Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, Disember 05, 2009

HAI PEJUANG ISLAM..................


Bandingan seorang lelaki yang sibuk memperjuangkan Islam tapi anak anak isteri di biarkan dalam keadaan jahil dan maksiat, samalah saperti seorang yang sedang belayar membiarkan anak isterinya memasukkan air ke dalam kapal.Bila kapal karam , maka si suami turut karam.

Anak anak isteri adalah orang yang sangat penting dalam hidup kita.Kalau mereka baik, baiklah kita.Kalau mereka sihat, sihatlah kita.Kalau mereka suka, sukalah kita. Sebaliknya kalau mereka sakit, sakitlah kita dan kalau mereka rosak, rosaklah kita.

Kerana itu Allah perintahkan diambil berat pada mereka itu, lebih dari memikirkan hal lain dan orang lain.

Allah berfirman, maksudnya:
"Jaga lah dirimu, dan ahli keluarga mu daripada api neraka" (At Tahrim:6)

3 ulasan:

Zulkiflee Sulaiman berkata...

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim.

Menunjukkan mereka lebih benar atau menunjukkan kebenaran? Kebenaran sudah nyata terdapat didalam al-quran tetapi pencari kebenaran gagal menemui nya atau lebih suka merujuk kepada pendapat lain. Contoh yang nyata pun ada, cuba lihat sahaja bagaimana Ustaz Ashaari membangunkan Jamaah Arqam. Beliau merujuk kepada al-quran dan al-hadis didalam setiap hala tuju perjalanan dan pembangunan sahsiah, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Dana adalah dari sumbangan ahli-ahli Arqam sendiri, mereka sedia berkorban demi pembangunan Islam yang mereka cita-citakan. Bagi ahli yang bukan sepenuh masa, mereka menyumbangkan 30% daripada pendapatan mereka untuk Jamaah (kalau tak silap) dan bagi ahli-ahli sepenuh masa mereka berkorban masa dan tenaga demi perjuangan yang mereka cintai semata-mata kerana ALLAH, kerana daulah Islamiyyah yang mereka yakini . Cuba alihkan pandangan anda daripada tuduhan sesat yang dikenakan keatas mereka kerana kalau benar mereka salah dari segi pegangan aqidah pun, perjuangan mereka menegakkan pendidikan Islam, Ekonomi dan sebagainya amat berjaya dan telah banyak merubah gaya hidup umat islam dikala itu yang hanyut dalam arus kemodenan yang dibawa penjajah dan kita dimasa itu banyak juga mendapat manafaat seperti makanan yang halal, pendidikan agama dalam bentuk kuliah, kaset, video , pementasan dan pelbagai lagi .

Zulkiflee Sulaiman berkata...

Cuba lihat bagaimana penjajah dengan cara yang begitu licik memecahbelahkan perpaduan umat islam yakni "pecah dan perintah". Bila sudah berpecah maka akan sukarlah untuk bersatu kembali kerana keegoan dan ketamakan serta kerakusan yang bersarang dihati. Begitu juga dengan pendidikan agama di Universiti. Dahla dipecahkan kepada pelbagai jurusan malah jurusan itu pula dipecahlagi kepada 4 bahagian iaitu, Diploma, Ijazah, Masters dan Phd. Bila seseorang itu sampai ke tahap Phd, masyarakat menganggap ilmu mereka sudah cukup tinggi walhal apa yang mereka pelajari di Universiti hanyalah satu cabang ilmu semata-mata tiada latihan dari segi amalan zahir dan batin bagi melahirkan INSAN BERTAQWA. ALLAH swt mengukur darjah iman dan taqwa hambaNya melalui hati hamba-hamba Nya bukan dengan sekeping kertas yang boleh meletakkan tahap gaji diminta dan jawatan yang layak dipegang.

