1). Imam Syafie berpegang baca qunut.. lihat kitab al-Umm. Andaian Imam Syafie tak baca Qunut kerana berpegang kpd 'sekiranya hadis sahih, maka ia mazhabku' hanya andaian pihak yg tak setuju, bg mereka hadis tak kuat.. bg Imam Syafie hadis kuat..
2). Kalau mereka melemahkanpun hujah solat sunat 2 rakaat sebelum Jumaat pun, mereka tak pula kata, siapa buat, jd bid'ah dan sesat..
3). Semua ulama setuju, azan Jumaat hanya sekali di zaman Nabi. Namun, Imam Syafie tak menolak amalan dua azan utk solat Jumaat.. lagi laa beliau tidak mengatakan sesat. Yg kata sesat hanya Wahhabi..
4). Imam syafie berpendapat tak sampai amalan pahala kepada mayyit itu dlm qaul qadim beliau, tp dlm qaul jadid beliau berpendapat sampai. Itupun sebenarnya pendapat tersebut byk disalahfahami. Beliau menyatakan tak sampai, jika tidak diniatkan utk sampai kpd si mati.
5). Semua ulama bersetuju, seorang mujtahid tak boleh mengikut mazhab.. lagilah dia mujtahid mutlak.. ratusan ribu hadis di dadanya.. dalam kitabnya Risalah, dia menyuruh org awam ikut mazhab muftinya..
6). Ya, kita berpegang seperti pandangan Imam Syafie tentang pembayaran zakat dgn beras.. cuma fatwa semasa berusaha memudahkan umat..suatu ijtihad baru dan tidak taqlid semata-mata.. pelik pula mereka tak setuju ijtihad..
7). Kalau betul pun Imam Syafie tak tulis Sayyidina dalam selawat2 dalam kitab2nya, tiada pula imam Syafie kata sesat terhadap orang yg tulis atau lafaz 'sayyidina'..
8) Betul Imam Syafie mengatakan afdhal baca surah kahfi, tp tiada pula Imam Syafie kata sesat dan masuk neraka siapa yg baca surah Yasin pd malam Jumaat..
9). Baca balik kitab al-Umm tu.. siapa yg berzikir kuat, Imam al-syafie kata 'hasan' (baik), walau afdhalnya senyap.. dia tak kata sesat pun bahkan 'hasan', maksudnya bid'ah hasanah' lah tu..
10). Ulama mazhab Syafie tak kata melafazkan lafaz niat tu sunnah, tp mereka mengatakan 'mustahab' (dpt pahala), sekiranya membantu menetapkan hati.. kalau dah tetap hati, tak payah baca pun takpa..
11). Jawapan : sama dengan no 4
12). Ulama syafie khilaf hukum mengkapur dan membangun bangunan atas kubur. Bukan hukum yg qat'ie
13). Imam Syafie mengithbat dan tafwidh.. tiada riwayat yg sahih mengatakan Imam Syafie ithbat secara zahir.. berbeza wahhabiah, mengisbatkan secara lahir atau haqiqi, kemudian baru serah pada Allah.. seolah-olah mereka kata, Allah beranggota tp tak macam makhluk.. bg Salaf yang sebenar, mereka ithbat (tanpa mengata itu makna zahir atau tidak), dan serahkan kepada Allah maknanya yg hakiki.
14). Imam Syafie dah memahami sifat-sifat Allah dan nama-nama-Nya..dipermudahkan oleh ulama selepas Imam Syafie menjadi 20.
15). Isu mengusap muka selepas solat bukan isu besar sehingga boleh sesat..
(Wahhabi ni bukanlah golongan yg tak buat itu tak buat ini. Tapi wahhabi ialah golongan yg suka menjatuh hukum bidaah ke atas perkara yg furu' (cabang) serta khilafiyah. Suka menjatuh syirik, kufur dan sesat kpd sesama ummat Islam yg tidak sependapat dgn mereka. Mereka adalah agen musuh Islam dari dalam)
"Jawapan di atas ditulis oleh asatizah SUNNI."
Oleh: Ustaz Zamihan Al-GhariUstaz Zamihan Al-Ghari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan