Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Januari 30, 2011

RENUNGAN: MENGAPA UMAT ISLAM TERHERET KE DALAM KANCAH POLITIK SEKULAR BARAT?

Salam sahabat sahabat pembaca sekalian,

Jauh dalam hati saya dan mungkin di hati hati tuan tuan yang cintakan Islam, sentiasa tertanya tanya tentang persoalan mengapa hari ini umat Islam terheret ke dalam kancah politk kotor barat.Dan sangat sangat inginkan jawapan munasabah dan ikhlas dari yang bijak pandai dan pejuang Islam.


Hari ini apabila di sebut "politik" semua orang menganggap dan menfokas maksud politik itu kepada politik barat.Ia itu politik sekular.Apabila di sebut "politik" aje mereka tidak lagi merujuk perkara penting ini kepada Islam tetapi mengarahkan pemikiran kepada sistem politik pilihanraya.Maka muncul lah istilah istilah saperti "mainan politik", "rasuah politik", "wang politk","sentimen politik", " sumbangan politik", "kenyataan politik", "senyum politik" dan sebagainya.

Bila di tanya mengapa dah ramai pejuang pejuang Islam dan umat Islam terlibat dan terheret dalam politik sekular barat yang kotor itu? Biasanya mereka menjawab "tiada pilihan".

Jawapan ini seolah olah mengambarkan bahawa Islam tidak mempunyai jalan sendiri dalam soal politik.Seolah olah Islam ini tidak sempurna dan tidak ada cara untuk berpolitik di tengah tengah politik barat. Walaupun semua mengaku Islam itu lengkap atau syumul.

Mengapa politik sekular yang kotor dan haram ini digunakan untuk menegakkan Islam? Mengapa jika ada mana mana individu,jemaah atau badan badan Islam yang tidak terlibat dengan politik pilihanraya di cop tidak berpolitik dan di tuduh tidak berjuang? Adakah untuk berjuang hanya di pentas politik sekular sahaja?

Bukan kah cara berpolitik cara Barat yang kita amalkan banyak yang bertentangan dengan Islam? Berpolitik dengan mengaibkan lawan, mengumpat, memfitnah,menuduh,berbohong, buat janji yang mereka tahu mereka tidak akan dapat tunaikan,mengugut pengundi yang dijangka tidak mengundi mereka dengan ugutan jahiliah,dan munafiq.Bersekongkol dengan jemaah orang kafir demi untuk menang pilihanraya walau mereka yakin mereka tidak akan dapat kuasa, kerana yang akan berkuasa apabila menang bukan mereka tetapi kaum kafir sekutu mereka itu.Ada yang rasuah, beli undi, pengundi hantu dan larikan peti undi.Mereka menghalalkan cara atas alasan tiada cara lain.Nampak sangat sistem politik ini memecah belahkan ukhwah Islamiah dan menghuru harakan umat.Tidak hairan lah krisis demi krisis terutama krisis perpaduan ummah melanda umat Islam hari ini.


Orang orang Islam yang berpolitik cara sekular barat melalui jalan jalan yang jijik dan kotor kononnya untuk mendapat hasil yang baik.Politik kotor digunakan untuk mendapat negara Islam, negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.Boleh tercapaikah? Sedang kita tahu bahawa kebaikan itu hanya akan di capai dengan cara baik dan melalui jalan jalan yang baik.Mereka mengandaikan sekiranya tidak menempuh jalan kotor ini (berpolitik barat) bagaimana boleh dapat negara Islam?

Saya tak tahu dan inign tahu dan ingin bertanya.Pejuang pejuang Islam tolong jelaskan..Pertanyaan saya ialah, Islam yang syumul atau lengkap ini tidak ada jalan sendiri kah untuk mendaulatkan Islam itu sendiri? Atau pejuang pejuang Islam kini sengaja tidak mahu mempelajari cara bagaimana Rasulullah dan Khulafa Rasyidin menegakkan Islam? Setahu saya Rasulullah lahir di zaman politik jahiliah menguasai dunia.Namun baginda tidak pun menyertai dan terheret kedalam nya.Baginda tidak pun membuat alasan konon tiada pilihan untuk tidak menyertai politik jahiliah itu.Sebaliknya baginda berjuang menampilkan politik baginda (politik Islam) lalu membunuh politik jahiliah yang karut marut itu.


