Apakah benar di antara Islam dengan kufar ada titik persamaan? Jika ya, di mana? Apakah dari sudut akidahnya ataupun dari sudut syariatnya? Bukankah Islam itu dari Allah SWT sedangkan agama lain yang ada hari ini lahir dari hawa nafsu manusia? Bukankah Islam datang untuk menghapuskan agama-agama lain termasuklah agama samawi yang terdahulu, Yahudi dan Nasrani?
Bagi Islam, persoalan dalam menentukan dan menilai sesuatu agama itu adalah dari sudut akidah yang melahirkannya.
Yang menyedihkan, ramai umat Islam pada hari ini terutama yang ada kepentingan politik, dan termasuk juga para ilmuannya telah terpengaruh samada secara sedar mahupun tidak dengan konsep dan idea pluralisme. Mereka melihat seolah-olah wujud titik persamaan di antara Islam dengan agama lain.
Hakikatnya, titik persamaan antara Islam dan agama lain tidak pernah wujud dan tidak akan pernah wujud.
Cukup firman Allah SWT ini sebagai peringatan untuk kita bersama.
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”. [TMQ A_li-‘Imraan (3) : 19]. “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. [TMQ Ali-‘Imraan (3) : 85].
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". [TMQ Al-Kafiruun (109) : 1-6].
Wahai umat Islam berhati-hatilah dengan perangkap PLURALISME!.
1 ulasan:
Maaf bukan nak menyokong, tetapi kalau yang dimaksudkan cari persamaan itu satu pendekatan menarik rambut dalam tepung mungkin ada benarnya. Memanglah di sudut akidah tak sama, itu kena pertahan lakum denukum waliyadin. Begitu juga dengan ibadah. Ini dah jelas. tapi soal suka buat baik, berakhlak dengan orang, tolong orang itu fitrah manusia, ini sama. Kenapa kita tak guna peluang itu berdakwah mereka bukankah rasul datang untuk menyempurnakan akhlak manusia. akhlak merka sudah ada, kita dapat dengan mencantikkan lagi. caranya kita hendak mesti lebih baik daripada mereka. Tapi ini yang tak ada kita lebih teruk daripada mreka.
Percayalah tercatat dalam sejarah, orang bukan Islam memeluk Islam kerana melihat orang Islam berakhlak lebih baik daripada mereka. tengoklah sejarah rasulullah.
Catat Ulasan