Gelagat pemimpin politik dan penyokongnya hari ini sungguh menghairankan dan pelik! Walaupun ada yang mengatakan politik itu dalah sebahagian dari amalan Islam dan kita tidak boleh lari daripadanya,tetapi amalan politik yang mereka amalkan adalah sangat bertentangan dari agama itu sendiri.
Medan politik hari ini macam gelanggang sabung ayam.
Siapa yang menjadi ayam? ........RAKYAT!
Pemimpin pemimpin politik yang berbagai bagai wajah dan latar belakang saperti peguam,ahli agama, doktor, jurutera dan ahli ahli perniagaan dan lain lain.Kerja mereka ialah meng-ayam-kan rakyat.
Mereka bukan sahaja memain mainkan perasaan dan emosi rakyat (ayam?) dengan berbagai bagai isu.Tohmahan dan fitnah dilemparkan sesuka hati terhadap pihak musuh mereka.
Rakyat pun keliru apabila ahli politik yang mereka lantik melalui undi pilihanraya membuat kenyataan demi kenyataan yang tidak benar (fitnah), bermatlamatkan memburukkan pihak lawan.Rakyat, terutama penyokong penyokong menjadi pak turut dan terjebak kedalam perangkap busuk mereka.
Sejak PRU12 Ahli politik kini berani mengeluarkan pendapat dan kenyataan mengikut perasaan dan hawa nafsu.Mereka kini tidak takut dengan tuhan dengan melemparkan berbagai fitnah terhadap lawan dan membuat berbagai janji kepada rakyat yang kadangkala mendahului janji tuhan.Ada yang berani memperalatkan Al Quran semata mata mahu rentak tari mereka di dengari dan ikuti rakyat.Tidak kira yang bersongkok, berkopiah, berserban besar, berjubah serta berjanggut, mereka semua sanggup menabur fitnah semata mata mahu menjadikan keharmonian umat menjadi kucar kacir.
Matlamat mereka melakukan ini hanya kerana gilakan kuasa dan menjadi pemerintah.Untuk itu mereka sanggup mengenepikan seruan Tuhan yang menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mengamankan dunia ciptaan nya serta hidup bermaaf maafan.Agama di gunakan sebagai penyapu kaki semata mata untuk meraih undi dan menarik rakyat (ayam?) menyokong mereka.
(Ilham dari tulisan Norjimi Azmi Latif dari Sinar Harian 29 Mac 10)
Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Isnin, Mac 29, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Pemimpin sekarang nie hanya nak nampak baik dimata rakyat. Pegi sana pegi sini, tiba2 ada peruntukan juta2 APPROVE!. Bila rakyat mintak subsidi atau bantuan ka..bonus ka...wah senang jer cakap yang rakyat nie tak beretika la...ekonomi tak beberapa stabil la...perlu dikaji semula la...heran aku
Regards,
Khairul
Saya setuju dengan pandangan saudara. Memang ahli politik zaman sekarang nih seolah-olah nak menunjuk2 yang diorang nih adalah yang terbaik di mata rakyat. Walhal rakyat tak tau apa yang berlaku di sebaliknya. Politik yang diperjuangkan sekarang nih umpama macam hanya untuk kepentingan diri sendiri. Berbeza dengan politik zaman tahun 60'an dan 70'an. Zaman tu memang zaman untuk menolong rakyat dan membangunkan ekonomi negara. Kalau korang ikuti perkembangan politik skang nih, contohnya ahli parlimen lompat parti, adalah disebabkan hak kepentingan diri sendiri dan bukan kepentingan rakyat.
Nak jadi ahli politik nih bukan senang. Orang yang betul2 tabah sahaja yang mampu mengikut kehendak dan naluri rakyat. Bercakap kena la beringat. Jangan main cakap coz nanti rakyat pertikai apa yang kita cakap. Apa yang penting ilmu agama kena lengkap, yakni ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawuf kena la lengkap dulu. Baru la dunia politik tak dikotori dengan perkara-perkara yang mungkar, fitnah dan lain2.
Politik tidak mampu menegakkan Islam di bumi tercinta Malaysia. Kebijaksanaan sahaja yang mampu menegakkan Islam dan kebijaksanaan itu sebenarnya datangnya dari iman.
Islam itu hak Allah dan bukannya hak mana2 Parti. Hak kita adalah iman. Rasullullah s.a.w. pernah bersabda "Di akhir zaman nanti akan turunnya Dajjal. Andai aku ada dikalangan kamu maka akulah yg akan melindungi kamu dan seandainya aku tiada maka tiap-tiap muslim itu adalah pelindung dirinya sendiri".
Jelaslah bahawa imanlah tempat kita berpaut dan bukannya Parti!
Biarlah Parti UMNO, BN, PKR, PR, PAS, DAP dan sebagainya, masing2 mempunyai agenda tersendiri. Buang parti yang ini, naik parti yg itu; hasilnya tetap sama. Kita sibuk berpolitik kononya untuk mencuci kotoran lama padahal politik itu sendiri kotor. Kita tidak boleh mencuci kekotoran yg ada dgn benda yg kotor juga. Kesudahannya kita akan dapati sebenarnya kekotoran itu tetap ada dan tetap yang sama. Manakala demi utk menukar kekotoran lama dgn kekotoran baru, kita akhirnya berpecah belah.
selagi mereka tak berutus berurus dan berhukum dengan firman Allah selagi itu politk dan amalan hidup mereka tidak akan diterima Allah dan segalla malaikat
Sistem perundangan,sistem pelajaran dan sistem politik yang diamalkan oleh pemerintah bersumberkan demokrasi ciptaan penjajah.
Jika kita menentang sistem ciptaan penjajah ini kerana mendakwa sistem ini tidak mengikut Quran dan Hadith, mengapa pula kita mengambil sebahagian dari sitem ciptaan penjajah ini sebagai landasan untuk memperjuangkan Agama Allah dan Rasul yang maha suci?
Bukankah Islam agama yang syumul ?
Mengapa masih perlu kepada sistem yang tidak Islam?
Adakah kita terpaksa dan dipaksa untuk mengambil cara tersebut??
Catat Ulasan