Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, April 02, 2010

BERPALINGLAH DARI PEMIMPIN YANG MAKSIAT KEPADA ALLAH

“Seseorang yang memimpin kaum Muslimin dan dia mati sedangkan dia menipu mereka (rakyatnya), Allah akan mengharamkan baginya syurga” [HR Bukhari dan Muslim].

Jika menipu rakyat sudah tidak mencium bau syurga, apatah lagi bagi para pemimpin yang menzalimi rakyatnya, melakukan penyelewengan, rasuah, merampas harta rakyat serta memantau dan menangkap rakyat yang cuba melakukan muhasabah ke atas mereka agar menerapkan Islam.

 Apakah kita sebagai Muslim tetap mahu mengambil golongan yang zalim sebagai pemimpin? Siapakah pemimpin yang zalim jika bukan pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah (kerana) firmanNya,

“Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

Pemimpin yang ada pada hari ini adalah pemimpin yang hanya mementingkan kuasa dan harta semata-mata dan langsung tidak mengendahkan hukum Allah? Berapa banyak sekalipun peringatan dari Al-Quran dan al-Hadis mengenai kedudukan mereka, termasuklah peringatan yang menyentuh tentang azab neraka yang bakal mereka hadapi, namun ternyata para pemimpin ini tetap keras kepala dan berhati batu serta senantiasa berpaling dari kebenaran. Mereka tetap menzalimi rakyat, tetap memakan harta rakyat, tetap menolak hukum Allah dan terus sujud kepada hukum barat. Alangkah beraninya mereka melakukan semua itu, seolah-olah janji (azab) Allah itu satu kepalsuan bagi mereka!

Kita tetap wajib melakukan muhasabah terhadap mereka. Berpalinglah dari pemimpin ini agar kita tidak menyesal suatu hari nanti, hari di mana tidak ada gunanya penyesalan walau seluas tujuh ratus lautan sekalipun.

Justeru , periksalah apa yang pemimpin kita lakukan, jika mereka berada di jalan yang benar, maka taatilah mereka, namun jika mereka menyimpang dari kebenaran, luruskanlah mereka dan jika mereka enggan, maka tinggalkanlah mereka. Berpalinglah dari pemimpin yang membawa kita ke jalan yang dimurkai Allah dan berusahalah untuk mewujudkan seorang pemimpin yang beriman dan bertaqwa.


"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” [TMQ Muhammad (47):7].


Wallahu a’lam.

5 ulasan:

asks godhait berkata...

Assalamualaikum wbt


Selagi kita orang Islam, bershahabat dan bersekutu dengan orang kafir, terutama sekali mereka yang jelas menentang ISlam, walaupun mereka cuba membaca ayat ayat Al Quran, cuba kata mereka contohi pemimpn agong ISlam, tapi mereka tetap kufur pada Allah swt.selagi itu, kita sepatut nya berhenti dengan rethoric seperti ini.

Tidak ada maksiat, tidak ada kezaliman yang lebih besar dari mensyirikkan Allah swt; Dan mereka yang bersekutu dengan orang yang mensyirikkan Allah swt dan mengenepikan saudara se islam kita, tidak patut di panggil pemimpin Islam.

salam

sejarah melayu di penuhi dengan contoh orang melayu bersekutu dengan orang kafir untok jatuhkan orang melayu sendiri. Sikap seperti ini yang menyebabkan Tanah melayu terus di jajah olih kuasa kafirun. Mereka lebih suka percaya yang mereka lebih baik dari saudara mereka sendiri. Olih otu untok dapat kuasa, mereka sanggup bersekutu dengan orang kafir.
Tidak kah cukup contoh di depan mata?

Latifah Abdul wahab berkata...

Contoh yg paling nyata ialah Barisan Nasional yg dibentuk oleh UMNO (Islam) bersekutu dengan MCA./MIC Gerakan dll untuk menggangang lawannya PAS sejak PAS bersendirian sehingga pAS berpakat pula dengan PKR dan DAP. Jadi wajarkan kita sokong UMNO?

asks godhait berkata...

Jalan terbaik ia lah untok ummat Islam duduk berbincang untok bersatu. Kesilapan lampau tetap kesilapan lampau. tapi mereka yang menghalang perbincangan, menghalang peluang bersatu, sebenar nya orang yang zalim.

Kita jangan sokong UMNO? kita jangan sokong PAS dan pakatan pembangkang nya? kerana kedua dua mereka bersepakat dengan orang kafir?

Umno adalah kuasa dominan dalam kerajaan. Kuasa tetap dalam tangan orang Islam.Ini bukan keadaan nya dengan pakatan pembangkang. Hadith tentang menentang orang Islam ( pemimpin Islam ) walaupun mereka pukul punggung kita, di rujuk;

Perbincangan?

susah untok mula selagi sebahagian berpegang yang mereka lebih ISlam, lebih alim, lebih baik dan hanya kutuk dan kutuk saja.

Sebelum pilihan raya, saya ada tulis tentang kekuatan ummat Islam, di Malaysia, akibat sokongan pada Pakatan. Lihat keadaan yang ada sekarang.

salam cik tipah

pak syeikh berkata...

Betul kata asks godhait, dengan ini kita harap PAS keluar PR dan berjuang sendiri, lebih baik dari bersekongkol dengan penentang Islam saperti DAP.

Aduka berkata...

Kalau dah berada di landasan yang salah,
mana mana parti pun tak betul..
Politik kepartian adalah dari acuan barat,
mana mungkin Islam dapat ditegakkan melalui cara yang tidak Islam.
Kembalilah kepada jalan dakwah untuk menegakkan Islam.
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Untuk menentang kemungkaran kerajaan melalui pilihanraya tidak mengapa, tapi jangan mendabik dada bahawa kita perjuangkan hukum Allah sedangkan kita tidak mengikut jalan Allah dan Rasul (Jalan Dakwah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...