Satu pengkhianatan dan penzaliman besar yang di buat olih pemimpin dan pemerintah pemerintah dunia hari ini ialah menjadi kaya raya hasil dari jawatan dan kedudukan memerintah.Hal ini bertentangan sekali dengan ajaran Islam.Yang mana dalam Islam, saperti yang dipraktikan oleh Rasulullah, Khulafa'ur Rasyidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz, mereka lebih zuhud dan miskin sewaktu memerintah.Bahkan mereka mati tanpa meninggalkan apa apa harta pusaka.Jadi kalau ada orang yang jadi kaya raya kerana tugas itu , ertinya suatu kesilapan besar sudah di buat.
Mentang mentang khazanah kekayaan negara diserahkan ke tangan mereka, maka mereka bebas untuk menggunakannya, lalu kekayaan itu diambil untuk kepentingan diri, keluarga, dan kroni kroni mereka saja. Mereka menipu rakyat rakyat dan manusia seluruhnya. Mereka putar putarkan lidah memperkatakan kebaikan tetapi sikap mereka di belakang rakyat jahat sekali.Firman Allah yang bermaksud:
"Dan sebahagian manusia ketika mengucap mengenai kehidupan di dunia sungguh mengkagumkan kamu. Dia bersumpah membuat pengakuan segala isi hatinya bulat untuk ALLAH, sedangkan dia itu adalah sejahat jahat musuh. Apabila dia berpaling (di masa yang lain) berusaha merosakkan muka bumi. Dan ALLAH tidak suka kepada kerosakan".
(Al Baqarah:204-205)Mereka merompak rompak harta sesama mereka, saling merebutkannya, lalu mereka berpecah belah, jatuh menjatuhkan dan mengampu menjilat untuk mendapatkan kekayaan dan jawatan. Kebaikan kecil yang di buat di besar besarkan kepada rakyat dengan melupakan rompakan rompakan besar yang mereka lakukan. Mereka beri kepada rakyat Rm 600 - Rm 3000 sebulan manakala mereka sendiri mengambil Rm 30 ribu sebulan, tidak termasuk elaun elaun lain lagi.Ada pemimpin di negara lain gaji nya berjuta Rm sebulan.
Apa alasan pemerintah ini untuk mengambil gaji sebanyak itu? Apa yang mereka makan, apa yang mereka pakai dan apa yang mereka gunakan? Besar sangat ke perut mereka, badan mereka dan lain lain hingga perlukan wang sebanyak itu untuk keperluan bulanan mereka? Kalau rakyat boleh cukup dengan Rm 600 sebulan, ertinya pemerintah sudah melebihi keperluan asas rakyat berkali kali ganda banyaknya. Ini suatu pembohongan dan penipuan besar yang telah dilakukanya. Kalau begitu ternyata sekarang dunia sedang diperintah oleh perompak perompak dan penipu penipu besar. Akibatnya Negara terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Tidak pelik mengapa rakyat hampir hampir di seluruh dunia hari ini sudah tidak segan silu dan tidak takut menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah. Rakyat yang peka dan cerdik sudah tidak boleh di tipu lagi. Mereka mengharap keadilan dan mahukan kepimpinan yang benar benar adil lagi bersih. Dan hal ini hanya dapat di buat oleh pemimpin yang bertaqwa yang mengikut cara pemerintahan Islam yang tulen dan cintakan Akhirat.
Dalam Islam jawatan pemimpin bukan kerja untuk makan gaji. Sebab pemerintah bukan tauke perniagaan yang dia boleh ambil berapa pun gaji ikut suka nya.Negara bukan kepunyaan pemerintah tetapi kepunyaan bersama. Pemerintah tidak keluarkan modal untuk membangunkan negara. Mereka cuma di minta untuk menjaga, mentadbir dan menguruskannya. Mereka menerima amanah mengendalikan perjalanan negara. Mereka tidak boleh makan gaji atas amanah ini.
Pemerintah sanggup menjadi pemerintah, adalah kerana rasa bertanggungjawab untuk mengurus hal hal kenegaraan agar negara aman dan rakyat makmur. Keupayaan pemimpin yang ALLAH bagi pada seorang pemimpin adalah satu tuntutan untuk melaksanakan kewajiban menjaga negara dan rakyat. Kalau ia salah guna, berdosalah dia.Pemerintah yang baik tentu bersedia untuk hidup sederhana dengan hanya mengambil keperluan dan kemudahan hidup sahaja dari harta negara. Selebihnya digunakan untuk pembangunan bersama negara dan rakyat jelata.
Pemerintah mesti ingat mereka bukan majikan kepada rakyat. Sebab negara itu bukan kepunyaan mereka.Pemerintah tiada hak untuk buat sewenang wenang dalam negara. Dan kalau hal itu sudah berlaku, tunggulah kehancuran bangsa dan negara tersebut. Dan bagi pemerintah saperti ini tunggulah NERAKA di Akhirat.
Moga moga para pemerintah di dunia hari ini akan insaf dan jujur untuk mengakui ketelanjuran mereka terhadap rakyat dan bersedia untuk mengubah corak pemerintahan yang ZALIM kepada pemerintahan ISLAM yang adil.
Sumber rujukan: Cikgu Ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan