan pandangan ulama terkenal mazhab Shafi’e, I’z bin Salam.
I’z bin Salam telah berkata:
Pemerintahan orang fasiq adalah mafsadah (kerosakan) kerana dominannya perkara khianat dalam pemerintahannya. Akan tetapi kami membenarkannya sebagai hak pemimpin atau pemerintah yang fasiq, jika kerana menolaknya akan menyebabkan luputnya kepentingan dan kebajikan orang ramai. Maka kami tidak membatalkan tindakannya dalam perkara maslahah (kebajikan) walaupun wujud tindakannya yang batil. Adalah tidak wajar menolak perkara yang hak kerana wujud perkara batil pada tempat lain. Maka aku berpandangan: Kita membenarkan (mengira sebagai sahih) tindakan pemimpin tersebut dalam urusan yang menepati kebenaran walaupun wujud pertikaian pemerintahan mereka. Semua ini adalah demi menjaga kepentingan rakyat…(Qawaid al-Ahkam dengan adaptasi).
Berdasar pandangan I’z bin Salam di atas, maka Syeikh Muhamad Ahmad Ar-Rasyid berkata:
“Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab dai’e mematuhi peraturan-peraturan umum kerajaan di negara-negara sekular atau negara-negara kafir yang mereka diami. Berdasar alasan ini, maka peraturan-peraturan jalan raya, sistem pengurusan pasar, pengurusan sitem kesihatan, sistem pengajian, penjagaan alam sekitar, pembinaan, pertanian, pengilangan dan sebagainya wajib diikuti.
Perbezaan politik dengan pemerintah yang zalim tidak menjadi halangan untuk mematuhi pandangannya dalam perkara-perkara di atas yang berkait dengan penjagaan kepentingan orang ramai. Syeikh Ahmad Muhamad Syakir menyokong pandangan ini ketika menghurai kitab hadis Musnad Imam Ahmad. Syeikh Ar-Rasyid telah membawa pandangan ulama lain bagi menguatkan lagi pandangan di atas. Untuk pembacaan lanjut, sila rujuk buku beliau dalam tajuk yang dinyatakan di atas.
Dari huraian ringkas di atas, maka jelaslah bagi para dai’e bahawa mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan yang memberi kebaikan kepada rakyat walaupun ianya datang dari pemerintah yang zalim atau fasiq. Sebagai contoh, peraturan jalan raya dikuatkuasakan adalah untuk menjaga keselamatan orang ramai. Para dai’e perlu mematuhinya. Jika dia melanggar undang-undang tersebut lalu ditangkap dan dia cuba melepaskan diri dengan cara memberi sejumlah wang, maka pemberian wang tersebut adalah pemberian yang dilarang.
Sekian والله أعلم
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (IMM)
Rabu, November 09, 2011
Beberapa Permasalahan Perihal Radha‘ (Penyusuan)
i. Penyusuan Kanak-Kanak Yang Sudah Besar
Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun qamariah (haulain), maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Surah Al-Baqarah: 233)
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:Maksudnya: "Tidak ada hubungan susuan melainkan apa yang disusukan di dalam masa dua tahun (sebelum dua tahun)."(Hadis dikeluarkan oleh Ad-Darquthni)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: "Tidak mengharamkan daripada penyusuan itu kecuali apa yang menyerap di dalam tali perut pada ketika menyusu dan penyusuan itu sebelum bercerai daripada menyusu."(Hadis riwayat Tirmidzi)
ii. Penyusuan Anak Damit Melalui Botol, Gelas Dan Sebagainya
Di antara syarat penyusuan anak damit itu ialah sampainya air susu perempuan ke perut anak damit, sama ada terus menerus melalui hisapan payudara atau secara perahan yang diminumkan ke mulut atau dimasukkan ke hidung melalui gelas, botol, sudu atau sebagainya. Kesemua cara yang demikian itu, adalah dikira sebagai proses penyusuan yang mensabitkan anak damit tersebut sebagai anak susuan.
Adapun jika dimasukkan air susu itu melalui lubang atau rongga-rongga yang lain seperti telinga, mata, dubur, qubul atau melalui tempat luka, ia tidak mensabitkan anak damit itu sebagai anak susuan kerana air susu itu tidak sampai ke dalam perut anak damit dan ia tidak memberi pertumbuhan badan terhadap anak tersebut.
iii. Penyusuan Dengan Susu Yang Bercampur
Air susu yang bercampur dengan sesuatu sama ada ia cecair seperti air, atau sesuatu yang keras seperti makanan air susu itu lebih banyak seperti ada tanda zahir warna susu atau rasa atau pun baunya maka sabit hukum susuan walaupun hanya sebahagian air susu yang bercampur itu diminum oleh anak damit itu.
Manakala jika air susu itu sedikit daripada campuran yang lain, sama ada campuran itu yang halal atau haram seperti arak dan sebagainya sehingga menghilangkan ketiga-tiga sifatnya iaitu warna, rasa dan bau, mengikut qaul yang azhar adalah sabit hukum susuan jika diberi minum pada anak damit itu keseluruhan air susu yang bercampur tersebut. Ini kerana telah yakin akan sampainya ‘ain air susu itu ke dalam perut.
Adapun jika diminum hanya sebahagian air susu yang bercampur itu, mengikut qaul yang ashah adalah tidak sabit hukum anak susuan padanya kerana tidak yakin akan sampainya air susu itu ke dalam perut. Adapun jika jelas dan yakin bahawa lebihan campuran itu hanya tertinggal sedikit kadar susu yang dikuasai itu, maka sabitlah anak damit tersebut sebagai anak susuan. (Mughni Al-Muhtaj: 3/529, Raudah At-Thalibin: 9/4-5)
(Sumber: Jabatan Mufti Brunei)
Anak Susuan Dalam Hukum Haram Pernikahan
Apabila seorang perempuan menyusukan anak damit orang lain dengan air susu hasil daripada perkongsian perempuan itu dengan suaminya, maka jadilah anak itu sebagai anak susuan kepada keduanya. Dengan makna yang lain, mereka berdua menjadi ibu dan bapa susuan kepada anak damit itu. Adapun dalil dalam perkara ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha beliau berkata:Maksudnya: "Sesungguhnya Aflah saudara Abi Al-Qu‘aisy meminta izin kepadaku (untuk masuk) setelah turunnya ayat Hijab, lalu aku berkata: "Demi Allah tidak aku mengizinkannya masuk sehinggalah aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana saudara Abi Al-Qu‘aisy bukanlah orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isteri Abi Al-Qu‘aisy."Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku maka aku berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya lelaki itu bukan orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isterinya (Abi Al-Qu‘aisy)."Rasulullah bersabda: "Izinkanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu." ‘Urwah berkata: "Oleh kerana itu ‘Aisyah berkata: "Haramkanlah daripada sesusuan apa yang haram kerana nasab keturunan."(Hadis riwayat Bukhari)Oleh yang demikian menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Untuk lebih jelasnya berikut disebutkan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak damit susuan itu:i. Perempuan yang menyusukanii. Suami ibu susuaniii. Ibu bapa kepada ibu susuaniv. Ibu bapa kepada suami ibu susuanv. Adik beradik kepada ibu susuanvi. Adik beradik kepada bapa susuanvii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuanviii. Anak-anak kepada ibu susuanix. Anak-anak kepada bapa susuanManakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak damit yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahramkepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hinggafuru‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah.
Apabila Ibadah Haji PM di Politikkan!
