Akal manusia sangat luar biasa.
Kebolehan dan kehebatan akal manusia sangat sangat luar biasa.Ia boleh mengetahui rahsia alam dan seluruh isinya.Akal manusia boleh menjelajah kesemua empat penjuru dunia.Boleh menjelajah alam maya tanpa sempadan.Kemampuan akal manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupan nya luas.Bagi akal manusia, dunia ini kecil sebesar mangkuk, ia berada di hadapannya dan dapat melihat segala isinya.Segalanya akal dapat perhatikan dan mengetahui rahsianya.Ada minyak dan emas dalam bumi, ada gas di udara dan ada khazanah di lautan dalam.Semuanya akal dapat mengetahuinya.Begitulah kehebatan akal manusia yang dicipta oleh Allah Taala, kebolehan nya luar biasa.
Namun walaupun akal manusia itu di cipta hebat manusia akan rasa hidupnya sempit kalau tidak ada iman atau iman nya lemah.Jika akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan iman lemah akhirnya akal juga turut lemah.
Sebab itu Islam menyuruh umatnya jangan hanya menguatkan akal semata mata tapi yang penting hendaklah sentiasa kuatkan jiwa.Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat sifat taqwa agar apabila di uji jiwa tidak sempit dan menderita.Fikiran tetap merdeka.
Oleh itu jangan lah kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masaalahnya. Jangan penjarakan akal dengan keseksaan nafsu yang memang tidak suka akal dan jiwa bebas dan merdeka.Yang paling penting hendaklah kita jadikan jiwa dan akal sentiasa bersama Tuhan dan jangan biarkan dia keseorangan.Kita jadikan Tuhan sebagai kawan jiwa dan akal kita.jangan lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal (yaitu) orang orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka". (Ali Imran Ayat 190-191).
Wallahu 'alam.
3 ulasan:
salam
betol juga kalau iman lemah ada akal pun xguna...contoh nye : dah tau arak dan judi tu haram, tapi sebab iman xkuat...nak lagi buat benda2 haram cmtu
xde akal pun payah gak....serupa org xnak pk....tu islam suruh belajar, menuntut ilmu walau ke negeri cina sekali pun ibaratnyer...
hurmmm.....orang yang berakal dan beriman kena jaga pertuturan....ade sesetgh yg saya tgk dlm warga ni cpt sgt mengeluarkan kata2 yg xsepatutnye..saya xnak kate sape2 la...umum je benda ni....peringatan untuk diri sndr gak...sorry for evrything...salam...
gua tidak mau banyak komentar tentang semua ini.......yang gua mau komentarin adalah tulisannya sangat bagus pak..........
tulis lagi yang sangat lebih menyentuh kedalam palung hati.........ok pak
saya tunggu tulisan yang lainnya............
Mohon pembetulan, ayat Ali-Imran itu adalah ayat ke-190 hingga ke-191.
Catat Ulasan