Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Mei 08, 2012

SUHAKAM – Bagaimana hak asasi untuk kami pula?


APAKAH  isi dan visi sebenar Suhakam ditubuhkan? Adakah untuk menjaga hak asasi minoriti yang mengganas? Atau adakah Suhakam diwujudkan untuk pupuskan kuasa polis sedangkan kuasa yang ada pada polis berlandaskan undang undang?

Adakah Suhakam mengamalkan sikap sayangkan mereka yang mengganas dan mahu polis tidak berkasar dengan mereka yang mengganas? Contohnya perhimpunan BERSIH 3.0, sedangkan matlamat sebenar mereka amat kotor.

Bagaimana pula dengan hak asasi majoriti rakyat Malaysia yang menghadapi pelbagai kesusahan akibat perbuatan minoriti yang mengganas ini? Bagaimana pula hak asasi mereka yang majoriti rakyat yang selesa dan bersyukur dengan apa yang ada?  Bagaimana dengan hak asasi para peniaga, pemandu teksi, pekerja syarikat bas dan lain lain? Bagaimana dengan hak asasi tuan punya kompleks perniagaan? Dan bagaimana dengan hak asasi anggota POLIS? Adakah perlu tubuh satu lagi badan lain untuk menjaga hak asasi mereka?

Suhakam mempertikaikan tugas polis semasa menghadapi mereka yang mengganas di semua perhimpunan BERSIH.Jika polis tidak bersikap sebagai polis, maka semakin ramailah yang akan mengganas kerana polis tidak boleh bertindak ke atas mereka yang mengganas.

Jika polis tidak dibenarkan menggunakan kaedah kaedah tertentu dalam tindakkan atau siasatan, apakah pengganas, penjenayah dan perompak akan memberikan maklumat dengan sukarela kepada polis? Adakah Suhakam mahu polis tepuk bahu pengganas dan penjenayah lalu berkata anda baik teruskan mengganas kerana ini hak asasi kamu? Kalau kita mengganas dengan bapak kita sendiri pun bapak kita tidak akan tepuk bahu kita dan kata tak apa ini hak asasi kamu nak?

PDRM mempunyai tahap profesionalisme yang amat tinggi dalam menjalankan tugas selama ini. Cuma penggerak BERSIH (yang kotor) sahaja sentiasa mengutuk dan memperlekehkan PDRM.

( Kiriman  Kamal Mydeen Kuala Lumpur).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...