Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, Julai 23, 2012

Menghadiahkan pahala bacaan Al Quran kepada Arwah

PhotoGrid_1341589991360
Soalan

Dalam ceramah ustaz rasul dhari dalam laman web youtube, mengenai haramnya kenduri arwah, tahlil, doa selamat dan sedekah bacaan al-quran, kepada arwah. Mengikut Mazhab imam SYafie...Apakah ini benar...

Jawapan

Jika saudara seorang yang faham arab dan membaca sendiri kitab-kitab tersebut saudara akan tahu dengan pasti bahawa yang di terjemah itu tidak betul dengan sengaja.Sebagai contoh, beliau tidak dapat istilah "makruhah tahrimiyyah" dalam mazhab Syafie dan Istilah yang sama dalam mazhab Hanafi. Imam Syafie tidak pernah mengharamkan kenduri arwah, tahlil, doa selamat dan sedekah bacaan al-quran, kepada arwah sebagai mana dakwaan nya itu. Cuba renung perkara di bawah tentang bidaah.

Nabi S.A.W bersabda ertinya "setiap perkara bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT akan masuk neraka" hadis ini adalah sebuah hadis yang umum ertinya. Hadis ini dikhususkan dengan beberapa hadis lain antaranya "kamu lebih mengentahui tentang urusan dunia kamu" Ini mengecualikan urusan dunia dari bidaah. Begitu juga hadis ini dikhususkan dengan hadis sahih yang lain iaitu nabi s.a.w bersabda maksudnya "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" apabila dihimpunkan hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa hanya Bidaah yang bercanggah denagn Al-Quran dan Hadis sahaja yang dilarang, manakala bidaah yang tidak bercanggah bercangah dengan Al-Quran dan hadis adalah dibolehkan berdasarkan nas dari hadis sahih. Dengan erti kata yang lain hadis bidaah akan memberi makna seperti berikut :

"Setiap perkara bidaah adalah SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), dan setiap yang SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis) akan masuk neraka"  Dalam keadaan seperti inilah baharulah kita akan mendapat erti hadis bidaah dengan sempurna.

Jestru itulah bidaah seperti membaca yasin malam jumaat, menyambut maulid rasul dan lain-lain adalah dibolehkan dan di izinkan oleh syarak kerana ianya tidak dilarang oleh nabi S.A.W atau ditegah di dalam Al-Quran. Sila rerungkan perkataan SESAT dalam dua hadis sahih di atas tersebut dan himpunkan ertinya untuk mendapatkan makna hadis yang betul.

manakala hujah saudara tentang Ibnu Umar berkata:Setiap bidaah adalah sesat meskipun manusia memandangnya baik. - riwayat al-lalika-i dlm syarah ushuul i'tiqaad ASWJ(no126),Ibnu baththah al-ukbari dalam al-ibanah(no 205),lihat ilmu ushuulil bidaah(hal 92) adalah terlalu mudah untuk di jawab kerana Saidina Umar dalam Riwayat Bukhari dan Muslim dua riwayat tertinggi dalam Ilmu hadis dimana Saidina Umar berkata "INILAH SEBAIK-BAIK BIDAAH". Oleh itu kata-kata ibn umar dan seumpamanya hendaklah ditakwil seperti berikut "Setiap bidaah adalah sesat (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis),   meskipun manusia memandangnya baik" .Pada ketika ini baharulah kata-kata tersebut tidak bercanggah dengan nas-nas hukum hadis dan athar lain yang sahih.

Hadis "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku"  adalah berkaitan dengan urusan ibadat bukannya dengan urusan dunua semata-mata. Kerana "karinah" yang ada di dalam hadis tersebut iaitu Al-Quran dan Hadis adaalh berkaitan dengan urusan ibadat. Jesteru itu ini jelas menunjukkan pendapat saudara adalah amat silap dan bertentangan dengan hadis sahih. Marilah kita semua kembali kepada nas Al-Quran dan hadis sahih.

Kaedah Fiqh menyatakan "Apa yang ditinggalkan oleh nabi tidak menandakan ianya haram".

Cuba saudara renungkan Firman Allah AL-MAIDAH 101

{101} Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Ringkasnya ayat ini menyatakan bahawa ada perkara yang ditinggalkan oleh Allah dan nabi untuk kita semua. Dan di dalam perkara inilah terletaknya ijtihad untuk umat ini. secara umumnya ianya adalah dibenarkan dan di maafkan oleh Allah. Asbabbunnuzul ayat ini juga berkaitan pertanyaan tentang haji, dan haji adalah satu ibadat dari Allah.

