Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, April 28, 2012

Siapakah Yang Suka Mencari Aib Dan Menyebarkannya?

Di anatara fenomena mutakhir di mana ada di kalangan umat Islam yang berpandangan bahawa di antara ajaran Islam, di antara amal soleh yang besar ganjarannya, ialah mencari aib orang lain lalu menyebarkannya dan memberi ulasan ke atasnya. Apatah lagi dalam suasana kecanggihan teknologi komunikasi sekarang ini, amal soleh tersebut amat mudah dilaksanakan, semudah “klik” dengan menggunakan tetikus komputer atau menyentuh di atas talifon pintar masing-masing.

Saya tertanya, kenapakah mereka tidak “klik” sentuh ayat al-Qur’an berikut ini: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat 49:12]


Perhatikan larangan Allah: janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Kemudian perhatikan pula bagaimana Allah mengakhiri ayat di atas dengan firman-Nya: sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani, mengisyaratkan bahawa perbuatan mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain adalah satu dosa besar yang tidak akan terampun melainkan melalui taubat kepada Allah dan mengharapkan kasih sayang daripada-Nya.

Sikap yang benar di sini yang sememangnya merupakan ajaran Islam dan amal soleh yang besar ganjarannya, ialah memberi nasihat secara tertutup andai benar seseorang itu melakukan kesalahan. Sama-sama kita mengulangkaji surah al-Asr yang saya yakin semua pembaca telah pun menghafalnya.

Maaf kata, pada pengamatan saya, kategori orang yang suka menyebarkan keaiban sesama umat Islam di alam maya bukanlah dari kalangan mereka yang jarang-jarang solat, kerap mengunjungi tempat maksiat atau free hair. Akan tetapi kategori orang yang suka menyebarkannya ialah dari kalangan mereka yang tidak meninggalkan solat lima kali sehari, menjauhi tempat maksiat dan tidak mendedahkan aurat. Pendak kata, kategori orang yang suka menyebarkan keaiban umat Islam ialah mereka yang menjauhi beberapa dosa besar dan perbuatan keji.

Persoalannya, mengapakah mereka yang menjauhi beberapa dosa besar dan perbuatan keji suka mencari keaiban orang lain dan menyebarkannya? Jawapannya boleh ditemui dalam ayat al-Qur’an berikut: Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya.
Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. [al-Najm 53:31-32]


Dalam ayat di atas, Allah menerangkan kebesarannya yang memiliki segala apa yang ada di langit dan bumi. Berdasarkan kebesaran ini, Allah akan membalas orang-orang yang berbuat jahat dan yang berbuat baik. Di antara ciri orang yang berbuat baik itu ialah mereka yang menjauhi dosa besar dan perbuatan keji. Namun Allah menekankan bahawa sebagai Yang mencipta setiap manusia dari tanah sehingga ke berbagai peringkat dalam rahim ibu, Allah mengetahui hati, perasaan dan siapakah di antara orang-orang tersebut yang benar-benar bertaqwa kepada-Nya.

Oleh itulah Allah mengingatkan dengan larangan-Nya: maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Peringatan ini diberikan kerana Allah mengetahui di kalangan orang-orang yang menjauhi dosa besar dan perbuatan keji, ada yang merasakan dirinya sudah suci. Orang-orang seperti ini memuji-muji dirinya sendiri, merasa ujub bahkan unggul berbanding umat Islam yang lain.

Atas perasaan suci, ujub dan unggul inilah, orang tersebut merasakan dirinya layak untuk mencari keaiban orang lain dan menyebarkannya. Seolah-olah hatinya berbisik: “Ahaa! Tengoklah si fulan ini yang membuat maksiat padahal aku suci dari semua itu”.

Berdasarkan firman Allah dalam ayat 31-32 surah al-Najm di atas, marilah kita semua merenung diri sendiri. Dalam rangka kita menjauhi dosa besar dan perbuatan keji, janganlah pula kita merasa diri kita sudah suci. Sebaliknya hendaklah merasa syukur dan rendah diri, dimana perasaan ini kita terjemahkan dengan sikap ingin menasihati sesama umat Islam.

(Sumber: Hafiz Firdaus Abdullah )

Soal jawab sekitar solat

1. SOALAN :
  1. Berkenaan dengan semua perkara berkenaan solat sunat. Adakah perlu membaca Doa Iftitah?
  2. Solat sunat Rawatib, perlukah membaca surah pendek selepas Al Fatihah seperti solat fardhu?
JAWAPAN :
  1. Disunatkan membaca doa iftitah dalam solat sunat kerana Rasulullah S.A.W. tidak pernah meniggalkannya walaupun dalam solat Sunat.
  2. Sunat membaca surah selepas al-Fatihah di dalam solat sunat Rawatib.
2. SOALAN :
Persoalan saya berkaitan dengan sembahyang Jumaat ditempat saya mengajar, Untuk makluman SMK Batang Igan merupakan sekolah yang berada ditepi sungai dan mengambil masa sejam perjalanan untuk ke bandar atau pekan berhampirn menggunakan jalan air. Kawasan sekolah tidak mempunyai kemudahan masjid untuk orang Islam kerana majoritinya kaum Iban yang bukan Islam, dan permasalahan utama ialah status sembahyang Jumaat di tempat saya bertugas tu bagi guru lelaki yang muslim. Memang pada dasarnya, syarat wajib sembahyang Jumaat sudah gugur kalau mengikut syarat kewajipan solat Jumaat, tetapi saya musykil, sebab ada banyak pendapat samada perlu, ditunai atau tidak solat Jumaat itu. Ada pendapat yang mengatakan perlu dilakukan cukup sekadar jemaah yang ada. Apa-apa pun saya berharap agar pihak tuan dapat memberi pandangan atau kata putus bagi permasalahan ini.

