Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Disember 11, 2009

POLITIK ITU MENGEJAR KUASA?

Ada orang fahamkan politik sebagai menyertai mana mana parti politik untuk ikut serta dalam pilihanraya.


Orang politik difahamkan sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana mana parti politik dan ikut serta dalam pilihanraya yang berlangsung beberapa tahun sekali.


Kemudian samada dia menang atau tidak dalam undian untuk jadi wakil rakyat atau sekadar menjadi ahli biasa saja.


Itu lah orang yang kononnya di katakan orang politik.


Sebaliknya orang yang tidak berpolitik difahamkan sebagai orang yang tidak menjadi ahli mana mana parti politik, tidak mengundi dan tentunya tidak jadi calon dalam pilihan raya.


Oleh kerana erti politik mengikut pandangan umum ialah ikut sistem pilihan raya kerana hendak berkuasa, maka matlamat mereka hanyalah hendak kuasa.


Oleh kerana terlalu hendak kuasa, dalam pilihanraya mereka menghalalkan cara.


Cara halal atau haram, cara kotor atau bersih, menghuru harakan suasana atau melaku tipu daya, semua boleh mereka lakukan.


Rasuah pun tidak apa, jual agama pun tidak apa, membeli undi pun tidak apa.


Yang penting menang dalam pilihan raya.


Ini kah POLITIK yang mereka fahamkan?
 
 

12 ulasan:

Zakri Kamaludin berkata...

POLITIK ITU DIBAWAH AGAMA...........
YG JADI ROSAK HARI NIE, POLITIK CONTROL AGAMA, BUKAN AGAMA CONTROL
POLITIK...ITU AJER....

June Ishak berkata...

SOKONG, SEPATUTNYA AGAMA MENJADI GUIDANCE ATAU PANDUAN KEPADA UMAT ISLAM BERPOLITIK SUPAYA TIDAK TERSASAR DARIPADA JALAN-JALAN YANG HAK... MALANGNYA SEKARANG INI AGAMA DIJADIKAN ALAT UNTUK BERPOLITIK DAN MEMBENARKAN SETIAP HUJAH POLITIK, YANG MENYEBABKAN RAMAI POLITICIAN TERSASAR DARIPADA TUJUAN ASALNYA BERPOLITIK

Abdul Rahim berkata...

...PEMINPIN2 PATI POLITIK PAS SEKARANG PANDAI EXPLOITS DAN MEMPENGARUHI KELEMAHAAN INTELEKT MELAYU MUDA SEKARANG YG TAK TAHU SEJARAH KEMISKINAN & KEHINAAN BANGSANYA ...

Jejaka Silam berkata...

Kerana politik..

* Manusia sanggup menjual dan menjadikan agamanya sebagai pelindung hanya untuk mendapat kuasa..
* Manusia sanggup menghalalkan apa yang haram di sisi agamanya hanya untuk mendapat kuasa..
* Manusia sanggup menjadi sekutu kepada musuh walaupun berlainan ideologinya semata-mata nak menjatuhkan lawan mereka.
* Manusia sanggup menggadai maruah dan hak istimewa bangsanya hanya untuk mendapatkan sokongan dari golongan lain.
* Manusia sanggup menghabiskan duit semata mata untuk menagih undi dari rakyatnya hanya untuk mendapat kuasa..
* Manusia sanggup memaki dan mencarut walaupun mereka tahu yang agama mereka amat menegah perbuatan tersebut hanya untuk mendapat kuasa..
* Manusia sanggup menfitnah, mengada adakan cerita, memburuk burukkan lawan mereka hanya untuk mendapat kuasa..
* banyak lagi sebetulnya..dah ngantuk la..

yang penting..POLITIK ITU TIDAK KOTOR...
TAPI MANUSIA YANG TELAH MENGOTORKANNYA

Bersukurlah dengan apa yang telah kita miliki.
Kerana lagi banyak kita bersyukur,
Akan lebih banyak rezeki yang akan kita perolehi.

Hamden Yahaya berkata...

saya berpolitik demi keamanan Malaysia dan setiap penduduknya. Saya tidak berparti politik tapi jadi pengundi untuk meletak PEMIMPIN POLITIK dalam kerajaan. Saya bebas memilih dan saya syukur kalau orang yang saya pilih berkuasa.

Zaini Zakaria berkata...

HIDUP BIAR BERJAMAAH......BUKAN KA NABI ADA KATA...SAPA2 TAU TOLONG KELUAR KAN HADIS TU..SAMA KITA BACA DPT JUGA MANFAAT..

Bola Kampong berkata...

mudah sahaja sebenarnya....
mereka yang tidak mengamalkan islam didalam kehidupan mereka...maka mereka akan menolak pemimpin yang ingin berusaha
menegak serta mengamalkan islam dalam cara pemerintahan mereka...
dan kepada saudara hamdan yahya......berubahlah saudara....perbaiki diri bagaimana cara nak pilih pemimpin yang ADIL
bukan membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja...
esok kat akhirat nak jawab apa di depan ALLAH..

Archiles berkata...

Politik itu mengejar kuasa...ya betul...sebahagian mereka berpolitik demi kepentingan kuasa...kuasa apa?...macam2 kuasa...pikir2kan lah sendiri...

Jejaka Silam berkata...

bola kampong..


(mereka yang tidak mengamalkan islam didalam kehidupan mereka...maka mereka akan menolak pemimpin yang ingin berusaha
menegak serta mengamalkan islam dalam cara pemerintahan mereka...)

- siapakah di malaysia ini yang mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan? Ada ke?
- apa perbezaan antara pemimpin yang TIDAK MENGAMALKAN hukum Islam dan yang MENGUBAH ajaran Islam mengikut kepentingan peribadinya?
- SEBELUM MENYALAHKAN ORANG LAIN, ADALAH LEBIH BAIK KITA MUHASABAH DIRI SENDIRI DAHULU. JANGAN LA JADI SEPERTI KETAM YANG MENYURUH ANAKNYA JALAN KEHADAPAN




Bersukurlah dengan apa yang telah kita miliki.
Kerana lagi banyak kita bersyukur,
Akan lebih banyak rezeki yang akan kita perolehi.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..tuan yang dihormati..
mohon dibincang atau diterangkan struktur sebenar perundangan islam seperti yang dikehendakki dalam Al Quran..secara ringkas supaya mudah difahami dasarnya dan supaya kita tidak berbalah mengenainya..
(mohon maaf jika tuan dah bincang sebelum ini, thanks)

-me-

Zaliza Mazlan berkata...

Politik itu bukan sahaja mengejar kuasa malah harta. Setakat kuasa tanpa harta mengiringi, tidak akan ada yang sanggup berbunuhan, kutuk-mengutuk, buruk-memburukkan sesama mereka. Melainkan yang benar-benar ikhlas berpolitik kerana Allah ;)

Mohd Shahir berkata...

Politik ialah mencari salah parti lawan samada kecik atau besar, kemudian dibesar2kan dan disensasikan...... itulah politik malaysia ..... nasib rakyat????? how care!!!!!!!!!!!!!!! hahahaha......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...