Kematian adalah satu kejadian yang mempunyai hikmah yang tersendiri.Setiap makhluk samada dia suka atau tidak pasti akan menghadapi mati.
Allah berfirman yang maksudnya:
" Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali".(al-Anbiya ayat 35)
"Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya."
(al-A'raf ayat 34)
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh." (An Nisa' ayat 78)
Pengalaman saya mendapati ramai yang tidak tahu apa perlu buat sebaik saja salah seorang dari keluarga mereka meninggal.Melainkan membiarkan sahaja jenazah hingga Imam atau pengurus jenazah tiba.
Saya harap dengan penerangan yang ringkas di bawah dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.
Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, langkah langkah berikut hendaklah dilakukan sambil beringat bahawa jenazah hendaklah sentiasa di hormati.
Mati itu adalah suatu kejutan.Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:
"Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan."
- Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
- Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) "Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia."
- Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
- Rapatkan mulutnya
- Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
- Luruskan kakinya.
- Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
- Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
- Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
- Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
- Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.
4 ulasan:
salam ziarah, trimakasih atas info yg berguna ni.. setiap keluarga harus belajar urusan jenazah ni..
terima kasih ya... mak saya juga baru kembali kerahmatullah sebulan lalu..al-fatihah...moga dengan pesanan di bawah ini akan mematangkan diri kami dan lebih membuat persediaan kelak..
wasalam..
Ayu
betul tu. aku sendiri pernah mengalami pengalaman macam ni. 8 januari 2010, bapa mertua aku meninggal dunia. sebagai menantu yg duk sekali dgn bapa mertua, aku ni dianggap wakil tuan rumah la. mula2 mmg gelabah jugak. tapi nasib baik emak ngan bapak aku tinggal tak jauh dari rumah aku, so, diorg la yg mula2 sampai kat umah utk tolong prepare. dan nasib baik jugak aku rajin layan pi surau, jadi jemaah surau pun awal2 lagi dah sampai utk tolong aku kelola urusan jenazah. and pada 24 januari 2010, bapa aku pulak meninggal secara mengejut (takde sakit2 apa pun), walaupun masa mak dan adik beradik yang lain kebetulan takde di rumah, aku tak la gelabah sgt dah, dan pasal dia meninggal kat surau lepas solat subuh, mmg geng2 surau pakat2 ramai yg turun tolong aku .... time tu aku mmg fikir, kalau sapa2 yang takde persediaan, takde pengalaman dan takde ilmu pasal urus jenazah ni ... mmg la payah ...... semoga boleh buat iktibar buat yg berkenaan...
Terimakasih atas artikel ini.
Ingin saya bertanya apakah pula dari lebih awal lagi bila mendapati salah seorang warga tua dirumah tidak bernafas atau meniggal dalam tidur.
Apakah perkara pertama, laporan Polis, dapatkan doktor atau hubungi pihak masjid. Sememangnya kesemuanya sekali tetapi apakah tertib yang sepatutnya?
Catat Ulasan