Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, November 05, 2010

MENGAPA UMAT ISLAM DI PANDANG RENDAH

Antara kehinaan yang menimpa kita umat Islam sekarang ialah terjadi krisis dalaman yang tidak habis habis dalam semua hal.Masaalah negara, ulama, pemimpin,sosial,pecah ukhwah, penipuan, rasuah,arak, judi, zina,lemah ekonomi,lemah sistem pendidikan,politik songsang yang menjadi jadi dan sebagainya.

Ini tetap akan berlarutan selagi kita membelakangkan Allah dan agama nya.(Maksudnya membelakangkan Al Quran dan Sunnah).Sebab itu kita tersesat mencari jalan keselamatan hidup di dunia yang juga akan membawa kesesatan di akhirat.Kita cuai untuk mendalami ilmu agama atau cuai untuk mengamalkan nya.Akibatnya kita tidak kenal Islam yang cantik dan sempurna.Kita hanya ambil sudut sudut tertentu untuk mengamal dan menolak sebahagian yang lain.


Di antara kelemahan kelemahan yang berlaku pada kita umat Islam dalam memahami dan mengamalkan Islam
ialah :
  1. Adanya kelompok umat yang bijak pandai yang hanya mendalami ilmu dunia, hingga menjadi pakar, dalam bidang bidang keduniaan saperti sains, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.Tetapi jahil dalam bab agama.Mereka ini tidak tahu mana perkara yang hak dan mana yang bathil.Mana yang halal dan mana yang haram.Tidak faham apa matlamat hidup dan apa yang menjadi alat alat untuk hidup.Hingga mereka sangka alat alat menjadi matlamat hidup.Dan mereka akan berusaha sekeras kerasnya untuk mendapatkan nya.Agama tidak penting bagi mereka.
  2. Adanya kelompok alim ulama yang tahu serba serbi tentang hukum hukam agama dan selok belok nya.Tetapi mereka tidak faham penyakit masyarakat,tidak faham isu semasa,tidak faham politik, dan tidak faham apa itu sosial,ekonomi dan sebagainya.Maka mereka tidak reti apa perlu buat.Jadi mereka tidak dapat berperanan untuk mendidik dan memimpin umat.Mereka pun turut hanyut dalam suasana umat yang jauh meningglkan Islam.
  3. Ada kelompok pejuang Islam yang gigih berjuang tapi kurang ilmu atau mengenepikan syariat Islam.Kalau ada ilmu pun hanya bab bab ilmu lahir sahaja saperti ilmu fiqh Tetapi tidak memahami ilmu ilmu batin saperti Tasauf.Agama pada mereka hanya bab bab lahir sahaja Sebab itu kita lihat mereka berjuang menggunakan umpatan, mengaibkan peribadi orang lain, memfitnah atau melakukan tuduhan palsu sebagai senjata. Perbuatan ini sebenarnya di larang keras dan berdosa besar dari sudut Ilmu Tasauf.(Walaupun adakala dalam keadaan tertentu ia di haruskan dari sudut Fiqh).Namun dari sudut Tasauf ianya tetap berdosa.Walaupun mereka ini tahu tentang masaalah penyakit umat saperti rasuah,zina, dadah dan buang anak contohnya, namun usaha dan tindakkan mereka tidak tepat pada sasaran nya.Ibarat orang yang tahu penyakit seseorang tapi tidak tahu mengubati nya.jadilah orang yang sakit bertambah sakitnya.Maka perjuangan mereka tidak ada hasilnya sebaliknya bertambah khusut.Mereka berjuang ikut semangat dan kadang kala cara mereka lebih menguntungkan musuh Islam.
  4. Ada kelompok yang menganggap Islam itu hanya pada fardhu ain sahaja.Tetapi mengabaikan persoalan perjuangan,akhlak,pendidikan,sosial,pembangunan dan lain lain.Kelompok ini penyebab kemajuan dan tamadhun Islam terabai.
  5. Ada kumpulan yang mengutamakan kepentingan diri dan kroninya yang merasakan hidup cara Islam boleh menjejaskan kepentingan kepentingan mereka.Mereka ini akan membuat berbagai bagai alasan dan halangan supaya perjuangan Islam terbantut.Contoh saperti alasan mengatakan Islam tidak boleh di laksanakan kerana masaalah berbilang kaum dan agama.
  6. Ada kelompok yang tidak yakin bahawa Islam mampu menyelesaikan masaalah umat.Maka mereka megambil isme isme lain sebagai landasan perjuangan saperti sosialisme, nasionalisme, komunisme, kapitalisme,demokrasi, liberisasi dan lain lain.
  7. Ada kelompok ulama oleh kerana di lihatnya umat sudah rosak, sudah jahat, maka mereka kecewa dan terus menyendiri dan beribadah sendiri.Tidak mahu berjuang dan berikhtiar untuk membaiki penyakit umat.
Perkara yang saya sebut di atas membayangkan kepada kita bahawa Islam seolah olah telah di siat siat kepada keping keping kecil dan tiap tiap kumpulan mengambil keping keping yang sempat dan mampu di ambil untuk di amalkan.

Adalah menjadi harapan kita kumpulan kumpulan atau kelompok di atas yang berbagai bagai tadi dapat di cantumkan menjadi satu ummah yang bersaudara dan berjuang menegakkan hukum Allah di muka buminya.







    3 ulasan:

    gadisBunga™ berkata...

    Islam itu cara hidup berpandukan al-Quran dan sunnah rasul. dalam al-Quran bukan sahaja diceritakan tentang hukum hakam agama tetapi juga tentang sain, geografi, matematik, strategi perniagaan dan sebagainya.

    Sunnah rasul pula bukan hanya berkisarkan tentang dakwah, tetapi juga tatacara penghidupan di atas dunia ini.

    Kesimpulannya, keseimbangan antara dunia dan akhirat adalah formula terbaik kecemerlangan umat Islam.

    Nas Isma berkata...

    Kerana kita tidak ikut ajaran dan nasihat Nabi Muhammad SAW, berdakwah menyatukan umat.. Bekerja kuat untuk membela keluarga, agama, memperkasa bangsa dan membangun negara.

    Kerana kita jumud hanya mementingkan diri, kroni dan kabilah sendiri, taksub dengan mazhab dan aliran pemikiran tertentu, fanatik dan totok dengan tokoh tertentu dan parti politik..

    Kerana kita gagal menjadi bapa dan ibu yang baik, anak-anak pula semakin terabai lantaran kita gagal selaku khalifah yang berjasa samada di rumah dan kejiranan sedia ada...

    Kerana kita semakin egois, tak mahu menerima pandangan dan saranan orang lain.. Kehidupan kita seperti di jalan raya, selfish! Yang besar tega menindas yang kecil, yang kaya pula tidak mahu peduli, hanya mengukuh kedudukan dan keakuan untuk bertambah kaya dan menjadi monopolistik...

    Sejauh mana dan setinggi mana pun ilmu dan pelajaran, kalau tak mahu menerima teguran, perubahan dan cadangan yang membina... Orang Islam akan terus bagai katak dibawah tempurung...

    Akhirnya usahkan nak maju dan mampu bersaing dengan kaum-kaum lain, hendak berubah pun susah... maka umat Islam akan kekal mundur kerana kemiskinan minda, harta dan kemahuan.

    Murad berkata...

    A’aaaa …kalau macam nie kita semua perlu melakukan penghijrahan … tinggal kan yg batil …pergi kepada yg benar …

    Atau patut duduk lagi bawah tempurung …

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...