JAWAPAN :
Apabila seseorang muslim mempunyai 7 syarat wajib (Islam, Baligh, Berakal, Merdeka, Lelaki, Sihat tubuh badan dan bermukim) maka wajiblah dia menunaikan Solat Jumaat. Walau bagaimanapun, solat Jumaat tersebut hanya akan sah apabila memenuhi 4 Syarat sah yang berikut :
a) Didirikan di dalam kawasan binaan sama ada di bandar atau  kariah.
b) Bilangan jamaah tidak kurang daripada 40 orang yang memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat iaitu lelaki, baligh dan bermastautin.
c)  Didirikan dalam waktu Zuhur.
d) Didirikan satu Jumaat sahaja dalam satu kariah.
Bagi seseorang yang bermusafir bagi perjalanan 92km (2 marhalah) maka gugurlah kewajipan menunaikan solat Jumaat.

3. SOALAN:
Pada waktu Subuh saya pergi solat ke masjid yang jauhnya lebih kurang 6 KM dan meninggalkan surau di tempat saya. Adakah salah perbuatan saya ini?

JAWAPAN:
Tidak menjadi satu kesalahan untuk saudara pergi bersolat di masjid yang agak jauh selagi ianya tidak mendatangkan kesulitan dan tidak menghalang saudara dari berjemaah. Dalam sebuah hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:
‘’Sesungguhnya seseorang yang lebih banyak dapat pahala dalam solat adalah orang yang lebih jauh perginya ke tempat itu.”


4. SOALAN:
  1. Bagaimankah susunan di dalam solat jika imam ialah perempuan (ibu) dengan makmum lelaki (anak) dan anak perempuan (yang belum baligh)?
  2. Adakah diniatkan imaman sekiranya ibu sebagai imam, sedangkan anak-anaknya belum baligh.
    JAWAPAN:
    1. Susunan makmum dalam solat adalah seperti berikut:
    a)Imam (lelaki)
    b)Makmum lelaki dewasa
    c)Makmum kanak-kanak-lelaki
    d)Makmum perempuan dewasa
    e)Makmum kanak-kanak perempuan
    2.Imam perempuan hanya untuk makmum perempuan sahaja. Jika anak lelaki puan sudah pandai solat walaupun belum baligh adalah lebih baik dia yang menjadi imam. Ini kerana apabila budak kecil itu sudah pandai berfikir dan dia cukup syarat sah solat maka sah dia menjadi imam kepada lelaki dan perempuan yang baligh.
    Ini berdasarkan hadith dari sahabat Nabi S.A.W. Amru bin Salamah R.A.,
    Beliau berkata:"Aku menjadi imam di zaman Rasulullah S.A.W. ketika aku masih berumur tujuh tahun."
    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
    Tetapi jika anak puan belum pandai solat, puan bolehlah solat bersendirian dan anak-anak puan bolehlah sekadar mengikut dibelakang sebagai proses pembelajaran.

    5. SOALAN:
    Saya berasal dari Semenanjung dan bekerja di Lawas, Serawak.
    Saya berada di Lawas selama 20-23 hari dan balik ke Semenanjung selama 7-10 hari.(Jumlah 30hari)
    Apakah kedudukan saya untuk menunaikan solat jamak dan qasar.
    Adakah saya dibolehkan jamak qasar selama 3 hari di Semenanjung semasa balik dan 3 hari di Sarawak semasa bekerja. Diharap mendapat penjelasan dari pihak tuan.

    JAWAPAN:
    Berhubung dengan solat jamak dan qasar yang dikemukakan oleh pihak tuan ialah sekiranya tuan telah mengetahui lebih awal berapa hari tuan akan singgah ke sesuatu tempat seperti 20-23 hari di Lawas dan Semenanjuang 7-10 hari, maka tuan tidak boleh  mengerjakan solat jamak dan qasar  kerana telah dikira bermukim. Akan tetapi sekiranya tuan bermusafir tidak melebihi tempoh 5 hari termasuk hari perjalanan pergi dan balik sama ada ke Lawas mahupun Semenanjung, maka dibolehkan tuan untuk solat jamak dan qasar. Walau bagaimanapun ketika dalam satu-satu masa perjalanan yang melebihi 2 marhalah (90 km) yang dianggap musafir, maka tuan boleh mengqasar dan menjamakkan solat.

    6. SOALAN:
    Saya ada mendengar seorang ustaz mengajar sekiranya ada sebesar sebiji nasi dalam mulut ketika solat dan sekiranya ditelan tidak membatalkan solat? Mohon jawapan dari tuan, Sekian terima kasih.

    JAWAPAN:
    Makan dengan sengaja sama ada lebihan di celah gigi tersebut banyak atau sedikit akan membatalkan solat. Imam an-Nawawi menyatakan di dalam kitab al-Majmuk bahawa :
    “solat akan terbatal jika menelan makanan yang terselit di celah gigi dengan sengaja. Dan tidak batal jika bukan sengaja hendak menelan air liur yang bercampur dengan lebihan makanan”.



    7. SOALAN:
    Bolehkah zikir selepas solat Subahanallah.Alhamdullilah dan Allahhuakbar digabung dibaca 33 kali. Ada imam yang lakukan demikian.

