Kita amat kesal dengan sikap sesetengah orang orang agama yang mengaku pejuang Islam, terutama yang berfahaman politik sekular.Satu demi satu amalan memperingati kebesaran Islam di pertikaikan.Terkini mereka mempertikaikan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul.Alasan mereka kononnya sambutan sambutan dengan berarak di jalanan adalah satu pembaziran dan kerja yang sia sia.Tidak ada fadhilat dan tidak dapat pahala.Sudah pastinya umat Islam terkejut dengan pendirian dan sikap mereka yang pelik ini, yang juga bertentangan dengan amalan orang orang soleh terdahulu.Bagi saya sikap demikian muncul akibat pemikiran dan jiwa mereka sudah terlalu tercemar kerana terperangkap dalam kancah fahaman ideologi politik sekular, walaupun mereka tetap menafikannya.
Saya bukan mempersoalkan tentang perarakan maulidir rasul itu sendiri, boleh atau tidak, kerana mengenainya ulama silam dan ulama kini memang berselisih pendapat.Bagi saya terpulang, buat pun tidak apa tidak buat pun tidak apa.Saya hormat semua pendapat ulama ulama.
Yang paling menghairankan dan tidak boleh di terima kita lihat mengapa ada di antara mereka ini tidak pula melarang bahkan sebaliknya menyokong perarakan berbentuk "tunjuk persaaan" atau demonstrasi jalanan yang di anjurkan pihak mereka.Bagi saya demonstrasi jalanan amat jelas tidak ada kebaikan di sisi agama.Bahkan tidak ada fadhilat langsung.Apatah lagi mendapat pahala. Apa kah tidak, waktu berdemo membawa sepanduk, berkelakuan liar dengan kata kata kesat,memekik terlolong macam orang kena rasuk,memaki hamun, mengutuk, memfitnah, menjahanamkan harta benda rakyat dan macam macam perbuatan keji lagi yang tidak pernah di ajar oleh Islam.Sepatutnya perarakan saperti ini lah mereka kedepan melarangnya.
Jauh berbeza dengan perarakan Maulidur Rasul, ianya aman, di iringi dengan laungan Selawat Nabi S.A.W dan ungkapan ungkapan kata kata pujian kepada Allah dan Rasul S.A.W.Jadi amatlah pelik mereka mereka ini menyatakan Sambutan Maulidur Rasul tidak ada Fadhilat, pembaziran dan perbuatan yang sia sia.
Pada pandangan saya, pada zaman ini di mana cerdik pandai Islam sudah mula bercelaru kita perlu berhati hati dengan mereka.Berhati hati lah untuk menerima bulat bulat apa jua jenis pengajaran atau fatwa dari mereka.Ijazah,autoriti,pengaruh dan ramai penyokong yang mereka miliki bukan lambang kesolehan dan ketaqwaan.
Kita juga perlu cek salasilah mereka dan dengan siapa mereka ini berguru, sebelum kita pula berguru dengan mereka.
Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Jumaat, Februari 26, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
umpama membuat pilihan antara durian dan rambutan kedua-duanya buah-buahan tempatan dan kedua-duanya halal dimakan yang mana jadi pilihan ikut kata hati.. kalau nak berarak, beraraklah.. dan kalau tak nak berarak duduklah diam-diam.. sebagai manusia biasa janganlah kita menpertikaikan apa yang diutarakan oleh ulama.. para ulama juga berselisih pendapat tentang berarak ini.. sama ada kita setuju atau tidak lebih baik kita berdiam jer, tak perlulah nak pertikaikan pendapat ulama sama ada yang pro atau kontra tentang isu ini... tinggi manalah ilmu yang kita miliki jika dibandingkan dengan para ulama ini dan kita bukanlah orang yang layak untuk mempertikaikan pandangan ulama.
Saya setuju dalam masaalah perarakan Maulid ini ada perselisihan pendapat ulama tentang nya.
Tetapi dalam tulisan ini, saya lihat, sdr Amri el Wahab mempersoalkan tentang sikap ulama hipokrit.Ulama ulama ini mudah sahaja melarang perarakan Maulid dengan mengatakan ianya pembaziran dan tidak ada fadhilat dan pahala,sedangkan dalam masa yang sama mereka membenarkan dan menyokong demonstrasi jalanan.Adakah demonstrasi jalanan yang pesertanya macam di rasuk syaitan itu dapat fadhilat dan pahala?
saya sgt sokong tahap gaban la pndgn ni.memang benar.
depa ni kepala otak asik ngn politik saja..jadi lagu tu la.
Catat Ulasan