Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Oktober 19, 2010

Mampukah Politik Pilihanraya berDemokrasi mendaulatkan Islam di Malaysia?


Di China kini, jumlah umat Islam sudah menjangkau 200 juta orang.Mempunyai 3500 masjid, 4000 Imam dan 3500 sekolah pengajian Al Quran, Hadith dan Fardhu Ain.Ada beberapa masjid di beberapa daerah di sana sentiasa penuh pada setiap solat 5 waktu.Penuh nya saperti solat Jumaat dan belum pernah berlaku di negara kita Malaysia.Umat Islam Cina juga mempunyai 9 universiti Islam.Di samping itu beribu beribu umat Islam sedang belajar Islam di luar saperti di Mesir, Saudi, Algeria dan Jordan.


Syiar Islam sangat terserlah.Perkembangan nya sangat membanggakan, menakjub dan mengkagumkan.Di sana tidak ada Parti Politik Islam yang berjuang untuk mendapat kuasa memerintah.Walaupun 20 atau 30 tahun dahulu umat Islam di sana tertindas dan ada di antara pejuang pejuang di hukum mati.Pemerintah Cina tidak pro Islam.Namun Islam tetap membangun dengan teratur dan pesat.


Siapa pejuang Islam di sana? Mereka adalah pendakwah yang berkerja keras dan ikhlas kerana Allah.Pendakwah dan pejuang Islam di sana bekerja keras,bersatu hati, dan bersatu jiwa.Tidak di selitkan dengan kepentingan diri, politik dan habuan dunia.Hasilnya berjuta juta bangsa Cina memeluk agama Islam dan ianya masih kian bertambah dan berkembang hari demi hari.


Berbeza di negara kita, pejuang pejuang Islam hanya gemar bertelagah sesama sendiri dan banyak buat bising dari bekerja.Bisingnya macam lah tong kosong.Masing masing pihak mengaku cara perjuangan mereka sahaja yang betul.Hasilnya mendukacitakan.


Apa yang berlaku di negeri Cina membuktikan kepada kita bahawa kaedah perjuangan yang utama dalam Islam ialah melalui dakwah.Saluran politik adalah sebahagian dari pecahan perjuangan melalui dakwah (tetapi bukan cara politik taghut ideologi barat tu....saperti yang di amal oleh pejuang pejuang Islam di negara kita, tetapi yang di maksudkan ialah politik Islam - Politik Dakwah).


Dalam perjuangan melalui dakwah, kerja apa sahaja dan sesiapa sahaja di kira berjuang sekira apa yang dia kerjakan ialah kerana Allah Taala.Seorang doktor kalau dia berusaha dan berkerja dengan niat mahu menjaga kesihatan umat am nya dan umat Islam khas nya maka dia dikira berjuang untuk Allah.Bahkan seorang nelayan yang menangkap ikan di laut dan petani yang menanam padi untuk beri makan kepada umat adalah pejuang Islam.Buruh, pelajar,guru, pensyarah,jurutera,saintis,ahli ekonomi,para hafiz , ustaz, ustazah,ahli politik,pemimpin, pengikut, semua adalah pejuang.(Dengan syarat niat dan perjalanan kerja tidak tersasar dari kehendak Islam).Bahkan kata Nabi melawan hawa nafsu di dalam diri sendiri adalah perjuangan.Inilah sebenarnya rahsia kejayaan umat Islam di Cina.


Terbukti saperti yang saya ceritakan di atas.Islam berkembang tanpa memperolehi kuasa pemerintahan pun di Cina.Dan akan terus berkembang, dan pengembangan nya boleh jadi saperti bah yang tidak mungkin dapat di bendung oleh kuasa sesiapa.Tidak mustahil satu hari nanti Islam dengan sendirinya dapat menguasai negeri Cina melalui kerja dakwah yang tegas (bukan keras) dan berdiplomasi.Cara mereka berdakwah di Cina tidak menyakitkan hati pemerintah yang ada sekarang.


Dalam Islam kerja utama adalah perjuangan menegakkan kebenaran dulu, di ikuti dengan perjuangan untuk mendapat kuasa selepas itu.Kalau mereka (pejuang) tunggu dapat kuasa baru nak tegakkan kebenaran.Agaknya kalau 1000 tahun masih tidak dapat kuasa maka selagi itu lah mereka tangguh untuk menegakkan kebenaran.


Lagi pun belum tentu apabila dah dapat kuasa boleh berjaya menegakkan kebenaran.Tetapi menegakkan kebenaran boleh berjaya tanpa dapat kuasa.Ingat, Allah ukur dan terima kejayaan perjuangan berdasarkan kemampuan dan keadaan masing masing.Walaupun perjuangan seseorang itu hanya mampu menegakkan satu hukum Allah.


Wallahu 'alam.

5 ulasan:

Azharali Zaini berkata...