    JAWAPAN:
    Zikir Subahanallah, Alhamdullilah dan Allahuakbar  boleh digabung dalam satu bacaan.

    8. SOALAN:
    Bagaimanakah dan apakah kaedah yang diguna pakai untuk kita menentukan arah kiblat di dalam rumah dan lain-lain?

    JAWAPAN:
    Terdapat banyak kaedah untuk menentukan arah kiblat. Walau bagaimanapun kaedah yang paling mudah ialah melalui fenomena Istiwa’ Utama Matahari di Kaabah.
    Bagi Negara Malaysia, fenomena ini akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang.
    Pada waktu tersebut pihak tuan dinasihatkan memacak sebatang kayu yang lurus di atas tanah. Arah kiblat adalah arah yang bertentangan dengan arah bayang kayu tersebut.
    Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu. Oleh kerana waktu yang sepadan di Malaysia aebelah petang, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah yang menghadap ke barat.

    9. SOALAN:
    Semasa saya pergi Out Station, Saya beimamkan dengan seorang imam yang sama-sama musafir bersama saya untuk menunaikan Solat Jamak. Ketika itu, imam tersebut menunaikan solat zuhur 4 rakaat dan selepas memberi salam kami solat asar 4 rakaat pada waktu yang sama. Adakah solat kami itu sah dari hukum syarak? Harap Ustaz dapat jelaskan.

    JAWAPAN:
    Solat yang tuan lakukan adalah sah.
    i. Sebagai panduan, untuk melakukan solat  jamak (menghimpunkan), syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi:
    1. Musafir melebihi 2 marhalah atau 56 batu (92 kilometer)
    2. Perjalanan yang dilakukan bukan bertujuan maksiat. 
    3. Solat yang boleh dijamak ialah zohor dan Asar, maghirib dan Isyak atau sebaliknya.
    4. Berniat jamak
    5. Berturut-turut
    6. Tertib (mendahului solat yang masuk waktunya dahulu)
    ii.  Kekal dalam perjalanan itu hingga selesai takbiratulihram solat yang kedua.
    Selain daripada jamak, tuan juga boleh mengqasarkan (memendekkan) solat yang 4 rakaat kepada 2 rakaat ketika musafir. Solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak. Syarat-syarat sahnya ialah;
    1. Solat yang hendak diqasarkan adalah solat yang 4 rakaat.
    2. Jarak perjalanan sekurang-kurangnya 2 marhalah.
    iii.  Hendaklah dia mengetahui bahwa hukum  solat qasar itu adalah harus baginya.
    iv.  Mestilah berniat qasar ketika takbiratul ihram.
      • Solat yang diqasarkan mestilah dilakukan dalam waktunya sendiri seperti mengqasar solat Zuhur dalam waktu Zuhur dan tidak boleh diqasarkan solat Zuhur dalam waktu Asar.
        10. SOALAN:
        Saya ingin tahu waktu sebenar dari mula hingga akhirnya ikut kiraan jam bagi waktu untuk solat sunat dhuha bagi bahagian Mukah.
        Mengikut syarak waktu Dhuha bermula  apabila matahari naik setinggi satu galah selepas terbit.
        Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula Waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan Waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.
        Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi;
        Waktu Dhuha   =   Waktu Syuruk + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh)
        Contoh Jadual Waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011 ;
        Waktu Syuruk:  0638 pagi
        Waktu Subuh :  0524 pagi
        Waktu Dhuha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah :
        Waktu Syuruk ( 0638 pagi) + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh) (0638 pagi – 0524 pagi = 1jam 14 Minit @ 74 minit)
        = 0638 pagi + 1/3 (74 Minit)
        = 0638 pagi + 25 minit
        = 0703 pagi.


        11. SOALAN:
        Saya ke surau hendak berjemaah solat zuhur tetapi tiada orang lain yang datang, 10 minit kemudian saya meneruskan solat secara bersendirian. Kemudian datang seorang hamba Allah terus menjadi makmum dan apa hukumnya, sedangkan saya tidak berniat sebagai imam.

        JAWAPAN:
        Sah solat yang dilakukan oleh tuan dan makmum tersebut. Menurut Syarak makmum wajib berniat mengikut imam sedangkan imam tidak wajib berniat menjadi imam. Walau bagaimanapun, untuk mendapat pahala berjamaah imam hendaklah berniat menjadi imam pada waktu tersebut.

        12. SOALAN:
        Ketika imam sedang solat jemaah, makmum terlihat pakaian imam terkena najis. Bagaimanakah caranya makmum hendak menegur imam.

        JAWAPAN:
        Makmum yang mengetahui dengan yakin hal keadaan imam yang sedemikian (pakaian bernajis) diwajibkan berniat mufaraqah. Setelah selesai solat makmum tersebut hendaklah memaklumkan kepada imam dan imam wajib mengulangi solatnya. Bagi makmum yang tidak mengetahui ketika solat tersebut didirikan solatnya adalah sah.

        13. SOALAN:
        Semasa di alam remaja, seseorang itu berkelakuan nakal dan memiliki tatu..selepas di alam dewasa beliau telah bertaubat dan telah dilantik oleh pegawai masjid sebagai imam dan pada masa yang sama segelintir makmum berasa was-was untuk berjemaah. Apakah hukumnya?

        JAWAPAN:
        Seorang yang telah bertaubat dan tatu tersebut tidak dapat dihilangkan walaupun beliau telah berusaha layak untuk menjadi imam dalam solat. Para makmum hendaklah berimam dengan imam tersebut tanpa was-was.

        14. SOALAN:
        Apakah hukumnya memakai wangian beralkohol dalam solat?

        JAWAPAN:
        Wangian beralkohol adalah diharuskan penggunaannya. Jika alkohol tersebut yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Sementara alkohol yang terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai sama ada daripada ubi kayu atau pulut ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

        15. SOALAN:
        1.Solat adalah kewajipan ke atas tiap-tiap orang Islam. Apakah kewajipan ini masih fardhu ke atas orang tua yang agak nyanyuk?
        2. Bagaimana keadaan sembahyang orang tua yang sudah agak nyanyuk tetapi dia masih ingin sembahyang, masalahnya sembahyang yang dilakukannya itu tidak cukup rukun seperti sembahyang 4 rakaat jadi 3 rakaat. Sembahyang berjamaah tetapi dia dahulu daripada imam kerana kenyanyukannya.

        JAWAPAN:
        Sembahyang wajib ke atas umat Islam yang mencapai umur dewasa (baligh) serta berakal, yang tidak ada sebarang halangan seperti haid dan nifas. Syarat wajib solat ialah :
        1) Islam
        2) Baligh
        3) Berakal
        Menurut jumhur ulama’ sembahyang tidak wajib ke atas orang gila, terencat akal dan yang seumpamanya seperti orang pengsan, kecuali jika dia sedar dan masih ada lagi waktu sembahyang. Ini disebabkan berakal adalah tanda mukallaf, sebagaimana hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
        “Tiga orang yang tidak dikira sebagai bertanggungjawab ke atas perbuatannya iaitu orang gila sehingga ia siuman dan orang tidur sehingga ia sedar daripada tidurnya dan kanak-kanak sehingga ia bermimpi (baligh).”
        (Hadis riwayat : Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim)

        16. SOALAN:
        Assalaamu'alaikum wbt. saya nak bertanya tentang hukum seseorang yang bertatu dan kemudian dia bertaubat serta melakukan solat..adakah sah solatnya diterima Allah atau tidak. Adakah tatunya perlu dibuang habis dahulu..dan bagaimana dengan mandi junubnya adakah ia sah. Sekian harap tuan dapat membalas pertanyaan saya ini...terima kasih.

        JAWAPAN:
        Solat dan mandi hadas (junub) nya sah. Walau bagaimanapun tuan dinasihatkan berusaha untuk membuang tatu tersebut jika mampu dan tidak memudaratkan.   
                 
        17. SOALAN:
        Saya salah seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Isu solat Jumaat merupakan isu hangat bagi guru-guru yang mengajar jauh di kawasan pedalaman di sarawak. Seperti mana yang kita ketahui meniggalkan solat jumaat adalah tidak boleh sama sekali kecuali di sebabkan keuzuran atau sakit. Ada juga yang menyatakan jangan lebih dari tiga kali berdasarkan hadis yang tidak sahih. Seperti mana yang saya fahami dan lakukan selama ini sekirannya tidak berkesempatan semasa keluar hari Jumaat saya singgah di masjid yang dilalui sekiranya tidak sempat saya cuma solat zuhur sahaja. Ada juga rakan ustaz yang saya tanya, sekiranya perjalanan yang kita lalui ada masjid ataupun surau maka wajib untuk kita kerjakan solat. Boleh tak jelaskan hadis mana yang patut kita ikuti. Adakah boleh kita selang selikan minggu dalam bulan semasa untuk keluar bersolat ini adalah kerana kita cuma keluar ke bandar 2 minggu sekali. Sekian terima kasih.

        JAWAPAN:
        Apabila seseorang muslim sudah cukup 7 syarat wajib (Islam, Baligh, Berakal, Merdeka, Lelaki, Sihat tubuh badan dan bermukim) maka wajiblah dia menunaikan Solat Jumaat. Walau bagaimanapun, solat Jumaat tersebut hanya akan sah apabila memenuhi 4 Syarat sah yang berikut :
        a) Didirikan di dalam kawasan binaan sama ada di bandar atau kariah.
        b) Bilangan jamaah tidak kurang daripada 40 orang yang memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat iaitu lelaki, baligh dan bermastautin.
        c)  Didirikan dalam waktu zuhur.
        d) Didirikan satu Jumaat sahaja dalam satu kariah.
        Bagi seseorang yang bermusafir bagi perjalanan 92km (2 marhalah) maka gugurlah kewajipan menunaikan solat Jumaat.
        Hadis mengenai meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut ialah:
        “Sesiapa yang meninggalkan tiga kali sembahyang Jumaat kerana mengambil ringan terhadapnya, nescaya Allah akan menutupkan hatinya”
        (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

        18. SOALAN:
        Ketika sembahyang sunat ada orang yang begitu cepat rukuk dan  sujud nya. Pada perkiraan saya jika dibaca ayat ketika rukuk dan  sujud sebanyak 3 kali tidak lah sepantas itu. Persoalaan saya ialah wajib atau sunat dibaca ayat ketika sujud dan rukuk itu sebanyak 3 kali atau memadai dengan baca sekali sahaja.

        JAWAPAN:
        a)    Rukuk  dan sujud merupakan rukun solat dan jika ditinggalkan  maka solat akan terbatal. Tetapi bacaan dalam rukuk dan sujud adalah sunat hai’ah (iaitu jika ditinggalkan tidak sunat digantikan dengan sujud sahwi) dan solat itu sah.

        19. SOALAN:
        Mengqasar dan menjamak sembahyang. Apabila kita berjalan jauh. contohnya saya dari Limbang pergi ke Miri dan bermalam di miri selama 2 malam. Bolehkah saya mengqasar atau menjamak solat apabila sudah bermalam di Miri?

