Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, Mei 22, 2010

Pemerintah Yang Adil vs Pemerintah Yang Rosak

Adil bagi pemerintah tidak sama dengan pengertian adil di sudut sudut yang lain yang umumnya bermaksud menaruh hak kepada yang hak.Pengertian ini tidak cukup luas untuk mencakupi seluruh bidang dan gelanggang pemerintahan bagi sesebuah Negara.Adil bagi pemerintah ialah menjalankan hukum hukum Allah pada sebarang tindak tanduk, pembangunan, percakapan dan hukuman (kepada pesalah).Keadilan itu terbahagi kepada beberapa bahagian saperti berikut:

1. Menjalankan aktiviti dalam semua tindak tanduk dan dalam semua sistem hidup saperti pendidikan, ekonomi, kesihatan, pertanian, pentadbiran, dan lain lain, selaras dengan syariat Islam.

2. Mendidik insan (Rakyat) supaya menjadi hamba dan khalifah Allah serta meletakkan mereka tepat pada tempat yang sesuai dengan kebolehan, kemampuan dan peranan masing masing serta memberi peluang untuk mereka menyumbangkan kreativiti mereka asalkan tidak melanggar syariat.

3. Menjalankan hukum hukam Allah iaitu hukum hudud, qisas dan ta’zir dalam sebarang hukuman yang hendak dijatuhkan kepada pesalah

4. Sebarang tindakan dan hukuman Allah itu hendaklah dijalankan terhadap sesiapa sahaja dan kepada semua golongan tanpa pengecualian termasuk menteri menteri, raja raja dan para hakim serta kadhi sendiri.

5. Membahagi bahagikan harta benda dan kekayaan Negara dan kemudahan untuk Rakyat dengan tepat mengikut keperluan dan tanggung jawab mereka, tanpa salah guna, pembaziran dan penggunaan sia sia.

Diri peribadi pemerintah dan pemimipin pemimpin lain selaku warganegara, tidak boleh terkeluar atau terkecuali dari langkah langkah atau hukum hakam keadilan yang telah digariskan dalam Negara.Pemerintah dan pemimpin pemimpin bukan golongan istimewa terhadap tuntutan hukum hakam Allah. Semua orang sama sahaja di sisi Allah sekali pun dia seorang raja, presiden atau perdana menteri.Kalau bersalah, mesti dihukum.Kalau tidak bersalah, mesti dilepaskan dari hukuman.

Pemerintah umpama ayah terhadap Rakyat.Ayah tidak pernah menuntut apa apa setelah membesarkan anak anak.Demikian juga pemerintah tidak mencari untung dan tidak mengungkit ungkit jasa mereka dalam menjalankan tanggungjawab kepada Rakyat.

Pemerintah atau pemimpin yang cacat atau rosak ialah pemimpin yang mempunyai peribadi yang jahat.Mereka tidak beriman dan bertaqwa atau lemah iman.Akhlak mereka buruk sekali.Mereka sombong, takabur dan angkuh dengan Rakyat.Mereka bakhil, tamak, kasar, pemarah, hasad, dengki dan pendendam.

Mereka memimpin bukan untuk membangunkan Negara atau Rakyat, tetapi untuk hidup bermewah mewah dan membazirkan wang Negara.Rakyat yang tidak menyokong mereka ditindas dan di zalimi.Mereka menyalahgunakan kuasa sewenang wenangnya.Lagi cerdik mereka ini lagi hebat kejahatan yang mereka lakukan.Lagi kuat jiwa mereka lagi biadap mereka dengan Allah.

Dengan pemimpin saperti ini, akan berlaku huru hara dalam Negara.Pemerintah sama pemerintah bersengketa kerana perebutan harta dan kuasa.Para pengampu dan penjilat akan menghasut pemerintah bertindak terhadap penentang penentang supaya mereka mendapat upah dan habuan serta kedudukan yang istimewa.Akan timbul kegelisahan dan ketegangan dalam Negara.Akan berlaku bermacam macam bala dan bencana dalam Negara. Setiap hati Rakyat merasa benci dan mahukan pertukaran pemerintahn kerana pemerintah yang ada sudah hilang wibawa dan keberkatan.





1 ulasan:

sujah sukiman berkata...

SALAM
BETUL TU
TAPI KITA KENA INGAT PEMIMPIN ITU DIPILAH DARI KALANGAN RAKYAT ITU SENDIRI MARILAH KITA RAMAI RAMAI MENJADI INSAN YG BAIK SEMOGA ALLAH MEMBERI KTA PEMIMPIN YG BAIK.. DOA ORANG YG TERINAYA MUDAH DIMAKBULKAN ... INSHAALLAH..

WASSALAM..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...