Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Sabtu, Februari 22, 2014
Jumaat, Februari 21, 2014
Apakah hukum membunuh tikus dengan cara menjemurnya di dalam perangkap di tengah panas terik matahari sekitar 2-3 jam sehingga ia mati kepanasan?
PENJELASAN:
Membunuh tikus adalah diharuskan dalam Islam kerana ia termasuk dalam haiwan yang disifatkan sebagai ‘fawasiq’(haiwan yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan).
Di dalam hadis sahih, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: خَمْسٌ فَوَاسِقُ، يُقْتَلْنَ فِي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ: الْحَيَّةُ، وَالْغُرَابُ الْأَبْقَعُ، وَالْفَأْرَةُ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ، وَالْحُدَيَّا
Maksudnya: “Lima haiwan fawasiq (yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan) yang boleh dibunuh di tanah halal dan di tanah haram; ular, gagak, tikus, anjing yang buas/serigala, dan helang”. (Riwayat Muslim, 2/856, no: 1198).
Walau bagaimanapun, kaedah membunuh haiwan-haiwan tersebut hendaklah dengan cara yang tidak menyeksa. Kerana Islam memerintahkan supaya berlaku ihsan dalam setiap pembunuhan.
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah telah memerintahkan berlaku ihsan dalam setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh, maka elokkanlah cara pembunuhan. Dan jika kamu menyembelih maka elokkanlah cara penyembelihan”. (Riwayat Muslim, 3/1548, no: 1955).
Maka tidak diharuskan membunuh tikus-tikus dengan cara menyeksanya seperti menjemurnya di tengah panas terik matahari dalam tempoh yang lama sedangkan terdapat banyak kaedah lain yang lebih baik seperti memukul hingga mati, menggunakan renjatan elektrik dan seumpamanya.
Wallahu A’lam.
Memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen adalah haram dipakai bagi lelaki muslim.
Walaubagaimanapun, dalam kepelbagaian proses pembuatan batik sutera ketika ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJKF) mengarahkan satu kajian terperinci bagi mengetahui kandungan sebenar bahan yang digunakan dalam pembuatan batik dan dibawa ke dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan secara terperinci"
KENYATAN MEDIA BERKENAAN
PEMAKAIAN BATIK SUTERA :
"KAJIAN TERPERINCI JABATAN SEDANG DIJALANKAN"
Sukacita dimaklumkan bahawa Jakim telah mengadakan satu kajian terperinci berhubung pemakaian batik sutera melalui Panel Pakar Syariah (PPS) Jakim yang terdiri daripada para ilmuan dan cendekiawan. Antara perkara yang jelas kita persetujui adalah memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen adalah haram dipakai bagi lelaki muslim.
Walaubagaimanapun, dalam kepelbagaian proses pembuatan batik sutera ketika ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJKF) telah mengarahkan satu kajian terperinci dijalankan dengan penglibatan dan kombinasi pakar syariah dan pakar tekstil bagi mengetahui kandungan sebenar bahan yang digunakan dalam pembuatan batik. Kajian terperinci berkenaan perkara tersebut sedang di peringkat kajian dan kemudiaannya akan dibawa ke dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan secara terperinci.
Jakim juga sebelum daripada ini pernah mengadakan perbincangan dengan pihak Kompleks Kraftangan Malaysia bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya berhubung proses yang digunakan dalam penghasilan pelbagai jenis batik di Malaysia. Kerjasama ini akan memudahkan lagi kajian terperinci berhubung penentuan hukum dalam isu pemakaian batik sutera ini.
Suka Jakim mengingatkan dan memaklumkan bahawa sesuatu hukum yang hendak diputuskan tidak boleh dibuat melalui pandangan secara rambang dan mudah tetapi memerlukan kajian yang teliti dan bersungguh-sungguh.
Sekian, dimaklumkan
Terima kasih
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
21 Februari 2014
Rabu, Februari 19, 2014
“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:
i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.
ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.
iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi
iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an
v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu
vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith
vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad
3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:
i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.
ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.
iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.
iv. Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.
v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an
vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.
4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.
5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.
6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.
7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.
8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.
Sekian, terima kasih.
’Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
19 Februari 2014
Selasa, Februari 18, 2014
Kisah Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina dan Orang Kaya.
Ini kisah di mana seorang lelaki yang tersalah bersedekah kepada pencuri, penzina dan orang kaya yang disangkannya mereka itu ialah orang miskin. Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda maksudnya:
“Seorang lelaki berkata: Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi.
Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian.
Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya.
Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya: Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.” (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Ringkasan kisah
Dalam hadith ini Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam telah menceritakan kepada kita bagaimana ada seorang lelaki yang soleh di mana dia ingin memberi sedekah kepada mereka yang memerlukannya. Memanglah bagi mereka yang telah subur dalam diri mereka kemanisan iman dan juga sentiasa beramal soleh sentiasa memikirkan bagaimana mahu menambahkan amal kebajikan bagi mengejar keredhaan Allah. Lelaki ini merupakan salah seorang daripadanya di mana telah timbul dalam hatinya untuk bersedekah.Lelaki ini mahu bersedekah dalam keadaan sembunyi di mana tidak siapa pun akan mengetahuinya melainkan Allah. Ini adalah kerana hanya sedekah secara sembunyi sahaja mampu memadamkan api kemurkaan Allah dan sedekah secara sembunyi juga merupakan selebih-lebih sedekah berbanding sedekah secara terang-terangan.
Pada suatu malam lelaki ini telah keluar bertujuan untuk memberi sedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seseorang yang mana pada anggapannya dia merupakan seorang yang miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang pencuri. Pada keesokan harinya pencuri itu menceritakan kepada orang ramai bahawa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya. Mendengar cerita itu menyebabkan keadaan menjadi gempar di mana masing-masing menceritakan bagaimana ada seorang lelaki telah memberi sedekah kepada seorang pencuri.
Akhirnya berita mengenai sedekahnya kepada seorang pencuri telah sampai ke telinganya sedangkan ketika dia memberikan sedekahnya itu dia menganggap bahawa orang itu miskin. Mendengar berita itu menyebabkan lelaki itu merasa kecewa dan sedih lalu mengucap: Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pencuri.
Dia berazam untuk melakukan sedekah seterusnya kerana dia merasakan bahawa sedekahnya kepada pencuri itu menjadi suatu perkara sia-sia dan tidak akan dinilai oleh Allah. Pada malam yang kedua dia keluar dari rumahnya bertujuan untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang perempuan yang dianggap miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang pelacur. Pada keesokan harinya pelacur itu menceritakan kepada oarng ramai bahawa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya. Mendengar cerita itu menyebabkan keadaan menjadi gempar di mana masing-masing menceritakan bagaimana ada seorang lelaki telah memberi sedekah kepada seorang pelacur. Akhirnya berita mengenai sedekahnya kepada seorang pelacur telah sampai ke telinga lelaki tadi sedangkan ketika dia memberikan sedekahnya itu dia menganggap bahawa orang itu miskin.
Mendengar berita itu menyebabkan lelaki itu merasa bertambah kecewa dan sedih lalu mengucap: Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pelacuri.Dia berazam untuk melakukan sedekah seterusnya kerana dia merasakan bahawa sedekahnya kepada pencuri itu menjadi suatu perkara sia-sia dan tidak akan dinilai oleh Allah.
Pada malam yang ketiga dia keluar dari rumahnya bertujuan untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang lelaki yang dianggap miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang kaya. Apabila dia mengetahui perkara sebenar buat kali ketiga, maka bertambah sedihlah lelaki ini sehingga dia mengucapkan: “Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian itu. Aku telah tersilap bahagi sedekah kepada pencuri, pelacur dan juga si kaya”.
Lelaki ini tidak tahu bagaimana Allah tetap menerima segala amalan sedekahnya walaupun dia merasakan bahawa sedekahnya itu ditolak oleh Allah.Akhirnya melalui pemberitahuan dalam mimpinya maka dia dapat tahu bahawa sedekahnya telah dibalas oleh Allah dengan pahala yang setimpal dengan amalannya itu. Allah juga memberitahunya bagaimana setiap sedekahnya telah membawa hikmah iaitu pencuri akan berhenti daripada mencuri, pelacur akan bertaubat daripada berzina dan si kaya akan turut bersedekah dengan harta yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah.
Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh kepada orang yang selayaknya. Bukan hasil yang dilihat (material atau keputusan zahir) tetapi usaha dan amalan untuk melakukannya itu yang dilihat.
“dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).” (An-Najm : 40)
Sumber: Radio IKIM dan teks dari Hafism.com
Jumaat, Februari 14, 2014
Adakah merobohkan Masjid di bolehkan?
Boleh atau tidak sesebuah masjid yang telah dibina dan ditunaikan solat padanya bertahun-tahun lamanya termasuk solat Jumaat dengan sewenang-wenang dirobohkannya atas alasan tidak mengikut prosedur pembinaan yang sah. Mohon penjelasan menurut pandangan syarak, bukan pandangan politik. Terima kasih.
Jawapan:
BANGUNAN masjid atau mana-mana bangunan yang didirikan solat Jumaat padanya, adalah merupakan suatu institusi Islam yang disebut sebagai syiar agama.
Amat penting dihormati dan dimuliakan. Firman Allah (mafhumnya): "Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin." (al-Hajj: 32)
Oleh yang demikian, sekiranya telah terbina masjid, kita perlu memuliakannya dengan menjaga kemaslahatannya dan mengimarahkannya.
Adapun menggunakan alasan menyalahi prosiding yang dibuat oleh manusia, dengan alasan ia terpaksa dirobohkan kerana menyalahi prosiding, maka itu amat tidak wajar.
Dengan kata lain, tindakan ini diharamkan oleh agama.
Manusia membuat undang-undang yang mengatasi undang-undang Allah. Ketaatan kepada manusia mengikut syariat Islam, cuma terpakai selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Allah.
Jika bercanggah dengan hukum Allah, maka perintah taat kepada undang-undang manusia terbatal.
Umat Islam, khususnya pemerintah yang beragama Islam, wajib mempertahankan hukum Allah dengan meletakkan kehendak manusia (undang-undang manusia) di bawah kehendak Allah (undang-undang Allah).
Bukan dengan meletakkan kehendak Allah di bawah telunjuk manusia, sehingga melanggarinya kerana menuruti undang-undang manusia.
Menjaga dan menghormati masjid, termasuk larangan merobohkannya atau dengan sewenang-wenang seperti persoalan yang anda ajukan adalah perintah oleh Allah.
Firman Allah (mafhumnya): "Dan siapakah lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang sedemikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar." (al-Baqarah: 114)
Al-Imam al-Qurtubi ketika membuat ulasan (tafsiran) ayat di atas pernah menyebutkan katanya (rujuk juzuk 2 halaman 77): "Maksud Kharab dalam ayat tadi, yang makna umumnya meruntuhkannya, bermaksud merosakkan secara hakiki. Atau merosakkan secara majazi (sindiran) iaitu menghalang manusia mengimarahkan masjid tersebut, seperti menghalang orang bersolat padanya, atau melarang orang daripada mengimarahkan padanya."
Mafhum daripada ulasan ini, kita boleh menambah, iaitu melarang orang yang berzikir di dalamnya, yang bertazkirah (ceramah agama) di dalamnya, sedangkan perbuatan itu secara sahih termasuk dalam erti kata mengimarahkan masjid tersebut.
Seterusnya al-Imam al-Qurtubi menambah: "Seterusnya al-Imam al-Qurtubi menambah: “Dan tidak boleh sama sekali dicegah atau dilarang membina masjid, di mana-mana jua yang diperlukan, melainkan dengan jelas, masjid ditubuhkan dengan tujuan kejahatan, seperti sengaja hendak memecah-belahkan umat Islam.
Rasulullah saw melarang umat Islam menunaikan solat di Masjid Dhirar yang dibina sebagai saingan kepada masjid taqwa (Masjid Quba). Hal ini dijelaskan dalam firman Allah (mafhumnya): “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid Dhirar dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memceh-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidakkah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.” Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.” (at-Taubah: 107)
Masjid yang sedemikian itulah Allah melarang mengimarahkannya, sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (at-Taubah: 108)
Oleh yang demikian amatlah tidak wajar, masjid-masjid yang didirikan atas dasar taqwa untuk menunaikan dasar kepada ketaqwaan kepada Allah dirobohkannya.
Takutlah kepada janji pembalasan Allah terhadap orang-orang yang berbuat demikian di hari akhirat kelak. Wallahua`lam.
Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din
(via http://abuikhwan.blogspot.com/2011/05/perihal-roboh-masjid.html
Rabu, Februari 12, 2014
Ambillah Madu dan Jangan Rosakkan Sarangnya
Dimanapun kelembutan itu berada, ia akan menghiasi tempat itu. Demikian halnya bila ia dicabut dari suatu tempat; ia akan mengotorinya.Kelembutan tuturkata, semyuman tulus dibibir, dan sapaan-sapaan yang terpuji saat bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang mulia.
Semua itu merupakan sifat seorang mukmin yang akan menjadikan nya seperti seekor lebah; makan dari makanan yang baik dan menghasilkan madu yang baik. Dan bila hinggap pula pada setangkai bunga, ia tidak akan merosakkannya. Itu kerana Allah menganugerahkan pada kelembutan sesuatu yang tidak DIA berikan pada kekerasan.
Diantara manusia terdapat orang-orang istimewa yang membuat banyak kepala tunduk hormat menyambut kedatangannya, orang datang berduyun-duyun kerana ingin melihat mukanya, banyak hati bersimpati padanya dan banyak jiwa memujanya. Dan mereka itu tidak lain adalah orang-orang yang banyak dicintai dan dibicarakan manusia kerana dermawan, jujurnya, sopan santunnyadan keramahannya dalam pergaulan.
Mencari banyak teman merupakan tuntunan dalam hidup yang selalu dicontohkan oleh orang-orang terhormat kerana akhlaqnya, perilakunya yang terpuji. Mereka itulah orang-orang yang selalu berada ditengah-tengah kerumunan manusia dengan semyuman yang merekah, keramahan yang mententeramkan dan sopan santun yang menyejukkan. Dan kerana itu, mereka selalu ditanyakan dan didoakan ketika tidak kelihatan.
Orang-orang yang bahagia memiliki tuntunan akhlaq yang secara garis besar tercakup dalam slogan:
... ... tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia (Fushshilat:34)
Begitulah; mereka dapat menghapuskan rasa dengki dengan emosi yang terkawal, kesabaran yang menyejukan, dan mudah memaafkan yang mententeramkan. Mereka adalah orang-orang yamg mudah melupakan kejahatan dan mengingati kebaikan orang lain. Kerana itu, tatkala kata-kata kotor dan keji terlontar untuk mereka, telinga mereka tidak akan menjadi merah dibuatnya. Bahkan mereka memandang kata-kata itu sebagai angin lalu yang tidak pernah kembali.
Mereka itulah orang-orang yang selalu berada dalam kedamaian, orang-orang yang berada disekitar mereka merasa aman dan kaum Muslimin yang bersama mereka akan merasa tenteram.
Orang muslim adalah orang yang orang-orang muslim lainnya selamat dari gangguan lidah dan tangannya. Orang mukmin adalah orang yang orang-orang lainnya merasa aman dari gangguannya, baik dalam jiwa maupun harta mereka. (Hadith)
Sesungguhnya Allah telah menyuruhku untuk menyambung tali silaturrahim dengan orang yang telah menutuskanya dariku, memaafkan orang yang telah menzalimiku, dan memberikan harta kepada orang yang tidak memberikan harta kepada ku. (Al-Hadith)
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
Dan, orang-orang yang menahan rasa marahnya dan memaafkan (kesalahan) (Ali Imran: 134)
Sampaikan khabar gembira kepada meraka bahawa, balasan Allah atas ketenangan, ketenteraman dan kedamaian mereka adalah akan disegerakan. Khabarkan pula sebuah khabar gembira kepada meraka bahawa, mereka juga akan mendapat balasan besar di akhirat berupa syurga-syurga dab sungai-sungai yang indah disisi Rabb mereka kelak. Yakni:
Ditempat yang disenangi di sisi Rabb Yang Berkuasa. ( Al-Qamar: 55)
Di nukil dari: Don’t Be Sad (Kitab Jangan Bersedih)
Isnin, Februari 10, 2014
Menyingkap kehidupan di alam kubur
Kehidupan yang dialami oleh seorang manusia di dunia ini bukanlah sebuah kehidupan yang terus-menerus tiada berujung dan tiada penghabisan. Ia adalah sebuah kehidupan yang terbatas, berujung dan akan ada pertanggungjawabannya. Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman (artinya):
Setiap jiwa yang bernyawa pasti akan merasakan kematian.” (Ali ‘Imran: 185)
Maha Benar Allah Subhanallahu wa Ta’ala dengan segala firman-Nya! Kita dengar dan saksikan kilas kehidupan yang silih berganti dari masa ke masa. Perjalanan hidup umat manusia merupakan bukti bahwa seorang manusia, setinggi apapun kedudukannya dan sebanyak apapun hartanya, akan mengalami kematian dan akan meninggalkan kehidupan yang fana ini menuju kehidupan setelah kematian.
Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman tentang Rasul-Nya Shalallahu ‘alahi wa Sallam dan manusia yang lainnya dari generasi pertama sampai yang terakhir (artinya):
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati dan mereka juga akan mati.” (Az Zumar: 30)
Bukanlah berarti dengan kedudukan sebagai Rasulullah (utusan Allah) kemudian mendapatkan keistimewaan dengan hidup selamanya, akan tetapi sudah merupakan ketetapan dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala atas seluruh makhluk-Nya yang bernyawa mereka akan menemui ajalnya. Semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala merahmati kita semua. Pernahkah sejenak saja kita merenungkan bagaimana ketika maut sudah di hadapan kita? Ketika malaikat yang Allah Subhanallahu wa Ta’ala utus untuk mencabut nyawa sudah berada dihadapan kita. Tidak ada tempat bagi kita untuk menghindar walaupun ke dalam benteng berlapis baja, walaupun banyak penjaga yang siap melindungi kita.
Sungguh tidak bisa dibayangkan kengerian dan dahsyatnya peristiwa yang bisa datang dengan tiba-tiba itu. Saat terakhir bertemu dengan orang-orang yang kita cintai, saat terakhir untuk beramal kebaikan, dan saat terakhir untuk melakukan berbagai kegiatan di dunia ini. Saat itu dan detik itu juga telah tegak kiamat kecil bagi seorang manusia yaitu dengan dicabut ruhnya dan meninggalkan dunia yang fana ini. Allahul Musta’an (hanya Allah Subhanallahu wa Ta’ala tempat meminta pertolongan).
Manusia yang beriman kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya akan mendapatkan tanda-tanda kebahagiaan kelak di akhirat dengan akan diberi berbagai kemudahan ketika meninggal. Adapun orang-orang kafir yang ingkar, mendustakan Allah Subhanallahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapatkan tanda-tanda kejelekan ketika meninggal dunia dan bahkan akan ditimpakan adzab di alam kubur.
Alam Kubur Setelah seorang hamba meregang nyawa dan terbujur kaku, maka ia akan diantarkan oleh sanak saudara dan teman-temannya menuju “tempat peristirahatan sementara” dan akan ditinggal sendirian di sebuah lubang yang gelap sendirian. Sebuah tempat penantian menuju hari dibangkitkan dan dikumpulkannya manusia di hari kiamat kelak, pembatas antara alam dunia dan akhirat, Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman (artinya):
Dan dihadapan mereka ada dinding (alam kubur/barzakh) sampai mereka dibangkitkan.”(Al-Mukminun: 100)
Di antara peristiwa yang akan dialami oleh setiap manusia di alam kubur adalah:
1. Fitnah Kubur
Pertanyaan dua malaikat kepada mayit tentang siapa Rabbmu (Tuhanmu)?, apa agamamu?, dan siapa Nabimu? Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa Sallam bersabda:
إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ – أَوْ قَالَ أَحَدُكُمْ – أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ يُقَالُ لأَحَدِهِمَا الْمُنْكَرُ وَالآخَرُ النَّكِيرُ
Apabila mayit telah dikuburkan – atau beliau bersabda: (apabila) salah seorang dari kalian (dikuburkan)- dua malaikat yang berwarna hitam kebiru-biruan akan mendatanginya salah satunya disebut Al-Munkar dan yang lainnya An-Nakir.” (At-Tirmidzi no. 1092)
Adapun seorang hamba yang mukmin, maka ia akan menjawab pertanyaan tersebut sebagaimana dalam potongan hadits Al-Barra’ bin ‘Azib radliyallahu ‘anhu yang panjang:
Maka dua malaikat mendatanginya (hamba yang mukmin) kemudian mendudukkannya dan bertanya: “Siapa Rabbmu (Tuhanmu)? Ia menjawab: “Allah Rabbku; kemudian kedua malaikat itu bertanya lagi: “Apa agamamu? Ia menjawab: “Islam agamaku; kemudian keduanya bertanya lagi: “Siapa laki-laki yang diutus kepada kalian ini? Ia menjawab: “Dia Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa Sallam
Maka itu adalah firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala (artinya):
﴾يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ ۚ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ ﴿٢٧
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (Ibrahim: 27).
Maksud kalimah yang tetap teguh dalam ayat di atas adalah kalimah tauhid (Laa ilaaha illallaah) yang menghunjam dalam dada seorang mukmin. Allah Subhanallahu wa Ta’ala meneguhkan seorang mukmin dengan kalimat tersebut di dunia dengan segala konsekuensinya, walaupun diuji dengan berbagai halangan dan rintangan.
Adapun di akhirat, Allah Subhanallahu wa Ta’ala akan meneguhkannya dengan kemudahan menjawab pertanyaan dua malaikat di alam kubur. Sedangkan seorang kafir dan munafik, ketika ditanya oleh dua malaikat:
“Siapa Rabbmu (Tuhanmu)? Ia menjawab: “Ha…Ha, saya tidak tahu; kemudian ia ditanya: “Apa agamamu? Ia menjawab: “Ha…Ha, saya tidak tahu, kemudian ia ditanya: “Siapa laki-laki yang telah diutus kepada kalian ini? Ia menjawab: “Ha…Ha, saya tidak tahu. Kemudian terdengar suara dari langit: “Dia telah berdusta! Bentangkan baginya alas dari neraka! Bukakan baginya pintu yang menuju neraka!;Kemudian panasnya neraka mendatanginya, dipersempit kuburnya hingga terjalin tulang-tulang rusuknya karena terhimpit kubur.”
Itulah akibat mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Walaupun di dunia ia adalah orang yang paling fasih dan pintar bicara, namun jika ia tidak beriman, maka ia tidak akan dapat menjawab pertanyaan dua malaikat tersebut. Kemudian ia akan dipukul dengan pemukul besi sehingga ia menjerit dengan jeritan yang keras yang didengar oleh semua makhluk, kecuali jin dan manusia.
Semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala merahmati kita semua. Kejadian di atas mempunyai hikmah besar tentang keimanan kepada yang ghaib, yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat ditangkap oleh pancaindra kita. Apabila jin dan manusia boleh mendengar dan melihatnya, niscaya mereka akan beriman dengan sebenar-benar keimanan.
Oleh kerana itu, Allah Subhanallahu wa Ta’ala menjelaskan ciri-ciri orang yang bertakwa diantaranya adalah beriman dengan yang ghaib. Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman :
﴾الم ﴿١﴾ ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣
Alif Lam Mim, Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib…” (Al-Baqarah: 1-3)
2. Adzab dan Nikmat Kubur
Setelah mayit mengalami ujian dengan menjawab pertanyaan dua malaikat di alam kubur, jika berhasil, ia akan mendapatkan kenikmatan di alam kubur; dan jika tidak, ia akan mendapatkan siksa kubur. Bagi yang dapat menjawab pertanyaan kedua malaikat tersebut, ia akan mendapatkan kenikmatan di kuburnya. Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa Sallam melanjutkan sabdanya:
Kemudian terdengar suara dari langit: “Telah benar hamba-Ku! Maka bentangkan baginya kasur dari surga! Pakaikan padanya pakaian dari syurga! Bukakan baginya pintu yang menuju syurga!; Kemudian aroma wangi surga mendatanginya, diperluas kuburnya sampai sejauh mata memandang, dan seorang laki-laki yang berwajah ceria dan bajunya serta wangi aroma tubuhnya mendatanginya dan berkata: “Bergembiralah dengan apa yang menyenangkanmu! Ini adalah hari yang telah dijanjikan bagimu.
Maka ia berkata: “Siapa engkau? Wajahmu mendatangkan kebaikan. Laki-laki itu menjawab: “Saya adalah amalan solehmu. Kemudian dibukakan pintu surga dan pintu neraka, dan dikatakan: “Ini adalah tempatmu jika engkau bermaksiat kepada Allah, Allah akan mengganti dengannya. Ketika melihat segala sesuatu yang ada di surga, ia berkata: “Wahai Rabb-ku, segerakan hari kiamat! Agar aku dapat kembali kepada keluarga dan hartaku.
