Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Oktober 01, 2010

Di antara perkara yang sudah hilang dari Umat Islam

Perkara perkara yang sudah tidak ada pada Umat Islam pada zaman ini:
  1. Hilangnya kasih sayang dan keadilan dari pemimpin dan pemerintah
  2. Hilang nya sifat berani, sifat zuhud, nasihat nasihat dan kasih sayang daripada para alim ulama.
  3. Hilangnya perasaan malu dari kaum wanita.
  4. Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin
  5. Hilangnya sifat pemurah dari orang kaya. kalau pemurah pun ada udang di sebalik batu.
  6. Hilangnya sifat tawadhuk dari ulama, pemimpin dan orang orang atasan.
  7. Hilangnya Ilmu dari pada ahli ibadah
  8. Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pendakwah dan para pejuang Islam.
  9. Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembahyang.
  10. Hilangnya sifat amanah daripada orang yang di beri tanggung jawab.
  11. Hilangnya akhlak dan budi pekerti mulia dari ulama, pemimpin dan orang biasa.
  12. Hilangnya ukhwah dan kasih sayang di antara sesama Islam
  13. Hilangnya rasa takut dengan dosa dan Tuhan
  14. Hilangnya tamaddun Islam
  15. Hilangnya undang undang dan perlembagaan Islam

3 ulasan:

Kamarul Arifin berkata...

Bagi Amri ni, keruntuhan Islam hanya disebabkan oleh penganutnya sahaja. Pemimpin yang juga bertanggungjawab memperkukuhkan institusi Islam dalam ertikata kuasa yang diberikan rakyat tak masuk book. Dia berfikiran di mana semua orang Islam sepatutnya mempunyai keimanan yang tinggi biarpun maksiat atau kemungkaran ada depan mata dan tidak dihalang oleh mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan. Dia berpendapat apabila semua orang Islam mempunyai keimanan dan jati diri yang tinggi, orang kafir akan musnah dengan sosial negatif mereka seperti judi, disco dan arak. Itu sebab dia tak nak komen pasal kelulusan lesen judi bola. Dia ingat biar orang kafir musnah dengan judi mereka manakala orang Islam (yang difikir sepatutnya mempunyai keimanan yang tinggi) terlindung dari gejala negatif tersebut.


Sememangnya satu pendapat yang ideal. Realitinya??????

Zamri Mohd nawi berkata...

Salam,
Sebak dan sedih bila membaca senarai benda berharga kita org islam yg di tulis oleh Saudara Amri, Baca satu dan fikir seketika, benar2 berlaku.

Abu Bakar berkata...

assalamualaikum,
saya nak tambah satu...
Hilangnya sifat meminta pertolonggan kepada allah denggan solat dua rakaat kerana allah dan berfirman mintalah dengan aku melalui solat dua rakaat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...