        JAWAPAN:
        Sebagai panduan , untuk melakukan solat  jamak (menghimpunkan), syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi;
        a)    Musafir melebihi 2 marhalah atau 56 batu (92 kilometer).
        b)   Tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula  sampai dan pada hari akan keluar.
        c)    Perjalanan yang dilakukan bukan bertujuan maksiat.
        d)   Solat yang boleh dijamak ialah zohor dan Asar, maghirib dan Isyak atau sebaliknya.
        e)    Berniat jamak.
        f)    Berturut-turut.
        g)   Tertib (mendahului solat yang masuk waktunya dahulu).
        h)   Kekal dalam perjalanan itu hingga selesai takbiratulihram solat yang kedua.
        Selain daripada jamak, tuan juga boleh mengqasarkan (memendekkan) solat yang 4 rakaat kepada 2 rakaat ketika musafir. Solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak. Syarat-syarat sahnya ialah;
        a)  Solat yang hendak diqasarkan adalah solat yang 4 rakaat.
        b)   Jarak perjalanan sekurang-kurangnya 2 marhalah.
        c)    Hendaklah dia mengetahui bahwa hukum  solat qasar itu adalah harus baginya.
        d)   Mestilah berniat qasar ketika takbirratul ihram.
        e)    Solat yang diqasarkan mestilah dilakukan dalam waktunya sendiri seperti mengqasar solat Zuhur dalam waktu Zuhur dan tidak boleh diqasarkan solat Zuhur dalam waktu Asar.

        20. SOALAN:
        Tuan, apakah hukum air liur manusia. Adakah ianya najis atau tidak?. Sekiranya najis apakah sisa makanan yang ada dalam mulut kemudian diludahkan sedikit ketika solat dan terkena baju. Adakah solat itu sah atau tidak?

        JAWAPAN:
        Air liur manusia bukanlah dikira sebagai najis, tetapi haram dimakan kerana dianggap jijik. Maka sah solat yang didirikan sekiranya air liur tersebut terkena baju.

        21. SOALAN:
        Saya dengar pak imam baca surah selepas Al-Fatihah tidak betul tajwid, saya baru lagi di surau berkenaan. Macam mana tu?

        JAWAPAN:
        Tajwid itu sememangnya penting dalam bentuk yang sederhana. Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T. dan kita seharusnya membaca dengan betul.  Sekiranya kesalahan bacaan tidak sampai mengubah makna dan telah cuba dibaca mengikut kemampuan, maka tidaklah kesalahan itu menjadi  bebanan kepada pembaca. Tuntutan kepada kefahaman terutamanya al-Fatihah di dalam solat adalah lebih perlu diutamakan.

        22. SOALAN:
        Saya pernah tindih telinga....sekiranya telinga yang saya tindih sudah tertutup....bolehkah saya menjadi imam?

        JAWAPAN:
        Boleh menjadi imam bagi yang pernah bertindik kerana ia bukan daripada syarat sah untuk menjadi imam. Walau bagaimanapun, bertindik merupakan amalan bagi wanita dan diharamkan bagi lelaki untuk meniru wanita. Melakukan perbuatan haram secara berterusan adalah perbuatan orang yang fasiq.

        Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sarawak

        Rabu, April 25, 2012

        SIAPA IMAM PERHIMPUNAN BERSIH?

        perhimpunan bersih 3.0 Bersih 3.0 : Perhimpunan Bersih Diadakan Sekali Lagi. Wajar Atau Tidak?

        Allah berfirman dalam Al Quran saperti berikut yang bermaksud:
        “(Yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah”. QS. an-Nisa' (4) : 139



        “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam”. QS. an-Nisa' (4) : 140


        “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?”
        QS. an-Nisa' (4) : 144



        Saya bukan politikus.HIMPUNAN BERSIH dikatakan bukan bermotif politik maka sebab itu saya pun menulis bukan bermotifkan politik tetapi atas rasa tanggung jawab terhadap agama.Saya tidak sanggup melihat agama di perhina dan di pergunakan pula oleh penentangnya.


        Semua maklum siapa pemimpin BERSIH.Dia ialah seorang wanita yang bernama Ambiga Sreenevasan.Kita Umat Islam perlu meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta kita mengikut dia mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini.


        Melayu Islam di Malaysia memang mudah lupa dan harus melihat atau mengimbau kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan kita umat Islam sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya dalam BERSIH.


        Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC .


        Lupa kah kita (umat Islam) apa itu IFC (Inter Faith Commission)?
        IFC berasal dari IRC (Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama. IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduismclip_image001dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.


        Matlamat Penubuhan IFC
        IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.


        Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
        1.    Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
           
        2.    Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
           
        3.    Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
           
        4.    Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
           
        5.    Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
           
        6.    Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
           
        7.    Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
           
        8.    Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
           
        9.    Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
           
        10.    Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia  sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
           
        11.    Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
           
        12.    Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program  dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
           
        13.    Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
           
        14.    Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
           

        Ancaman Utama IFC terhadap Islam
        1.    Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
           
        2.    Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
           
        3.    Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
           
        4.    Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
           
        5.    IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.
           

        Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A .W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya IFC yang di pimpin oleh Ambigia. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama.


        Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.


        Ambigia turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Ambigia dan Majlis Peguam yang diterajui nya terus mencabar umat Islam dengan tetap meneruskan forum itu.


        Kini dia juga adalah penyokong dan bermatian matian membela  golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) yang jelas bertentangan dengan amalan Islam dan manusia bertamaddun.


        Tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang berjuang habis habisan agar undang2 Islam dan Islam tidak di laksanakan di Malaysia.


        Sikap anti Islam dia sekapal dengan Karpal Singh.Adakah umat Islam sudah lupa atau buat buat lupa tentang cabaran Karpal iaitu "langkah mayat aku sebelum melaksanakan Negara Islam". Hingga hari ini dia masih tetap dengan pendirian nya.Ini terbukti dalam Perjanajian Bersama Anggota Pakatan (PR), PAS di paksa menggugurkan cita cita mereka untuk melaksanakan HUDUD dan NEGRA ISLAM jika mahu terus berada dalam Pakatan.


        Sangat menghairankan dan menakjubkan walaupun Ambigia bersikap tersangat anti dan mempermain mainkan hukum Islam namun masih ramai umat Islam termasuk pemimpin pemimpin nya yang tergamak menjadi makmun (pengikut) kepada nya dalam menjayakan cita citanya melalui BERSIH.Megapa jadi begini.Renungankan apa Allah kata tentnag orang kafir saperti ini dalam firmannya yang bermaksud:


        “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam”. QS. an-Nisa' (4) : 140


        Atas alasan apapun, bagi saya, mereka ini adalah golongan yang tidak ada maruah.Bukan itu sahaja mereka juga mencemar maruah Islam kerana membenarkan diri (sebagai orang Islam) di pergunakan, kerana sanggup menjadi makmun (pengikut) dalam BERSIH kepada kafir yang seorang ini iaitu penentang Islam se Malaysia .Mereka telah meletakan Islam di tempat yang hina iaitu di bawah tapak kaki Ambigia, sebab itu pemimpin pemimpin Islam mudah sahaja terhangguk hangguk dan mengikut sahaja telunjuk dia saperti orang yang sudah kena pukau. 

        Mungkin untuk mengaburi mata penyokong penyokong BERSIH yang 99.9 % orang Islam Ambigia telah melantik seorang Islam bernama A Samad Said sebagai pengerusi BERSIH 3.0.Dia tetap “the main player” atau IMAM BERSIH tetapi bermain di belakang tabir.
        Wallahu’alam.

        Selasa, April 24, 2012

        Kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender adalah wabak kalau di biarkan akan jadi kanser masyarakat.

        Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

        Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa berkata, semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

        Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, demi masa depan dan akidah generasi muda, isu LGBT tidak boleh dipolitikkan .

        “Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga terikut dengan budaya negatif Barat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT” , semalam.

        Nasharudin berkata, wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

        Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

        “Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.

        Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.
        “Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan,” katanya.

        Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia - Bernama

        Isnin, April 23, 2012

        Asal usul kejadian manusia

        Manusia diciptakan dari  Nabi Allah Adam a.s.  dan  Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia.

        Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74
        "Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"


        Didalam Surah At-Thariq : 5-7
        " Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan"


        Nabi bersabda:
        "Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan adam dijadikan daripada tanah"


        Menurut riwayat ketika, Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.
        Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula untuk turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana Malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.

        Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman :
        "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku."


        Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.
        Lalu Allah berfirman lagi:

        "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."


        Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:

        "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya."


        Jenis-jenis Tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s:
        Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:
        1. Tanah tapak Baitul Maqdis
        2. Tanah Bukit Tursina
        3. Tanah Iraq
        4. Tanah Aden
        5. Tanah Al-Kautsar
        6. Tanah tapak Baitullah
        7. Tanah Paris
        8. Tanah Khurasan
        9. Tanah(Babylon)
        10. Tanah India
        11. Tanah Syurga
        12. Tanah Tha'if
        Menurut Ibnu Abbas:
        1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
        2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
        3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
        4. Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
        5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
        6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
        7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
        8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
        9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
        10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
        11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
        12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
        13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
        Proses kejadiannya:
        1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
        2. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.
        3. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
        4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
        Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

        Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
        Tujuh buah letaknya adalah:
        1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
        2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
        Dijadikan pula lima buah pancaindera:
        1. Mata alat penglihatan
        2. Hidung alat penciuman
        3. Telinga alat pendengaran
        4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
        5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
        Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

        Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

        Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman "Yarhamukallah"yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan"Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

        Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

        Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit yang ketujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam tinggal.

        Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika berada di dalam Syurga. Ketika mereka telah memakan buah larangan atas pujukan Iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya di turunkan oleh Allah di bumi.

        Menurut riwayat nabi Adam turun di India. Tetapi mengikut setengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah (Padang Perkenalan).

        Umur Nabi Adam menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak adalah kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik beradik tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang lahir sekali.

        Wallahualam


        Disusun Oleh:
        Hj. Khairuddin bin Haiyon - PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan) JAIS.

        Pejuang seks songsang (LGBT) adalah pengikut syaitan

        image
        Nasharudin Mat Isa menyampaikan kertas kerja pada Wacana Kemungkaran LGBT di UTM Kuala Lumpur 

        Gerakan yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta setiap pengamal seks songsang merupakan pengikut-pengikut jejak syaitan.

        Justeru itu, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.

        Beliau berkata, di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut a.s ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender.

        (Sumber: Utusan Malaysia Online 23 Apr 2012)

        Khamis, April 12, 2012

        Ada penyelesaian perpecahan atas kejahilan umat

        unityPermusuhan selalunya dimulai dengan keinginan manusia atau sekumpulan manusia untuk memenuhi tuntutan nafsu. Dalam kes ini, jika ada halangan untuk memuaskan tuntutan nafsu, sesetengah manusia mengambil jalan mudah dan mengetepikan sifat kemanusiaannya.

