Terlebih dahulu saya ingin mohon ribuan ampun dan maaf kerana mungkin tulisan saya kali ini akan menimbulkan rasa tidak senang hati pembaca dari kalangan ahli dan penyokong PAS dan Kelantan.Saya memang jarang sekali terlibat dalam penulisan bab politik.Tetapi kali ini saya rasa terpanggil juga untuk meluahkan rasa hati terhadap perjuangan Islam PAS di Kelantan yang begitu lembab dalam melaksanakan negeri Islam, tidak sehebat saperti apa yang mereka laung laungkan kerana mungkin terlalu sibuk dan amat
memfokuskan kepada mainan politik menghentam musuh setiap masa hingga terabai kerja kerja pembangunan Islam yang sebenarnya.
Negeri Kelantan sudah lama mengalami masaalah keewangan yang senget, dan ia adalah negeri yang termiskin di antara negeri negeri di Malaysia.Pemimpin Kelantan sentiasa menyalahkan kerajaan Pusat berkaitan dengan isu keewangan ini.Sebab itu royalti sangat di tagihkan oleh Kelantan dan telah menjadi isu hangat.Ini membawa, baru baru ini, kepada TGNA terpaksa buat serangan peribadi ke atas PM hingga langkahnya itu dilihat telah mencemarkan mertabatnya sendiri di mata rakyat sebagai Pemimpin,Tok Guru, Ulamak atau Mursyid
Menyalahkan musuh tidak ada gunanya.Sebab musuh memang kerjanya begitu.Tetapi nampak buruk nya pejuang Islam meminta minta pada musuh.Patutnya pejuang lah kena memberi kepada musuh barulah musuh terima dan respek Islam.Alasan tidak dapat wang dari Kerajaan Pusat untuk bangunkan Islam tidak akan menyelesaikan masaalah bahkan akan menjatuhkan imej perjuangan Islam itu sendiri.Kerana salah satu sifat perjuangan itu ialah berkorban apa saja.
Pemimpin Kelantan mesti mampu menyelesaikan masaalah dan menjadi role model kepada rakyat dan negeri negeri lain dalam membangunkan Islam tanpa menyalah nyalahkan pihak lain apabila gagal melaksanakannya.Kan mereka selalu mengajar rakyat dan mengatakan Islam itu baik dan penyelesai segala masaalah? Sekarang mereka perlu praktik kan untuk menyelesaikan masaalah negeri secara Islam.
Kembali kepada isu keewangan.Rakyat Kelantan terutama orang orang besar dan korporat korporat, lebih lebih lagi ahli ahli PAS di Malaysia mesti sanggup mengisi kekurangan keewangan dengan berkorban habis habisan demi Islam.Jadi lah macam rakyat Muslim di Singapura, mereka sedia potong S$1 dari gaji mereka setiap bulan untuk projek projek pembangunan Islam di sana.Dalam setahun mereka boleh mendirikan sebuah Masjid bernilai jutaan S$.Sudah banyak Masjid dan institusi mereka dirikan dan berbagai pembangunan insan mereka laksanakan melalui kaedah ini.Saya rasa Rakyat Kelantan tentu boleh buat lebih dari itu .Ahli ahli korporat lagi lah boleh, memandangkan ada yang boleh menyumbang puluhan ribu Rm kepada TGNA untuk pergi menunaikan Haji.Rakyat Kelantan yang berbangga dengan pemimpin mereka iaitu TGNA yang telah mengorbankan peruntukan peruntukan peribadi nya kepada negeri dan rakyat tidak ada erti nya sekiranya mereka sendiri tidak ikut jejak pengorbanan itu.Apa ertinya mengundi pemimpin kalau tidak sanggup berkorban wang ringgit untuk negeri,dan pemimpin yang di undi?
Saya juga amat kecewa Kelantan yang sudah di perintah oleh pemimpin dan parti Islam selama lebih 18 tahun tetapi gagal menjadi contoh atau role model sebagai negeri Islam di Malaysia.Sebab sebab kegagalan ini juga di tujukan kepada kerajaan Pusat.Perlambagaan Malaysia tidak membenarkan mereka praktis undang undang Islam saperti Hudud.Adakah hudud segala segala nya dalam hendak membina negeri Islam? Tanpa melaksanakan hudud Islam tidak boleh membangun di Kelantan?
PAS perlu jadikan Kelantan yang mereka kuasai sebagai negeri Islam contoh dan mempamerkan keindahan dan kebaikan Islam dalam mentadbir negeri,supaya dengan kebaikan dan keindahan Islam yang di perlihatkan tergerak rakyat dan pemimpin dari negeri negeri lain untuk mengikutinya.Kalau kita bercerita tentang kebagusan sehelai baju, orang akan lebih yakin kalau dapat lihat contohnya.Kalau cantik dan bagus orang akan membelinya.
42 ulasan:
Saya rasa ini adalah satu pandangan yang sangat baik dan bernas. Ahli-ahli PAS khususnya dan seluruh umat Islam amnya wajib mendokong perjuangan perlaksanaan negara Islam. Kerja Islam ini bukan terletak pada PAS sahaja tapi seluruh umat. Ahli PAS khususnya mungkin perlu melihat perjuangan Islam dari perpektif yang lain, bukan setakat pilihanraya semata (saya faham PAS pun ada membuat kerja non politik, sebab politik tu pun hanya sebahagian dari perjuangan PAS).
Kesilapan PAS ialah hendak mengIslamkan orang...sedangkan Nabi Noh sendiri tidak berupaya mengajak anaknya berIman. Hendak mengIslamkan negara ? Islam dulu diri sendiri..berIman kepada Tuhan dan pertahankan sehingga nafas yang terakhir...peduli apa dengan orang lain...urusan mereka yang mengotorkan sendiri fitrah bersih yang diamanahkan sejak di alam Roh dahulu. Kalau tidak tahu mentadbir diri sendiri sebagai khalifah... bagaimana hendak mentadbir Negara ? Itu belum masuk bab mentadbir ekonomi lagi ! Apa yang dilakukan PAS selama ini... mereka semuanya berbuat sesuatu dalam keadaan TIDAK tau...tapi kerana mereka fikir mereka lebih berIlmu...lebih Islam...dengan sendirinya ...lain dari fahaman mereka...semuanya tertutup ! Siapa yang menutupnya ? kalau tidak mereka sendiri !
Apa yang PAS lakukan selama ini semuanya adalah satu perjuangan yang sia-sia sahaja. Betul dan tepat...kita semua wajib bercita-cita mendirikan...menegakkan Islam...tapi apa yang kita semua yang mengaku Islam lakukan sekarang... tidak lebih dari mempertahankan hawa dan nafsu sahaja...kita berTuhankan Hawa dan Nafsu. Ingat, Nabi kata, Tidak beradab dan tidak berIlmu walaupun alim " . Lagi kata Nabi," Di akhir zaman Islam hanya tinggal namanya sahaja...Quran tinggal kulitnya sahaja...masjid banyak tapi tidak memberi petunjuk dan ulamak sesat menyesatkan " Fikir-fikirkan lah !
salam,sy rasa ada yg tak kena dgn org2 yg masih mempersoalkan TGNA@PAS,samada memandang dari jauh@hanya mendengar@membaca tanpa berkunjung ke Kelantan.Pergilah kesana dan tinggal dalam seminggu dan balik kenegeri masing2..sy anak perak tinggal di Selangor dan urusan perniagaan sy satu Malaysia hingga satu dunia..satu perasaan sahdu yg tak dapat ditempat lain,jgn dipertikai maksiat@perangai sebahagian org2 sana krn iman tak boleh dijual beli tapi ambil contoh yg baik yg lebih ramai lg.diseru solah2 setiapkali SEBELUM masuk waktu DLL..Bab politik sy malas nak hurai, pergilah jumpa TGNA tanya sendiri..kalau malu@malas sms/call sy.kita jumpa mana2 area KL/selangor..019-3272718 Shahid
PAS sejak dulu hinggalah sekarang telah dan sedang bercakap pasal Emas. Emas itu berwarna kuning, perlu dijaga dan disimpan di tempat yang selamat, bolih dijual-beli, bolih dibentuk menjadi cincin........ dan sebagainya. Tapi sayangnya, secebis Emas pun tidak ada dalam tangan mereka !
"Negeri Kelantan sudah lama mengalami masaalah keewangan yang senget, dan ia adalah negeri yang termiskin di antara negeri negeri di Malaysia"
Salah saudara..kami bukan negeri yg termiskin..kalau kami ni termisikin..
dah mati kebuluran lah..Alhamdulillah sy berbangga jd anak Kelantan. Setakat ni sy sekeluarga hidup aman harmoni dibwh pmpinan TGNA..so klu nak mengulas tentang negeri kami..tinjau2 lah dulu ye..
jangan pandai berkata-kata sahaja, bandingkan lah pemerintahan umno negeri lain dengan pemerintahan kelantan,saya nasihatkan saudara pergi dan tinggallah kat sana untuk beberapa hari dan mesralah dgn cara hidup org sana. Banyak berbezaanya....
Assalamualaikum,
Pendapat tentang penulisan "MENGAPA NEGERI ISLAM TIDAK BANGKIT BANGKIT DI KELANTAN?"
1. Negeri Kelantan sudah lama mengalami masaalah keewangan yang senget, dan ia adalah negeri yang termiskin di antara negeri negeri di Malaysia?
Betul ke fakta ini? Sudahkan penulis semak maklumat sebenar susunan negeri2 termiskin di Malaysia. Negeri kelantan bukan no 1, no 4 pun bukan. Jika belum semak, sila semak dahulu dan betulkan penulisan anda. Adakah anda tahu kuasa beli rakyat kelantan?
2. Pemimpin PAS perlu potong RM1 seorang?
TGNA sudah belasan tahun porong ribuan alaunnya dan begitu jugalah dengan beberapa pemimpin PAS dan yang lain. Dari segi rakyat kelantan pula, memang ada yang meyumbangkan kepada tabung serambi mekah secara bulanan.
3. Pembinaan masjid yang besar2 dan hebat2 tidak menjamin kualiti masyarakat persekitarannya. Lihat di KL, Putrajaya, betapa hebatnnya masjid2 tetapi mcm mana pula pengisiannya. Sebab itulah kerajaan Kelantan tidak membina masjid kerana bilangan masjid telah cukup walaupun rupa masjid tersebut tidaklah hebat seperti di Putrajaya.
4. Sememangnya Hudud tidak boleh di laksanakan di Kelantan kerana kekangan kerajaan pusat dan apa lagi langkah2 yang kerajaan negeri boleh buat? Jika penulis bijak, berikan cadangan2 yg boleh kerajaan kelantan buat didalam skop bidang kuasa kerajaan negeri.
5. Pemimpin PAS khususnya di Kalantan selalu bercakaran dan tidak boleh selesaikan masalah?
Jangan terpengaruh dengan media seperti TV3 suku, Berita Hairan, Utusan Meloya. Itu semua mainan BeEnd. Umpama suami isteri, perbezaan pendapat pasti ada tetapi tidaklah serius sampai bergaduh besar. Yang membesarkannya adalah media diatas.
6. Salah satu faktor projek pembangunan dari kerajaan pusat banyak terbantut di kelantan adalah kerana sekatan pemimpin Umno negeri kelantan sendiri.
Contohnya, Mustafa Muhammad sendiri mengaku pernah menyekat peruntukan kewangan pembagunan negeri. Pengakuan tersebut di buat dalam sidang DUN. Cuba cari rakaman tersebut didalam u-Tube. Anuar Musa pula, bagaimana marahnya dia apabila SEDIKIT peruntukan di salurkan ke Kelantan. Pelik bukan?
Pertanyaan Untuk Kita Difikirkan:
1. Jika anda merasakan PAS tidak bagus / bermasalah, adakah kita perlu undi BeEnd?
2. Apa yang kerajaan pusat telah lakukan untuk laksanakan hudud? Sememangnya tidak mahu laksanakan? Dok buat apa 52 tahun? Tidak relevan? Tidak sesuai?
3. Jika anda tidak nampak Kelantan menuju kepada kebangkitan Negeri Islam, negeri manakah yang anda nampak potensinya selain dari Kelantan?
4. Jika kelantan mendapat royalti, pasti lebih banyak lagi yang mereka boleh lakukan.
Apa yang sebenarnya kita perlu lakukan?
1. Pastikan pemerintahan negara ini berada di tangan pemimpin yang ingin laksanakan Islam sebagai sebuah Negara Islam sebenar. Pastinya bukan di tangan pemimpin BeEnd yang ada sekarang. Tidak korbankan RM1 setiap orang lagi pun tidak mengapa. Cukup dengan undi.
2. Pandai menapis, menimbang berita dan maklumat di media. Pastikan kita membuat double chek. Jangan ambil bulat2 dari berita TV dan surat khabar. Cari alternatif lain seperti internet. Dapatkan penjelasan di kedua belah pihak.
3. Jika kita ada cadangan yang lebih baik demi untuk sebuah negeri / negara islam, sila berikan cadangan. Penulis mengatakan pemimpin PAS menghentam orang lain tetapi nampaknya penulis sendiri menghentam orang lain (pemimpin PAS).
Jika pemilik tuan pemilik blok jujur untuk bincangkan permasalahan yang di utarakan, pasti tuan punya blok paparkan komen ini.
Sekian, Rakyat Kelantan.
Salam
"Tetapi nampak buruk nya pejuang Islam meminta minta pada musuh"
Bukan meminta2... tetapi MENUNTUT HAK.. yang telah di persetujui/digazetkan dalam Parliment..
"Kesilapan PAS ialah hendak mengIslamkan orang" -
Kenyataan ini sesat.. Memang kita dituntut mengIslamkan orang.. Berjaya / Gagal - Ketentuan Allah SWT.
[2.193] Dan PERANGILAH mereka SEHINGGA TIDAK ADA LAGI fitnah, dan sehingga ad-din itu, semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
"Saya juga amat kecewa Kelantan yang sudah di perintah oleh pemimpin dan parti Islam selama lebih 18 tahun tetapi gagal menjadi contoh atau role model sebagai negeri Islam di Malaysia"
Kita hanya boleh berusaha.. Kejayaan itu HANYA dari Allah SWT..
"Negeri Kelantan sudah lama mengalami masaalah keewangan yang senget, dan ia adalah negeri yang termiskin di antara negeri negeri di Malaysia.Pemimpin Kelantan sentiasa menyalahkan kerajaan Pusat berkaitan dengan isu keewangan ini."
Kenyataan ini juga salah.. Setahu saya Negeri Kelantan lah yang paling kurang hutangnya dengan kerajaan Pusat..
Kelantan adalah negeri yang banyak sekolah agama swasta yang unggul berbanding dengan Negeri Selangor atau Perak..
"Adakah hudud segala segala nya dalam hendak membina negeri Islam? Tanpa melaksanakan hudud Islam tidak boleh membangun di Kelantan?"
Pada saya Hudud adalah asas/tiang pengukuh negara Islam.. Apakah boleh dibina bangunan tanpa tiang/asas yang kukuh??
Tanpa hudud.. Jadilah Kelantan seperti negeri2 lain di Malaysia..
Tanpa hudud.. Jadilah Malaysia seperti negera2 kafir lain di dunia..
Maksiat bermaharaja lela.. Tidak tersekat.. Tidak terdakwah..
Sesungguhnya kesesatan itu lebih diminati daripada keimanan..
Mudah-mudahan dengan perlaksaan hudud.. Allah SWT sudi membuka lebih luas pintu rahmatNya SWT..
[7.96] Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu keberkatan yang melimpah-ruah, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
Assalamualaikum,
saya bersetuju dengan pandangan di atas.
memanglah kita boleh pegi jumpa TGNA. tapi buat apa. kita dah tahu kebaikan dia. Tapi bukan dia seorang ja yang PAS. Orang pas yang lain mana? kenapa tak ikut kebaik Yang TGNA buat.Tapi bila TGNA menyalahkan kerajaan Pusat banyak pulak mulut-mulut tambahan.Contohnya, kebanyakan penduduk di klantan penyokong kuat PAS. yang bermaksud menyokong Islam, tapi apa yang berlaku di Stadium baru2 ni. Adakah itu perangai orang Islam atau perangai 'ORANG PAS'.
Kita mesti mengISLAMkan politik, tapi bukan POLITIKkan Islam
Artikel yg baik....cuma perlu duduk dan menilai secara teliti pentadbiran di negeri kelantan..kefahaman dan pengetahuan tentang negeri kelantan haruslah ditinjau dari pelbagai sudut..saya syorkan tinggallah disana selama 3 bulan..insyallah dapatlah anda menilai sendiri, bukan dari dgr melalui mulut org lain...
mmg saudara bijak mengkritik..tp jgn berpandukan pd satu2 sumber shj.
Salaam,
Terima kasih di atas komen sdr pembaca sekalian.
Saya sukacita sekira sdr dapat juga beri komen dan pandangan mengenai perkara perkara ini, yang juga tertera di dalam tulisan saya yang sama:-
Pemimpin Kelantan mesti mampu menyelesaikan masaalah dan menjadi role model kepada rakyat dan negeri negeri lain dalam membangunkan Islam tanpa menyalah nyalahkan pihak lain apabila gagal melaksanakannya.
Rakyat Kelantan dan seluruh umat Islam terutama orang orang besar dan korporat korporat, lebih lebih lagi ahli ahli PAS di Malaysia mesti sanggup mengisi kekurangan keewangan dengan berkorban habis habisan demi Islam.
Rakyat Kelantan yang berbangga dengan pemimpin mereka iaitu TGNA yang telah mengorbankan peruntukan peruntukan peribadi nya kepada negeri dan rakyat tidak ada erti nya sekiranya mereka sendiri tidak ikut jejak pengorbanan itu.Apa ertinya mengundi pemimpin kalau tidak sanggup berkorban wang ringgit untuk negeri,dan pemimpin yang di undi?
PAS perlu jadikan Kelantan yang mereka kuasai sebagai negeri Islam contoh dan mempamerkan keindahan dan kebaikan Islam dalam mentadbir negeri,supaya dengan kebaikan dan keindahan Islam yang di perlihatkan tergerak rakyat dan pemimpin dari negeri negeri lain untuk mengikutinya.Kalau kita bercerita tentang kebagusan sehelai baju, orang akan lebih yakin kalau dapat lihat contohnya.Kalau cantik dan bagus orang akan membelinya.
Ada pembaca menyatakan hudud adalah asas dan tiang pada pembinaan negara Islam.Saya bukan mengenepikan hudud.Hanya suatu persoalan yang ingin kepada jawapan.Maksud saya adakah perlu tunggu hudud di laksana terlebih dulu baru nak laksanakan yang lain lain?
Adakah ini membawa maksud selama ini pembinaan/pembangunan negeri Islam tersekat sekat atau terbantut di Kelantan kerana hudud tidak dapat di laksanakan?
Adakah, contohnya, Ekonomi, Pendidikan, Pentadbiran, Kewangan, Kebudayaan dan Hiburan, tidak boleh di Islamkan di Kelantan kerana tiada undang undang hudud?
Adakah nak suruh pemain bola sepak Kelantan tutup aurat apabila bermain di stadium dan di mana mana kena tunggu hudud?
Adakah pembentukan Individu Islam,Keluarga Islam, dan Kampung Islam umpamanya, perlu kepada perlaksanaan hudud terlebih dahulu?
Adakah sekiranya perlembagaan Malaysia yang mengekang perlaksanaan hudud kekal 1000 tahun maka seribu tahun itu lah PAS tidak dapat melaksanakan Negara Islam?
Adakah PAS nak tunggu hudud baru nak buat pemilihan pemimpin secara syura di Perhimpunan Agong nya?(PAS masih gagal melaksanakan sistem Islam dalam parti apatah dalam negeri atau negara.Sedangkan tidak ada perlembagaan negara atau musuh politik nya yang melarangnya berbuat demikian).
Itu lah yang saya maksud saya.Tidak perlu tunggu hudud, Laksanakan apa yang terdaya dulu.Buat apa yang boleh buat dulu.Tidak perlu beri berbagai bagai alasan kan?
Salam..
tidak ada beza nak membandingkan amalan agama di kelantan dan negeri lain....
semua negeri ada masjid.. surau juge... semua negeri ada kes pelajar jahat.... bergaduh....
semua uztaz2 yang dikenali akan dikunjungi apabila mereka buat ceramah agama. hal kebaikan.. takkan tak pegi...
Adakah malaysia masih tidak islam kerana tidak melaksanakan hudud... bagaimana pula dengan kewujudan undang2 syariah dan mahkamahnya.... adakah hanya kerana tidak melaksanakan hudud segala nya tidak islam?
Kita kaji Rukun islam ...
Mengucap
sembahyang
Puasa
zakat
haji... jika mampu...
kita kaji rukun iman...
percaya kepada Allah
percaya kepada malaikat
nabi dan rasul
kitab2
Hari kiamat
Qada' Qadar...
PErcaya atau tidak... hukum hudud seolah2 tidak akan wujud andai umah islam dimalaysia
mengamalkan sifat terpuji....
Syiar islam tidak akan berkembang selagi Nik aziz memimpin pas.... Ustaz harun din Lebih layak.. itupun andai masih bersifat seperti seorang ulama dari segala aspek...
andai hati nik aziz bersih... dia tidak akan berkata2 kesat walaupun ditekan hebat...
Salam,
Rasanya sdr menulis atas apa yg dibaca di akhbar sahaja...
Saya bukan orang Kelantan, tapi pernah beberapa ketika berada di Kelantan.
Suasana sungguh berbeza dengan negeri lain.
Walaupun kelantan tidak mempunyai infrastruktur moden, mereka masih kekalkan infrastruktur lama dengan baik.
Boleh dilihat 99% Melayu maju dalam bidang perniagaan disana. Majoriti kedai disana adalah milik melayu, hanya 2% adalah peniaga Cina yg berjaya juga. Kebanyakan mereka akan meluaskan perniagaan ke negeri² lain yg pesat membangun. Ini adalah fakta.
Tidak dinafikan mmg ada golongan miskin disana. Miskin disana tidak bermaksud mereka merempat kebuluran, kos sara hidup disana sungguh rendah..Di kuala lumpur sendiri berapa ramai org yg kerja di pejabat yg duit tak cukup tiap² bulan??, mereka juga dikategorikan sbg miskin..rasanya di kl lagi ramai org miskin drpd di kelantan. Bezanya org kl miskin dlm kemewahan dan lalai..
Di kelantan mereka cukup ambil berat antara satu sama lain walaupun saling tidak mengenali..berbudi bahasa, tolong menolong tak kira sesiapa shj.
Masjid, surau sentiasa ramai orang tak kira waktu, zohor dan asar juga. Kalau di kl, waktu zohor dan asar hanya ada imam,bilal dan 2-3kerat ajk surau je..
Pada hari Jumaat pagi, semua orang berbondong² pergi bandar kota bharu ingin mendengar kuliah agama mingguan TGNA..bukan sebulan sekali, tapi TIAP² minggu, penuh orang parking kereta ditepi jalan.
Banyak iklan² di tepi jalan menyampaikan pesanan keagamaan, adab dan tatasusila. Kalau di kl byk papan iklan produk shj..
Kebanyakan org² luar yg masuk kelantan tak kira lelaki atau perempuan akan sentiasa menjaga adab dan kesopanan kerana mereka tahu mereka berada dlm sebuah negeri kerajaan Islam. Itu yg telah di "mind set" kan oleh kerajaan kelantan.
Segala yg disebutkan diatas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.. Saudara patut duduk di kelantan dan merasai sendiri nikmat berada di sebuah negeri Islam.
Banyak lg yg boleh diceritakan ttg Islam di kelantan..Tajuk artikel yg sdr tulis itu sungguh tidak berasas sama skali. Sepatutnya saudara menulis artikel bertajuk MENGAPA NEGARA ISLAM TIDAK BANGKIT² DI MALAYSIA? adalah lebih tepat...
Apa yg kerajaan kelantan mintak dari kerajaan pusat adalah hak mereka yg sepatutnya rakyat kelantan dapat. Bukan sekadar wang ehsan kerana ianya seperti "org kaya memberi wang ihsan kpd peminta sedekah. Marahnya kelantan kerana kerajaan pusat menganggap kelantan spt peminta sedekah, walhal kelantan meminta haknya daripada pencuri... fikir² kan..
Saya cadang kan kepada tuan, sila lah berkunjung ke kelantan dan menginaplah di sana ..
Sila lah berkunjung ke rumah TG Nik aziz…
Insyaallah Tuan akan dapat menjawab segala persoalan tersebut…
apakah kebangkitan di ukur dari segi material , apakah anda tidak sedar kebangkitan islam telah ujud dikelantan dengan adanya penghafiz dari negeri kelantan , bagitu masjid masjid kelantan berbanding dengan negeri agak kedepan masjid di kelantan dengan aktiviti imarah masjid dan lain lainya,
saya rasa lebih baik..jgn komen apa2 jika pengetahuan kita tentang agama masih cetek..biarkan urusan agama ni pada yg lebih berilmu..bukan apa ditakuti bila kita berhujah tanpa ilmu ni bahaya...(sekadar mengingatkan sesame kita)
Satu yang saya nak berkongsi dengan semua, saya sudah 2 kali datang ke Kelantan, bagi hemat saya yang xda banyak pengetahuan pasal Kelantan, bagi saya sama sahaja keadaan dalam negeri Kelantan berbanding negeri2 yang saya pergi.
Di Kelantan, ada juga rumah besar~mewah la bg saya, yang di buat d tepii jalan2 raya. Ada juga umah buruk yang pakai ASTRO, sama sahaja. Dan ada satu yang menarik perhatian saya, kesemua bas2 yang ada di Kelantan adalah bas yang ber'air-cond'...sampai kawan2 saya dari Kelantan( sama tempat belajar) terasa 'macam rusa masuk kampung' sahaja melihat bas2 tambang di negeri Perak terlalu BURUK dan ada yang boleh BOCOR ketika hujan.....
So, rase2 yer ape...yer???
Salam
Cuma nak komen sket jer .. Pandangan nape nampak dangkal sangat???
Kau dah transformed tapi maafkan dia sebab belum lagi....Pandangan dia tak dangkal cuma tak ada hujung pangkal.
Kena belajar dari Nujum Pak Belalang.
..mana yang hujung dan mana yang pangkal. itu je!
Salam
"Tetapi nampak buruk nya pejuang Islam meminta minta pada musuh"
Bukan meminta2... tetapi MENUNTUT HAK.. yang telah di persetujui/digazetkan dalam Parliment..
"Kesilapan PAS ialah hendak mengIslamkan orang" -
Kenyataan ini sesat.. Memang kita dituntut mengIslamkan orang.. Berjaya / Gagal - Ketentuan Allah SWT.
[2.193] Dan PERANGILAH mereka SEHINGGA TIDAK ADA LAGI fitnah, dan sehingga ad-din itu, semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
"Saya juga amat kecewa Kelantan yang sudah di perintah oleh pemimpin dan parti Islam selama lebih 18 tahun tetapi gagal menjadi contoh atau role model sebagai negeri Islam di Malaysia"
Kita hanya boleh berusaha.. Kejayaan itu HANYA dari Allah SWT..
"Negeri Kelantan sudah lama mengalami masaalah keewangan yang senget, dan ia adalah negeri yang termiskin di antara negeri negeri di Malaysia.Pemimpin Kelantan sentiasa menyalahkan kerajaan Pusat berkaitan dengan isu keewangan ini."
Kenyataan ini juga salah.. Setahu saya Negeri Kelantan lah yang paling kurang hutangnya dengan kerajaan Pusat..
Kelantan adalah negeri yang banyak sekolah agama swasta yang unggul berbanding dengan Negeri Selangor atau Perak..
"Adakah hudud segala segala nya dalam hendak membina negeri Islam? Tanpa melaksanakan hudud Islam tidak boleh membangun di Kelantan?"
Pada saya Hudud adalah asas/tiang pengukuh negara Islam.. Apakah boleh dibina bangunan tanpa tiang/asas yang kukuh??
Tanpa hudud.. Jadilah Kelantan seperti negeri2 lain di Malaysia..
Tanpa hudud.. Jadilah Malaysia seperti negera2 kafir lain di dunia..
Maksiat bermaharaja lela.. Tidak tersekat.. Tidak terdakwah..
Sesungguhnya kesesatan itu lebih diminati daripada keimanan..
Mudah-mudahan dengan perlaksaan hudud.. Allah SWT sudi membuka lebih luas pintu rahmatNya SWT..
[7.96] Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu keberkatan yang melimpah-ruah, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
ALLAH IS WATCHING
Lembab takpe… yg penting masa hidup kat dunia ni kita cuba untuk laksanakan perintah Allah s.w.t…
Berjaya atau tak itu bkn perkara pokok… perkara pokok sebenar ialah “mencuba” bangunkn sesebuah negeri
Berlandaskn syariat dan perintah Allah…
Sebabnye, diakhirat nanti Allah akan Tanya…” apakah sumbangan kamu dlm membangunkan islam” …nak jawab ape?
Macam jgk kisah seekor burung yg ambil air dgn paruhnya dlm usaha nk memadamkn api yg membakar Nabi Ibrahim a.s…
Mmg mustahil la api tu boleh padam ngan air yg burung tu bwk…tul tak…
Tapi burung tu kate ape…”sekurang-kurangnye aku ade mencuba dan bila Allah tanya nti aku ade jawapan untuk aku kemukakan”…
Sepatutnya org Islam kena support Islam…bkn condem islam….
A'kum...
sekadar nak tambah apa yg saya nampak...
pada saya , islam dan umatnya pada hari ini macam sebuah kereta lama , baik BMW , Saga atau apa saja kereta..sempurna dan lengkap segala sifat , yg jadi masalah cuma sehala skru dan nat nat tu dah longgar...kita tunggu je lah "foreman" akhir zaman datang bagi tau kita kat mana yang perlu diketat atau dikemas kan....
kalau "foreman" tu dah muncul...maka kita semua mungkin akan kata " patutlah aku tak boleh speed 120km/jam , masuk 110 je dah semput...." sebab dah sempuna , maka islam itu akan terus memecut laju sebaik kita tahu skru atau nat yang perlu diketatkan atau cara mana nak tuning enjin tu..........
semalaman je urusan ini boleh dibereskan.......
tp bengkel2 yang dipunyai oleh setaniblis dah tak boleh cari makan , so owner nilah yg dok sibuyk punahkan umat islam sistematically sblm "foreman" tu sampai...
wassalam.
Assalamualaikum,
Rakan taulan di pakbelang@yahoogroups.com... setiap hari saya menerima email dan membaca komentar yang dikirim melalui ruangan ini... Banyak info2 yang sangat berguna dan bermanfaat.. Terima kasih.
Ini merupakan kali pertama saya mengirim email kerana terpanggil untuk memberi pendapat mengenai isu 'MENGAPA NEGERI ISLAM TIDAK BANGKIT DI KELANTAN?...
Saya sangat bersetuju dengan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang sahabat pakbelang seperti saudara Amin, Zul Mo, Fendy dan Uzaini.
Pendapat saudara Rosli menunjukkan bahawa kefahaman mengenai Islam sebenar agak tipis dan kurang kajian. Saya mensarankan supaya pembacaan mengenai tuntutan Islam perlulah dibaca secara menyeluruh dan difahami dengan sebenarnya.
Dengan kenyataan saudara Rosli seperti berikut :
Adakah malaysia masih tidak islam kerana tidak melaksanakan hudud... bagi saya YA sebab kewujudan undang2 syariah dan mahkamahnya hanya lebih kepada menjaga hati umat Islam sahaja. ... Mungkin saudara Rosli xpernah kaji n tahu pun apa yang dinyatakan dalam hukum hudud... Banyak orang nak bercakap pasal hudud tapi xfaham pun apa dia disebalik hudud 2..(ni kenyataan dikalangan umat Islam Malaysia) kalau faham kenyataan seperti berikut xsepatutnya dikeluarkan.
Kenyataan yang diutarakan juga merujuk kepada perkara berikut;
Kita kaji Rukun islam ... (betul ke kaji semua ni????)
Mengucap
sembahyang
Puasa
zakat
haji... jika mampu...
kita kaji rukun iman... (kalau betul kaji semua rukun iman ni mcm2 blh dapat)
percaya kepada Allah
percaya kepada malaikat
nabi dan rasul (hukum hudud dilaksanakan pada zaman nabi Muhamaad, so kalau percaya pada nabi kenapa hukum dia xleh percaya??)
kitab2 (dalam kitab2 Allah terutama Al-Quran menyatakan banyak sangat mengenai hukum kehidupan tapi sejauhmana kita ikut?? so setakat percaya sahaja la)
Hari kiamat
Qada' Qadar...
Sepatutnya Maksud IMAN = Percaya (Lafaz dengan lidah, Tasdik (mengakui) dengan hati dan laksana dengan perbuatan) bukanya percaya dalam bahasa melayu = YAKIN je xpayah buat apa-apa.
Percaya atau tidak... hukum hudud seolah2 tidak akan wujud andai umah islam dimalaysia mengamalkan sifat terpuji.... (zaman nabi pun xblh jamin org bersifat terpuji semuanya, tambah pulak zaman sekarang dimana hiburan, gejala sosial & maksiat berluas-luasa)
Syiar islam tidak akan berkembang selagi Nik aziz memimpin pas.... (Nasib baik ada Nik Aziz, blh jgk merasa berimamkan seorang MB time solat jemaah) Ustaz harun din Lebih layak (sekarang dia Timbalan Mursyidul, nanti dia penganti, insyaallah, lepas 2 ramai ar yang lebih beriman kot???)..
Satu sahaja yang perlu diberi perhatian pada zaman akhir zaman ni... Orang yang bercakap benar dituduh pembohong, Orang yang berbohong dipercayai dan diberi kepercayaan... Ulama yang menyatakan kebenaran Islam difitnah & dihina tetapi pemimpin yang maksiat disanjung dan dipuji... Ni semua tanda-tanda nak kiamat. Terima la kenyataan.
Saya tidak memihak dan bercakap berkaitan politik tetapi saya merujuk kepada keadaan agama kita Islam masa kini yang semakin terhakis dan dihakis oleh amalan kita sendiri. Selagi ada daya berusahalah mengejar, belajar, memahami dan mengamalkan Islam. Kita insan biasa yang cetek ilmu pengetahuan hanya bercakap atas dasar apa yang diketahui..
Wallahualam......
Terima kasih kerana memberi laluan dan maaf sekiranya pendapat saya kurang dipersetujui..
Insan biasa yang cetek ilmu,
Nazira
__._,_.___
salam...saya setuju apa yang dituliskan oleh nazira....kita lihat lah jabatan agama pun tak leh nak laksana hukum hudud.....kalau murtad hukum bunuh...kalau org lelaki dan pompuan yang belum kawin berzina hukum nyer sebat 100kali...ni denda aje...bayar rm1k atau lebih sikit pas tu boleh buat balik....hukum hudud hukum allah...amin
Salam.. akhirnya.. rakan2 dari kalangan pejabat mufti wilayah mengeluarkan kenyataan...
Ini menunjukkan hal ini sangat di ambil perhatian... memang benar kebanyakan kita dalam group ini tidak tahu secara mendalam tentang agama... Kita semua hanya mengerjakan ,mengamalkan perkara2 yang termampu dalam islam untuk memastikan kita diterima masyuk syurga...
tidak semua berkesempatan mendalami ilmu agama dan cabang2 ilmu agama kita yg sangat luas....
Berbalik kepada tajuk isu ini...
Kenapa sentiasa hendak salahkan pihak lain jika gagal hendak memajukan negeri sendiri...
