Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Februari 26, 2010

PERARAKAN MAULIDUR RASUL TIDAK ADA FADHILAT DAN SIA SIA?

Kita amat kesal dengan sikap sesetengah orang orang agama yang mengaku pejuang Islam, terutama yang berfahaman politik sekular.Satu demi satu amalan memperingati kebesaran Islam di pertikaikan.Terkini mereka mempertikaikan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul.Alasan mereka kononnya sambutan sambutan dengan berarak di jalanan adalah satu pembaziran dan kerja yang sia sia.Tidak ada fadhilat dan tidak dapat pahala.Sudah pastinya umat Islam terkejut dengan pendirian dan sikap mereka yang pelik ini, yang juga bertentangan dengan amalan orang orang soleh terdahulu.Bagi saya sikap demikian muncul akibat pemikiran dan jiwa mereka sudah terlalu tercemar kerana terperangkap dalam kancah fahaman ideologi politik sekular, walaupun mereka tetap menafikannya.

Saya bukan mempersoalkan tentang perarakan maulidir rasul itu sendiri, boleh atau tidak, kerana mengenainya ulama silam dan ulama kini memang berselisih pendapat.Bagi saya terpulang, buat pun tidak apa tidak buat pun tidak apa.Saya hormat semua pendapat ulama ulama.

Yang paling menghairankan dan tidak boleh di terima kita lihat mengapa ada di antara mereka ini tidak pula melarang bahkan sebaliknya menyokong perarakan berbentuk "tunjuk persaaan" atau demonstrasi jalanan yang di anjurkan pihak mereka.Bagi saya demonstrasi jalanan amat jelas tidak ada kebaikan di sisi agama.Bahkan tidak ada fadhilat langsung.Apatah lagi mendapat pahala. Apa kah tidak, waktu berdemo membawa sepanduk, berkelakuan liar dengan kata kata kesat,memekik terlolong macam orang kena rasuk,memaki hamun, mengutuk, memfitnah, menjahanamkan harta benda rakyat dan macam macam perbuatan keji lagi yang tidak pernah di ajar oleh Islam.Sepatutnya perarakan saperti ini lah mereka  kedepan melarangnya.

Jauh berbeza dengan perarakan Maulidur Rasul, ianya aman, di iringi dengan laungan Selawat Nabi S.A.W dan ungkapan ungkapan kata kata pujian kepada Allah dan Rasul S.A.W.Jadi amatlah pelik mereka mereka ini menyatakan Sambutan Maulidur Rasul tidak ada Fadhilat, pembaziran dan perbuatan yang sia sia.

Pada pandangan saya, pada zaman ini di mana cerdik pandai Islam sudah mula bercelaru kita perlu berhati hati dengan mereka.Berhati hati lah untuk menerima bulat bulat apa jua jenis pengajaran atau fatwa dari mereka.Ijazah,autoriti,pengaruh dan ramai penyokong yang mereka miliki bukan lambang kesolehan dan ketaqwaan.

Kita juga perlu cek salasilah mereka dan dengan siapa mereka ini berguru, sebelum kita pula berguru dengan mereka.

 
 
 

3 ulasan:

lah68 berkata...

umpama membuat pilihan antara durian dan rambutan kedua-duanya buah-buahan tempatan dan kedua-duanya halal dimakan yang mana jadi pilihan ikut kata hati.. kalau nak berarak, beraraklah.. dan kalau tak nak berarak duduklah diam-diam.. sebagai manusia biasa janganlah kita menpertikaikan apa yang diutarakan oleh ulama.. para ulama juga berselisih pendapat tentang berarak ini.. sama ada kita setuju atau tidak lebih baik kita berdiam jer, tak perlulah nak pertikaikan pendapat ulama sama ada yang pro atau kontra tentang isu ini... tinggi manalah ilmu yang kita miliki jika dibandingkan dengan para ulama ini dan kita bukanlah orang yang layak untuk mempertikaikan pandangan ulama.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dalam masaalah perarakan Maulid ini ada perselisihan pendapat ulama tentang nya.
Tetapi dalam tulisan ini, saya lihat, sdr Amri el Wahab mempersoalkan tentang sikap ulama hipokrit.Ulama ulama ini mudah sahaja melarang perarakan Maulid dengan mengatakan ianya pembaziran dan tidak ada fadhilat dan pahala,sedangkan dalam masa yang sama mereka membenarkan dan menyokong demonstrasi jalanan.Adakah demonstrasi jalanan yang pesertanya macam di rasuk syaitan itu dapat fadhilat dan pahala?

hamdan al-kandahlawi berkata...

saya sgt sokong tahap gaban la pndgn ni.memang benar.

depa ni kepala otak asik ngn politik saja..jadi lagu tu la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...