Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Mac 22, 2011

MENGAPA ULAMA RASMI SUSAH BERGAUL DENGAN ORANG BIASA?

Hari ini di antara orang yang susah nak dirapati oleh orang biasa ialah ulama ulama rasmi.

Ulama bersama ulama pun tidak boleh bersatu?.
Pentas media tempat mereka berlagak jaguh
Tetapi masing masing takut bersemuka.
Dalam bab ilmu mengaku dia aje yang betul
Menuduh ulama lain tak betul
Orang biasa yang tidak tahu hujung pangkal jadi keliru.
Entah siapa yang betul.
Mengapa jadi begitu?.

Mereka kalau boleh bertemu pun hanya di majlis ilmu atau majlis rasmi
Itu pun boleh dilihat dari jauh
selepas majlis mereka pencilkan diri
Kalau ada jamuan, tempat makan mereka di asingkan
Orang biasa tidak boleh bertemu mesra dan makan bersama

Mereka di katakan pewaris Nabi

Nabi orang rindu nak bertemu
Nabi selalu berjalan jalan dan duduk duduk dengan sahabat sahabat 
Menziarah orang fakir dan miskin untuk bertanya khabar
Kita ingin melihat apa yang dilakukan oleh Nabi dicontohi oleh para ulama 
Tidak kira mereka itu ulama rasmi atau tak rasmi

Tetapi ianya tidak berlaku
Orang pun jadi meluat dan tidak rindu nak bertemu mereka
Mereka pula bukan takad nak berkawan dengan orang biasa
bertemu pun jauh sekali,

Mengapa jadi begini?
Anda jawablah sendiri.

Wallahu'alam.

6 ulasan:

HeAven berkata...

ini ulama yg cintakan dunia...ulama akhir zaman

Latifah Abdul Wahab berkata...

Ulama buku biasanya mcm tu la..
mrk jd ulam kerana mengkaji/mengaji dr buku, bukan berguru dari ulama lain
itu bezanya
bila mengaji dari buku nampak pandai sebab rujukan banyak
tak macam ulam yg mengaji dari ulama lain
mrk dapat akhlaq yg di lihat dari akhlaq gurunya
mereka dapat barakah , dari majlis ilmu
ulama syok sendiri ni kumpul peminat
buka laman web, buka egroup
kumpul feedback yg menyokong sahaja
bincang secara maya, kutuk sana kutuk sini
hadis tu tak betui, hadis ni daif
silap hari bawa kes masuk mahkamah
saman berjuta2
atau pun pangggil media
buat sidang akhbar
nak tegak benang basah

bukan semua ulama macam tu
ada juga yg mengamal tradisi ilmu
tak mahu gaduh2, tak mahu bertekak
lebih baik tak bersemuka dari berlawan hujjah
menang jadi arang, kalah jd abu
jadi kitalah yg patut pilih
pilih ulama mana yg tawadduk
walaupun tak faham IT

ambri ambri berkata...

jawapanya buat kerja Nabi saw. Ajak semua khuruj 3 hari, 40 hari, 4 bulan.

aks godhait berkata...

Assalamualaikum wbt

Pada asasnya, istilah ulama, itu tidak bermaksud hanya mereka yang berilmu. Mereka juga sepatut nya berakhlak dan berabad tinggi. Bukan saja adab diri, tapi juga adab ilmu dan salasilah ilmu. Seperti kata Al Habib Umar Bin Hafiz, Mudir darul Musthafa yeman, berkata, yang cara mendidik sa orang bakal ulama, ia lah dengan mengaji satu hadith, dengan lengkap dan mengamalkan nya, secara penuh, sebelum mengaji hadith yang lain. Dan mengaji hadith itu pun, dengan mengambil nya dari sa orang guru yang bersanad ilmu hingga ka Nabi s.a.w.

Saya ingin menceritakan satu kejadian. Habib Ali jufri dari Hardarmout( orang muda) telah datang dan menziarahi Alllayarham habib Ali Al Idrus, di rumah yang kecil di batu Pahat. Pada akhir perjumpaan ini, Habib Ali Al Jufri pohon Habib Al idrus untuk berdoa untok semua yang hadir. Habib Al Idrus, menolak dengan mengatakan yang habib Al Jufri lebih afdal. mereka tolak menolak selama kira kira 30 minit, sehingga yang muda beralah dan mula doa dengan membaca Al fateha dan habib Al Idrus membaca doa yang panjang.

tawadduk.

Ini contok orang yang di didik....., hati nya di didik.

salam

Bambang Purwanto berkata...

Tanda-tanda akhir zaman...................

Izana Hani berkata...

terima kasih tuan.
memang benar bagai dikata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...