Kenapa hanya kerana dihalang menegakkan hukum hudud maka segala kesalahan perlu ditanggung pihak lain... Adakah tiada cara lain untuk menegakkan islam?
Di malaysia negara tercinta kita ini, Agama islam telah didirikan.. ramai ulama kita telah diberikan ruang seluasnya untuk menyebarkan islam tanpa halangan diseluruh negara diseluruh bidang sosial, ekonomi dan politik sejak dari dulu (mungkin...isu permit diselangor hanya baru shj )
Pelbagai kemudahan, program, disediakan untuk mengegakkan syiar islam. Dimana jua tetap ada program mengimarahkan masjid dan surau.. pokoknya kenapa nak kena tunggu di kelantan baru nak rasa wujudnya syiar islam... kenapa diri kita sendiri yang duduk diluar kelantan ini tidak mencontohi apa yang dilakukan dikelantan.. kita di luar kelantan ni tak dibenarkan bersolat di masjid ke?
pokok pangkal adalah diri... jangan hendak salahkan pihak lain.... kalau nak salahkan pihak lain... kenapa masih duduk diluar kelantan.... marilah kita beramai2 berhijrah ke kelantan...
Sekali lagi saya secara peribadi berpendapat tiada bezanya Islam dikelantan dan negeri lain. apa yang berbeza dikampung2.... baik kelantan atau di kampung saya.. suasana adalah sama.. kanak2 dan orang muda tetap berjemaah tak kira waktu... Tidak adil membezakan kelantan dengan bandarraya seperti KL..PJ. JB. walaupun begitu saya percaya masih ramai yang mengerjakan solat dibandarraya tadi. masih ramai yang datang kemasjid pada waktu solat jumaat dan solat2 yang lain.. Apakata mufti KL jemput TGNA berceramah agama di kl setiap minggu.. saya yakin pasti penuh masjid wilayah.. tapi jangan berceramah berpolitik pula.. ceramah agama sahaja...
TApi adakah hanya kerana bilangan yang ramai berjemaah di masjid telah menunjukkan kelantan lebih islam..... bagai mana pula yang lain2 nya... Adakah kerana kelantan di pimpin PAS? kalau Bukan PAS yang meminpin maka kelantan sudah tidak ramai yang pergi masjid untuk berjemaah ke?.
Adakah begitu mudah kita mengandaikan keislaman di kelantan...Hanya kerana di perintah PAS, maka semua orang pergi ke masjid...
Namun saya suka mengupas dari sudut politik... Parti PAS yang berasaskan islam akan sentiasa diperhatikan terutama sekali kenyataan yang dikeluarkan pemimpin2 nya...
Kita semua tahu PAS dipimpin oleh ulama dan sehingga kini TGNA adalah pemimpin yang berpengaruh diPAS dan sentiasa diberi perhatian oleh semua pihak...
Mungkin ada yang pernah dengar...hal ini banyak keluar dari mulut parti PAS sendiri.. mereka berkata.. KALAU MASUK PAS MASUK SYURGA. bagaimana penerimaan orng yang sangat rendah pengetahuan agamanya.... Adakah masuk Parti lain trus masuk neraka? yang mana yang masuk neraka?
bila di tanya tentang kelemahan pas jawapan yg di beri ialah hanya.. baru 20 tahun memerintah, di terengganu hanya 4 tahun memerintah,..
lain kali jangan buat janji itu dan ini untuk meraih undi.. tetapi memang dah terbukti pemimpin pas terdiri daripada org lidah bercabang, pandai membuat dalih.
mengata orang serta mencari kesalahan orang memang nombor 1. tu la jangan banyak mengata orang, jangan mengaku pandai, sebab pemimpin negeri dah jaja sana sini kelantan negeri Islam, bandaraya Islam, serambi Mekah, bumi tadahan wahyu.. maka buktikanlah apa yg di kata, jangan dok asyik cari kesalahan orang sangat.
bila berlaku perkara yg tidak baik hah.. ni org bn.. bila berlaku perkara buruk... hah ni org umno... apa salah kalau sama-sama perbaiki perkara yg tidak baik supaya jadi baik.
Yang anehnya... bila org bukan umno yg cakap semua baik belaka... tapi bila sebaliknya semua tak baik... pelik yer.. yang merusuh kat stadium bukit jalil org dari negara mana?... tapi sebelum tu berlaku di stadium kota baru puak2 mana pulak?..
apa pun harap2 tok guru banyak lah berdoa supaya semua rakayat negara Islam kelantan jadi orang baik2 jangan cakap saja baik tapi perbuatan tidak baik, jangan lah berdoa untuk memusnahkan org saja. lagi satu perkara tok guru tu tolong2 lah ajarkan rakyat kelantan terutama wakil rakyat pas tu.... jangan main kawin tinggal saja....
Salam
Wahai semua manusia kamu tak perlu bergaduh pasal hudud tak terlaksana di kelantan. kamu semua jawab depan Allah di yaumil Mahsyar. Masa tu Karpal Singh tak ada untuk jadi defending officer di mahkamah Robbul Jalil.
RAR
Salam
Almarhum Al-Arqam telah memperkenalkan tauhu islam, kulit tauhu islam, mee Islam, kicap islam, klinik Islam, ekonomi Islam.
Al-Arqam berpolitik macam tabligh berpolitik.
Orang tertanya-tanya apakah Islam mesti pakai jubah hijau, serban besar bla bla..........
Apabila Syeikhul diuar-urakan akan menjadi PM ke-5 Al-Arqam diharamkan.
Hilang tahu islam mee islam ect................
Imej Al-Arqam terkubur...............tetapi fikrahnya tidak terkubur......
Perniagaanya tidak terkubur tetapi dicemburui ..........
Cuba perhatikan majalah SOLUSI, Majalah I......ada elemen2 AL-ARQAM di situ atau elemen WAHABI ????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Konsep Syiah adalah konsep taqiyyah......menyembunyikan hakikat.....
RAR adalah bekas penganalisis pertahanan di Kementerian Pertahanan
tak yah layan la provokasi, sibuk pasal kelantan, BN perintah Msia >50 tahun apa?
Salam....
Sahabat yg nakkan Islam bangkit di Kelantan tu sila lah berkunjung ke sana dan lihatlah sendiri dan cuba bandingkan dgn negeri2 yg lain...
Saya cadang kan kepada tuan, sila lah berkunjung ke kelantan dan menginaplah di sana ..
Sila lah berkunjung ke rumah TG Nik aziz…
Insyaallah Tuan akan dapat menjawab segala persoalan tersebut
Assalamualaikum…
Saya hanya nak beri pendapat & pengalaman saya sendiri.............kita asik persoalkan tentang Islam tapi adakah kita tahu makna Islam itu sendiri..........saya sebagai anak jati KL bandar tercanggih di negara kita penuh dgn onak dan durinye.....kalau nak kata kami yang dibesarkan disini kurang didikan Islam rasanye tidak sama sekali.........
saya ramai kenalan dari pelbagai negeri bertuah Malaysia..........bermacam ragam dan kerenah manusia yang memberi saya satu pertanyaan yang pastinye tiada sorang pun yang dapat mengungkainye.........
apa yang akan saya katakan ni pasti akan menguris hati sesetengah pihak.........ni adalah dari pergaulan saya dan pengalaman.......apa yang ingin saya katakan adalah macam mana seorang yang kononnye asik mengatakan kuala lumpur / tanah air kita kurang didikan agama adalah salah sama sekali..........sebagai anak jati KL apa yang nak saya katakan kami tidak pun tersasar dari didikan agama Islam.........sedangkan ramai lagi anak2 kampung yang datang ke KL ni yang jauh terpesong akidahnye.........
