Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Januari 10, 2010

ISTILAH "ALLAH" DI PERJUANGKAN, KENAPA HUKUM NYA DI PINGGIRKAN?



Setahu saya ,sejak dari dulu hingga sekarang pihak Kristian di Malaysia tidak pernah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai Tuhan, baik di dalam kitab mahupun penulisan atau ceramah rasmi mereka, tetapi mereka menggunakan perkataan ‘God’.

Pengakuan seorang Hajah di dalam rancangan "Pendapat Rakyat" di radio Ikim.fm baru baru ini menguatkan lagi kenyataan saya di atas.Hajah ini mengaku dia adalah seorang bekas penganut agama kristian katolik tulen di Sabah.Dia memeluk agama Islam sejak 40 tahun yang lalu.Kehendak Tuhan, dia dapat hidayah dan taufiq Islam ketika berada dalam upacara agama di dalam gereja tempat dia selalu "sembahyang".Menurut kata nya lagi dalam apa jua upacara agama yang dia pernah hadiri, di gereja atau di mana mana memang tidak pernah paderi sebut kalimah  "Allah" sebagai Tuhan melainkan kalimah "God".Kitab Bible atau Injil sudah habis di baca namun tidak ada satu kalimah "Allah" pun tercatit di dalam nya.Maka dia menasihati umat Islam di Malaysia agar berhati hati dengan agenda pihak kristian bermati mati mahu menggunakan kalimah "Allah".

Lantas apakah agenda mereka kali ini sebenarnya? Tidak mustahil bahawa ini merupakan usaha terbaru mereka untuk mendakwahkan agama Kristian di kalangan orang Islam. ‘God’ diterjemah kepada ‘Allah’ supaya mudah difahami oleh anak-anak muda yang pastinya akan menolak sekiranya Nabi Isa dikatakan sebagai Tuhan. Hakikatnya, apa yang perlu disedari dan diperangi adalah keseluruhan dakyah Kristian itu sendiri, bukannya terperangkap dengan isu istilah yang mereka gunakan. Kita perlu bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab apakah langkah yang mereka laksanakan untuk memantapkan dan menjaga akidah umat Islam? Dan juga kita perlu tanya soalan yang sama terhadap diri sendiri dan keluarga yang kita pimpin? Apakah jalan yang kita tempuh apabila kita melihat para pendakwah Kristian giat menarik anak-anak muda ke agama Kristian? Apa pula tindakan kita dan pemerintah ke atas kes-kes murtad yang semakin bertambah?

Kita memang yakin bahawa golongan Kristian dan Yahudi tidak akan henti-henti cuba menyesatkan umat Islam. Allah telah pun mengingatkan kita tentang perangai dua golongan kaum kafir ini. Ratusan tahun lamanya mereka berjuang melalui serangan missionari dan juga orientalis untuk menjatuhkan Islam dari dalam. Setelah ratusan tahun berusaha, mereka akhirnya berjaya melemahkan dan menghancurkan umat Islam. Sistem Khilafah Islam pun berjaya mereka runtuhkan. Sejak itu hingga kini, usaha mereka masih tetap berterusan. Namun perlu diingat bahawa usaha jahat mereka sering mencapai kejayaan kerana lemahnya akidah umat Islam itu sendiri, dan kelemahan pemerintah dalam memertabatkan Islam 

Sekiranya akidah umat Islam itu lemah, tetapi jika sistem yang berjalan adalah sistem Islam, maka sistem ini akan dengan sendirinya menjaga akidah umat melalui penerapan hukum Islam yang syumul.

Tetapi, dengan penerapan sistem sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, maka para pemerintah dan penyokongnya lah yang telah mempermudahkan laluan puak  ini untuk menyebarkan dakyah sesat mereka ke atas umat Islam. Apa tidaknya, mereka (pemerintah) telah ‘menyediakan’ satu sistem demokrasi yang diambil dari Barat, mereka juga menyediakan mahkamah sekular dengan undang-undang sekular, malah kadang-kadang hakim sekular atau jika hakim itu beragama Islam sekalipun, ‘kepala’nya di penuhi atau di "mind set" dengan pemikiran dan hukum sekular kufur.