USULUDDIN AQIDAH IMAN

FEQAH SYARIAT ISLAM

TASAUF AKHLAK IHSAN

Islam itu sendiri bermakna penyerahan total yang terdiri dari pengajian Ilmu Usuluddin, Feqah dan Tasauf. Pengajian Al-Quran, Tafsir, Ilmu Hadis, Bahasa Arab, Sirah dan sebagainya adalah merupakan ilmu cabang yang didalam kategori Ilmu Fadhu Kifayah yang merupakan ilmu yang menyokong 3 Ilmu Fadhu Ain yang wajib dipelajari oleh umat Islam. Hukumnya HARAM mempelajari lain2 ilmu sebelum menguasai 3 ilmu khusus ini. Jadi kalau nak mencari guru atau guru mana yang harus dan wajib di ikuti adalah guru-guru yang menguasai 3 ILMU ini. AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH, AWAL-AWAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH AZZAWAJALLA. Pelajari Sifat 20 dan Nama-Nama Allah (Asmaul Husna) Belajar ILMU SYARIAT dalam menyempurnakan ibadat zahir kepada Allah Yang Esa dan belajar ILMU BATIN (TASAUF) dalam menyempurkan ibadat batin. Ibadah kepada ALLAH SWT mestilah zahir ( dalam perbuatan) dan batin ( hati yang bersih dari segala sifat keji ) . Baharulah wujud kesempurnaan dalam ibadat (mencakup segala perbuatan ) yakni mengenal yang disembah ( dengan segala sifat-sifat Kebesaran, Kemuliaan dan Keagungan) oleh sihamba ( dengan segala sifat-sifat dhoif, fakir , lemah dan hina ).

Di akhir zaman Allah swt menghapuskan ilmu dengan mematikan ulama. Ulama mana? Ulama yg menguasai 3 ilmu khusus ini lah yang tidak dipedulikan oleh umat islam diakhir zaman yang teruja sangat dengan ulama-ulama moden yang tersohor dengan Masters dan Phd. Itu sebab masyarakat rosak teruk. Cuba bayangkan kehidupan Wali Allah yang sezaman dengan Rasulullah, Uwais Uqarni. Rasulullah saw berpesan kepada Sayyidina Umar dan Ali mencari Uwais sebelum kemangkatan baginda. Selepas 7 tahun baru dijumpai oleh mereka dan Uwais hanyalah seorang pengembala kambing yg tidak bergaul dengan masyarakat dan umurnya hanya 21 tahun. Bermakna Uwais sudah berada dalam MAQOM WALIULLAH ketika berumur 14 tahun. Bagaimana begitu sedangkan Uwais tidak belajar aqama dengan Rasulullah dan sahabat secara zahir malah kerjanya mengembala kambing sedari kecil. Kata Uwais beliau tidak pernah berenggang dengan Rasulullah saw dan kehadiran 2 sahabat Nabi saw ini tidak lah membuat beliau teruja malah terganggu kerana melalaikan dia dari mengingati ALLAH AZZAWAJALLA . INI ADALAH KERANA UWAIS MEMPUNYAI KEMANTAPAN TAUHID YANG TINGGI SEHINGGA MELIHAT "WAJAH ALLAH" DAN KETINGGIAN KELUHURAN AKHLAK yang bermakna hatinya ibarat cermin yang bersih dari segala sifat keji dan dihiasi dengan segala sifat terpuji. Siapa yang membimbingnya? ALLAH SWT MEMBIMBING SIAPA YANG DIKEHENDAKINYA MELALUI NUR MUHAMMAD. Beliau dianugerahi ilmu laduni yakni FAHAM AGAMA .

Wallahu a`lam.

Jalal Saleh berkata...

Assalamualaikum En Zul,terimakasih diatas kupasan menarik dan bernas tentang isu ni.Saya setuju 100%..kita kena kenal dan ikut ulamak dlm soal kehidupan beragama ni kerana mereka adalah pewaris nabi ..cuma..bagaimana kita nak menentukan ulama mana yg harus diikut..di negara kita buat masa ni.Agak keliru kita nak melihat ciri ulamak dan umara yg terdapat dinegara kita buat masa ni..nak pilih ulamak pembangkang(yg mungkin ade ciri2 ni)..mcm2 benda negatif yg kita boleh baca di dada-dada akhbar mengenai mereka.Nak pilih ulamak kerajaan..agak pening jugak sebab ade isu tertentu yg mereka..seperti mendiamkan diri mungkin kerana nak menjaga hati pemerintah.Jika memilih pulak ulamak selain dari yg disebutkan tadi..kebanyakkan mereka hanya menyentuh soal..akhirat..tanpa mengambil tahu soal semasa..tu la yg buat umat menjadi keliru..kerana Islam itu..mesti ada DUNIA DAN AKHIRATNYE..baru la..lengkap.Wallahuallam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...