Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, November 09, 2010

DOSA - PUNCA KRISIS UMAT ISLAM

Tidak takut TUHAN dan melakukan dosa dosa besar sudah menjadi perkara lumrah bagi umat Islam di akhir zaman.Ini lah di antara punca  umat Islam hidup sentiasa di landa krisis.Hilang bahagia di dunia  apa tah lagi di akhirat nanti.

Tepat apa yang Rasulullah sebut tentang akhir zaman, yang bermaksud:" Sesungguhnya menjelang Kiamat akan berlaku beberapa tahun yang mengeliruka, pendusta pendusta akan dibenarkan dan diberi kepercayaan, dan orang yang amanah dianggap pengkhianat, dan pemimpin fasiq bercakap cakap (berpengaruh)." - Riwayat Ahmad,Abu Ya'la, At Tabrani.

Ramai, walaupun tidak semua umat Islam, terlibat melakukan berbagai bagai dosa dalam mengejar matlamat masing masing hingga berlaku pertembungan dan pergeseran.Tetapi hampir kesemuanya tidak sampai kepada matlamat kerana masih tidak dapat bahagia yang di cari cari.

Perlakuan Umat yang melibatkan dosa adalah saperti yang saya bayangkan di bawah:-

 Dosa Pemimpin Politik:
Mereka tidak berlaku adil.Kuasa pemimpin yang Allah amanahkan di gunakan ikut nafsu untuk kepentingan dunia, kroninya dan diri sendiri.Mereka sibuk berjuang mempertahankan teori politik mereka.Berjuang memburu kuasa dan sibuk mempertahankannya.Mereka menipu,rasuah dan pecah amanah.Mereka samun harta rakyat secara sulit atau terang terangan.

Dosa Ulama
Ulama zaman ini tidak mendidik.Ilmu Islam mereka gunakan untuk cari makan.Mereka tidak kisah agama di ancam.Malah mereka takut mempertahankannya kalau kalau nanti di buang kerja  atau di pecat dari parti. Mereka juga menipu rakyat dengan fatwa fatwa songsang demi kepentingan kedudukan dan politik .Mereka lebih takut kepada manusia daripada Allah.Alangkah dahsyatnya golongan ini.

Dosa Orang Kaya yang bakhil
Mereka kaya, pemberi rasuah serta cekik darah.Kekayaan dunia mereka bolot dan digunakan ikut nafsu.Tidak mahu bayar zakat.Kalau menyumbang mahu seluruh dunia tahu.Mesti masuk TV dan surat khabar.Harga baju mereka lebih mahal dari harga rumah orang miskin.Zalimnya mereka.

Dosa orang Miskin.
Siapa kata orang miskin tiada dosa.Dosa mereka kerana tidak redha dengan kehendak Allah.Mereka anggap miskin itu hina sedangkan itu ujian Allah.Mereka  jatuh ke dalam perangkap syaitan kerana ada perasaan cemburu, hasad, dengki dan dendam kesumat kepada orang kaya.

Dosa Rakyat biasa
Adanya suami yang tidak bertanggung jawab.Isteri yang tidak taat dan curang.Anak anak derhaka.Ibu bapa  tidak menjadi contoh yang baik bagi anak anak.Tidak mengajar dan mendidik.Wanita wanita hilang malu.menjaja maruah sana sini.Lelaki bagaikan buaya yang sering rindukan mangsa.Mereka melakukan zina, buang anak,berjudi, dadah dan pergaulan bebas tanpa sedikt pun rasa takut kepada Allah.

Banyak lagi perlakuan dosa oleh sebahagian besar umat Islam yang saya tidak sebut.Dosa adalah punca KRISIS yang melanda umat Islam kini.



Wallahu 'alam..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...