Yang saya tak faham budak2 pantai timur selalu mengutuk & menghina KL ni tempat maksiat dan bermacam2 lagi umpat keji dari mereka.............mengapa meraka harus datang ke KL (bandar maksiat) mencari rezeki...........sedangkan daerah pantai timur pun dah membangun dan maju..........
Kalau nak dikatakan anak pantai timur kalau datang KL cakap tak serupa bikin...........kalau yang pompuannye di sana pakai tudung litup 1 badan datang KL tudung hentah kat mana..dari segi pakaian hancur baju kurung tak rupa macam baju kurung ada gak baju x cukup kain macam la KL kekurangan kain ..........rasanye gedung pakain kat KL ni berlambak2.............rumah sewa jantan selalu masuk........kalau berdating siap peluk2 tu.......ni apa cerita........
Yang lelaki lak dah la malas keje melepak kejenye.......dengan berpakai entah nak kata anak melayu tak macam anak melayu baju masyaAllah kalah pemintak sedekah.................kalau melepak je tak pe gak ni kadang tu meragu,membuli,mengugut dengan senangnye mereka nak cari rezeki dangan cara macam ni.........kalau menipu pompuan depa la no 1 championnye.........
Part minum arak tu kalah india2 kaki botol di KL ni...........terhuyung hayang,mengganggu ketenteraman awam,suka buat kecoh,bergaduh dll.................kalau ditegur alamat jadi musuhnye.......
Kita ni sebagai manusia janganlah nak kata orang yang tinggal kat KL ni jahil agama..........rasanye kami lagi menjaga adab2 dalam Islam.........kami dibesarkan disini seboleh2nye akan menjaga nama baik kami sebagai anak jati KL.......sebenarnye KL bersih tapi bila ada "orang2" yang mengotorkannye maka kotor la ia.........renung2kan la kerana kita anak Malaysia ni dah berpelajaran,maju kedepan dan berfikiran waras jangan la kerana kesalahan diri sendiri kita nak mengutuk orang lain dan mengatakan orang lain jahil agama sedangkan "kamu2" yang berpendidikan "agama" pun terpesong jauh.........jahit la kain anda yang terkoyak tu sebelum anda menjahit kain orang lain...........
Wassalam...........
Salam.. akhirnya.. rakan2 dari kalangan pejabat mufti wilayah mengeluarkan kenyataan...
Ini menunjukkan hal ini sangat di ambil perhatian... memang benar kebanyakan kita dalam group ini tidak tahu secara mendalam tentang agama... Kita semua hanya mengerjakan ,mengamalkan perkara2 yang termampu dalam islam untuk memastikan kita diterima masyuk syurga...
tidak semua berkesempatan mendalami ilmu agama dan cabang2 ilmu agama kita yg sangat luas....
Berbalik kepada tajuk isu ini...
Kenapa sentiasa hendak salahkan pihak lain jika gagal hendak memajukan negeri sendiri...
Kenapa hanya kerana dihalang menegakkan hukum hudud maka segala kesalahan perlu ditanggung pihak lain... Adakah tiada cara lain untuk menegakkan islam?
Di malaysia negara tercinta kita ini, Agama islam telah didirikan.. ramai ulama kita telah diberikan ruang seluasnya untuk menyebarkan islam tanpa halangan diseluruh negara diseluruh bidang sosial, ekonomi dan politik sejak dari dulu (mungkin...isu permit diselangor hanya baru shj )
Pelbagai kemudahan, program, disediakan untuk mengegakkan syiar islam. Dimana jua tetap ada program mengimarahkan masjid dan surau.. pokoknya kenapa nak kena tunggu di kelantan baru nak rasa wujudnya syiar islam... kenapa diri kita sendiri yang duduk diluar kelantan ini tidak mencontohi apa yang dilakukan dikelantan.. kita di luar kelantan ni tak dibenarkan bersolat di masjid ke?
pokok pangkal adalah diri... jangan hendak salahkan pihak lain.... kalau nak salahkan pihak lain... kenapa masih duduk diluar kelantan.... marilah kita beramai2 berhijrah ke kelantan...
Sekali lagi saya secara peribadi berpendapat tiada bezanya Islam dikelantan dan negeri lain. apa yang berbeza dikampung2.. .. baik kelantan atau di kampung saya.. suasana adalah sama.. kanak2 dan orang muda tetap berjemaah tak kira waktu... Tidak adil membezakan kelantan dengan bandarraya seperti KL..PJ. JB. walaupun begitu saya percaya masih ramai yang mengerjakan solat dibandarraya tadi. masih ramai yang datang kemasjid pada waktu solat jumaat dan solat2 yang lain.. Apakata mufti KL jemput TGNA berceramah agama di kl setiap minggu.. saya yakin pasti penuh masjid wilayah.. tapi jangan berceramah berpolitik pula.. ceramah agama sahaja...
TApi adakah hanya kerana bilangan yang ramai berjemaah di masjid telah menunjukkan kelantan lebih islam..... bagai mana pula yang lain2 nya... Adakah kerana kelantan di pimpin PAS? kalau Bukan PAS yang meminpin maka kelantan sudah tidak ramai yang pergi masjid untuk berjemaah ke?.
Adakah begitu mudah kita mengandaikan keislaman di kelantan...Hanya kerana di perintah PAS, maka semua orang pergi ke masjid...
Namun saya suka mengupas dari sudut politik... Parti PAS yang berasaskan islam akan sentiasa diperhatikan terutama sekali kenyataan yang dikeluarkan pemimpin2 nya...
Kita semua tahu PAS dipimpin oleh ulama dan sehingga kini TGNA adalah pemimpin yang berpengaruh diPAS dan sentiasa diberi perhatian oleh semua pihak...
Mungkin ada yang pernah dengar...hal ini banyak keluar dari mulut parti PAS sendiri.. mereka berkata.. KALAU MASUK PAS MASUK SYURGA. bagaimana penerimaan orng yang sangat rendah pengetahuan agamanya.... Adakah masuk Parti lain trus masuk neraka? yang mana yang masuk neraka?
Maafkan saya,,,,,,,,
Penulis blog ini mungkin tak sedar bahawa tulisannya telah menyinggung banyak orang. Hati 2 kalu nak komen... kerana komentar penulis secara langsung telah mendedahkan kejahilan diri nya sendiri.... Pandagan para ulamak yang bertakwa jangan di persoalkan kerana ianya bukan datang dari nafsunya tapi dari ilham yang diilhamkan kepada nya oleh KEKASIHNYA...(KHawatir LiRobbani)sebagaimana di nyatakan oleh Sheikh Yakub Assobri, Imam Alghazali dan juga ulamak jawi Arifin billah Sheikh Abd Somad alpalimbani... hati2 lain kali...albayasi
Adakah malaysia masih tidak islam kerana tidak melaksanakan hudud... bagi saya YA sebab kewujudan undang2 syariah dan mahkamahnya hanya lebih kepada menjaga hati umat Islam sahaja. ... Mungkin saudara Rosli xpernah kaji n tahu pun apa yang dinyatakan dalam hukum hudud... Banyak orang nak bercakap pasal hudud tapi xfaham pun apa dia disebalik hudud 2..(ni kenyataan dikalangan umat Islam Malaysia ) kalau faham kenyataan seperti berikut xsepatutnya dikeluarkan..
Kenyataan yang diutarakan juga merujuk kepada perkara berikut;
Kita kaji Rukun islam .... (betul ke kaji semua ni????)
Mengucap
sembahyang
Puasa
zakat
haji... jika mampu...
kita kaji rukun iman... (kalau betul kaji semua rukun iman ni mcm2 blh dapat)
percaya kepada Allah
percaya kepada malaikat
nabi dan rasul (hukum hudud dilaksanakan pada zaman nabi Muhamaad, so kalau percaya pada nabi kenapa hukum dia xleh percaya??)
kitab2 (dalam kitab2 Allah terutama Al-Quran menyatakan banyak sangat mengenai hukum kehidupan tapi sejauhmana kita ikut?? so setakat percaya sahaja la)
Hari kiamat
Qada' Qadar...
Sepatutnya Maksud IMAN = Percaya (Lafaz dengan lidah, Tasdik (mengakui) dengan hati dan laksana dengan perbuatan) bukanya percaya dalam bahasa melayu = YAKIN je xpayah buat apa-apa.
Percaya atau tidak... hukum hudud seolah2 tidak akan wujud andai umah islam dimalaysia mengamalkan sifat terpuji..... (zaman nabi pun xblh jamin org bersifat terpuji semuanya, tambah pulak zaman sekarang dimana hiburan, gejala sosial & maksiat berluas-luasa)
Syiar islam tidak akan berkembang selagi Nik aziz memimpin pas.... (Nasib baik ada Nik Aziz, blh jgk merasa berimamkan seorang MB time solat jemaah) Ustaz harun din Lebih layak (sekarang dia Timbalan Mursyidul, nanti dia penganti, insyaallah, lepas 2 ramai ar yang lebih beriman kot???)..
Satu sahaja yang perlu diberi perhatian pada zaman akhir zaman ni... Orang yang bercakap benar dituduh pembohong, Orang yang berbohong dipercayai dan diberi kepercayaan. .. Ulama yang menyatakan kebenaran Islam difitnah & dihina tetapi pemimpin yang maksiat disanjung dan dipuji... Ni semua tanda-tanda nak kiamat. Terima la kenyataan.
Saya tidak memihak dan bercakap berkaitan politik tetapi saya merujuk kepada keadaan agama kita Islam masa kini yang semakin terhakis dan dihakis oleh amalan kita sendiri. Selagi ada daya berusahalah mengejar, belajar, memahami dan mengamalkan Islam. Kita insan biasa yang cetek ilmu pengetahuan hanya bercakap atas dasar apa yang diketahui..
Wallahualam. .....
Terima kasih kerana memberi laluan dan maaf sekiranya pendapat saya kurang dipersetujui. .
Insan biasa yang cetek ilmu,
Nazira
Kalau pi kota baru leh tengok banyak minah kelantan yang pakai sendat dan menjolok mata ....
(Berita Kosmos)KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
Tindakan mengenakan denda terhadap peniaga perempuan yang tidak menutup aurat oleh MPKB-BRI ini amatlah baik jika dilihat dari sudut penguatkuasaan undang2 Islam. Ini sesuatu yang jelas didalam memastikan dakwah islamiyah dilaksanakan sepenuhnya di sesebuah negeri.
Namun apa yang dipersoalkan disini ialah mengapa hanya peniaga yang dikenakan tindakan ? Bagaimana pula dengan pengunjung wanita Pasar Borong Wakaf Che Yeh tersebut yang tidak menutup aurat?
Apakah di Kelantan telah wujud dua set undang2 Islam didalam hal2 berkenaan aurat wanita ? Apakah hukum menutup aurat bagi wanita berbeza diantara peniaga dan juga pengunjung ?
Ada seorang sahabat yang merupakan penganut tegar Pas memberitahu bahawa hanya peniaga dikenakan tindakan kompaun kerana mereka mengambil lesen dan ia tertakluk dibawah kuasa MPKB-BRI. Pengunjung pula bebas kerana MPKB-BRI tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan keatas mereka.
Satu kenyataan paling dungu oleh penganut ajaran Pas kerana menyifatkan undang2 islam hanya boleh diambil tindakan hanya jika mempunyai lesen.
Ini adalah merupakan tindakan yang akan memberikan imej negatif kepada usaha dakwah itu sendiri sebenarnya. Islam itu adalah agama yang sememangnya adil. Ia juga menuntut penganutnya menyampaikan dakwah islamiyah dengan adil juga.
Jadi apakah adil jika hanya peniaga sahaja diwajibkan menutup aurat sedangkan si pengunjung dibiarkan lepas bebas ?
Undang2 Islam merangkumi semua. Adakah pengunjung islam yang datang ke Pasar Borong tersebut bukan tertakluk dibawah undang2 Islam ?
Kepada pihak kerajaan negeri Kelantan, jika hendak melaksanakan dakwah melalui undang2 islam, biarlah menyeluruh tindakan yang dilakukan. Jangan pula mengambil pendekatan sekerat-sekerat hingga menyebabkan Islam boleh diketawakan oleh bangsa kafir.
Sepatutnya, pihak MPKB-BRI dibawah kelolaan kerajaan negeri tidak bersikap pilih kasih didalam soal melaksanakan undang2 Islam didalam bab aurat ini.
Jika peniaga wanita di Pasar Borong tersebut dikenakan kompaun kerana tidak menjaga aurat, pengunjung juga harus dikenakan tindakan yang sama. Tiada kompromi !
Jangan pula sampai nanti orang akan menganggap kerajaan negeri Pas Kelantan hanya mahu mengaut keuntungan dari kompaun apabila mengenakan denda kepada peniaga wanita.
patut la negara2 islam di arab membiarkan palestin dijajah musuh Islam iaitu yahudi laknatullah,biarlah orang palestin tu terkorban,sebab "Menyalahkan musuh tidak ada gunanya.Sebab musuh memang kerjanya begitu.Tetapi nampak buruk nya pejuang Islam meminta minta pada musuh.Patutnya pejuang lah kena memberi kepada musuh barulah musuh terima dan respek Islam" (amri el wahab),nak buat cemane kan,agaknya kelantan antara negeri yg Allah s.w.t jdkan negeri yg kontang dan langsung tiada hasil bumi.
patut la negara2 islam di arab membiarkan palestin dijajah musuh Islam iaitu yahudi laknatullah,biarlah orang palestin tu terkorban,sebab "Menyalahkan musuh tidak ada gunanya.Sebab musuh memang kerjanya begitu.Tetapi nampak buruk nya pejuang Islam meminta minta pada musuh.Patutnya pejuang lah kena memberi kepada musuh barulah musuh terima dan respek Islam" (amri el wahab),nak buat cemane kan,agaknya kelantan antara negeri yg Allah s.w.t jdkan negeri yg kontang dan langsung tiada hasil bumi.
Catat Ulasan