Saya terpilih untuk mengerjakan Haji dan berkhidmat untuk negara pada tahun 2008 semasa Operasi Haji tahun itu. Ia merupakan satu kenangan paling manis dalam hidup saya dan tidak dapat saya lupakan selamanya. Ia tetap menjadi kenangan paling manis bagi saya, walaupun pada tahun itu saya mengharungi dua perkara paling mendukacitakan dalam hidup saya, iaitu kewafatan ayah saya dan kekecewaan di dalam kehidupan. Seolah-olah Allah SWT menjemput saya ke rumahNya bagi mengubati hati saya serta menghiburkan saya seperti yang dilakukan Allah kepada Rasulullah pada Tahun Kedukacitaan. Saya berada di sana selama 82 hari, satu tempoh yang cukup lama jika dibandingkan dengan Jemaah Haji Malaysia yang kebanyakannya duduk di Tanah Suci sekitar 45 hingga 52 hari sahaja. Justeru itu, masa berada di sana saya luangkan secara maksima untuk beribadat, berkhidmat, mengejar peluang berdoa di tempat-tempat mustajab serta menghayati serta menghayati sirah peninggalan Rasul.
Setiap tahun selepas dari itu, saya sentiasa merindui untuk pergi semula beribadat di sana. Tahun 2009, saya ditawarkan sekali lagi tetapi saya terpaksa menundanya kerana sedang melanjutkan pengajian. Saya amat gembira melihat jemaah-jemaah haji bertolak saban tahun pergi ke Mekkah. Dari adik beradik saya, orang kampung dan jiran tetangga hinggalah kepada pemimpin negara atau negeri yang berkunjung saban tahun ke Tanah Suci, semua ini menggembirakan hati saya dan saya sentiasa mendoakan semoga ibadat haji mereka diterima dan mereka pulang sebagai insan yang
lebih baik dari sebelumnya. Malah ketika Nik Aziz menunaikan haji pun, saya bergembira dan mendoakan agar dia pulang dan meninggalkan politik khawarij dan kembali kepada sunnah yang sebenar.
Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah berangkat menunaikan haji bersama ahli keluarga terdekat dan beberapa pemimpin kerajaan. (ini bukanlah Haji pertama bagi Perdana Menteri). Malangnya, pemergian beliau tidak terlepas dari ditohmah dan diremeh-remehkan.
Saya cukup hairan, bermula dari hari pertama beliau tiba di Mekkah, gambar beliau diiringi askar Saudi untuk melakukan Tawaf disiarkan di media-media pro pembangkang serta blog-blog pro pembangkang juga di facebook wall rakan-rakan yang menyokong Pakatan. Seorang sahabat yang menyokong PAS mengirimkan gambar di atas kepada saya dan menulis,"aku nak komen skitla pic terkini ni...najib ni masih blum kukuh keimanan dia, masih bergntung harap pada org lain (askar yg mengelilinginya), moga diberi hidayah utk melihat Islam yg sebenar2nya...''
Saya cukup hairan dengan fikiran mereka-mereka yang taksub dengan pembangkang khususnya PAS ini. Bagi mereka yang sudah biasa ke Tanah Suci, sudah semestinya mengetahui bahawa ini adalah merupakan protokol keselamatan Saudi bagi mana-mana pemimpin negara yang datang menunaikan Haji di Mekkah.Malah para Imam Masjidil Mekah seperti Syaikh Abdul Rahman As Sudaisi
> dan Syaikh Syuraim yang bacaan Quran mereka sering berkumandang di radio-radio serta di dalam kereta kita masuk untuk mengimami solat 5 waktu di Mekah dalam kawalan keselamatan tentera Saudi sama seperti yang dilakukan terhadap Perdana Menteri kita.Adakah para pentaksub ini ingin mengatakan bahawa para Imam Masjidil Haram Mekkah ini tidak kukuh keimanan mereka? Alangkah bodohnya orang yang beranggapan sedemikian.Sesungguhnya kawalan keselamatan kepada Ketua-ketua kerajaan adalah merupakan Standard Operating Procedure dan merupakan hak Raja Arab Saudi untuk memberikan penghormatan itu kepada tetamu baginda yang difikirkannya perlu.Kawalan ini adalah perlu kerana sebarang perkara buruk yang berlaku ke atas pemimpin tersebut boleh menggugat hubungan diplomatik antara kerajaan.Malah, Presiden Iran Ahmadinejad yang berakidah Syiah yang mengkafirkan para sahabat juga dikawal sedemikian ketika datang ke Mekkah oleh Kerajaan Saudi! Inikan pula PM Najib Tun Razak yang berakidah Sunni.
Isu kawalan keselamatan untuk Perdana Menteri ini bukan sahaja dimainkan dan dikritik oleh orang Islam, malah juga turut dipersendakan oleh orang bukan Islam. Seorang sahabat saya telah memuatkan gambar PM dikawal tentera Saudi tadi di facebook nya dan kemudian mengatakan bahawa, "Bukankah sepatutnya semua manusia serupa di sisi Tuhan? Maka mengapakah keistimewaan sebegitu diberikan kpd PM?"
Saya menerangkan kepada beliau dan dalam proses itu terlibat di dalam satu perdebatan yang hangat dan panjang dengan seorang sahabat kepada sahabat saya ini yang merupakan seorang Atheist yang memandang agama sebagai satu penipuan sistematik.Hujah si atheist ini sama dengan hujah rakan Muslim saya di atas, "Dia mempertikaikan, "Jika Tuhan begitu berkuasa, kenapakah perlu kepada kawalan keselamatan sebegitu rupa di Rumah Tuhan? Tidak yakinkah dengan kekuasaan Tuhan?" Si Muslim tadi menulis," Najib ni tak kukuh iman dia, masih bergantung harap pada askar yang mengelilinginya."
Ini adalah merupakan satu kefahaman yang sesat dikalangan umat Islam. Apabila kita melihat ular di dalam rumah, kita akan lari atau mencari buluh untuk menghalau dan membunuhnya. Apabila kita melihat api, kita akan cuba memadamkannya atau memanggil bomba untuk mengawal kebakaran. Kita tidak duduk bersila di hadapan ular atau api tersebut dan berdoa semoga Allah menghalau ular dan memadamkan api. Ini adalah satu kebodohan, kerana Allah telah menganugerahkan fikiran dan otak untuk kita berfikir. Dalam kita berdoa, kita tetap perlu berikhtiar mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan kita. Memang di dalam Islam, semua manusia adalah sama, tetapi agama kita juga mengajar kita untuk memuliakan dan mempertahankan serta melindungi pemimpin kita dari ancaman. Apakah kamu tidak berfikir??
Setelah isu kawalan keselamatan Saudi itu, gambar-gambar Perdana Menteri melakukan ibadat serta menziarahi para jemaah Haji Malaysia khususnya di Abraj Al Janadriyah (Ibupejabat Tabung Haji di Mekkah) menjadi bahan untuk kritikan para penyokong Pakatan.Mereka mengatakan bahawa ini perbuatan menunjuk-nunjuk, riak dan amalan ibadat Perdana Menteri tidak diterima. Baca saja komen-komen di Malaysiakini yang cukup memualkan dari mereka-mereka yang merasakan diri mereka lebih Islam dari yang lain, berhak komen berkenaan ibadat haji Perdana Menteri, sedangkan mereka ini tak pernah pun ke sana malah mak dan ayah mereka pun belum tentu sudah jejakkan kaki ke Tanah Suci.
Mengapakah neraca pengadilan para pentaksub ini berbeza-beza? Ketika Nik Aziz menunaikan Haji, penuh di blog-blog dan harakah gambar Nik Aziz melakukan ibadat Haji, bersolat, tidur, gambar di tempat pemginapan dan sebagainya. Semua gambar-gambar ini dipuja oleh para pentaksub ini. Tak pulak mereka kata ini menunjuk-nunjuk dan riak. Malah gambar-gambar ini ditatap dengan penuh takjub sambil air liur mereka meleleh memikirkan darjat tingkat syurga mana yang Allah tetapkan untuk Nik Aziz.Mujurlah ketika Nik Aziz mandi ataupun berak tidak ada kamera. Jika tidak, itupun akan dilihat para pentaksub ini, mungkin hingga inzal.
Saya hanya menggelengkan kepala melihat ketaksuban para penyokong tegar PAS ini. Kemuncaknya adalah apabila saya membaca Malaysiakini hari ini. Dimuatkan di berita utama Malaysiakini BM bahawa, Mufti Terkejut Perdana Menteri,Rosmah selesai tunai Ibadah Haji. Di dalam versi Malaysiakini Bahasa Inggeris, berita ini diletakkan di bawah sedikit.
Ini jelas merupakan kesinambungan perbuatan jahat untuk menggambarkan bahawa Ibadah Haji Perdana Menteri telah rosak. Lalu berkokok dan menyalaklah para pentaksub Pakatan ini dan menulis di sini sana bahawa Perdana Menteri jahil dan ibadah haji nya tidak diterima.Sesungguhnya, hanya mereka yang berada di sana (Mekkah) sahaja yang tahu rasanya menunaikan ibadat haji. Semasa berniat ihram hinggalah melakukan semua kerja-kerja haji, setiap jemaah haji terikat kepada pantang larang haji seperti tidak boleh memakai wangi-wangian, diharmkan memakai pakaian berjahit, hanyalah dua helai kain ihram yang menyelimuti badan, haram menutup kepala, mencabut rambut atau bulu dan kuku dan banyak lagi.Mereka berada dalam pantang larang ihram ini berhari-hari lamanya malah mungkin berminggu.Setelah mereka berwukuf di Padang Arafah dan bermabit di Muzdalifah, maka mereka semua akan berangkat untuk bermabit di Mina. Setelah tiba di Mina, iaitu pada hari Nahar (10 Zulhijjah, Hari Raya Haji), para jemaah akan berpusu-pusu untuk melontar di Jamratul Kubra yang merupakan Tahiyyatul Mina (penghormatan buat Mina).Saat melontar pada 10 Zulhijjah itu adalah merupakan masa yang paling menggembirakan, mengharukan, saat yang kita rasakan kita begitu dekat dan disayangi oleh pencipta kita. Air mata akan bercucuran walaupun seberapa 'brutal', macho dan muka 'legend' sekalipun kita.Ini kerana setelah melontar ini, dan bertahalul awal, maka para jemaah haji akan terbebas dari 10 daripada 13 pantang larang ihram. Mereka sudah boleh berwangi-wangian, merapikan janggut dan bercukur serta memakai pakaian-pakaian Hari Raya yang berwarna-warni. Mereka tinggal di Mina dan relax sahaja dari 10 hingga 13 Zulhijjah
sambil menunggu masa melontar ketiga-tiga Jamrah, sebelum kembali ke Mekah menghabiskan kerja-kerja Haji lain yang simple. Di Mina lagi para Jemaah Haji akan saling usik mengusik sesama mereka dengan memanggil sesama mereka Ya Haji Si Polan bin Si Polan dan Ya Hajjah Si Polanah bte Si Polanah. Sungguh meriah! Dan setelah melontar pada Hari Nahar tadi itulah, maka kebiasaannya Jemaah Haji akan menelefon para ahli keluarga serta kenalan rapat di Tanah Air untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan memaklumkan bahawa 'urusan haji mereka selesai'.Saya sendiri menelefon ibu saya dengan tangisan kegembiraan setelah melontar sambil memaklumkan, "Dah melontar mak. Dah selesai dah...tinggal 3 lagi pantang larang sahaja yang perlu dipatuhi."
Ini bukan bermakna kita telah complete melakukan ibadah haji. Tetapi kita berkongsi kegembiraan bahawa ibadah haji kita hampir selesai tinggal beberapa saja yang 'kacang'.
Saya percaya bahawa twitter Perdana Menteri pada 6 November bahawa,"Alhamdulillah, urusan Haji kami sudah selesai" bermaksud sebegitu.Perdana Menteri menzahirkan kegembiraannya bahawa urusan Haji beliau hampir selesai.
Adalah hampir mustahil bahawa Perdana Menteri yang bukan mengerjakan Haji untuk kali pertama, serta sudah pasti diiringi oleh Pegawai Agama dan Ketua Rombongan Haji Malaysia serta Konsul Haji akan meninggalkan kerja-kerja hajinya dan merosakkan haji. Ini perkara ibadat, bukan main-main.Hanya berdasarkan satu kenyataan twitter beliau yang sebaris itu, maka ramai yang menghukum seorang sembrono bahawa ibadat haji Perdana Menteri tidak sah, Haji Marlboro etc.
Kita dituntut untuk bersangka baik sesama Islam. Saya juga ingin menasihatkan Mufti Perlis Dr Juanda. Saya percaya beliau diperdayakan Malaysiakini untuk mengeluarkan kenyataan terhadap Perdana
Menteri.
Wahai Mufti, hayatilah ayat Quran dalam Surah Al Hujurat, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." ( Al Hujurat ayat 6 )
Mufti Perlis sedang berada di Mina juga ketika ini melakukan kerja-kerja hajinya. Maka, adalah lebih molek jika Mufti Perlis bertanya terus dengan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media fasiq seperti Malaysiakini.
Saya yakin beliau diperdayakan dalam mengeluarkan kenyataan umum terhadap VVIP (jelas beliau tidak menamakan siapa). Mungkin sekadar ditelefon Malaysiakini sambil ditanya, "Bolehkah seseorang selesai Haji nya pada 6 November", dan beliau berikan respond terbuka.Keyakinan saya itu adalah kerana saya yakin Mufti Perlis seorang yang berprinsip salaf sesuai dengan Negeri Perlis dan Raja nya yang mengamalkan La Mazhabiyah.Dari Iyadh bin Ghunaim radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :”Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa maka janganlah melakukannya dengan terang-terangan di hadapan umum. Akan tetapi dengan cara mengambil tangan penguasa tersebut dan menyendiri. Jika ia menerimanya maka inilah yang diharapkan, jika tidak menerimanya maka ia telah melakukan kewajibannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Ashim, Al Hakim, dan Baihaqi. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal).
Saya mendoakan agar ibadah haji semua Jemaah Haji Malaysia diterima oleh Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita kembali kepada sunnah dan meninggalkan bidaah yang menyesatkan.
(Penulis: Dr. Rahman Kadir)
Berapa amalan FARDHU KIFAYAH dari sejarah ISLAM
Pembinaan Masjid Nabawi
Tindakan pertama yang diambil oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja berhijrah ke Madinah al-Munawwarah ialah membina masjid yang selain berfungsi sebagai pusat ibadat kepada umat Islam, ia juga merupakan pusat pentadbiran, markas ketenteraan, gedung ilmu pengetahuan, sumber bantuan dan pertolongan, tempat perlindungan dan pusat kegiatan masyarakat dan dakwah yang menghubungkan manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah.
Piagam Madinah
Piagam ini diadakan bagi mengatur kehidupan dan hubungan antara komuniti-komuniti yang merupakan komponen-komponen masyarakat majmuk di Madinah. Piagam ini merangkumi aspek sosial, ekonomi, politik dan keamanan masyarakat majmuk pada waktu itu dan dimartabatkan oleh para pemimpin dan pakar ilmu politik Islam sebagai konstitusi atau undang-undang dasar bagi negara Islam pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.
