Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Mac 04, 2014

Hati tempat tumbuhnya Iman dan Kekufuran

hati1
Mengapa Ahli Ma'rifat sangat menitikberatkan soal hati?. Mengapa mereka lebih menitikberatkan soal pembersihan hati daripada segala hal ehwal perlakuan, ucapan, perkataan samada berbetuk ibadah atau muamalat? Kerana didalamnya Allah swt meletakkan cahaya keimanan.

Apabila seseorang itu beriman kepada Allah swt, dia akan mendapat satu nur yang kecil didalam hatinya (jantung sanubari). Kedudukan nur Iman ini adalah didalam darah hitam dibilik jantung sanubari.
Nur Iman ini yang menggerakkan seseorang itu patuh dan ta'at kepada Allah swt. Nur Iman ini yang membolehkan seseorang itu mengakui kewujudan dan kebesaran Allah swt. Nur Iman ini juga menjadi "mata" pembukaan ma'rifat keTuhanan.

Kuat lemahnya seseorang itu didalam agama bergantung kepada sejauh mana nur keimanan ini bercahaya didalam hatinya. Apabila hidup hati itu dengan zikrullah maka akan bercahaya seluruh hati itu dan melimpah keseluruh tubuhnya. Sehingga menjadikannya ta'at kepada perintah Allah swt.

Apabila hati itu tidak berzikir, maka pelita iman yang kecil akan makin malap, makin malap dan akhirnya padam. Wal Iyazhubillah.! Keadaan ini tidak disedari kerana ianya berlaku didalam keadaan yang perlahan2 dan beransur-ansur. Apa lagi jika keadaan diri orang ini terdedah kepada suasana kemungkaran dan
kefasikan, maka akan cepatlah padam nur hatinya!

Awaslah wahai tuan2 yang budiman. Peliharalah pelita hati yang telah di anugerahkan Allah swt.
Firman Allah swt.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (as-syam 9)

Setiap suatu ada alat pencucinya. Alat pencuci bagi hati adalah zikrullah.

Hati adalah laksana cermin yang menangkap berbagai gambaran dan rupa yang dilihat oleh mata. Lazimnya gambaran dan rupa ini menjadikan hati itu di lutupi debu2 kekotoran dunia dan segala perhiasannya. Semakin banyak pemandangan,semakin tebal debu2 kekotoran menutupi cermin hati. Jika dibiarkan, maka akhirnya muka hati itu akan terus gelap.

Kesombongan nafsu menyebabkan ia dibenam di dalam api neraka selama 100 tahun dan apabila ia dikeluarkan daripada api neraka dan ditanya soalan yang sama, nafsu masih sombong dan angkuh dengan memberi jawapan yang sama lalu ia dibenam lagi dalam api neraka selama 100 tahun. Sebanyak 4 kali, nafsu dibenam di dalam api neraka sehingga akhirnya nafsu sendiri menyerah kalah dan mengaku Keesaan Tuhan. Di sini, jika kita mengkaji sifat kejadian nafsu dapatlah kita simpulkan bahawa nafsu sejak azali iaitu sejak ia berada di alam Lahut (Alam Ketuhanan) telah menjadi dalang utama segala kemelut dan haru-biru kerana keengganannya mengakui Keesaan Tuhan.

Nafsu boleh ditingkatkan dengan zikir dan mujahadah. Berzikir tanpa bermujahadah melambatkan proses pembersihan hati, begitu juga bermujahadah tanpa berzikir juga tidak memberi kematangan pada diri kamu dalam perjalanan ini. Kesan dari zikir dan mujahadah yang bersungguh-sungguh akan membantu berlakunya peningkatan kepada kerohanian. Kamu akan merasa perubahan pada jiwa dan yang paling penting hati telah hidup dengan Allah dan jiwa kamu boleh melihat keaiban diri sendiri.

Bersungguh-sungguhlah dengan latihan ini, walaupun pada permulaannya terasa payah, tetapi ingatlah janji Allah swt.Barang siapa yang bersungguh sungguh dijalan-Ku nescaya Aku tunjukan jalan baginya.


Dari: Ustaz Syibli Sufi
(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=214266385432974&set=a.117013078491639.1073741828.100005488417442&type=1)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...