Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Oktober 01, 2010

Tahap pemikiran orang politik

"Malang sekali, ‘orang parti’ apabila kita mengkritik tindakan parti mereka, mereka akan menjawab ‘parti lawan lebih teruk’, atau ‘parti lawan buat tak apa, kenapa kami tak boleh?!’, ‘kenapa bantah kami, parti lawan pun buat perkara yang sama?!’ atau apa sahaja jawapan yang menunjukkan penanda aras tindakan mereka adalah diukur dengan parti lawan mereka.

Pada masa yang sama mereka kata parti lawan mereka buruk dan mendakwa mereka lebih baik dari parti musuh mereka, tapi pengukur tindakan mereka tidak lebih dari parti yang mereka tentang. Mereka sebenarnya bukan mencari yang terbaik, tetapi mereka ingin menjustifikasikan tindakan politik mereka.

Jika itulah tahap pemikiran orang politik kita, sehingga bila pun kita tidak akan dapat membuat perubahan yang terbaik dalam masyarakat kita. Barangkali jika kita mengkritik mereka mengambil rasuah, mereka akan jawab: “pemimpin parti lawan kami ambil lagi banyak, pasal apa kritik kami?!”.

Sumber

4 ulasan:

Rozi Amiruddin berkata...

Manusia yang berpolitik memang buta mata hatinya. Apa yang dilihat hanyalah isu politik semata-mata sehingga tertutup mata hatinya.
Saya dapat melihat bahawa saudara Amri berkata dari cabang ilmu yang luas yang dipetik dari nilai-nilai moral yang tinggi dan contoh serta tauladan dari yang dikasihi baginda Rasullullah dan pada sahabat yang bijak pandai. Manakala saudara Zull hanya mengambil sebahagian sahaja yaitu dari guru agama beliau sahaja. Manakala kata-kata para ulamak besar di zaman baginda rasullah yang lain adalah ditolak.
Itulah yang dinamakan politik. Mereka menolak semua kata-kata ilmu dan hanya menerima kata-kata politik dari org yang mereka anggap keramat sahaja. Berkata-kata dengan org sebegini adalah sia-sia dan membuang masa semata-mata.
Hanya org yang berilmu sahaja yang mengenal ilmu kerana sesungguhnya hanya permata mengenal manikam.

Rozi Amiruddin

Mohd Zull berkata...

Aku heran tgk si amriel ni asyik dok petik kata2 ulama......
buat semak emel shj klu takat petik lepas tu dok lawan ulama..
tidak menyokong nak buatkan hukum allah...
sokong peminpin yg toghut dan zalimmm
apa ertinya amrielllllllllllll

Aziah berkata...

Kenapa en amri el wahab ni asyik komen pasal politik saja

Wan S berkata...

Xapalah Cik Aziah oii, ambil kata² En Amri tu gunakan dalam kehidupan sehari²an...lagipun bukannya kewajipan kita sebagai khalifah d bumi Allah untuk amal maaruf nahi munkar..?
Quote:

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...