Iblis
"Khaazin" adalah nama iblis sebagai penjaga syurga dan ketua langit dunia selain mempunyai kekuasaan di bumi atau lebih tepat lagi sebagai ketua bangsa jin di bumi. Dalam bahasa Arabnya dinamakan "Al-Harith" (penjaga) dan dalam bahasa Suryani dipanggil "Azazil".
Iblis adalah induk kepada jin dan syaitan. Iblis mempunyai lima anak terdiri daripada Thabr, Al-Awar, Maswath, Dasim dan Zalnabur. Merekalah punca segala sengketa sesama manusia, bercakap mengarut dan mencarut, mengeji dan mencela, berdusta, mengumpat, mengutuk dan menghina, pembawa penyakit kronik (kanser, penyakit menyerang bayi, mandul, keguguran, gila, wujudnya makhluk aneh dalam perut, penyakit kulit dan taun, perbuatan membuang dan membunuh bayi, pergaulan bebas sehingga berlakunya persetubuhan haram, gangguan saka, histeria, perbuatan santau dan sihir, khianat dan sifat-sifat terkutuk serta keji) adalah disebabkan pengaruh dan hasutan makhluk berdarjat rendah itu. Berlindunglah dengan Allah S.W.T.
Jin
Jin/iblis mempunyai bapa dikenali "Jaann", begitu halnya dengan manusia mempunyai bapa iaitu "Adam". Jaann adalah jin pertama yang dijadikan daripada api, sebaliknya keturunan selepasnya dengan cara membiak (berlaku perhubungan sesama jantina antara lelaki dan perempuan).
Di antara keturunan Jaann ialah terdiri daripada jin-jin Islam dan jin Kafir, ini termasuklah iblis dikatakan dari keturunan jin.
Istilah hantu, hantu raya, langsuir, pontianak, jembalang dan sebagainya adalah istilah atau panggilan yang diberikan oleh manusia untuk menggambarkan makhluk halus dari jenis jin kafir.
Istana syaitan terletak di atas air. Jin pula mendiami tempat-tempat seperti bukit/gunung, hutan rimba, sungai/tasik/lautan dan parit, tanah perkuburan, rumah kosong (kediaman yang ditinggalkan lebih 40 hari), masjid, pokok dan pasar-pasar.
Koloni makhluk halus yang mempunyai keluarga tinggal di bukit, gunung, gua dan sebagainya. Manakala golongan warga emas yang tidak lagi mempunyai keluarga suka mengasingkan diri dengan menjadikan pokok-pokok kayu sebagai kediaman, penempatan dan untuk ibadat. Makhluk ini menetap dalam pokok-pokok kayu kerana tidak ingin diganggu.
Jin dan syaitan boleh berubah bentuk sama ada bentuk manusia ataupun haiwan peliharaan mahupun haiwan ganas. Jin yang ingin menjelma seperti rupa manusia memerlukan tenaga yang kuat dan ilmu yang mantap. Kepantasan jin berlari tidak sampai satu saat, keadaan ini menyukarkannya untuk berhenti serta merta. Jin yang dapat berhenti serta merta akan dapat bertukar dari rupanya kepada rupa manusia, menandakan jin berkenaan mempunyai tenaga dan ilmu yang hebat.
Makanan makhluk halus seperti jin terdiri dari tulang, batu, buah, telur dan darah kotor (perempuan haid dan nifas) yang dibuang merata-rata. Selain itu, rokok dan perokok juga disukai jin dan syaitan kerana merokok adalah membazirkan wang. Perbuatan membazir memang disukai syaitan.
Dalam setiap surah, terdapat 2,696 ayat yang menceritakan tentang jin. Manakala dalam Al-Quran, terdapat 49 surah yang meliputi 216 ayat dinyatakan tentang iblis, jin dan ifrit sememangnya wujud malah kewujudan mereka lebih ramai dari manusia.
Tubuh Manusia
14 Tempat Pada dan Dalam Tubuh Manusia Digemari Jin dan Syaitan Untuk Menghuni:
01. Ulu hati
02. Siku kanan
03. Siku kiri
04. Lutut kanan
05. Lutut kiri
06. Belakang kepala (umbuk punai)
07. Hujung salbi
08. Urat leher (bahagian belakang)
09. Hujung lidah
10. Lubang hidung kanan
11. Lubang hidung kiri
12. Telinga kanan
13. Telinga kiri
14. Pusat
Cara Syaitan Racun/Musnahkan Manusia
1. Panah: Dari jarak yang jauh
2. Hembus: Apabila hampir dengan manusia
3. Bisik: Setelah berjaya mendekati manusia
Sumber: Kami bersama Ulama (KBU)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan