Apakah itu JATI?
Bagaimanakah JATI boleh wujud?
JATI lahir dari gabungan pelbagai faktor penyebab.
Umat Islam yang semakin peka pada impak gabungan pelbagai faktor penyebab ini kemudiannya terdesak dan terpanggil untuk bergabung demi mengurus impak negatif yang boleh menular luar kawalan batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia serta segala peruntukan yang terkandung dalamnya.
Ringkasnya, umat Islam pelbagai latar belakang mengamati dan menginsafi bahawa dalam masa:
Namun, masih wujud suasana, peristiwa serta desakan golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat kelangsungan hakiki survival Islam, kedudukan Institusi Raja dan hak Umat melayu dengan adanya:
- Agama Islam adalah Agama Persekutuan di Malaysia.
- Institusi Raja adalah Pemayung dan Pembela atas pemeliharaan aqidah Islam serta warisan negara.
- Umat melayu mempunyai hak-hak yang dijamin baik segi Perlembagaan Persekutuan mahupun segi warisan.
- Wujudnya wadah-wadah politik yang sepatutnya menjuarai tanpa kompromi soal pemartabatan agama Islam, Institusi Raja dan Umat Melayu.
- Perpecahan di kalangan umat Islam dan Umat Melayu!
- Kesangsian serta bangkangan atas usaha untuk memperjuangkan kesucian aqidah Islam, kedudukan serta hak Institusi Raja dan kedudukan serta hak Umat melayu!
- Budaya penderhakaan terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan di mana budaya ini bertopengkan tuntutan hak asasi manusia, amalan demokrasi serta perjuangan meritokrasi liberal!
- Keta’assuban yang tidak objektif terhadap tokoh-tokoh individu dan pendirian wadah-wadah pilihan sehingga memalapkan pencarian kebenaran, kepentingan masa depan Islam, Institusi Raja dan Umat melayu, dan pertimbangan secara bijaksana!
- Keberanian dan kelantangan pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab dalam mencabar serta menggugat martabat Islam, Institusi Raja dan Umat Melayu!
- Budaya serta amalan perosak nilai yang masih menular!
- Kurangnya contoh-contoh teladan yang berwibawa dalam perjuangan tanpa mendahulukan kepentingan diri!
- Usaha memperjuangkan aspek-aspek tertentu tetapi secara serpihan dan tanpa penyelarasan yang mantap!
- Budaya kompromi melampau sehingga wujud senario kebergantungan pada peranan pihak bukan Muslim yang oportunis dan Muslim liberal!
Keadaan semakin getir dan menggusarkan apabila umat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya semakin berpecah dalam isu-isu yang timbul (sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja), termasuk isu-isu yang sewajarnya tidak patut dipertikaikan lagi kerana sudah dipelihara oleh Perlembagaan Malaysia dan warisan negara.
Kini, umat Islam dan masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan senario membimbangkan ini boleh dikategorikan pada 10 kelompok:
Memandangkan bahawa perpecahan sedemikian akan menguntungkan dan memudahkan musuh-musuh Islam, Umat melayu dan Institusi Raja (atau dikenali sebagai IMR).
- Jelas antara mana yang benar dan mana yang batil dalam tempoh masa yang singkat.
- Mengambil masa yang lama sebelum mampu menerima penjelasan.
- Tidak berubah pendirian ke tahap yang lebih baik walaupun diberi input yang mencukupi serta benar.
- Semakin kabur dengan apa yang berlaku.
- Tidak mempunyai pendirian yang nyata kerana mudah berubah pendirian.
- Semakin menjauhkan diri dari memahami dan menjiwai isu-isu terpenting.
- Memberontak secara serpihan dan terasing terhadap usaha-usaha pembaikan..
- Memberontak secara bersatu terhadap usaha-usaha pembaikan.
- Mudah pasrah dan mengaku kalah pada musuh-musuh kebaikan.
- Mengambil jalan keluar mudah dari kemelut dengan tindakan murtad dan budaya eskapisme.
Maka pelbagai golongan umat Melayu dan Muslim (ulama’, cendekiawan, pendidik, aktivis da’awah, pemimpin masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, pengamal media, ahli-ahli korporat, penggerak politik dan orang-orang yang berpengaruh di kalangan kelompok tersendiri) telah mula bercambah fikiran dan menyelami jiwa hati masing-masing demi mencari penyelesaian.
Apabila semakin ramai yang menyertai perbincangan, maka satu kata sepakat telah dimeterai di kalangan mereka supaya tindakan yang lebih teratur, terpimpin, berstrategi dan bersifat komplementari pada usaha-usaha kebaikan yang telah dijalankan mesti dirancang.
MAKA LAHIRLAH JATI
Jaringan entiti-entiti yang beri’tiqod untuk mempertahankan agenda IMR melalui orientasi da’awah berlandaskan pemahaman, penghayatan, pembinaan, pengamalan, pemeliharaan dan perjuangan AQIDAH YANG KUKUH DI KALANGAN UMAT ISLAM SEBAGAI TERAS PEMBANGUNAN NEGARA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan