Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Januari 08, 2010

TIDAK TAKUT TUHAN PUNCA SEGALA MASAALAH

Orang menilai "masaalah" berbeza beza.Kadang kadang masaalah di katakan bukan masaalah dan bukan masaalah di katakan masaalah.Masaalah yang paling besar sebenarnya ialah masaalah tidak takut Tuhan.Tetapi malangnya zaman ini tidak ada orang menyebut masaalah tidak takutkan Tuhan ini satu masaalah.
Bila orang tidak kenal dan tidak takut Tuhan, yang bukan masaalah menjadi masaalah.Contohnya menjadi pandai bukan masaalah.Tidak ada siapa akan berkata pandai ini satu masaalah.Tetapi hari ini pandai itu sudah jadi masaalah.Ia menjadi masaalah kerana orang pandai itu tidak takut tuhan.Bila pandai tetapi tidak takut Tuhan, datang lah sifat sombong hingga menjadi masaalah.Datang rasa ego hingga menjadi masaalah.Menipu dan memutar belit hingga menjadi masaalah.Menjadi pemimpin bukan masaalah.Semua orang suka adanya pemimpin.Samada rakyat suka pemimpin, yang punya diri pun suka jadi pemimpin.Jadi pemimpin bukan masaalah.Tetapi pemimpin yang tidak takut Tuhan, itu masaalah.Bila dia ada kuasa mula lah sombong, ada kepenting diri,rasuah,menjadi zalim, menindas,untuk mempertahankan kedudukan nya dia mencantas musuhnya dengan umpatan,fitnah dan ada yang sanggup membunuh..
Manusia menilaikan masaalah yang remeh temeh dikatakan masaalah besar.Contohnya kemiskinan.Bagi Tuhan miskin itu bukan masaalah. Tuhan tidak kata miskin tiu berdosa dan masok neraka.Manusia bertungkus lumus hendak mencapai kemiskinan sifar. Mana ada kemiskinan sifar dalam Islam.Allah jadikan semua berpasang pasang. Jadi kalau ada kaya tentu ada miskin.Jadi tidak boleh ada miskin sifar. itu karut.Dan begitu juga tidak boleh ada semua orang kaya dalam masyarakat 100%.Orang miskin yang redha dengan Allah dan masyarakat yang menjalankan tanggung jawab terhadap orang miskin tidak jadi masaalah.Kerosakan sosial akibat orang miskin hanya kecil sahaja. Tetapi kerosakan yang di buat orang cerdik pandai (termasok ulama) dan pemimpin mengakibatkan negara menjadi huru hara, dan lingkup.itu masaalah.
Jadi macam macam masaalah yang sedang berlaku sekarang saperti krisis politik, krisis antara pemimpin pemimpin,krisis ekonomi,krisis pendidikan, krisis sosial dan berbagai bagai krisis yang melanda negara kita ada lah kerana masaalah yang paling besar yang tidak di pandang langsung untuk di tangani ia itu masaalah tidak takut Tuhan.


Siapa kah sepatutnya yang bertanggung jawab menangani masaalah tidak takut Tuhan ini yang sudah jadi tsunami besar yang melanda manusia sejagat?





Tidak takut Tuhan sudah jadi Tsunami yg melanda manusia sejagat

2 ulasan:

Nurul Faqihah berkata...

Assalamualaikum,

Memang ada segelintir manusia yang tidak takut dengan Tuhan, bila ada betul-betul tsunami takut sekejap, lepas tu lupa balik dengan ingatan Allah.

Wallahualam.

Sharifah Khuzaimah berkata...

Setuju dengan setuju-tujunya. Tiada keraguan lagi.

" TIDAK TAKUT TUHAN PUNCA SEGALA MASALAH "

Daripada sekecil-kecil masalah hingga sebesar-besar masalah.
Hanya orang pilihan Tuhan sahaja yang dapat membawa manusia kenal dan takut Tuhan.
Oleh itu, perbanyakkan doa kepada Tuhan agar HATI KITA DISUCIKAN SESUCI-SUCINYA agar kita dapat mengenali siapakah sebenarnya orang pilihan Tuhan itu.
Kalau hati kita dibiarkan kotor, walaupun orang pilihan Tuhan itu berada di depan mata, kita tidak mengenali apatah lagi menerimanya.
seperti di zaman Rasulullah s.a.w. Walaupun Allah pertemukan dengan Rasulullah tapi orang yang hatinya kotor tidak mahu menerimanya.

"YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA BAIK ! SUCIKANLAH HATI KAMI SESUCI-SUCINYA, JANGAN ADA WALAU SEKELUMIT PUN SIFAT MAZMUMAH ".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...