Rasulullah Sallallahualaihiwassalam mentarbiahkan sahabat2 baginda dengan YAQIN, IMAN , IKHLAS dan IHSAN... pada ketika itu mereka terdiri daripada bekas2 hamba sahaya, org2 yg buta huruf, mereka yang tiada kekayaan dan beberapa tokoh bani Quraish sebelum ISLAM dtg kepada mereka. Mereka tidak tunggu untuk mencapai tahap intelektual yg tinggi, tidak tunggu utk capai pembangunan material yg tinggi, tidak tunggu untuk dapat pengiktirafan KERAJAAAN fasiq dan kufar untuk membawa ISLAM ke Mekah, Parsi, Rome dan seluruh kerajaan di laluan sutera ketika itu...hanyalah yg mereka bawa itu KEBENARAN yang HAQ dan hati yg YAQIN.. di mana kebenaran itu harus ditegakkan tanpa menunggu dan menanti kuasa... mereka berjuang utk mendapatkan kuasa itu kerana mereka benar, kuasa yg mereka miliki akan mereka bawa ke jalan yang benar, hukum hakam yang benar, ISLAM yang BENAR...bukan ISLAM yang menjadi tali barut dan kecut perut YAHUDI dan AMERIKA. Hanyasanya mereka yang mengaku memegang kuasa dan membenarkan ISLAM itu hanya pada topengnya saja, ada pun yang telah berlaku ialah penjulangan nama ISLAM pada praktis dan ikhtiar yg tidak langsung terletak padanya hukum hakam dan kebenaran mengenai ISLAM. Hanya label dan kemudian penipuan yang memperdayakan. Bukankah kamu pun telah dan sedang melihatnya..

apa lagi yang membutakan pandangan mata dan hati nurani kamu??..

Jelas di sini Dajjal sudah bermain angkara, mata2 itu melihat "the river as fire, and fire as river".. banyak daripada kita2 terjun dalam api dan terperdaya dgn pandangan zahir itu, sikit antara kita yang sanggup memilih api namun hatinya jelas melihat sungai yg jernih mengalir dgn rahmat Allah padanya. Itu janji dan hadis shoheh Rasul JunjunganKu..

Di sini, kita punyai intelektual yg tinggi, kekuatan material yg tinggi, semangat ISLAMI yang tinggi, namun mungkin jumlah kita kecil, org lihat kita kerdil, tapi jgn lupa...kiranya ini suatu peperangan.. Lupakah kamu pada zamannya Salahudin Al Ayyubi, tenteranya itu bukan spt tenteranya manusia..perempuan2 zina yahudi akui mereka bukan manusia, emas2 bersepahan tiada satu pun yg terkurang apabila mereka mengambilnya semula...Jika itu akhlak dan fitrahnya... pasti bukan kuasa manusia yang kamu perangi... Ingatlah.. kami bersama tenteranya Allah, dan siapa pun tidak dapat menghalang kudratnya Allah itu.. katakan apa saja wahai pencinta org2 mencintai dajjal dan sekutu2nya.

Parti2 ini bukan peganganku...tapi pembuktian telah jelas pada mata zahir dan bathin ku.. carilah tempat utk kembali, tapi bukan dengan para pemimpin zalim dan jelas munafik..

Azharali Zaini berkata...

Seperti yang kita semua maklum, di China ia bukan negara ISLAm tetapi punyai jauh lebih banyak umat ISLAM dari negara2 umat ISLAM yang lain. Fakta di atas juga memberitahu kita, ada gagasan politikal yang membawa UMAT ISLAM DI CHINA utk terus mendapat mandat dan kuasa bagi menjaga keharmonian penganut ISLAM dan hal ehwal amalan dan disiplin sebagai muslim. IANYA tidak hanya dengan daya usaha dakwah dan penyebaran ISLAM secara ilmiah sahaja. Suatu USAHA yang berstrategi dan merubah polisi menaikkan mereka ke tahap yang mereka capai ketika ini.

Dengan kekuatan ekonomi umat ISLAM di China yg mana ia merupakan 'tie' yg paling ampuh dasar hubungan perniagaan dan autonomi dalam hubungan ISLAMI dengan negara2 timur tengah menjadikan mereka 'anak emas' negera CHINA.

Bandingkan dengan masyarakat MELAYU kita tuan2.. dan tuan AMRI , sangat dangkal utk membandingkan masyarakat kita dengan masyarakat ISLAM cina. Malah, anjurannya kurang tepat pula.. maaf, hanya sebagai perkongsian ilmu..

Wallahu alam

Amran Sofyan berkata...

Nice piece.I agree with you.

Hanaidy berkata...

Alangkah baiknya kalau perjuangan Islam di China dapat di laksanakan di Malaysia. Tapi kena ingat jugak, sbb Islam di China tu adalah golongan minoriti beb. Tentulah semangat mereka kuat, mcm gak kat Malaysia ni. Golongan atau kaum minoriti amat kuat persatuan atau ikatan, tapi bila dah jadi kaum majoriti habis semua semangat perjuangan untuk Agama & bangsa, cuma tinggal semangat puak atau kroni . Sekian ....

Nasri berkata...

entahlah tp tgk2 dari sejarah lama2 dulu2 rasa-rasanya islam tu majoriti kat china dulu2 , 700 - 800 tahun dulu??? ...mcm dalam satu tulisan Datuk Abdullah Kok Lanas masa beliau jadi Duta Tetap Msia d PBB , dalam kolum beliau setiap isnin di utusan Malaysia "pandangan dari Tudor city new york " beliau ada menulis ketika india dan pakistan merdeka (dua negara ni kalau tak silap diberi merdeka serentak), jumlah umat islam di india pada masa itu 80% tapi skrg ( 10-12 thn dulu ) dah terbalik....tinggal org melayu je lagi yg boleh "dikata" melayu itu islam , islam itu melayu tp tak tahu berapa lama boleh btahan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...