Apabila semua pihak mencari keredhaan Allah, maka secara automatik hati hati mereka mudah disatukan.Allah menegaskan dalam firmanNya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus, maka ikutlah dia dan jangan kamu ikut jakan jalan (lainnya) sebab jalan jalan itu akan mencerai beraikan kamu dari jalan Nya.Demikian Allah berwasiat kepada kamu mudah mudahan kamu bertaqwa”. (Surah al An’am 6:153).
Perpecahan berlaku kerana ada pihak yang menyimpang dari jalan Allah.Mereka mengambil sistem hidup selain Islam dan mengambil peraturan selain Islam untuk mengatur diri, rumah tangga, masyarakat, negara dan dunia. Hakikatnya, merekalah pemecah belah perpaduan.Dalam al Quran, Allah telah menegaskan yang bermaksud: “Dan janganlah kamu termasuk orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang yang memecahbelahkan agama mereka dan mereka menjadi berpuak puak.Tiap tiap golongan berasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah al Rum 30: 31-32)
Perpecahan berlaku kerana ada pihak yang menjadikan dunia sebagai fokus dalam kehidupan. Saperti mengejar kuasa, pangkat dan kemewahan duniawi. Tidak salah mencari, mengurus dan mentadbir dunia, tetapi jangan sekali kali mencintainya.Jika cinta dunia menguasai hati, maka perpaduan akan sukar dicapai. Pada waktu itulah meskipun jumlah umat Islam ramai, tetapi mereka tidak bersatu. Pada permukaannya sahaja kelihatan bersatu tetapi hati berpecah belah.Allah berfirman yang bermaksud: “ Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah belah.” (Surah al- Hashr 59:14)
Hati tidak lagi mencintai Allah, sebaliknya sangat mencintai dunia dan takut mati. Tanpa perpaduan umat Islam hanya umpama buih di lautan. lalu berlakulah saperti yang di tegaskan oleh Rasulullah SAW sejak lama dulu.
Baginda bersabda yang bermaksud: “ Hampir hampir umat lain bersekongkol mengeroyok ( mengerumuni) kalian saperti orang yang makan mengeroyok makanan daripada hidangan.” Seseorang bertanya adakah kita pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?”. baginda menjawab: “Bahkan kalian banyak tetapi kalian ibarat buih banjir.Dan Allah menghilangkan rasa takut daripada hati hati musuhmu terhadap kalian, lalu Allah memasukkan di hatimu (penyakit) wahn”. Kami (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah apa itu wahn? Baginda menjawab: “ Cinta dunia dan benci mati.” (HR Ahmad dan Abu Daud)
Itulah antara syarat untuk merasai keindahan perpaduan. Jika syarta syarat itu tidak di penuhi, maka tidak mungkin perpaduan akan dirasai kemanisannya. Sekiranya kita tidak dapat merasai kemanisan perpaduan, mana mungkin kita berusaha untuk mencapai dan mempertahankan?
Akibatnya, kita akan terus tega dan rela berpecah walupun perpecahan itu pahit, perit dan sangat menyeksakan.Oleh itu, fikirkanlah, jika harga perpaduan terlalu mahal……….cuba terus berpecah!
(Sumber rujukan: Majalah Solusi No 33 Tahun 2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan