Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, April 06, 2014

Mencari Sahabat


Wahai saudara, awas dan ingatlah jangan sekali-kali mencintai dan bersahabat selain orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala, orang-orang yang berilmu dan berzuhud di dunia daripada hamba-hamba Allah yang soleh dan para pencintaNya yang Mukminin.

Sebab seseorang itu akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya di dunia dan di akhirat.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Seseorang itu (dipandang) dengan siapa yang duduk bersamanya, dan seseorang itu (diukur) dengan siapa yang berjalan dengannya, oleh itu hendaklah anda memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan.

Persahabatan dan duduk bersama-sama orang-orang yang bertaqwa dan soleh dikira sebagai suatu pendekatann diri kepada Allah Ta'ala dan itulah yang disebut persahabatan yang dipuji dan disyukuri.

Persahabatan dengan orang-orang yang jahat dan orang-orang yang tiada faedah persahabatannya di antara orang-orang lalai dan membelakangi perintah-perintah Tuhan, dan tidak mengendahkan janji tentang Hari Akhirat; itulah persahabatan yang dicela dan yang dikutuk, kerana orang-orang yang suka melakukan bencana dan kerosakan itu memang dituntut untuk membencinya kerana Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Seteguh-teguh pegangan iman, ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.

Sabda lain Rasulullah SAW yang bermaksud: Seutama-utama amalan ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.

Sabda lain Rasulullah SAW yang bermaksud: Hanyasanya agama itu ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.

Jangan anda bersahabat kecuali seorang Mukmin dan jangan anda membiarkan makanan anda dimakan kecuali seorang yang bertaqwa.

Kata Penyair: Jangan terburu mengukur orang, Ukurlah dahulu teman sejawatnya, Sifatnya akan menjadi terang, Bila dilihat teman bersamanya.

Kata Penyair: Orang yang sihat boleh dijangkiti kurap apabila sering bergaul dengan orang yang mempunyai kurap.

Betapa banyak faedahnya apabila anda bercampur-gaul dengan orang-orang yang baik dan orang-orang yang lurus perjalanannya, sama ada faedah dan manfaat itu dapat dikesan secara spontan, mahupun pada masa yang akan datang.

- Al-Arifbillah Al-Qutb Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad

Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...