Musyawarah
Musyawarah merupakan satu mekanisme yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dalam mengambil sesuatu keputusan berkenaan hal-hal bersangkutan kepentingan bersama umat Islam pada masa itu. Musyawarah adalah penting bagi mengukur sejauh mana anggota masyarakat dilibatkan di dalam urusan kenegaraan. Rasulullah s.a.w. telah membudayakan amalan bermusyawarah ini bersama-sama para sahabat. Contohnya ketika menjelang pertempuran Badar, Rasulullah s.a.w. telah memutuskan lokasi bagi pasukan Islam iaitu suatu tempat berdekatan mata air. Kemudian datang seorang Ansar bernama Hubab bin Mudhir mengadap baginda s.a.w. sendiri lalu bertanya tentang keputusan baginda s.a.w. itu sama ada keputusan tersebut atas petunjuk Allah yang tidak dapat diubah lagi atau keputusan baginda s.a.w. sendiri yang diam
Sistem Rondaan
Selepas penghijrahan, Rasulullah s.a.w. mula menghantar pasukan-pasukan tentera peninjau untuk membuat rondaan di kawasan sekitar Madinah. Tujuan menghantar pasukan-pasukan rondaan ini adalah untuk menjaga sempadan-sempadan Negara Madinah, mengawasi pergerakan musuh dan menunjukkan kepada pihak Quraisy dan lain-lain pihak bahawa kini telah wujud sebuah kerajaan yang teratur dan Madinah sebagai ibukotanya. Rondaan ini juga dibuat untuk memberikan pengalaman tentang kegiatan-kegiatan tentera secara tersusun, bergerak seperti jentera di bawah arahan pemerintah pusat, mempelajari taktik-taktik ketenteraan dan menguasai keupayaan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diperintahkan sekalipun dalam keadaan sulit.
Seruan Dan Perwakilan Antarabangsa
Pada tahun 7 hijrah, Rasulullah s.a.w. mengirim surat-surat melalui utusan-utusan khas kepada pemerintah-pemerintah di negara-negara jiran yang suasana pada masa itu rakyat tidak mendapat hak-hak warganegara dan raja-raja tidak suka sebarang orang luar menemui rakyat mereka secara langsung. Antara isi kandungan surat ialah mengisytiharkan Islam sahaja yang akan membawa kesejahteraan dan pada masa yang lain pula memberi amaran sekiranya mereka menolaknya maka mereka tidak akan selamat. Isi kandungan surat ini tidak tetap kerana ia mengambil kira suasana-suasana tertentu dan kecenderungan agama di setiap negara. Di samping itu, utusan yang dihantar kepada setiap pemerintah adalah orang yang mengetahui bahasa pemerintah berkenaan.
PANDANGAN SEMPIT TERHADAP FARDHU KIFAYAH
Rata-rata umat Islam di negara kita beranggapan bahawa Fardhu kifayah hanya terbatas dan dikenali ketika memandi dan menyembahyangkan jenazah sahaja.konsep serta ruang fardhu kifayah tidak pernah dihuraikan oleh para ulamak Islam secara terperinci seperti limu fardhu ain yang perbahasannya sampai membawa kepada perselisihan faham mazhabi yang kronik. Nyatanya umat Islam dari dulu hingga hari ini berpecah akibat penghuraian ilmu fardhu ain yang terlalu dititikberatkan.
Hakikatnya urusan fardhu kifayah lebih melebar dan sentiasa berkembang selari dengan keperluan hidup manusia. Jelasnya segala kemajuan yang dicapai oleh umat lain yang selari dengan hukum syarak menjadi fardhu kifayah ke atas umat Islam menguasainya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membebaskan pergantungan umat Islam kepada orang lain, seterusnya penguasaan mereka. Menjadi umat yang terjajah adalah suatu musibah besar kepada umat Islam era globalisasi hari ini.
Salah satu pandangan yang kurang tepat ialah apabila kemajuan berupa pembangunan material seperti bangunan yang megah berunsur Islam dikatakan satu pembangunan membazir. Ia merupakan syiar Islam yang dituntut untuk menyemarakkan lagi rasa ‘izzah di kalangan umat Islam. Begitu juga dengan kewujudan bangunan pencakar langit yang dianggap sebagai membazir walaupun pada saat dan ketika ia dibina keadaan ekonomi mengizinkan. Walau bagaimanapun kewujudan bangunan-bangunan tersebut selalu disalah ertikan sebagai penyebab kepada wujudnya perkara yang semata-mata disebabkan oleh pembangunan material yang pesat tetapi oleh kerana ketahanan diri (iman) yang tidak kental. Maksiat akan terus melebarkan sayapnya sekiranya umat ini tidak prihatin kepada pembangunan rohani. Bukan hanya di bandar, bahkan
Justeru umat Islam semestinya memahami batasan dan ruang lingkup tuntutan fardhu kifayah yang semakin mendesak untuk melepaskan diri dari dibelenggu oleh umat lain yang melihat bahawa dunia ini adalah untuk sebuah kehidupan yang terpenting. Kita tidak mahu negara umat Islam terkenal dengan suasana yang miskin yang mundur seolah-olah Islam ini merupakan agama yang melahirkan kemunduran dan kedhaifan hidup. Allah S.W.T. telah menegaskan dalam firman-Nya:
Maksudnya: 'Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak akan mengubah apa sahaja yang ada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa sahaja dengan diri mereka sendiri'.
(Ar-Ra’d : 11)
Apapun sikap kita, mentadbir dunia bukanlah merupakan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan dan kecekapan serta kecepatan bertindak dan terserah kepada kita sendiri dengan panduan syariat Allah S.W.T. kerana Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada sahabat baginda yang bermaksud 'Kamu lebih tahu dengan urusan dunia kamu'.
FARDHU KIFAYAH SATU DIMENSI BARU
Islam sangat menggalakkan pembangunan sama ada daripada segi material mahupun kerohanian. Akan tetapi apalah gunanya pembangunan material andainya aspek kerohanian merosot dan begitu juga sebaliknya apalah gunanya aspek kerohanian kental jika pembangunan material pincang menjurus kepada kehancuran umat.
Di sinilah letaknya keunikan dan keistemewaan yang menghiasi Islam mendokong konsep-konsep dua kefardhuan iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah yang perlu diseimbangkan dan difahami dengan sejelas-jelasnya untuk keperluan di dunia dan di akhirat.
Sehubungan itu, usaha-usaha yang dilakukan untuk mengubah salah tanggap tentang erti fardhu kifayah perlulah digalakkan. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan aspek pembangunan yang menyumbang kepada keselesaan hidup dan keselamatan umat Islam. Malah seluruh umat Islam akan berdosa jika tidak ada pihak yang sanggup berusaha melaksanakan dan menyediakan keperluan bagi keselesaan hidup umat Islam di negara ini.
Islam sentiasa mendorong kepada kecemerlangan, kemakmuran dan pembangunan dalam semua segi kehidupan. Sayangnya dalam bidang inilah kita mengalami kelemahan dan kemunduran. Dalam pada itu kecemerlangan dan pembangunan tidak juga bermakna jika tanpa disertai jiwa yang tenang dan perut yang kenyang. Kita juga memerlukan sebuah masyarakat saintifik dan progresif yang bermoral, adil dan penyayang. Maka dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan umat Islam mereka mestilah bersama-sama memainkan peranan membangunkan umat melalui pengertian fardhu kifayah yang sebenarnya. Mereka tidak sewajarnya menyempitkan fahaman mereka terhadap fardhu kifayah tentang perkara yang berkaitan dengan kematian sahaja sedangkan makna tuntutan fardhu kifayah sangat luas.
Umat Islam dengan ini walau apapun peranan mereka, mereka bertanggungjawab merancang cara-cara mengukuhkan sumber ekonomi. Ia seperti membangunkan tanah wakaf, membeli dan mendapatkan tanah pertanian, industri, mendirikan pusat-pusat latihan dan perlindungan untuk golongan yang kurang bernasib baik, menubuhkan koperasi, menjalankan perniagaan dan banyak lagi. Dengan itu, tuntutan fardhu kifayah yang lebih menyeluruh dapat kita laksanakan, serentak itu juga kita boleh dijadikan model kerana wujudnya keseimbangan antara pembangunan rohani dengan pembangunan jasmani. Ini sekaligus dapat membina imej bahawa agama Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan duniawi dan ukhrawi.
Sesungguhnya hanya dengan fahaman yang sebenarnya tentang fardhu kifayah sahajalah umat Islam dapat membina kehidupan mereka dengan cemerlang. Segala prasarana ilmu yang disediakan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya, malah peluang yang ada pada hari ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Tanggungjawab melaksanakan tuntutan fardhu kifayah sewajarnya tidak lagi dimiliki oleh orang perseorangan atau kelompok masyarakat sedangkan golongan lagi memencilkan diri. Sebaliknya setiap orang perlu merebut peluang menunaikan tuntutan fardhu kifayah supaya umat Islam terselamat daripada memahami konsep tunggu dan biarkan orang lain buat.
Oleh itu kita harus bersaing dan berlumba, masing-masing perlu berusaha sebanyak mungkin untuk menentukan kewujudan dan survival diri atau umat Islam di negara ini.
Sekali lagi ditekankan, kita perlu cepat merebut peluang yang ada. Ini kerana kita sedang berada dalam era pembangunan dan era perindustrian yang maju. Dalam bidang pembangunan ilmu pengetahuan, teknologi dan perindustrian kita tidak lagi berada dalam zaman primitif dan mundur. Semua kemudahan yang disediakan memberi gambaran bahawa kita sedang menuju ke arah masyarakat maju dan terkemuka dalam semua bidang iaitu dalam bidang pembangunan, teknologi, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain.
Cuma apa yang perlu bagi kita adalah pengisian. Fikrah dan halacara hidup kita sebagai umat Islam perlu diperbetulkan dari terus membincangkan persoalan fardhu ain, ibadat khusus dan mengulang-ulang apa yang telah dibicarakan sejak berabad-abad lalu tanpa membuka minda masyarakat dengan lebih luas tentang aspek fardhu kifayah yang perlu diberi nafas baru. Kita masih ketinggalan dalam mengisi peluang yang disediakan melalui aspek I.T. Kita masih tidak melihat kemudahan tersebut diisi dengan program dan pendekatan secara Islamik yang lebih berkualiti. Lantas, bidang tersebut direbut oleh pihak lain lalu diisi dengan bahan-bahan yang lebih menjurus kepada kerosakan dan penyelewengan. Maka jadilah ruang-ruang tersebut diremehkan oleh umat Islam lalu ia diwarnai oleh pandangan negatif yang tid
Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu memahami dengan sungguh-sungguh erti fardhu kifayah. Kita perlu ada usaha untuk memprojekkan teknologi canggih yang telah tersedia dengan program pembangunan, penyelidikan dan pengisian yang bercorak keagamaan. Apakah yang akan terjadi jika semua bahan kandungan dan perbincangan tentang Islam diserahkan kepada orang bukan Islam. Bayangkanlah orang bukan Islam mengendalikan program I.T. tentang Islam? Kita tidak boleh meminggir diri semata-mata beralasan I.T. itu alat imperialis tetapi kita tiada alternatif lain untuk mengatasinya.
Seperkara lagi, perjuangan membangunkan ummah tidak boleh bergantung kepada sesuatu program tertentu sahaja dan tidak boleh diharap dapat mencapai kejayaannya dalam tempoh masa yang pendek. Malah kita perlu ingat proses pembangunan umat yang teguh memerlukan kerja yang berterusan. Kita akan terkebelakang dan ketinggalan jika kita sering mempamerkan kelemahan dan memberi peluang kepada orang lain mengaut dan mengeksploitasi keuntungan. Dalam bidang ekonomi contohnya, kita masih terkebelakang ditinggalkan oleh bangsa asing sedang kita asyik membicarakan apakah sesuatu itu boleh atau tidak, antara boleh atau tidak itulah maka orang lain sudah kaya-raya dan berjaya mendirikan bangunan indah dan memiliki harta.
Memahami kemelut yang dihadapi oleh umat Islam dewasa ini maka langkah segera pihak kerajaan untuk mengatasinya kini telah menampakkan kejayaan. Ketika kebanyakan negara Islam tidak mengambil langkah yang serius untuk menyedarkan masyarakat tentang perlaksanaan sistem ekonomi antara mereka, pihak berkuasa tampil membantu mengawal pembahagian kekayaan dari peringkat asas lagi menerusi pembahagian saham di kalangan bumiputera. Penubuhan Bank Islam dan Tabung Haji mencerminkan langkah-langkah mengislamkan sistem ekonomi di Malaysia. Malaysia masih merupakan negara yang terbaik dan berjaya melaksanakan sistem ekonomi Islam dan menjadi model kepada negara Islam yang lain.
Sebagai contoh, tugas Tabung Haji bukan lagi sebagaimana yang ada pada masa dulu iaitu mengembangkan tabungan di kalangan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji di Mekah semata-mata, akan tetapi ia turut mengembangkan kedudukan ekonomi mereka keseluruhannya di samping berperanan menjaga keselamatan ekonominya daripada dihakis oleh perkembangan semasa. Orang ramai kini tidak lagi menganggap Tabung Haji sebagai pengurus kepada hal ehwal pemergian umat Islam menunaikan haji semata-mata. Lebih daripada itu, ia sebagai pengurus pelaburan yang cekap bagi meningkatkan modal umat Islam melaburkannya dalam sektor halal lagi menguntungkan. Dengan mengadakan skop pelaburan lebih luas itu Tabung Haji secara langsung memberikan umat Islam pilihan alternatif bagi pelaburan jangka panjang mereka ke dal
Inilah konsep fardhu kifayah yang perlu dihayati oleh umat Islam masa kini. Ia bukan sahaja menyelamatkan Islam daripada dihimpit oleh kemelesetan ekonomi malah sekaligus membuktikan bahawa Islam adalah agama contoh dan releven untuk diamalkan sepanjang zaman.
Sumber: (JAKIM http://www.islam.gov.my/fardhu-kifayah-dalam-konteks-pembangunan-negara)
ILMU FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH
Kifayah dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.
Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.
Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.
Pengetahuan terhadap prinsip halal dan haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana dengan itu dia akan mengetahui perkara yang menjadi fardhu ain yang menjadi fardhu kifayah.
Fardhu ain bermaksud perkara yang wajib bagi setiap orang Muslim dan ia mencakupi dua perkara:
Pertama:
Mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia berupa beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang baik dan jahat. Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Ini adalah apa yang dinyatakan di dalam hadith Ibn ‘Umar yang disepakati kesahihannya yang bermaksud:'Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi sesiapa yang mampu melakukannya.'
Begitu juga mesti mengetahui usul-usul muamalat yang perlu dan mesti wujud di dalam kehidupan setiap orang Muslim untuk bertukar ganti manfaat barangan, menyuburkan kehidupan bermasyarakat dan menstabilkannya seperti halalnya jual beli, meminjam, bersyarikat, ketentuan perwarisan, juga hukuman-hukuman yang telah dinaskan terhadap jenayah seperti hukuman murtad, membunuh, zina, qazaf, mencuri, hirabah dan hukuman meminum arak.
Kedua:
Mengetahui perkara haram yang qat’i dan menafikan agama seperti syirik kepada Allah, pengharaman menderhaka kepada kedua-dua ibubapa, menipu, khianat, memakan harta dengan batil, riba, merampas, menipu (putar belit), pengharaman membunuh, zina, qazaf, mencuri, minum arak, pengharaman mendedahkan aurat, wanita-wanita yang menjadi mahram di dalam perkahwinan, pengharaman memakan bangkai, memakan daging babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah kecuali bagi mereka yang terpaksa.Fardhu Kifayah ialah perkara yang apabila dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka gugurlah kewajipan terhadap manusia yang lain seperti mengetahui perkara secara terperinci tentang sesuatu fardhu ain, hukum-hukum cabangnya dan dalil-dalilnya daripada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qiyas ataupun dalil-dalil lain yang mengikutinya, juga mengetahui seluruh perkara yang diperlukan oleh umat yang mana mereka tidak akan bangun tanpa kewujudannya.
Perkara ini bukanlah sekadar perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syariah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya, tetapi ia menjangkau kepada semua ilmu, kepakaran, pekerjaan dan perindustrian.
Al-Imam al-Ghazali telah menulis suatu bab tentang ilmu yang terpuji dan ilmu yang keji, bahagian-bahagian dan hukum-hukum kedua-duanya. Beliau menjelaskan apa yang fardhu ain dan apa yang fardhu kifayah. Dinyatakan di dalam bab ini di bawah tajuk 'Penjelasan tentang ilmu fardhu kifayah':
'Ketahuilah bahawa fardhu itu tidak dapat dibezakan daripada yang selainya melainkan dengan disebutkan bahagian-bahagian ilmu. Ilmu apabila disandarkan kepada fardhu yang akan kita bahagikan ini terbahagi kepada ilmu syariah dan ilmu yang bukan syariah. Maksud saya terhadap ilmu syariah ialah ilmu yang kita perolihi daripada para Nabi a.s. Ia tidak dihasilkan oleh akal seperti ilmu perubatan dan juga tidak diperolihi melalui pendengaran seperti ilmu bahasa. Ilmu–ilmu yang bukan syariah terbahagi kepada ilmu yang terpuji, ilmu yang dikeji dan kepada ilmu yang diharuskan.
Ilmu yang jadi fardhu kifayah ialah semua ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain.
'Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya ilmu tentang prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu kifayah seperti ilmu perladangan, tekstil dan pengurusan. Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka akan cepatlah kehancuran negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan kerana mereka akan berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan ubat tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut. Oleh itu tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu tersebut.'
'Manakala ilmu yang dianggap sebagai suatu kelebihan dan bukan kefarduhan adalah seperti mendalami perkara-perkara yang amat halus lagi rumit tentang ilmu matematik, hakikat-hakikat perubatan dan sebagainya yang tidak terlalu diperlukan. Tetapi ia memberi faedah untuk menambahkan kekuatan daripada kadar yang diperlukan.
'Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna. Dan ilmu yang diharuskan ialah seperti ilmu-ilmu syair yang berfaedah, ilmu-ilmu sejarah dan yang seumpamanya.'
Sumber (JAKIM http://www.islam.gov.my/fardhu-kifayah-dalam-konteks-pembangunan-negara)
Rabu, November 02, 2011
Islam menganggap orang orang ini sebagai terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan.
Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang, kecil atau besar, tetapi tidak ramai di kalangan kita yang memahami dengan mendalam dan sungguh- sungguh akan pengertian kalimah-kalimah itu.Dan oleh kerana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah suatu pengertian secara singkat di fikiran setiap orang. Bila seseorang menyebut kalimah tersebut maka pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya; dan begitu juga bila seseorang mendengar ianya disebut maka yang segera terlintas di fikirannya ialah pengertian yang sempit itu juga, sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan padat masih lagi kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan golongan awam yang jahil.
Umpamanya dua kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah larisnya ia diucapkan. Tetapi berapa ramaikah di kalangan kita yang menyebutnya itu yang merasakan dengan sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua kalimah itu. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mendengarnya yang memahami dengan mendalam apa yang tersirat dari maksudnya.Sesungguhnya di kalangan orang muslimin sendiri - belakangkan yang bukan muslimin -99% bahkan lebih ramai lagi yang mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama mereka Islam, tetapi mereka tidak mengetahui apakah dia muslim dan apakah dia Islam yang sebenarnya.Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit waktu untuk memahami dua kalimah ini.
Jika anda melihat kepada gelagat manusia di segi i'tikad dan amalan, anda akan dapati mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan.
Pertama: Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.
Kedua: Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan mereka.Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi penganut hawa nafsu mereka.
Ketiga: Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta (taqlid buta); sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.
Huraian:
Golongan yang pertama, mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yang sebenarnya. Memang kebebasan bekerja dan berfikir itu sesuatu yang betul kalau menurut had-hadnya, tetapi bila sudah melampaui batas dia akan menjadi sesat. Seseorang yang hanya bergantung pada pendapat sendiri semata- mata dan menghukum menurut akalnya sahaja dalam semua perkara akan terjerumus dalam salah faham dan kesilapan. Dia merasakan bahawa ilmu dan akalnya telah meliputi semua perkara di dunia ini. Tidak ada suatu hakikat pun dan tidak ada satu kebaikan pun yang terlindung dari pengetahuannya. Dia menyangka bahawa dia mengetahui tanda-tanda di setiap jalan, mengetahui setiap kesudahan suatu perkara sepertimana dia mengetahui permulaannya.Sebenarnya sangkaan seperti ini - bahawa dia mengetahui serta dapat memikirkan semua perkara - pada hakikatnya adalah salah. Kalau seseorang itu mempergunakan akalnya dengan sebenarnya nescaya akal itu akan menunjukkannya bahawa ia - akal - tidak bersifat sepertimana yang disangkakan.Sesungguhnya seseorang yang memilih akalnya sebagai pemandu dan hanya menuruti jalan yang ditunjukkan oleh akal semata tidak akan terselamat dari kegelinciran, perlanggaran, kebinasaan dan kesesatan.
Kebebasan berfikir dan bekerja seperti ini juga merbahaya bagi sesuatu negara/perkumpulan masyarakat. Kerana kebebasan berfikir ertinya seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa yang betul menurut fikirannya dan tidak akan menurut suatu jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya. Sedangkan mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu; iaitu setiap individu yang berada didalam sesuatu masyarakat wajiblah mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang terdapat dalam masyarakat itu. Tindak-tanduknya mestilah bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat.Ini bererti bahawa kebebasan berfikir dan bekerja itu bertentangan dengan kehendak cara hidup bermasyarakat.
Sesungguhnya kebebasan seperti ini sering mencetuskan sifat-sifat keakuan, keegoan dan kekacauan di kalangan individu, sedangkan masyarakat & negara menghendaki mereka supaya patuh, taat dan setia. Oleh itu di mana ada kebebasan yang mutlak maka tidak adalah tamadun negara dan di mana ada tamadun maka tidak dapat tidak mereka terpaksa mengorbankan sedikit daripada kebebasan berfikir dan beramal demi keuntungan yang lebih banyak.
Golongan yang kedua pula lebih buruk keadaannya dari golongan pertama. Golongan pertama hanya sesat sahaja, tetapi golongan kedua pendusta, penipu serta munafik. Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan antara agamanya, fikirannya dan kecenderungannya dalam batas-batas yang sihat, maka dia boleh mengikuti agama dengan tidak mengurangkan kebebasannya dalam berfikir dan bekerja. Begitu juga seandainya kecenderungan seseorang berlawanan dengan agama, dia rela menerima hukum agama dan menyalahkan kecenderungannya maka betullah dakwaannya bahawa ia mengikuti agama itu.Tetapi sebaliknya jika prinsipnya dan amalannya terang-terang menyalahi ajaran agama, namun dia tetap menganggap bahawa fikirannyalah yang betul sedang ajaran agarna itu salah, kemudian dia cuba pula mengolah ajaran agama supaya sesuai dengan fikirannya dan tabiatnya; maka orang yang serupa ini kita tidak sahaja menggelarnya bodoh kerana orang yang bodoh tidak mungkin melakukan penipuan dan kepesongan yang seperti ini, bahkan kita akan memanggilnya pendusta dan pembohong. Dan kita akan terpaksa menuduh bahawa dia tidak berani menhentam agama dengan terus-terang lalu dia mendakwa beriman dengan secara munafik. Jika tidak maka apakah gerangan yang menghalangnya berpindah terus dari agama yang ajarannya bertentangan dengan akalnya dan berlawanan dengan fikirannya serta menyekatnya dari mengikuti jalan yang disukai oleh hatinya dengan sepenuhnya, malah jalan yang telah dilaluinya dengan sebenarnya.
