Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, Mac 28, 2011

Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian).

Muzakarah telah memutuskan bahawa Menulis dan menerbit bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, Hadis beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat al-Quran serta Hadis diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut.

Sumber: JAKIM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...