Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Januari 29, 2010

ISU KALIMAH "ALLAH" - ISLAM SESAMA ISLAM TEGANG

Nampaknya sehingga ke hari ini isu penggunaan kalimah Allah masih belum reda. Bezanya, perkembangan mutakhir menyaksikan wujudnya ketegangan bukan di antara penganut Islam dan Kristian, tetapi di kalangan sesama Islam sendiri. 

Sesetengah pihak begitu ekstrem berpegang kepada pendapat masing-masing.Orang Islam di kalangan Ulama, pemimpin politik, dan rakyat semuanya bertelagah di antara satu sama lain.Masing masing menuduh pendapat dan pandangan orang lain tidak betul,sehingga ikatan ukhuwah sesama Islam yang sedia longgar terus menjadi bertambah longgar dan semakin terurai kerananya. 

Perkembangan ini amat menyedihkan, di mana isu kalimah Allah kini telah bertukar menjadi satu ‘tragedi’ buat umat Islam di Malaysia.Sedangkan masyarakat kristian tenang dan terus bersatu dan bekerja menyebarkan dakwah mereka.

Pemimpin pemimpin politik biasalah, walaupun tidak mahir dalam bidang agama,memang tidak ketinggalan mengambil kesempatan mempengaruhi pemikiran rakyat melalui isu ini bertujuan untuk menjatuhkan lawan masing masing.  Tindakkan mereka telah memesongkan pemikiran rakyat jauh dari kebenaran demi untuk keuntungan dan kepentingan politik mereka.


                                                                                                             
Pemimpin pemimpin politik sentiasa macam kena rasuk, rasa diri pakar 
dalam segala bidang termasuk bidang agama?

3 ulasan:

Kasim Arsani berkata...

ini bermakna jarum musuh islam telah berjaya, kerana mereka memang ada muslihat disebalik isu ini. Melayu ni memang anih, kalau jadi pembangkang, mereka akan
sentiasa membangkang apa2 yang dilakukan oleh seteru mereka. Bangsa lain tidak begitu.
mereka akan saling melengkap yang penting bangsa mereka terbela.

Majoriti bangsa melayu islam pula tidak mendalami pengetahuan ugama mereka..kebanyakannya mengaji dan mendapat pengetahuan setakat apa yang sekolah
bagi sahaja. Kalau yang attend sekolah rendah agama tu adale lebih pengetahuan.

apabila tak cukup ilmu, sukar untuk mempertahankan sesuatu isu berkait dengan agama.
kebanyakan tak faham apa yang di baca dlm sembayang pun apatah lagi apa yang dalam Quran..jauh sekali hadis2 sahih. begitu juga dengan doa..amin je lah..camne nak pertahankan agama tanpa ilmu..atau kalau ade ilmu pun jenis stereo type...

Suhaimi Samad berkata...

Asalam....
Nampaknya sehingga ke hari ini isu penggunaan kalimah Allah masih belum reda. Bezanya, perkembangan mutakhir menyaksikan wujudnya ketegangan bukan di antara penganut Islam dan Kristian, tetapi di kalangan sesama Islam sendiri. Islam sama islam kalau bergaduh mana satu Islam kita nak ikut eh....

Tanpa Nama berkata...

Itulah bezanya “ ULAMA POLITIK “ dengan ulama yang berpaksikan Islam sebagai TIANG SERI
dalam kehidupan . Tak kira apa pun faham politiknya UMNO, PAS, PKR semuanya akan menarik
pengikut2 taksubnya ke NERAKA JIKA MEREKA SEMUA TAK BERHATI2 KETIKA MENYEBARKAN AGENDA
POLITIK MEREKA. Kerana neraka adalah tempat terbaik pada PENYAMPAI FITNAH DAN YANG MEMECAH
BECAHKAN SILAHTURRAHIM SESAMA ISLAM.

Soal benar atau tidak dah jadi no 100……yang penting UNDI DAN AKULAH YANG BETUL, ORG LAIN SUME
SALAH. Lepas tuu kaitkan hadis dan Al Quran sebagai bukti kononnya fahaman aku yang betul, walaupun
akibat dari perbuatannya akan menambahkan lagi parahnya fahaman terhadap Islam itu sendiri.
Kemudian cakap pulak ini sume untuk rakyat, rakyat nak macam ini, rakyat tak suka ini………kepala
bapak dia senang2 buat tafsiran sendiri tentang kemahuan rakyat. 100% berani jamin punya setiap
apa dia orang cakapkan tentang kemahuan rakyat, dia orang tak tanya langsung pada rakyat cuma
dapat maklumat dari CACAI PENGANGKAT NAJIS MEREKA .
Soal apa akan jadi pada bangsa dan ugama pada 10 atau 20 tahun akan datang dah tak penting, yang
penting AKU MESTI JADI PM . Masa akan datang AKU DAH TAK DE, JADI APA AKU PEDULI.

Jadi perkara terbaik dalam PRU nanti……pangkahlah calon yang berkelayakan untuk memimpin……
layak dalam ugama, tidak rasuah, tidak kes yang memalukan spti zina atau liwat dll.
Jika memang tiada kelayakan dalam timbangan hati, pangkah sumenya……lebih baik begitu dari
kita menjawap di hadapan ALLAH SWT nanti……masa tu mungkin tak terjawap nanti.

Jika terdapat calon yang bukan Islam sedangkan ada calon Islam yang berkelayakan tak kira
dari “ kaum “ ape UMNO, PAS, atau PKR wajib kita DAHULUKAN ISLAMNYA bukannya PARTI POLITIKNYA.
Kalu tak, tulislah “ surat tunjuk sebab “ di hadapan ALLAH SWT di Mahsyar……TAK SUSAHKAN ????????????


Wassallam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...