Dan golongan yang ketiga adalah paling jelek sekali berbanding dengan golongan yang lain di segi kewarasan akal. Adapun kesalahan dua golongan tadi ialah mereka membebankan akal dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, tetapi kesalahan golongan ini mereka tidak mempergunakan akal langsung, atau menggunakannya dengan penggunaan yang tidak dapat dibezakan antara ada dengan tidaknya.Manakah keaiban yang lebih besar dari seorang berakal yang berpegang pada suatu akidah yang tertentu tetapi tidak mempunyai sebarang dalil akan kebenaran akidah yang dipegangnya itu kecuali hanya semata-mata ajaran itu dianuti oleh datuk neneknya atau lantaran itulah yang dipegang oleh sesuatu bangsa yang sedang berada di puncak ketinggian di zaman itu.Sesungguhnya orang-orang yang memegang suatu jalan dalam hal-hal yang berhubungan dengan keagamaan atau keduniaan yang diwarisinya dari datuk nenek atau generasi yang terdahulu, ataupun ia memilih jalan lain berdasarkan bahawa jalan itulah yang sedang dikagumi di kalangan bangsa-bangsa yang maju ketika itu, maka orang yang seperti ini seolah-olah telah menonjolkan dirinya bahawa dalam kepalanya tidak ada otak atau dalam otaknya tidak ada kekuatan untuk berfikir. Dia tidak punya potensi untuk membezakan antara yang salah dengan yang betul.Andainya dia secara kebetulan dilahirkan di rumah Yahudi maka dia akan percaya akan kebenaran agama Yahudi. Kalau dia dilahirkan di rumah Islam maka dia percaya akan kebenaran Islam. Atau dilahirkan dalam keluarga Kristian maka dia akan menjadi penganut Kristian.
Begitulah dengan secara kebetulan juga, yang berkuasa di zamannya bangsa kulit putih barat maka dia menganggap setiap tradisi barat itu lambang kemajuan dan neraca kehebatan. Kalau yang berkuasa di zamannya orang Cina nescaya baginya tradisi Cinalah yang menjadi lambang kemajuan. Dan kalau yang berkuasa hari ini orang Negro di Afrika maka tidak syak lagi Negrolah yang menjadi lambang ketamadunan manusia di sisi orang yang berfikiran cetek tadi.
Sebenarnya bukanlah suatu bukti yang boleh diterima bahawa sesuatu itu dikatakan betul atau benar kerana ia telah diamalkan oleh datuk nenek atau generasi yang terdahulu atau kerana ia diamalkan oleh dunia hari ini.Andainya orang-orang bodoh yang dahulu dan sekarang melakukan sesuatu, kita tidak seharusnya mengikuti orang orang itu dengan membuta-tuli. Tidak sepatutnya kita menuruti setiap jejak orang lama atau moden tanpa dikaji dan difikirkan dahulu. Apakah kita mahu menambatkan diri kita di setiap ekor binatang yang ditunggangi orang tanpa mempersoalkan apakah ia berlari ke jalan yang penuh duri atau sedang menuju ke jurang kesesatan? Sesungguhnya kita telah diberi akal supaya kita dapat membezakan antara yang betul dan yang palsu. Sebelum kita mengikuti seseorang hendaklah kita melihat terlebih dahulu: Mahu ke manakah orang ini?
Islam telah menganggap ketiga-tiga jenis orang ini sebagai terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan.
Adapun golongan yang pertama mereka tidak memilih orang yang membawa cahaya sebagai pemandu bagi mereka dan di tangan mereka sendiri juga tidak mempunyai cahaya yang sebenar untuk menyuluh jalan hidup mereka. Mereka tidak ubahlah seperti melontar benda yang tidak ada atau meraba di dalam gelap-gelita. Tidak boleh melangkah ke mana-mana atau akan terjerumus ke jurang bahaya kerana mereka hanya mengagak-agak sendiri tanpa suatu kepastian. Mereka menghadapi dua kemungkinan; sama ada salah atau betul, tetapi lebih dekat kepada kesalahan.(Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu (sembahan-sembahan) selain Allah,tidak mengikuti suatu keyakinan kecuali prasangka belaka. Dan mereka hanyalah berdusta) Yunus: 66.
(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang sesungguhnya prasangka itu tidak berguna sedikitpun untuk mencapai kebenaran) An-Najm: 28.
(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka. Padahal sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. Atau apakah manusia akan dapat segala yang dicita-citakannya) An- Najm: 23-24.
(Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk sesudah Allah?) Al- Jaatsiyah: 23.
(Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk orang-orang yang zalim) Al-Qashash: 50.
Pendukung golongan kedua di zaman turunnya Al-Quran ialah Bani Israel yang mendakwa menjadi pengikut Nabi Musa a.s. dan berpegang pada Taurat, tetapi pegangan dan amalan mereka kebanyakannya berlawanan dengan pimpinan Musa a.s. dan ajaran Taurat. Mereka tidak segan-segan dengan penyelewengan mereka itu. Mereka bukan memperbetulkan fikiran dan amalan mereka. Mereka menyembunyikan ajaran Taurat yang asal dan menggantikan di tempatnya fikiran mereka sendiri seolah- olah itulah pengajaran yang diturunkan. Orang-orang yang cuba memberikan kesedaran kepada mereka dari berterusan dalam kesesatan dan maksiat dan mengajak mereka kembali mengikut ajaran Allah yang berlawanan dengan hawa nafsu mereka disambut dengan celaan dan cacian sehingga kadang-kadang ada yang dibunuh.Kepada mereka ini Allah berfirman:
(Mereka suka merobah perkataan Allah dari tempat-tempatnya dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka yang tidak berkhianat) Al-Maaidah: 13.
(Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan yang hak dengan yang batil dan menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuil) Al Imran:71.
(Setiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, maka sebahagian dari Rasul-Rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka dibunuh) Al-Maaidah: 70.
Kemudian dengan terang-terang Allah berkata kepada mereka:
(Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (Al-Quran) Al Maaidah: 68.
Dan tentang golongan yang ketiga pula Allah berfirman :
(Dan apabila dikatakan kepada mereka: "lkutilah apa yang telah diturunkan Allah!" Mereka rnenjawab: "Tidak! Tetapi kami hanya mengikut apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek rnoyang kami!" Apakah mereka akan mengikuti juga walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk) Al- Baqarah: 170.
(Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikut kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya." Apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula rnendapat petunjuk?) Al-Maaidah: 104.
(Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta) Al-An'aam: 116.
Golongan ketiga: Sesungguhnya orang-orang yang tidak menggunakan akal dan fikiran mereka dan tidak tahu membezakan dengan sendiri antara yang betul dan yang salah, malah mengikut sahaja orang lain dengan buta tuli telah dihukum oleh Al-Quran dengan:
(Mereka tuli, bisu dan buta. Mereka tidaklah akan kembali ke ialan yang benar) Al-Baqarah: 18.
Dan diumpamakan mereka seperti binatang, bahkan lebih jelek darinya, kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan mereka mempunyai akal tetapi tidak mempergunakannya.
(Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai) Al-A'raaf: 179.
Ketiga-tiga golongan yang melampau dan keterlaluan ini telah ditolak oleh Al-Ouran dan menggantikannya dengan suatu umat yang sederhana dan stabil, umat pertengahan yang menegakkan keadilan.Apakah jalan pertengahan dan kestabilan ini? Inilah jalannya!
Pertama-tama tembusilah segala benteng kebudayaan lama dan aliran-aliran baru yang terbentang di hadapan anda.Bukalah mata anda dalam pancaran akal yang sejahtera dan waras dan pandanglah
dengan sendiri yang mana haq dan yang mana batil. Apakah atheisma yang betul atau ketuhanan? Apakah tauhid yang betul atau syirik? Apakah untuk merentasi jalan lurus manusia berhajat kepada hidayat Allah Taala atau tidak? Apakah para Nabi dan Muhammad a.s. semuanya benar atau dusta - barang dijauhkan Allah ? Apakah jalan yang ditunjukkan oleh Al-Quran itu lurus atau bengkang-bengkok?