Di dalam perkara yang tidak mempunyai nas yang jelas ulamak menggunakan pelbagai perkara untuk mengeluarkan sesuatu hukum samaada diambil dari pengertian umum al-quran dan hadis, ijmak, kias, istihsan dan sebagainya lagi.

Kita perlu memperbetulkan fahaman kita agar selari dengan al-Quran dan hadis, ini akan menjamin kita dan keselamatan kita di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W.

Kita perlu faham dalam syariaat ada tiga bahagian yang paling utama 1)- Apa yang nabi suruh wajib kita buat 2)- Apa yang nabi larang, haram dibuat. 3)- Apa yang nabi tinggalkan (Nabi tak suruh dan nabi tak larang). Di dalam perkara yang ketiga inilah ada bidaah Hasanah Dan Bidaah Dhalalah. Pembahagian ini di sebut dalam hadis-hadis dan nas yang banyak antaranya Nabi bersabda "Tinggalkan apa yang aku tinggalkan untuk kamu,.............Apabila aku perintahkan maka lakukan, apabila aku larang maka tinggalkan". Bahagian yang ketiga ini juga disebut sebagai "Almaskut Anha" iaitu apa yang ditinggalkan oleh nabi.

Imam syafie sendiri menyatakan Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu 1)-Bidaah yang sesat 2)- Bidaah yang di bolehkan (iaitu yg tidak bercanggah quraan dan hadis berdasarkan hadis Nabi Bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah" . Imam Syafie memahami bahawa hadis bidaah "Setiap bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT masuk neraka"  dikhususkan dengan hadis Nabi Bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah". Sila renung perkataan SESAT  dalam kedua-dua hadis di atas.  Dari dua hadis di atas adalah jelas bahawa bidaah yang SESAT adalah yang bercanggah dgn Al-Quran dan Hadis, manakala bidaah yang tidak bercanggah denngan Al-Quran adalah TIDAK SESAT. Ini juga di fahami oleh Imam Izzuddin dan Imam Nawawi dan sebagainya yang membahagikan bidaah kepada 5 bahagian.

Sedekah bacaan al-quran, kepada arwah adalah sampai berdasarkan nas-nas yang banyak. Apa yang di perbincangkan dengan hadis "Ahli Jaafar" adalah berkenaan menyediakan makanan bukannya membaca Al-Quran atau Berzikir. Dalam kitab yang sama itu juga menyatakan banyak lagi syarat tentang boleh atau tidak, dinyatakan juga bahawa jika makanan itu diberi oleh orang lain maka ianya adalah di bolehkan. Yang dilarang adalah sekiranya majlis tersebut menjadi majlis AZZA' (Menerima Takziah).


(Sumber: JAKIM)

Isnin, Julai 16, 2012

Syirik era baru

Trend letak patung di bawah kereta

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.


(Sumber: Sahabat FB bobo online)

Isnin, Julai 09, 2012

Larangan Puasa Setelah Pertengahan Sya’ban?

Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Sebagian orang menganggap bahwa puasa setelah pertengahan sya’ban tidak dibolehkan karena ada beberapa hadits yang melarang ini. Tulisan kali ini akan meninjau lebih jauh bagaimanakah yang tepat dalam masalah ini. Semoga bermanfaat.

Larangan Puasa Setelah 15 Sya’ban

Ada beberapa lafazh yang membicarakan larangan puasa setelah pertengahan bulan Sya’ban.
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا

Jika tersisa separuh bulan Sya’ban, janganlah berpuasa.” (HR. Tirmidzi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)

Dalam lafazh lain,

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَلاَ صَوْمَ حَتَّى يَجِىءَ رَمَضَانُ

Jika tersisa separuh bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sampai dating Ramadhan.” (HR. Ibnu Majah no. 1651)

Dalam lafazh yang lain lagi,

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَأَمْسِكُوا عَنِ الصَّوْمِ حَتَّى يَكُونَ رَمَضَانُ

Jika tersisa separuh bulan Sya’ban, maka tahanlah diri dari berpuasa hingga dating bulan Ramadhan.” (HR. Ahmad)

Sebenarnya para ulama berselisih pendapat dalam menilai hadits-hadits di atas dan hukum mengamalkannya.

Di antara ulama yang menshahihkan hadits di atas adalah At Tirmidzi, Ibnu Hibban, Al Hakim, Ath Thahawiy, dan Ibnu ‘Abdil Barr. Di antara ulama belakangan yang menshahihkannya adalah Syaikh Al Albani rahimahullah.

Sedangkan ulama lainnya mengatakan bahwa hadits tersebut adalah hadits yang mungkar dan hadits mungkar adalah di antara hadits yang lemah. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah ’Abdurrahman bin  Mahdiy, Imam Ahmad, Abu Zur’ah Ar Rozi, dan Al Atsrom. Alasan mereka adalah karena hadits di atas bertentangan dengan hadits,

لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ

Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” (HR. Muslim no. 1082). Jika dipahami dari hadits ini, berarti boleh mendahulukan sebelum ramadhan dengan berpuasa dua hari atau lebih.

Al Atsrom mengatakan,“Hadits larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban bertentangan dengan hadits lainnya. Karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri berpuasa di bulan Sya’ban seluruhnya (mayoritasnya) dan beliau lanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Dan hadits di atas juga bertentangan dengan hadits yang melarang berpuasa dua hari sebelum Ramadhan. Kesimpulannya, hadits tersebut adalah hadits yang syadz, bertentangan dengan hadits yang lebih kuat.”

At Thahawiy sendiri mengatakan bahwa hadits larangan berpuasa setelah separuh Sya’ban adalah hadits yang mansukh (sudah dihapus). Bahkan Ath Thohawiy menceritakan bahwa telah ada ijma’ (kesepakatan ulama) untuk tidak beramal dengan hadits tersebut. Dan mayoritas ulama memang tidak mengamalkan hadits tersebut.

Namun ada pendapat dari Imam Asy Syafi’i dan ulama Syafi’iyah, juga hal ini mencocoki pendapat sebagian ulama belakangan dari Hambali. Mereka mengatakan bahwa larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban adalah bagi orang yang tidak memiliki kebiasaan berpuasa ketika itu. Jadi bagi yang memiliki kebiasaan berpuasa (seperti puasa senin-kamis), boleh berpuasa ketika itu, menurut pendapat ini. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 244-245)

Pendapat yang tepat dalam masalah ini adalah tidak ada masalah puasa setelah pertengahan sya’ban karena hadits larangan tersebut termasuk hadits lemah, apalagi jika punya kebiasaan puasa.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat.

***

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Dari artikel Hukum Puasa Setelah Pertengahan Sya’ban — Muslim.Or.Id by null

Jumaat, Julai 06, 2012

Golongan di sebut pencukur agama oleh Nabi SAW?

Dalam dunia politik ada segolongan manusia yang kerjanya berfikir dan merancang strategi bagaimana untuk menjatuhkan pihak lawan.Kerja mereka tidak habis habis tanpa bosan dan tanpa kira dosa dan pahala.Mereka adalah golongan penghasad atau pendengki yang tidak letih berkerja memastikan kebahagiaan hilang dari pihak yang di dengkinya.Mereka ini seolah olah marah kepada Allah kerana mengurniakan nikmat kebahagian kepada pihak yang di dengkinya.Kepada golongan ini Allah menyebut dalam firman Nya saperti yang tersebut di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Apakah patut mereka itu dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang di berikan Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? (Surah An Nisaa’ ayat 54).

Golongan ini akan senyum lebar dan akan menambah minyak kedalam api jika ada isu buruk menimpa pihak yang di dengkinya.Sebaliknya jika ada kebaikan yang dilakukan maka bermasam muka lah dia.Mereka ini ibarat saperti lalat bangkai, suka mencari yang busuk busuk.Bila bertemu minyak wangi dia boleh mati.

Penyakit hasad dengki adalah sebenarnya musuh umat Islam.Golongan yang mempunyai penyakit ini hidupnya gelisah dan gundah gelana kerana sentiasa tidak puas hati melihat apa yang di miliki oleh pihak yang didengkinya.

Perangai golongan yang sudah terkena penyakit ini sentiasa menjurus kepada jatuh menjatuh, umpat mengumpat, fitnah memfitnah,tuduh menuduh,maki memaki,kata mengata,aib mengaibkan, kafir mengkafir dan segala macam lagi .Apabila kita mendengarnya sangat mengecewakan dan meletihkan.Kerana yang terlibat juga adalah ramai cerdik pandai agama.Mereka sebenarnya peruntuh atau perosak nilai nila ilmu dan agama.

Inilah yang sedang berlaku dalam dunia politik orang Melayu sedangkan kita semua mengaku beragama Islam dan bersaudara.

Oleh sebab itu Nabi SAW bersabda:

“ Akan menjalar kepada kamu penyakit umat umat yang terdahulu; HASAD dan BENCI MEMBENCI.Itu sebenarnya pencukur.Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia MENCUKUR AGAMA”. (HR: al Bazzar dengan sanda yang sahih, juga di riawayatkan ole at Tirmizi)

Rabu, Julai 04, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1433H

Kembali kepada fitrah, Amalan buat syaitan putus asa

Ramadhan telah meninggalkan tapak semaian bebunga ibadah yang harum di hati seorang mukmin. Jiwanya masih lagi dipengaruhi oleh bekas-bekas amal saleh, sabar dan reda menahan hawa nafsu, bermunajat dan sujud, tadabbur Al-Quran dan sedekah, doa-doa yang panjang, tangisan dan taubat di akhir malam. Semua itu amat bermakna bagi membersihkan jiwa. Tetapi, pada bulan Syawal ini mengapa mahu disurutkan langkah ke belakang dan dikotori jiwa dengan maksiat dan akhirnya memutuskan untuk ‘pencen ibadat?’ Sia-siakah madrasah Ramadhan dalam membentuk karakter jiwa yang bersih, tahan lasak (melawan hawa nafsu) dan kuat mujahadah?

Dimanakah fitrah itu dicampakkan? Apakah di dalam hiburan yang melampau, pembaziran yang dirancang dan dijenamakan dengan nama majlis-majlis kesyukuran? Ataukah dalam tong sampah jijik pergaulan sesama manusia yang mencetuskan sengketa dan permusuhan, perebutan harta benda, pangkat dan kemasyhuran nama? Dunia kembali pada wajah yang jelek dan huru-hara dengan perangai manusia yang kesyaitan-syaitanan. Kembali bergolak dengan kejahatan dan kezaliman dimana-mana, dosa dan maksiat dianggap sesuatu yang lumrah, semakin lembik suara-suara yang mengajak kepada amar makruf nahi munkar, apakah kerana berakhirnya Ramadhan? Tidak, sesungguhnya Ramadhan dijadikan sebagai bulan pembekal iman dan pengental semangat ketakwaan bagi orang mukmin. Kekurangan ilmu dan ketandusan kefahaman agama menjadi sebab dan punca sesetengah umat Islam tidak mampu menterjemahkan semangat Ramadhan di sepanjang kehidupan mereka.

Janganlah kerana berpegang kepada nash hadis Rasulullah yang menyatakan syaithan diikat pada Ramadhan maka ada yang pandai-pandai pula beranggapan dosa dan maksiat yang dilakukan kini bukan kemahuan mereka tetapi rasukan dan hasutan syaitan kerana rantai telah pun dilepaskan. Apakah tiada sampai nasihat agama dan petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah kepada mereka sehingga begitu mudah melakukan maksiat? Allah Taala telah berfirman:

“Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: Benar ada. Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar. Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Al-Mulk ayat: 8-11)

Mengapa menuduh syaitan pula yang menjadi punca kemerosotan iman, padahal setiap insan dibekalkan akal, hati, mata dan telinga untuk menerima hidayah Allah? Rasul telah diutuskan, agama telah diturunkan dengan sempurna. Dan Bukankah Allah Taala telah memberi jaminan dan perlindungan kepada setiap hamba-Nya daripada gangguan syaitan? Sebagaimana termaktub di dalam firman-Nya:

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah Al-Ra’d ayat: 11)

Sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat lemah bagi orang yang sentiasa dekat dengan Allah dan menyedari bahawa ada malaikat hafazah dan malaikat Rakib juga Atid yang menemani dan memerhati pergerakan dan amalan mereka. Sesungguhnya Allah Taala amat hebat kuasa-Nya dan penjagaan-Nya ke atas hamba yang benar-benar beriman. Tetapi, sudah menjadi sunnatullah dijadikan manusia lupa dan lalai, lemah dan takut, tergesa-gesa dan pendek perancangan, suka mengeluh dan lupa bersyukur, sehingga melalui lisan Nabi-Nya SAW dinyatakan bahawa setiap anak Adam pasti berdosa. Mereka suka mengotori hati walaupun akhirnya membersihkannya kembali, atau seperti dalam kisah Al-Quran yang menceritakan tentang perempuan yang memintal benang lalu membuka pintalannya kembali. Namun begitu tidak dinafikan jika seseorang berdosa lalu bertaubat mensucikan diri, sesungguhnya dia telah melakukan amalan terbaik yang membuat syaitan menangis berputus asa.

Kemudian amalan yang membuat syaitan putus asa ialah menjaga benteng hati, pendengaran dan penglihatan dari dimasuki titpu daya syaitan.

(Sumber :- Mufti Perlis Drjuanda.com)

Isnin, Julai 02, 2012

Tiga golongan manusia yang hampir melangkah ke dalam Syurga tetapi di rejam ke dalam Neraka.

Foto:  adisstrong.wordpress.com  
Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka…......
1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?” Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “
Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?” Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”
Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang,glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?” Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “
Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab 
siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...