Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Februari 23, 2010

BERMULANYA GEJALA ULAMA SAMAN ULAMA

Sudah bermula hari ini gejala ulama saman sesama ulama.Ini petanda ulama zaman sekarang sudah hilang rasa taqwa. Bila ulama tidak bertaqwa maka ia akan di kuasai nafsu nafsu.Apabila ulama sudah di kuasai nafsu maka kita dapat lihat munculnya sifat sifat berikut pada ulama:

1. sombong atau ego
2. ujub dan riak
3. hasad dengki
4. susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5. ingin berlawan terutama dengan sesama ulama
6. gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang ringgit.
7. pemarah
8. ingin dihormati (gila puji)
9. suka hidup bermewah mewah
10. tidak merendah diri
11. tidak mahu merasa dirinya kurang
12. tidak bersedia untuk di tegur
13. suka menunjuk nunjuk pandai dan kehebatan.
14. mengampu parti nya atau pemerintah


Ulama yang bertaqwa menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di Akhirat, mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati dan di puji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah, dan zuhud serta warak.


Bila tidak ada ulama yang begini, maka umat seolah olah ketiadaan lampu.Tinggallah dalam gelap gelita.Tidak tahu halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis, tidak kenal Allah dan alam akhirat, tidak pandai membezakan akhlak baik dan akhlak buruk, tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, juga yang baik dan yang tidak baik.
Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang ke Barat, kadang ke Timur, terlanggar sana terlanggar sini, terjunam ke lembah lembah, tersungkur di jalan dan macam macam kacau bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada langsung yang selamat.
Maka jadilah apa yang sedang terjadi hari ini. Umat Islam tidak bertaqwa dan tidak ikut Islam sepenuhnya, kadang kadang jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam Hindu, Buddha, dan macam macam lagi.
Budaya dan tammaddun Islam tidak ada dan tidak dapat di bangunkan dan di perjuangkan.Yang ada ialah budaya campur aduk dan kacau bilau.


10 ulasan:

Jibam berkata...

terima kasih atas info. teringin juga nak tau siapakah ulama tersebut. boleh nyatakan nama?

Zunaidah Abdullah berkata...

Saya amat bersetuju dgn apa yang dikatakan oleh En Amri tu..setuju dunia sekarang.........

HeAvEN berkata...

assalamualaikum...
ujian telah datang pada ulama2 kita.
dalam hadis ada menyatakan satu ketika apabila berakhirnya dunia ini, akan timbul dajal dan dibaris belakang kirinya adalah dikalangan ulama2 dunia. inilah ulama yg tidak diiktiraf Allah sedangkan mereka ini gedung ilmu..kenapa??
sebab hatinya cinta dunia...sepatutnya ulama kene keluarkan kebesaran dunia dan masukkan kebesaran Allah. barulah ulama ini dipanggil waris Nabi.
wallahualam..

Fadli Zul Ikram berkata...

salam,
dah sebab ada ulama tak reti beradab terhadap ulama lain.seolah-olah pendapatnya 100% maksum tak pernah tercela dan sanggup memfitnah ulama lain.

mulut laju tuduh orang lain sana sini tak pula ingat akan akhirat.sebab kenyataan fitnah keluar dalam akhbar yang dibaca oleh seluruh rakyat malaysia,maka saman perlu untuk membersihkan dirinya

MrBrooks berkata...

Ini adalah berpunca apabila seorang yg bergelar ulama itu mula mengkritik ulama lain dan memalukannya secara terbuka.

aks godhait berkata...

Assalamualaikum wbt

Takfifan istilah " zalim' bermaksud, tidak meletakan sesuatu perkara pada haq nya.


Dalam dunia Melayu pada ketika ini, ada beberapa manusia yang di beri ilmu olih Allah swt, tetapi, kurang pada ilmu itu ahlak, yang sepatut nya di warisi dari Nabi s.a.w. Para ulama itu semesti nya mereka yang mewarisi ilmu yang telah di warisi dari mereka yang mengambil ilmu dari mereka, sehingga nabi s.a.w. Sanad ilmu ini penting demi menjaga nur, cahaya ilmu itu sendiri. Cahaya cinta pada mereka yang memberi ilmu, dan hormat pada mereka yang memberi ilmu, mendidik manusia untok bertawaduk dan bersifat rendah diri.

Tentu sekali mereka yang mewarisi tugas menyebar risalah nabi s.a.w, semesti nya mencontohi peribadi nabi s.a.w

Tetapi hari ini lain berlaku. Orang mengambil ilmu tanpa sanad, tanpa tarbiar rohaniah, tanpa tawaduk. Yang mereka faham hanya lah yang mereka saja betul. Di tuduh orang sana orang sini dengan berbagai tuduhan, dan fitnah, tanpa segan silu. Bukan saja individu saja di tuduh, malah umat Islam yang tidak berdosa di finahkan dengan berbagai tomahan yang keji.

Orang seperti ini, tidak layak di panggil ulama. Zalim lah, orang seperti ini di biarkan berkelakuan demikian, kerana orang seperti ini memerlukan hukuman yang dia takut dan akan akur pada. Jika kita tidak ambil tindakan, maka kita menzalimi dia, kerana dia mesti di sedarkan dengan satu sebatan saman.

salam

Mokhtar Shaharudin berkata...

Bila berlaku banyak kerosakka dalam masyarakat, ia melanda hampir semua golongan. Anak muda tidak hormat orang tua, orang tua mengabai anka-anak, suami dera isteri, isteri tak hormat suami, anak tidak hormat ibubapa, ibubapa tidak mengasihi anak-anak, umara menzalimi rakyat, rakyat sibuk bangkit keburukan umara, orang alim mendengki sesama mereka, sibuk bincang kesalahan orang lain, orang kaya kedekut, orang miskin dengki dan mencuri..... ...bezanya ialah bentuk kesalahan.

Yang jahil menjadi perasuah, perompak, penindas.... . Yang alim menyimpan irihati terhadap kelebihan/ilmu orang lain.

Fadzli Zul Ikram berkata...

tu cabaran bila menegakkan kebenaran.tapi ulama tak akan peduli semua itu yang penting kebenaran perlu dinyatakan.
seperti mana kisah Imam Ahmad bin Hambal berani menegur khalifah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah sehinggakan dipenjara...mungkin begitu lah kehidupan alim ulama yang banyak rintangan demi menegakkan kebenaran

wallahu'alam

baei54 berkata...

Kalau ulama yang mewakili parti politik pasti ada kepentingan politik. Tetapi keadaan ini berbeza jika ulama itu bertindak menegur umara sama ada di peringkat negeri atau pun pusat. Kalau pusat tak betul tegurlah, kalau negeri salah tegurlah. barulah ketika itu orang tak kata lagi ada kepentingan politik. Kalau orang dari parti sendiri bersalah lalu ditegur itu sebagai contoh terbaik.

Latifah Abdul Wahab berkata...

Ada hadis saya baca yg mafhumnya " jihad yg paling utama ialah menegur umara yg zalim". Masalahnya sekarang ini bila ada ulama yg menegur, dikatakan pula ulama itu ada kepentingan politik.. syusahlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...