Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, November 09, 2010

IMAM SOLAT JUMAAT WANITA PERTAMA DUNIA

Pada bulan Mac 2005, di New York, Amerika,berlaku satu kejutan dalam dunia Islam apabila seorang wanita menjadi imam solat Jumaat di samping menyampaikan khutbah..Mungkin ianya kejadian pertama dalam sejarah Islam semenjak dari zaman Rasulullah SAW.

Siapa dia Imam wanita kontrovesi ini? Beliau ialah Prof Dr. Amina Wadud? Janda 5 anak dan 3 cucu.Lahir pada tahun 1952.Berketurunan Afrika-Amerika .Berasal dari sebuah keluarga Kristian Methodist. Nama asalnya ialah Mary Teasley.Lahir di Maryland, Amerika.Anut agama Islam pada tahun 1972 dan tukar nama kepada Amina Wadud.

 Memperolehi Ph D dalam Pengajian Bahasa Arab dan Islam dari Universiti Michigan (1988).Juga mempelajari  Bahasa Arab lanjutan  di American University di Cairo, belajar Al Quran dan Tafsir di Universiti Cairo, dan belajar Ilmu  Falsafah di Universiti Al Azhar Mesir.

Pernah berkhidmat sebagai Prof Madya di Fakulti  Pengajian Al Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  (UIAM) ( Tahun 1989 -1992), dan juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia (Tahun 2008).Dan akhir sekali menjawat jawatan Profesor di Fakulti Pengajian Agama dan Falsafah Universiti Virginia Commonwealth hingga lah dia bersara pada tahun 2008..


Tindakkan beliau menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah mengundang reaksi yang berbeza dari beberapa ulama ulama belah sana.Syeikh Yusuf Qardhawi mengecam keras tindakkannya.Tetapi ulama ulama lain saperti  Gamal al Banna dari Mesir, dan Ebrahim Moosa seorang Profesor Pengajian Islam dari Universiti Duke mengatakan ini adalah langkah yang baik.

Amina Wadud secara terbuka mengatakan beliau tidak setuju dengan bebrapa ayat Al Quran terutama yang berkenaan dengan memotong tangan pencuri kerana percaya hukuman ini adalah perbuatan "brutal" dan zalim. Belaiu juga menolak beberapa hukum lain yang terdapat dalam Al Quran.
kerana berpendapat sesiapa sahaja boleh menolak bahagian Al Quran apabila tidak setuju dengan nya.

Fahaman dan ajaran beliau sebenarnya sudah bertapak di Malaysia, beliau bertanggung jawab memain peranan mengasas kumpulan NGO "Woman Right"   Sisters in Islam (SIS).Dan penubuhannya di ikhtiraf oleh kerajaan Malaysia melalui nama SIS Forum (M) Bhd.

Perjalanan kumpulan SIS banyak berpandu kepada fahaman Amina Wadud.Buku karangan beliau
" Quran and Woman - Rereading the sacred text  from a Woman's Perspective" adalah kitab rujukan S.I.S.(Buku ini di haramkan di Arab Saudi tetapi tidak di Malaysia)

Di Malaysia sudah ada HAKIM syarie wanita.Tidak mustahil, di sini,  satu hari nanti  akan ada IMAM masjid dan IMAM solat Jumaat wanita..


Namun dalam Mazhab yang 4, termasuk Mazhab Imam Shafie, wanita hanya boleh jadi imam untuk kaum sejenisnya sahaja.Jauh sekali mengimamkan solat Jumaat.
 


Amina Wadud sedang mengImamkan solat

Amina Wadud sedang mengImamkan solat


                                                


Wajah Amina Wadud


Nota:

Cadangan haramkan SIS

Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.[4]


6 ulasan:

Nadzurudin berkata...

salam semua, fikir2 kan

Kerusirajin berkata...

Masya allah...

Bila hukum Al-Quran dipandang remeh...siapalah kita untuk tidak bersetuju dengan Kalamullah?

Sharifah Hamidah berkata...

Kalau dah tolak beberapa ayat quran kira kufur lah. Seorang Islam pegangannya ada lah alquran dan hadis, jika menolak nya ....walaupun satu ayat di kira kufur...


A'uzubillah...

Wanie berkata...

CUBA TENGOK GAMBA KETIGA, solat pakai spaghetti strap????

Sharifah Hamidah berkata...

isi kandungan nya ada kebenaran....kita semua tahu amina wadud mengimamkan solat pada jemaah lelaki memang terang2 salah....

Kita ambil iktibar dari penulisan ini...bukan untuk mengetepikan aje... Perkara2 yang mungkar patut di tegur.

Cerita amina wadud ni semua orang tahu yang terang2 melanggar hukum islam.

Dia mungkin seorang terpelajar tetapi bukan lah orang yang beramal dengan ilmunya.

Orang berilmu atau mencari ilmu adalah untuk kita beramal dengan nya dengan betul bukan memutarbelitkan hukum terutama menolak beberapa2 ayat quran terang2 kufur.

2 perkara yang terang2 kita tau amina wadud lakukan yang menyalahi hukum ada lah menjadi imam kepada jemaah lelaki dan juga menolak beberapa ayat2 quran...jadi ini bukan lah satu cerita tetapi nyata dia lakukan dan telah tersebar luas berita ini di akhbar.

Fikir2 lah saudari....hukum2 tuhan jangan kita pertikaikan takut kita jadi dan masuk orang2 kufur nauzubillah...saya sarankan saudari belajar lagi dan mantapkan ilmu ugama jangan dengar2 aje dan ikut2 aje belajar dengan kefahaman...

Tanpa Nama berkata...

Dunia sudah berada di penghujungnya sampai sudah ada perempuan mengimami solat yang makmumnya ada kaum lelaki !! Walau pun bukan berlaku di negara kita tetapi perempuan berkenaan adalah seorang yang pernah berkhidmat di Malaysia pasti pengarohnya sudah menular kedalam sebilangan kecil wanita terutama yang ? bertaraf elit. Tidak syak lagi fahaman dan interpritasi nya tentang kedudukan wanita yang mahu disamakan dengan kaum lelaki telah mulai mempengarohi mereka yang mahu menjunjung konsep kebebasan ala Barat untuk diamalkan di dunia Islam !! Untuk capai matlamat mereka maka mereka sanggup mengenepikan sebahagian ayat-ayat al Quran !! Islam bukan meletakkan kedudukan wanita terlalu rendah tapi hak-hak keatas lelaki dan peempuan itu ada batas-batas tertentu supaya kehidupan penganutnya berada dalam keadaan sistematk tidak bercelaru !!

Agak hairan mengapa JAKIM tidak bertindak keatas SIS yang dikatakan memperjuangkan fahaman Amina Wadud ? Adakah kerana katanya kumpulan ini dianggotai oleh anak-anak perempuan pemimpin negara serta bekas-bekas Perdana Menteri ?? JAKIM pernah menahan ramai pengikut al Arqam kerana amalan ? thariqat mereka dan dipaksa mengikuti kelas pemulihan Aqidah tapi mengapa dalam kes SIS ini tiada sebarang tindakan pemulihan Aqidah ?? Pihak yang bertanggongjawab dalam membenteras ajaran sesat tidak seharusnya "pilih bulu" .

Sepatutnya parti politik juga yang ahlinya orang Melayu dan Melayu ditakrif sebagai wajib beragama Islam tetapi ianya sekadar mengaku Islam sedangkan dasar perjuangan nya tidak berlandaskan al Quran juga wajib diharamkan. Penolakan mereka terhadap perintah Allah jelas apabila pemerintahan negara ini yang melibatkan jutaan umat Islam telah mengenepikan sebahagian sistem Islam yang telah diwajibkan oleh Allah swt !! Presiden dan semua Ahli Majlis Tertingginya sepatutnya dimasukkan ke Pusat Pemulihan Aqidah !! Bukti penyelewengan mereka jelas apabila masih banyak sistem dan undang-undang negara masih kekal dengan sistem Jahiliyah/ Kuffar sedangkan hak mengamalkan agama (dengan mengamalkan semua yang diperintah dan tinggalkan yang dilarang) oleh setiap penganutnya dijamin oleh Perlembagaan. Pihak bertanggongjawab seperti JAKIM/ Jabatan-Jabatan Agama tidak seharusnya menutup sebelah mata dalam soal Aqidah kerana dalam hal agama mereka bertanggong jawab kepada Allah swt bukan kepada pemerintah !! Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...