Wallahu'alam

6 ulasan:

Mat Ali berkata...

Menjawab persoalan Sdr Amri,

Tiada siapa menapikan Islam itu syumul dan ada jalan sendiri. Cuma sdr perlu berdiri di atas bumi yg nyata. Dalam membuat sebarang pandangan perlu menilai dari pelbagai sudut dan membuat perbandingan yg adil. Rasulullah saw ketika itu berdepan dengan orang kafir dan telah ada pengikut yg kuat seperti saidina Omar. Baca sahajalah sejarah Rasulullah saw. Perjuangan umat islam di Palastine, Iran, Mesir dan Afghanistan, mereka menghadapi musuh Islam dengan cara yg berbeza dan mereka menghadapi musuh negara dan musuh agama juga tidak sama, sistem pemerintahan juga tidak sama. Apakah sdr nak hukum semua gerakan Islam di seluruh dunia sekarang ini tidak islamik? Sekarang ini ummat Islam berhadapan dengan ummat Islam sendiri dan terikat dengan sistem kenegaraan yg tidak islamik secara total, kerana Malaysia dijajah oleh British dan di berikan kemerdekaan dengan pelbagai syarat. Jangan nafikan keupayaan ulama' sekarang untuk berijtihad. Lihat kebijkasanaan Imam AsShafie dan Imam Al Ghazali. Dalam hukum fiqh asal, tidak sah pernikahan bagi wali yg fasik, tapi ulama ada jalan penyelesaiannya. Imam Al Ghazali pula risau pada masyarakatnya yg lari dari masyarakat dan berislah dan membina kumpulan tasauf atau tarikat, tetapi kini Imam Al Ghazali dapat menghasilkan ilmu kefahaman yg memecah tradisi mengasingkan diri serta menghukum semua orang lain salah. Ini adalah satu penyakit yg amat kronik, kerana ada kumpulan seperti Hizbut Tahrir mengajak umat Islam lari daripada pentas perjuangan berasaskan politik sekarang. Perlu diingat bahawa menyertai pilihanraya adalah hanya salah satu wasilah atau pendekatan sahaja dan bukan matlamat. Apa akan jadi kalau orang Islam lari dari sistem politik pilihanraya sekarang wallahu'alam. Semoga Allah swt memberi petunjuk kepadaku.

Is Mael berkata...

Salam,
Tahniah saudara Amri El Wahab. Kita kena cari jalan untuk menjatuhkan pendukung kepada perlembagaan sekular LORD RED yang diguna pakai oleh parti memerintah Malaysia dahulu. Di zaman Rasulullah, Rasulullah berpindah dari Mekah ke Madinah. Pada zaman sekarang nak pindah kemana? semua negara sudah ada pemerintahan sendiri... dan rata-rata menguna pakai perlembagaan sekular juga termasuk Negara-Negara arab...


Ini berpunca adalah Orang Islam konon yang di beri kuasa memerintah sangat setia pada perlembagaan LORD RED (Malaysia) dan tidak bercadang walau semilimeter. Mengapa begini? Kerana Dalam politik sekular semua di pisahkan maknanya segala perbutan adalah halal (dibenarkan) atau lebih tepat lagi tak dosa walau mencuri ke, morompak ke, rasuah ke,


pecah amanah ke dan seangkataanya..... Melainkan dalam politik Islam banyak tak boleh jadi kalau macam tu bila nak kaya?????


Kalau dah ada kuasa apa-apa pun boleh buat. kecuali Mahkamah ciptaan mereka memutuskan salah baru salah. Kepada penyokong umpan sedikit, maka lunaklah sebab penyokong juga sama seperti mereka (Islam konon).


