Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Mei 15, 2012

Pengertian Fatwa menurut Prof Dr Syeikh Yusuf Al Qardawi

Hari ini kita lihat ada sesetengah pihak mempertikaikan fatwa yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ada fatwa yang tidak selari dengan kehendak,selera dan kefahaman mereka.
Sebelum kita terikut ikut dengan rentak golongan ini marilah kita fahamkan terlebih dahulu tentang pengertian fatwa itu sendiri.

Saya bentangkan di sini metod Fatwa Al Qardawi secara ringkas sebagai contoh.

Fatwa menurut Al Qardhawi adalah penjelasan mengenai hukum syarak dalam sesuatu isu sebagai jawapan kepada soalan yang di kemukakan oleh pihak yang bertanya, sama adatwa diketahui orangnya ataupun tidak diketahui dan samada daripada individu mahupun daripada masyarakat.

Orang yang bertanggunjawab mengeluarkan fatwa dinamakan sebagai Mufti.Tugasnya mengeluarkan fatwa di namakan Ifta’.Pendek kata fatwa ialah mengeluarkan satu hukum syarak yang di lakukan oleh mufti berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat yang tidak terdapat nas yang jelas dari Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas mahu pun dari sumber mazhab yang empat yang muktabar.

Hukum mengeluarkan fatwa dalam sesuatu situasi adalah Fardhu Kifayah.Namun adalah haram keatas orang yang tidak mempunyai kelayakan mengeluarkan fatwa.Bererti haram juga sesiapa yang mengikutnya.
Kebanyakkan fatwa yang di keluarkan di putuskan berdasar suara majoriti melalui majlis fatwa yg di tubuhkan oleh sesebuah kerajaan.Keputusan fatwa saperti ini lebih selamat di amalkan oleh umat Islam, kerana ia berdasarkan suara majoriti ulama.Fatwa seumpama ini di sebut Fatwa Jama'i.
Menurutnya lagi fatwa di keluarkan dan berubah mengikut perubahan masa, tempat ,situasi,tradisi dan adat masyarakat setempat.

Contoh: Mufti di negara A mungkin fatwanya berbeza dengan fatwa mufti di negara B mengenai isu yang serupa.

Contoh lagi: Seseorang bertanya mufti tentang keperluan menentang kemungkaran tertentu dengan tangan tetapi mufti berpendapat menghilangkan kemungkaran dengan cara ini boleh menimbulkan kemungkaran yang lebih besar daripada kemungkaran sebelumnya.Di waktu ini, mufti tidak boleh menfatwakan berdasarkan hukum yang umum iaitu boleh menentang kemungkaran dengan tangan kerana ia akan mendatangkan keburukan yang lebih besar. Qardawi merujuk dan bersandar kepada kisah Ibn Taimiyah yang pernah bertembung dengan segolongan tentera Tartar yang sedang minum arak dan mabuk.Para sahabat beliau cuba mencegah atas alasan mereka orang orang Islam dan haram minum arak.Walaubagaimanapun Ibn Taimiyah melarang sahabat sahabatnya daripada berbuat demikian kerana pada pandangan beliau, dalam kes yang beliau hadapi itu, arak telah menghalang tentera Tartar daripada menumpahkan darah orang Islam dan merampas harta benda mereka.

Qardawi menjelaskan lagi dalam situasi dunia zaman moden ini jika ada seorang mufti sendiri berselisih pendapat dalam sesuatu isu maka hendaklah ikut fatwa majoriti mufti kerana menurutnya fatwa yang di keluarkan oleh majoriti mufti adalah hampir kepada kebenaran berbanding pendapat yang di kemukakan oleh seorang mufti.Beliau beralasan dengan sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Umar r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya syaitan bersama dengan seorang, tetapi menjauhi dari dua orang”.(Al Tirmizi, kitab al Fitan, bab Luzum al Jamaah, hadis no 2165)

(Sumber: Buku Metode Fatwa Al Qardawi oleh Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...