Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, Mac 24, 2012

Orang awam lebih selamat kekal berpegang kepada Imam Mazhab

Hari ini ramai ulama amilin yang sudah pergi meninggalkan kita (wafat).Atas pemergian mereka Ilmu agama tulin pun makin lama makin terhakis, berkurangan dan hampir lesap. Semangat orang awam untuk mendalami ilmu agama pun semakin lemah.Sedangkan kini pula, hadis2 sudah banyak yg di pesongkan dan di palsukan, banyak pula aliran yang sesat.Ada juga Ilmuwan agama  yang sebenarnya tidak hafal,fasih dan mahir Quran dan Hadis.Tetapi berlagak pakar dalam bidang itu untuk menolak beberapa pendapat imam imam mazhab.Sedangkan di manakah status mereka berbanding dengan imam imam mazhab.Para Imam Mazhab itu hafal Al Qur'an pada usia kanak kanak lagi dan menguasai hingga berjuta hadis.

Ramai ilmuwan era ini  mempunyai jiwa yang bergelumang dengan hawa nafsu, masing masing berasa bangga dengan pendapat sendiri.Hingga gamak menolak pendapat Imam Imam mazhab yang sudah berkurun kurun di amalkan seluruh umat Islam.Ulama ulama ini pada menolak mazhab,pada dasarnya mereka sendiri sedang mencipta mazhab sendiri sebenarnya.

Bagi orang awam macam kita bagaimana harus kita hadapi situasi begini?

Adalah lebih selamat kita tetap berpegang pada Imam Mazhab saperti Imam Shafie,Hanafi, Malik dan Hanbali kerana kitab kitab dan syarah syarah mereka tetapi asli hingga ke hari ini.Mereka terkenal dengan kesolehan, warak, khasyyah (takut Allah) dan mempunyai ilmu yang sangat tinggi.Mengikut mereka bererti mengikut golongan salafusoleh, golongan yang dijamin oleh Rasulullah saw.Lagi pun Imam Imam mazhab hidup di zaman yang sebaik baik zaman saperti yang di jamin oleh Rasulullah saw saperti yang di sebut dalam hadis hadis ini:

Rasulullah saw bersabda,
Sebaik-baik manusia adalah generasiku (sahabat), kemudian orang-orang sesudah mereka (tabi’in), kemudian orang-orang sesudah mereka (tabi’ut tabi’in).”


“Sebaik-baik zaman adalah zamanku (zaman para sahabat), kemudian yang setelahnya (zaman tabi’in), kemudian yang setelahnya (zaman tabi’ut tabi’in).”
(HR. Bukhari no. 6429 dan Muslim no. 2533 hadits ini adalah Mutawatir).



Hadis ini secara tidak langsung menyentuh tentang Imam imam mazhab yang 4  kerana mereka hidup di sekitar tiga kurun yang di maksudkan hadis tersebut.Imam Hanafi lahir pada tahun 80H.Imam Malik lahir pada 93H.Imam Syafie lahir pada 150H dan Imam Ahmad pada 164H.

Ramai para ulama hadis sendiri juga bermazhab.Imam Tirmizi , Imam Nawawi, dan Imam Ibnu Hajar umpamanya bermazhab Syafie.Imam mujaddid saperti Imam al Ghazali, Imam Sayuti dan Imam Abu Hassan Ashaari pun bermazhab Shafie.Bahkan beratus ratus ulama yang bertaraf mujtahid dan yang pernah mengarang kitab kitab besar juga bermazhab.

Tiba tiba ilmuwan atau ulama era baru zaman ini melaung laung menyuruh umat mengikut al Quran dan Hadis dan menolak bermazhab.Mungkin mereka rasa diri sudah terlalu hebat mengatasi kehebatan imam imam mazhab.

Adakah ke empat empat mazhab itu tidak ikut dan berpandukan al Quran dan Hadis? Sebenarnya martabat para imam mazhab yang empat bertaraf “mujtahid mutlak” .Iaitu mereka lah orang yang paling faham tentang al Quran dan Hadis.Penguasaan mereka dalam bidang hadis tidak boleh di pertikaikan hingga kini.Imam Ahmad menghafal berjuta hadis dan mengarang “Kitab al Musnad” yang sangat terkenal
.Imam malik mengarang “Kitab al Muwaththa”.Imam Shafie mengarang “Kitab Mukhtalaf al Hadis” dan menghafal seluruh hadis dalam “al Muwaththa”.Imam Hanafi mengarang  “Kitab al hadis al Wasith”.


Persoalannya, adakah ilmuwan atau ulama era baru kini lebih hebat dalam sudut memahami al Quran dan Hadis daripada Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Shafie dan Imam Ahmad sehingga tidak mahu berpegang kepada pendapat dan bermazhab kepada imam imam empat ini?

Rujukan:

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...