        Bermula dengan sikap benci, berkembang menjadi perseteruan sementara dan seterusnya tanpa kawalan diri akan memuncak menjadi lebih buruk termasuk melibatkan pembunuhan dan pelbagai bentuk kezaliman.

        Rasa benci yang mula berakar menyebabkan manusia sanggup memutuskan perhubungan sebagai rakan atau saudara. Memutuskan ikatan persaudaraan seagama menjadi petanda bahawa berlakunya kekeruhan iman.

        Mengabaikan masalah-masalah hukum dan hubungan kemasyarakatan bukan sahaja menimbulkan kerosakan di dalam masyarakat itu sendiri, malah akan mengakibatkan tergugatnya sebuah kehidupan yang damai.

        Islam yang ditegakkan melalui hubungan damai dan mementingkan perdamaian akan terjejas dengan sendirinya oleh sikap lemah dan jahil penganutnya yang sanggup mengetepikan rasa cinta sesama manusia dan membiarkan tuntutan nafsu menggantikan keimanan.

        Perselisihan seperti ini harus diatasi dengan dakwah dan amar makruf nahi munkar.

        Apabila berlakunya sesuatu perselisihan, orang Islam diwajibkan untuk melupakan perbezaan dan kembali kepada dasar keimanan dengan jelas. Sebarang perbezaan pendapat perlu diselesaikan secara berhemah dan beretika. Tuduh-menuduh antara pihak yang berselisih pendapat perlu dielakkan.

        Sehubungan ini, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.”(an-Nisa’: 59)

        Perpecahan sesama umat Islam berlaku di mana-mana sahaja sehingga mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri hanya kerana perbezaan pendapat atau aliran. Kononnya perpecahan tidak dapat dielakkan kerana sepanjang sejarah kita selalu berpecah. Di samping mengunakan hujah dan menunjukkan dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk mempertahankan perpecahan yang terjadi, apakah boleh kita katakan bahawa perpecahan yang berlaku sesama umat Islam itu sebagai satu takdir?

        Perpecahan bukan harus diterima begitu sahaja tetapi harus diselesaikan dengan melakukan muhasabah perilaku kita sendiri. Ketika Nabi menyebut bahawa di antara umatnya ada yang taat dan ada yang melakukan maksiat.

        Ini bererti Nabi sedang menunjukkan masih ada jalan penyelesaian terbaik bagi dua kumpulan yang bersengketa.

        Terpulanglah kepada sikap kita sendiri sama ada ingin meneruskan sengketa ataupun mencari jalan damai. Jika jalan damai yang kita pilih, hubungan persaudaraan akan bertaut kembali dengan lebih kukuh.
        Pilihan itu selalu ada dan kita selalu diberikan peluang untuk membuat pilihan.

        Kita jangan jadi seperti golongan Khawarij yang sangat patuh menjalankan ibadah ritual tetapi sangat kaku dalam hubungan sosial, terutama sesama kaum Muslim. Sejarah Islam telah mengajar kita bahawa di kalangan mereka ada yang sanggup membunuh saudara seislam kerana berbeza pendapat dalam masalah agama. Terutama ketika masalah kepimpinan Ali bin Abi Talib.
        Malah lebih malang lagi apabila mereka lebih menghormati Nasrani (kerana kaum dzimmi menurut al-Quran harus dilindungi) daripada orang Islam sendiri. Mereka menghukum kafir terhadap sesiapa sahaja yang memutuskan perkara tidak berdasarkan al-Quran.

        Mereka membunuh Abdullah bin Habab dan isterinya kerana memuji Ali selepas peristiwa Tahkim. Golongan Khawarij dikatakan sangat taat mengerjakan sembahyang dan tidak menyentuh makanan haram, ternyata sanggup membunuh saudara sesama Islam hanya kerana perbezaan pendapat.

        Adakah di antara kita begitu kaku berpegang kepada al-Quran dan hadis hanya dalam kerangka pemikiran kelompok kita dan tidak menghormati pemahaman kelompok yang lain?

        Apakah kita lebih menghargai umat lain daripada sesama Islam? Atau kita halalkan segala perkara seperti fitnah, penyalahgunaan kuasa untuk menjatuhkan orang yang tidak sehaluan dengan kita? Khawarij masih berada di sekitar kita. Mereka menjual dan menjaja kewarakan diri demi kepentingan politik. Kuasa apabila jatuh ke tangan golongan seperti ini akan menghancurkan masyarakat seluruhnya.

        Mungkin kita boleh mengambil sikap membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan.

        Kita mungkin boleh merenung teguran yang pernah dilakukan oleh Dr. Jan Oberg pada 1998. Beliau ialah Pengarah Yayasan Transnasional Untuk Keamanan dan Penyelidikan Masa Depan. Katanya: “Adalah lebih mudah untuk membaiki rumah dan infrastruktur. Lebih mudah untuk membuang wang ringgit dan bercakap mengenai hak asasi manusia.

        “Tetapi apalah maknanya jika jauh di dalam diri manusia itu terpendam perasaan benci terhadap satu sama lain? Apakah mereka akan hidup bahagia dan aman dengan diri mereka sendiri? Mungkinkah dengan anak-anak mereka juga begitu? Apakah jenis masyarakat, jika kita tidak dapat membaiki jiwa dan membantu mencipta toleransi, kewujudan bersama, malah bekerjasama dan kasih sayang?

        “Kita perlu menjadikan kemaafan dan perdamaian itu sebagai objektif utama.”

