Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Khamis, Mac 18, 2010

PEMIMPIN MUSLIM DARI SEMUA PARTI WAJIB TERAPKAN ISLAM

Apabila kita ingin menilai kedudukan seseorang pemimpin itu sebenarnya tidak cukup dengan hanya berdasarkan kepada samada pemimpin tersebut sentiasa mendampingan rakyat dan berjaya membuat pembangun fisikal sahaja ataupun tidak. Sebagai orang Islam apa yang sepatutnya kita lihat dan dijadikan kayu ukur yang paling besar dan yang paling utama bagi sesebuah pemerintahan itu adalah persoalan sistem dan undang-undang yang dipakai dan diterapkan oleh pemerintah tersebut.

Sebagai seorang muslim yang diberikan amanah dan kuasa untuk memerintah, sewajibnya pemimpin pemimpin Islam dari pihak pemerintah negara (UMNO) dan pemerintah negeri negeri (PKR & PAS) menyedari kewajiban besar menerapkan Islam yang terletak di atas bahu mereka. Namun kini, setelah hampir 52 tahun pemimpin Islam dari UMNO berkuasa, dan lebih 18 tahun pemimpin PAS menguasai Kelantan dan lebih 2 tahun menguasai Kedah dan Selangor, mereka masih terus setia dan begitu taat mengamalkan sistem perlembagaan dan pemerintahan yang di rangka oleh penjajah Lord William Reid. Kesemua sistem-sistem yang dijalankan oleh mereka pada hari ini adalah sistem berasaskan ideologi Kapitalisme yang rosak.

(Kita lihat pemimpin pemimpin tegar dari PAS sahaja yang bercita cita dan berusaha untuk menghapuskan sistem taghut ini, tetapi di halang oleh pemimpin pemimpin Islam yang begitu taksub dengan sistem orang puteh Lord William Reid)).

Hakikatnya, tidak ada peringatan mahupun pujian yang lebih wajar diberikan kepada mereka selaku orang yang berkuasa saat ini melainkan firman Allah SWT:


“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”. [TMQ al-Mai'dah (5) : 44].


“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. [TMQ al-Mai'dah (5) : 45].


Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. [TMQ al-Mai'dah (5) : 47]






Rujukan: HT

3 ulasan:

aks godhait berkata...

Assalamualaikum wbt

Nilai nilai Islam.

Di laporkan olih The Star, dalam satu tulisan tentang perkembangan politik di Pulau Pinang, kaum Cina, tidak akan membenarkan MCA mengutuk DAP dan kerajaan negeri, walaupun apa yang mereka buat itu ada kesalahan nya. mereka berpegang bahawa yang penting ia lah kuasa kerajaan negeri berada dalam tangan orang cina, yang mereka anggap tidak perlu tunduk pada oraang bukan cina.

Ini pada dasar nya sama seperti termaktub dalam pegangan Alhul sunnah wal jammah dan selari dengan maksud hadith nabi s.a.w "....................hendak lah kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta mu ( Bukhari dan muslim)

satu asas pada islam ialah perpaduan ummah. Ini tersangat penting dalam islam. Olih itu mana mana parti politik yang mahu menegakkan islam, sepatut nya menegakkan prinsip ini dalam diri mereka dulu, sebelum mereka berani kata mereka perjuang Islam.

bagaimana mahu terapkan nilai nilai islam pada masyarakat umum, selagi nilai ini, yang bukan saja satu nilai yang penting dalam survival bangsa, tapi ia nya dalah ajaran rasulullah s.a.w, yakni islam itu sendiri.

saudara sekalimah itu lebih penting, lebih afdal di lindungi , lebih wajib tidak di dedah aib nya, lebih dari kafirun.

Orang cina pun tahu prinsip ini.

salam

Mokhtar berkata...

Betul Tuan, prinsip yang tidak dapat diengkari tetapi seringkali dilanggar.

Ketika Nabi saw telah memberi perhatian yang lebih kepada mereka yang belum Islam di Mekah (dengan niat paling murni agar mereka masuk Islam) dengan mengabaikan seorang yang telah Islam (buta, Abdullah Ummi Maktum) Allah telah menegur Nabi. Sekalipun yang buta nampak tak dapat beri sumbangan macam Qurasy yang kaya berpengaruh (kalau masuk Islam). Allah telah menegur Nabi kerana mengabaikan seorang Islam demi untuk yang belum Islam.

Muhasabah besar diperlukan, bagaimana mungkin seorang muslim boleh mencela depan public seorang muslim yang mengucap kalimah syahadah tauhid tetapi pada masa yang sama mendiamkan orang lain yang masih mensyirikkan Allah. Padahal mensyirikkan Allah itu sebesar-besar kezaliman.

Ramlah berkata...

kesimpulannya....politik tetap politik.Tetapi sayangnya ada politik yang cuba berselindung di sebalik jubah agama...itu yang menjadikan dunia " mereka " huru -hara....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...