Andainya hati anda mengiktiraf bahawa: fitrah manusia memerlukan keimanan kepada Tuhan dan, Tuhan itu ialah Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan,hati kecil anda mengakui bahawa manusia tidak dapat dinafikan lagi berhajat kepada nur dari sisi Allah demi merentasi jalan yang lurus dalam hidupnya dan nur itu ialah apa yang telah dibawakan oleh para Nabi dan Rasul a.s. yang merupakan petunjuk kebenaran untuk manusia sepanjang zaman dan, sesungguhnya kehidupan murni yang dihayati oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dunia ini menunjukkan bahawa manusia yang menjalani kehidupan yang penuh dengan kesucian yang maha tinggi itu tidak mungkin sekali-kali menipu alam sejagat - jika ia telah mendakwa bahawasanya ia seorang Rasul dari sisi Allah maka sudah pasti dakwaannya itu benar - dan, jika anda membaca Al-Quran, akal anda memutuskan bahawa jalan yang lurus untuk dijadikan pegangan dan amalan ialah yang dibentangkan oleh kitab ini dan, kitab ini tidak diragukan lagi datangnya dari sisi Allah, maka seharusnya anda jangan takut lagi kepada celaan orang yang mencela atau keengkaran orang yang degil. Sebaliknya bersihkanlah hati anda dari segala ketakutan akan kekurangan atau ketamakan akan keuntungan dan beriman serta yakinlah dengan apa yang telah diakui oleh diri dan hati anda sendiri akan kebenarannya.
Dan apabila anda telah : membezakan antara yang benar dengan yang palsu dengan akal yang waras yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda dan, anda telah memilih yang benar dari yang palsu, maka telah selesailah tugas akal anda dalam mengkaji dan mengkritik. Lalu berpindahlah kuasa pemerintahan dari akal manusia kepada Allah dan Rasul. Tidak mungkin lagi bagi anda sesudah itu membuat keputusan dengan sendiri dalam seluruh hidup anda. Sebaliknya anda wajib mematuhi setiap apa yang perintahkan oleh Allah dan Rasul.
Memang anda tidak ditegah dari mempergunakan akal untuk memahami hukum-hukum dan mengkaji hikmah hikmahnya untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan, tetapi anda tidak harus meragui dan mengungkit-ungkit apa yang disuruh oleh Allah, sama ada:
1 anda memahami hikmatnya atau tidak,
2 sama ada ianya secocok dengan ukuran akal anda atau tidak,
3 sama ada diputuskan oleh Allah dan Rasul itu mendatangkan keuntungan untuk dunia anda atau tidak dan,
4 sama ada perintah Rasul itu sesuai dengan adat dan cara hidup yang diminati oleh orang ramai di dunia atau bertentangan dengannya;
MAKA tidak harus lagi bagi anda dalam semua keadaan itu kecuali tunduk dan patuh. Kerana apabila anda beriman kepada Allah, percaya akan Rasul serta yakin bahawasanya setiap apa yang diseru oleh Rasul itu adalah datangnya dari Allah, bukan dari dirinya sendiri (Dan dia tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri, perkataan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.)An Najm: 3-4, maka logiknya dari penyerahan dan keyakinan ini anda mengutamakan apa yang diputuskan oleh Allah dan Rasul dari apa yang diputuskan oleh akal anda dan tidak seharusnya anda mengkritik dan mengomen perintah-perintah dan larangan-larangan yang dibawa oleh Nabi dari sisi Allah dengan mempergunakan keintelekan dan percubaan ujikaji orang lain.
Sesungguhnya orang yang berkata: “Aku orang yang beriman”, kemudian selepas itu ia meragui dan mengungkit-ungkit apa yang didatangkan dari Allah maka ertinya ia telah menolak dakwaannya sendiri dan membatalkan apa yang telah diucapkannya. Ia tidak mengetahui bahawa iman dan ragu adalah dua perkataan yang berlawanan yang tidak mungkin dicantumkan.
Setiap peraturan dan disiplin itu dibina diatas asas taat dan patuh, sedangkan keraguan dan ungkitan tidak mendatangkan sesuatu kecuali kekacauan dan kezaliman.Maka jalan yang sederhana dan stabil inilah yang dinamakan sebagai 'ISLAM' dan golongan yang mengikuti jalan inilah yang digelar 'MUSLIM'.Sesungguhnya Islam bererti tunduk, patuh dan redha. Dan muslim ialah orang yang patuh kepada perintah pemerintah dan larangan pelarang dengan kepatuhan yang penuh redha. Maka penamaan ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa tidak dibangkitkan golongan yang keempat ini di dunia berasingan dari tiga golongan di atas serta jalan-jalan mereka yang sesat, kecuali supaya mereka mengikuti perintah Allah dan Rasul dan tunduk kepadanya.
Sesungguhnya: tidak harus bagi golongan ini mengikuti akalnya pada setiap urusan, tidak harus baginya mempermainkan hukum Allah dengan mengambil apa yang sesuai dengan nafsunya dan meninggalkan apa yang tidak sesuai,tidak harus baginya melemparkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul ke belakang dan melencong mengikut manusia-manusia dengan buta tuli, sama ada manusia-manusia yang masih hidup atau sudah mati.
Hakikat ini telah disebut oleh Al-Quran dengan jelas. la berkata bahawa apabila datang perintah Allah kepada orang mukmin maka tiada lagi pilihan baginya.
(Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul telah manetapkan suatu ketetapan, maka ada lagi bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya rnaka dia telah sesat, sesat yang nyata) Al-Ahzab: 36.
Dan ia berkata bahawa seorang yang mengambil sebahagian dari Kitab Allah dan meninggalkan sebahagian yang lain akan membawa kepada kehinaan di dunia dan akhirat.
(Apakah karnu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lalai dari apa yang kamu perbuat) Al- Baqarah: 85.
Dan Al-Quran berkata lagi bahawa hukuman orang mukmin pada sesuatu kes tertentu wajiblah berpandu kepada Kitab Allah sekalipun sesuai dengan kehendak hawa nafsunya ataupun bertentangan dengannya.
(Putuskanlah perkara mereka rnenurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu) Al-Maaidah:48.
la berkata juga sesiapa yang tidak menghukum menurut Kitab Allah maka ia adalah fasik.(Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah maka rnereka itu adalah orang-orang yang fasik) Al-Maaidah: 47.
Dan setiap hukuman yang berlawanan dengan Kitab Allah maka itu adalah hukuman Jahiliah. (Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki Dan hukum siapakah yang lebih balk daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakinl) Al-Maaidah: 50.
Kemudian Al-Quran berkata:
(Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan orang-orang yang memegang kekuasaan di antara kamu. Kemudian jika kamu barlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikan lah ia kepada Allah (Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kapada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya. Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengengkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kapada mereka: "Marilah kamu tunduk kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul," nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi manusia dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu. Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian meraka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka, kerana itu berpalinglah kamu daripada mereka dan berilah mareka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka.
Dan kami tidak mengutus seseorang Rasul melainkan untuk ditaati dangan izin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiayai dirinya datang kepadamu lain memohon ampun kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Maka demi Tuhanmu. mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.) An Nisaa': 59-65.
Sesungguhnya telah nyatalah dari ayat-ayat yang jelas ini sudut penamaan Islam dan Muslim. Dan kini wajiblah di atas kita yang nama-nama kita tercatat di dalam senarai Muslimin/muslimah melihat dan berfikir sejauh manakah kalimah muslim ini telah menepati diri kita dan sejauh manakah benarnya cara hidup yang kita ikuti sekarang boleh dinamakan ISLAM !
(Syarah Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi dalam Kitab karangannya Apa Ertinya Anda Seorang MUSLIM?)