Adapun orang yang tidak dapat menjawab pertanyaan dua malaikat, maka ia akan mendapatkan siksa kubur, sebagaimana kelanjutan dari hadits di atas:
Kemudian terdengar suara dari langit: “Dia telah berdusta! Bentangkanlah baginya alas dari neraka! Bukakanlah baginya pintu menuju neraka!; Kemudian panasnya neraka mendatanginya, dipersempit kuburnya hingga terjalin tulang-tulang rusuknya karena terhimpit kuburnya. Kemudian seorang laki-laki yang berwajah buruk dan bajunya, serta busuk aroma tubuhnya mendatanginya dan mengatakan: “Bersedihlah dengan segala sesuatu yang menyusahkanmu! Ini adalah hari yang telah dijanjikan bagimu. Maka ia berkata: “Siapa engkau? Wajahmu mendatangkan keburukan.
Laki-laki itu menjawab: “Saya adalah amalan burukmu, Allah membalasmu dengan keburukan, kemudian Allah mendatangkan baginya seorang yang buta, tuli, bisu, dengan memegang sebuah pemukul, yang jika dipukulkan ke gunung niscaya akan hancur menjadi debu. Kemudian ia dipukul dengan sekali pukulan sampai menjadi debu. Kemudian Allah mengembalikan tubuhnya utuh seperti semula, dan dipukul lagi dan ia menjerit hingga didengar seluruh makhluk kecuali jin dan manusia. Kemudian dibukakan pintu neraka baginya, sehingga ia berkata: “Wahai Rabb-ku, jangan tegakkan hari kiamat!” (HR. Abu Dawud, Al-Hakim, Ath-Thayalisi, dan Ahmad)
Hadits Al-Barra’ bin ‘Azib radliyallahu ‘anhu di atas dengan jelas menerangkan tentang segala sesuatu yang akan dialami oleh manusia di alam kuburnya. Wajib bagi kita untuk beriman dengan berita tersebut dengan tidak menanyakan tata cara, bentuk, dan yang lainnya, kerana hal tersebut tidak terjangkau oleh akal-akal manusia dan merupakan hal gaib yang hanya diketahui oleh Allah Subhanallahu wa Ta’ala. Sangat sedikit dari hal ghaib tersebut yang diperlihatkan kepada para Nabi ‘alaihimussalam. Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman:
﴾عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا ﴿٢٦﴾ إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا ﴿٢٧
(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya.(Al-Jin: 26-27)
Maka dari itu, apa yang diyakini oleh kaum Mu’tazilah dan yang bersamanya, bahawa adzab kubur dan nikmat kubur tidak ada, merupakan kesalahan dalam hal aqidah, kerqna hadits tentang masalah ini sampai pada tingkatan mutawatir (bukan ahad). Bahkan dalam Al-Qur`an telah disebutkan ayat-ayat tentangnya, seperti firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala ;
Kepada mereka ditampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat (dikatakan kepada malaikat): “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azdab yang sangat keras (seksaannya).” (Al-Mu’min: 46)
Kemudian firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala (ertinya):
Dan sesungguhya Kami merasakan kepada mereka sebahagian adzab yang dekat sebelum adzab yang lebih besar.” (As-Sajdah: 21)
Sebahagian ulama menafsirkan bahwa yang dimaksud dengan adzab yang dekat dalam ayat tersebut adalah adzab kubur. Sebagai penutup, semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala merahmati kita semua. Penjelasan di atas hanyalah sekelumit dari apa yang akan dialami manusia di alam kubur nanti. Pastilah seorang hamba yang beriman dan bijak akan bersiap-siap dengan berbagai amalan soleh sebagai bekal di akhirat kelak, termasuk ketika di alam kubur. Dan memperbanyak do’a memohon perlindungan dari adzab kubur dengan do’a:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ.
Ya Allah sesungguhnya aku meminta perlindungan dari adzab kubur, dari adzab neraka, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.” (HR. Al-Bukhari no.1377)
Semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala senantiasa melindungi kita dari berbagai ujian, baik yang tampak maupun yang tersembunyi, hingga kita menghadap-Nya, dan memberikan kepada kita kecintaan untuk bertemu dengan-Nya ketika kita akan meninggalkan kehidupan yang fana ini menuju kehidupan kekal abadi. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
MUTIARA HADITS SHAHIH
Pernah Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa Sallam ketika melewati dua buah kuburan, lalu bersabda:
أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِى كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِى بِالنَّمِيمَةِ وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ» و ﰲ رواية: لاَ يَسْتَنزِهُ مِن بَوْلِهِ
Ingatlah! Sesungguhnya kedua orang ini sedang diadzab; dan tidaklah mereka diadzab disebabkan dosa besar (menurut persangkaan mereka). Adapun salah satunya, semasa hidupnya ia melakukan namimah (mengadu domba); sedangkan yang satunya, semasa hidupnya ia tidak menjaga auratnya ketika buang air kecil.” (HR. Muslim no.703 dari shahabat Ibnu Abbas radliyallahu ‘anhuma) Dalam riwayat lain: “tidak bersih ketika bersuci dari buang air kecil.”
Waallahu ‘alam.
Sumber :
Penulis: Buletin Islam AL-ILMU Edisi: 38 / X / VIII / 1431
Apa hukumnya jika kita bekerja di pasaraya yang kerja utamanya perlu menyusun arak?
PENJELASAN:
Hukum bekerja di pasaraya secara umumnya adalah dibenarkan walaupun pasaraya itu ada menjual arak dan benda haram lain.
Namun, apabila bekerja secara langsung dengan arak seperti menyusun botol arak atau menjaga kaunter dan menguruskan jual beli arak, hukumnya adalah haram.
Ini berpandukan hadis Nabi Muhammad saw: Anas bin Malik melaporkan, "Rasulullah saw melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
1) Orang yang memerah arak.
2) Orang yang diminta arak diperahkan untuknya.
3) Orang yang meminumnya.
4) Orang yang membawanya.
5) Orang yang meminta dibawa arak kepadanya.
6) Orang yang memberi minum arak kepada orang lain.
7) Orang yang menjual arak.
8) Orang yang mendapat hasil daripada arak.
9) Orang yang membeli arak.
10) Orang yang meminta dibelikan arak untuknya."
Hadis direkodkan oleh Imam Ibnu Majah dan al-Tirmizi.
Wallahu a'lam.
Rabu, Februari 05, 2014
Adakah kita dibenarkan untuk menulis ayat al-Quran, hadith dan zikir dalam tulisan rumi?
PENJELASAN:
Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 3, yang bermaksud, "Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya."
Para ulama sepakat mengatakan bahawa tidak dibenarkan menulis ayat al-Quran dalam tulisan selain tulisan Arab mushaf Uthmani. Imam Ibnu Hajar al-Haytami menjelaskan dalam kitab Fatwanya, para ulama sepakat melarang menulis ayat al-Quran dalam tulisan selain tulisan Arab walaupun dengan tujuan untuk mengajar. Dakwaan yang mengatakan jika ditulis ayat al-Quran menggunakan tulisan yang difahami oleh sesuatu masyarakat memudahkan mereka untuk belajar al-Quran, dakwaan itu adalah sesuatu pembohongan dan tidak mengikut amalan umat Islam terdahulu.
al-Zurqani menjelaskan dalam kitabnya 'Manahil al-'irfan', para ulama melarang menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan selaian tulisan Arab kerana ia membuka ruang yang luas kepada penyelewengan dan perubahan makna. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah Fatwa al-Azhar, berkaitan menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi: Dilarang menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi, walaupun dikatakan ia boleh menyamai dengan konsep tulisan Arab (iaitu menggunakan transliterasi), kerana apabila menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi sudah pasti akan berlaku perubahan cara bacaan dan makna. Wajib menjaga al-Quran daripada sebarang bentuk perubahan atau penyelewengan.
Fatwa di Malaysia turut menjelaskan bahawa haram menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi. Muzakatah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bersamaan 2 dan 3 Zulkaedah 1409 telah mengambil keputusan bahawa: 'Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran. Memandangkan keadaan yang ada dalam masyarakat Islam di Malaysia, maka Muzakarah menasihatkan bahawa pelaksanaan fatwa ini hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan tidak menyusahkan mana-mana pihak.'
Manakala menulis hadis, doa, atau zikir bahasa Arab dalam tulisan rumi, jika bertujuan untuk pembelajaran, maka ia dibenarkan, selagi mana ia tidak mengubah makna hadis, doa, atau zikir tersebut. Ia hanya untuk pembelajaran awal bagi golongan yang masih belum boleh membaca tulisan bahasa Arab. Namun, setelah boleh membaca dalam tulisan Arab, maka hendaklah membacanya dalam tulisan Arab. Ini bagi memastikan hadis, doa, atau zikir itu dibaca dengan betul.
Wallahua'lam