Ulama berpendapat ada pujian kepada manusia yang di haruskan.Namun demikian,sikap suka memuji ini ada bahayanya kepada diri sendiri dan pihak yang di puji.
- Ada pemuji memuji pihak yang dia suka hingga ke tahap melampau.Ada yang memuji kerana muslihat politik.Sampai sanggup berbohong atau berdusta asalkan dapat menaikkan status pihak yang dia puji.Seorang ulama bernama Khalid bin Mi'dan berkata: "Sesiapa yang suka memuji penguasa (orang yang memerintah) atau sesuatu pihak yang dia suka dengan perkara yang tidak benar di hadapan orang ramai, nescaya dibangkitkan Allah pada hari kiamat kelak dalam keadaan jatuh tersungkur kerana lidahnya (berdusta)."
- Orang yang mempunyai sikap suka memuji sesuatu pihak boleh timbul riak dalam dirinya kerana menunjuk nunjuk seolah olah dia penyokong kuat,suka, sayang dan mencintai pihak yang dia puji.Kadang kadang pujiannya adalah mainan hati atau mainan politik semata mata.Mungkin dia sendiri pun tak yakin dan ragu akan kebenaran pujian nya itu.Orang saperti ini adalah orang yang riak dan pendusta.
- Dalam berpolitik terdapat juga golongan yang suka memuji muji pihak yang fasiq dan zalim.Pihak yang suka menghalalkan cara,memfitnah, mengumpat,mengaibkan orang lain dalam berpolitik pun termasuk dalam golongan pendusta,fasiq, munafiq dan zalim.Orang Islam tidak seharusnya memuji dan memberi "markah" kepada pihak yang pendusta,fasiq, munafiq dan zalim.
- Bagi pihak yang di puji dan menerima pujian akan terasa gembira dan bangga hingga dia menganggap diri nya mulia.Dia akan rasa dirinya sempurna dan pihak lain terutama pihak lawan sentiasa tidak benar.Maka akan timbul perasaan ujub yang membawa kepada perasaan bongkak dan sombong hingga tidak boleh di sentuh dan tegur oleh sesiapa.
Wallahu'alam.
4 ulasan:
puji lebih-lebih ni tak elok pun. satu sebab kalau yg dipuji terlalu byk terima pujian, dia akan rasa immune dah dah reti menghargai lagi. pelas tu dia akan rasa hebat, mungkin.
yg memuji pula, kalau terlalu banyak beri pujian, ada kemungkinan banyaknya tak ikhlas pun.
Assalammualikom wtb tuan. Memang bahaya tajuk N3 kali ini. Siapa yang termakan cili, ia sendiri yang terasa pedasnya.
Sifat ini kena berjaga-jaga. Setiap niat mesti di perbahrui, lakukan semata-mata kerana Allah. Pujian manusia hanya sekejap dan seketika di dunia yg fanah shj.
JazakaAllah
aseef saya copy entry ini. sgt terkena dgn situasi di tempat sy.
aseef saya copy entry ini. sgt terkena dgn situasi di tempat sy.
Catat Ulasan