Adakah ini penyebab utama tercetusnya velcano di Tunisia dan Mesir sekarang????? Atau peringatan Allah sudah mula dilaksanakanya. Peringatan tersebut berbunyi "Hasil negeri berkisar dikalangan mereka, tunggulah kemusnahan" (salah satu dari 15 perkara kejatuhan negara)


Have an awesome day
Ismail Hj Ramli.

Leon Adrianto berkata...

Hari ini, orang orang Islam kebanyakannya sudah terbuka luas matanya. Bagus sekali, kerana telah banyak kesedaran yang ada. Hari ini, kalau kita lihat sebaik baiknya, orang orang Islam telah mula gerakan mengislamkan hampir semua perkara, bermula dari benda benda hinggalah kepada fahamannya. Hari ini, telah ada bank islam, produk produk kecantikan islam, ubat gigi, pakaian, lukisan, dan sebagainya termasuklah politik islam. Alhamdulillah. Tapi rasanya ada satu yang selalu tertinggal, iaitu tatakelakuan orang Islam yang tidak pernah diislamkan.


Leon

Dr Surinah Asan berkata...

Tingkahlaku org ISLAM perlu banyak diperbetulkan, contoh paling senang, bersalaman antara lelaki dan perempuan, menjadi isu di PRK DUN Tenang, seolah2 org yg mempertahankan prinsip itu lah yg bersalah, lepas isu itu timbul, pemimpin2 beragama ISLAM semua peringkat dari pihak kerajaan m'sia masih terus melakukannya tanpa segan silu. Tiada satu suara pun dari barisan pemimpin beragama Islam dalam negara "Islam M'sia" yg sanggup membela amalan calon pembangkang.

Belum lagi isu perempuan tutup aurat...dan lain2.

Sedangkan akhlak/ tingkahlaku itu boleh diubah, boleh diperbaiki...

wassalam

Mohd Yusof berkata...

Assalamu'alaikum



Bila menyebut tentang akhlak kita seumpama melihat diri seolah-olah persis seorang budak melihat si gurunya sedang kencing berdiri. Namun itulah juga realitinya! Menghormati guru tidak sama dengan meniru perbuatannya. Bila kita berbicara dalam kerangka yang lebih luas maka kita sebenarnya sedang berhadapan dengan pergolakan politik! Maka ini pasti melibatkan pertembungan


kepentingan di antara para pemimpin dengan para pengikut setia mereka tanpa peduli terhadap akhlak buruk pemimpin? Sikap 'bacul' begini terjadi di kalangan para pemimpin (dengan semangat team-spirit dan di dalam acuan yang sama). Ditambah lagi dengan hakikat bahawa pemimpin juga adalah seorang manusia biasa!?


Bahawa aura kepimpinan yang menonjol sepatutnya selaras dengan segala tindak-tanduknya (pemimpin) namun kita ingin mendengar 'suara sumbang' di kalangan mereka yang berani menegur bosnya! Erm, biasalah tu bila periok nasi perlu juga diambil kira. Sikap boros para pemimpin yang berbelanja sakan mengadakan majlis besar-besaran adalah sebagai satu contoh. Maka tiada terdengar teguran malah menjadi trend orang kelas pertengahan pula! Agaknya kita yang berada di tahap paling rendah dan serba kekurangan ini cuma mampu melopongkan mulut dan mata terus terpukau. Inilah dunia glamor manusia kelas atasan yang bergelar pemimpin kepada umat Islam...


Komen: Apabila adat resam dan budaya hidup orang Melayu tersasar jauh daripada ajaran Islam maka jangan diharap rahmat Allah terus menyirami bumi ini. Apa pun kita cuma ada dua jalan bila berhenti di persimpangan hidup. Jalannya tetap lurus dan pilihannya pasti. Syukurlah jika kita insafi diri.... Wallahu'alam.

Leon Adrianto berkata...

Pandangan saya mengapa umat islam terjebak dalam kancah politik sekular, kebanyakannya kerana runtunan nafsu, yang ingin menggarap selagi apa yang ada dimuka bumi ini untuk kepentingan duniawi mereka sendiri. Padahal semua tau, ia tidak akan kemana kecuali ditinggalkan apabila kubur telah memanggil jasadnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...