         (Dipetik daripadaDaisaku Ikeda: Pertemuan Yang Indah terjemahan Nazel Hashim Mohamad, Kuala Lumpur: GAPENA, 2007).

        (Oleh MUHAMMAD QASIM)

        Rabu, April 04, 2012

        Pengakuan: ‘Saya temui hingga 400 orang Melayu murtad’

        Wartawan mengikuti pendedahan rakaman video berkenaan dengan kes murtad di rumah Dr Hasan Mohamed Al
        ‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

        Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

        Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya."Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka."Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu," katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.

        Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura."Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan," katanya.

        Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.

        Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara.

        "Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga," katanya.

        Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya, sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.

        Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam, seperti yang dijanjikan sebelum ini.Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini.

        Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu.

        Wajah kesemua individu yang ditemu bual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya kemudian.

        (Sumber: Sinar Harian Online 3hb April 2012)

        Sokongan Pas terhadap DAP, PKR hancurkan umat Islam?

        Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.
        Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.

        Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.

        “Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar.

        “Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.

        “Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak.
        “Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

        Abdullah diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang menyatakan berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam apabila bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.

        Menurut Abdullah, kerjasama Pas dan DAP berbeza dengan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memperakui kedudukan agama Islam dan umat Islam sejak sekian lama.

        Sementara itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyokong pandangan Abdullah itu mengambil kira perjuangan politik semasa Pas yang lebih ghairah untuk berkuasa dan tidak lagi memperjuangkan pembentukkan negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.

        Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu.

        “Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.

        “Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.

        “Pas pula bersifat was-was, dulu kata nak tegak negara Islam, sekarang negara berkebajikan. Dulu Pas tentang kerjasama dengan orang kafir, sekarang Pas bekerjasama dengan orang kafir.

        Pas parti yang tidak tetap pendirian dan tidak ada istiqamah,” katanya.

        Selasa, April 03, 2012

        Hukum Membaca Al-Quran Untuk Si Mati Di Atas Kubur

        sheikh_ali_fatwa
        Syeikh Ali Jumuah Mufti Republik Arab Mesir


        Kitab : البيان لما يشغل الأذهان


        Para ulama' telah bersepakat (berijma' atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama' Hanafiah, Syafi'iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu' ):

        من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات


        Maksudnya: "Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan"1


        Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa :
        "Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dgn awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah".2


        Adapun ulama' Malikiyyah berpendapat bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah makruh. Akan tetapi, Syeikh Dardir memberikan komentar beliau di dalam masalah ini :

        "Ulama' mutaakh'khirin berpendapat bahawa tidak mengapa membaca Al-Quran dan berzikir serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati bahkan si pembaca juga akan mendapat/beroleh pahala, Insya Allah".3

        Perselisihan pendapat pada masalah ini adalah terlalu lemah (dhoif). Pendapat yg mengatakan hukumnya adalah sunat adalah pendapat yg kuat. Sesungguhnya sebahagian ulama berpendapat bahawa masalah ini adalah masalah ijma'. Antara ulama' yg berpendapat sedemikian adalah Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi Al-Hanbali. Beliau mengatakan bahawa :

        "Apa-apa kebaikan yg dilakukan dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati yg muslim (beragama Islam), maka itu adalah perkara yg bermanfaat. Berkata sebahagian ulama', apabila dibacakan Al-Quran di sisi si mati atau menghadiahkan pahalanya kepada si mati maka beroleh pahala, maka pembacanya juga akan mendapat/beroleh pahala dan seolah-olah si mati juga membacanya, maka diharapkan si mati beroleh rahmat. Sesungguhnya, apa yg kami sebutkan itu tadi adalah disepakati/dipersetujui (ijma') oleh para ulama'. Mereka ( para ulama' yg bersepakat ) bersama-sama berkumpul membacakan Al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati tanpa ada yg membantah di kalangan mereka (tanpa saling membantah antara satu sama lain).4


        Sesungguhnya, Syeikh Al-Uthmani telah memberikan komentar berikut di dalam masalah ini :
        "Para ulama' bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa, sedekah, haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur adalah sunat".5

        Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati adalah diqiyaskan dgn hukum sampainya pahala "haji ganti/haji badal" kepada si mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di dalamnya surah Al-Fatihah dan surah-surah yg lain. Apa-apa yg sampai ke semuanya, pasti akan sampai satu juzu' daripadanya. Maka pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca memohon supaya Allah memberikan pahala kepada si mati sepertimana diberikan pahala kepadanya (si pembaca).

        Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama' telah bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala sebahagian ulama' berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati adalah harus. Para ulama' Syafi'iyah berpendapat bahawa pahala tersebut sampai kepada si mati dgn diiringi bacaan doa :

        اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان


        Maksudnya: "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan" dan ianya bukanlah hanya semata2 dgn amalan tersebut sahaja.

        Perselisihan yg berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak berlaku pada masalah ini.
        shah_penterjemah
        Penterjemah :
        Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime
        Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar Al-Syarif
        1Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)
        2Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)
        3Syarah Kabir (Allamah Dardir-Jilid 1/423)
        4Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225)
        5Rohmatal Ummah Fi Ikhtila'fil A'Immah (Syeikh Uthmani)

        Pendapat JAKIM
        Para ulama' telah bersepakat (berijma' atau berpendapat) mengatakan bahawa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama' Hanafiah, Syafi'iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu' ):

        Maksudnya: "Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan"

        Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa : "Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah
        Al-Baqarah".

        (Rujukan: Jakim - http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/28365)
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...