Semua ini telah mempermudahkan apa sahaja agenda jahat musuh ke atas umat Islam.






Rujukan: HTM

5 ulasan:

Mohd Amri berkata...

Asalamualaikum Ustaz Amri pernah tak periksa draft hudud yang TGNAA bentang hari itu masa mula mula perintah kelantan.

Apa yang tidak kena saya nampak di dalam draft hudud tersebut adalah kenapa hanya orang Islam dikenakan hudud mengapa tidak geng kafir harbi atau kafir zimmi contoh jika seorang laki laki kafir berzina dengan wanita muslim maka hukuman sebat dikenakan pada wanita muslim dan lelaki kafir itu akan terlepas atau dihukum dengan cara agamanya.

Sedangkan semasa negara ISLAM yang PERTAMA di Madinah yang Dipimpim oleh RASULULLAH s.a.w dahulu, sesiapa sahaja dikenakan hukuman jika dia bersalah tak kira muslim atau kafir

Tolong Jawap..........

Hembusan Amal4U berkata...

Salaam sdr Mohd Amri,
Terima kasih di atas komen sdr ttg hudud (walaupun mungkin tersasar drp tajuk perbincangan yaitu isu "Kalimah Allah").Nampaknya saya ketinggalan dan tidak pernah terjumpa draft hudud TGNA yg sdr maksudkan itu.Sukacita sekira sdr dpt forwardkan salinan draft itu kpd saya di amriwahab@gmail.com sebelum saya menjawab soalan sdr.

Nor Azlin berkata...

Sekarang perjuangkan nama 'Allah'. Mudah-mudahan lepas ni depa perjuangkan syariat Allah pulak. Marilah kita doakan... Lebih baik pihak yang berubah secara sistematik daripada pihak yang tak konsisten, sekejap kata boleh, sekejap kata tak boleh...cakap putar belit...

Othman Inayatullah berkata...

Jika perkataan Allah swt itu hanya digunakan oleh orang Islam, maka lagu Negeri Johor ("Allah peliharakan Sultan"," Allah berkati Johor" dan "Allah selamatkan Sultan"), Negeri Terengganu ("Allah daulatkan tuanku sultan", "Allah peliharakan tuanku sultan" dan "Allah selamatkan tuanku sultan"), Negeri Kelantan ("Segala kebesaran Allah cucurkan"), Negeri Selangor (" Allah lanjutkan usia tuanku"), Negeri Kedah ("Allah selamat Sultan Mahkota"), Negeri Perak ("Dilanjutnya Allah usianya sultan", "Iman yang saleh Allah kurniakan", "Allah berkati Perak Darul Redzuan" dan "Allah selamatkan negeri dan sultan"), Negeri Pahang ("Ya Allah Maha Kuasa" dan "Ya Allah selamatkan kebawah duli raja kami") perlu diubah perkataan Allah kerana yang menyanyikannya bukan sahaja orang Islam tetapi orang bukan Islam. Mungkin boleh ditukarkan kepada tuhan yang mana perkataan ini berbentuk umum. Fikir-fikirkan yaa...

Ismail Ishak berkata...

Saya amat menyokong info anda ini. Mmg boleh salahkan Pemerintah yang mendokong sekularisma tetapi amatlah salah hanya menundingkan jari kearah Pemerintah sahaja. Seharusnya semua ahli politik Melayu-Islam yang bersendiwara dalam kancah politik negara dipersalahkan. Mana ada pilihan bagi rakyat Melayu lagi?? Yang Melayu Pembangkang pula pun sudah menyokong Pakatan Sekular yang mana penyokong kuat sebuah Parti Pembangkang yang semmgnya diketahui umum sebagai dalang yang anti-Negara Islam, anti-Melayu Islam & anti-islam.

Ini adalah cetusan rasa dari seorang Melayu-Islam yang sayangkan Islam & tidak nampak sebuah pun Parti yang rumpunnya Melayu-Islam mampu memertabatkan Islam di negara ini...Sekian, t.kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...