Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, September 06, 2008

APAKAH KITA SUDAH BERSEDIA MEMERINTAH?????

Dilulus terbit pada Thursday, September 04 @ 16:51:38 MYT oleh alghaib Pendapat Oleh al-bakistani "

Sebentar tadi aku berbual dengan salah seorang dari tiga orang Naib Presiden PAS. Dengan ketiadaanku, ianya sekadar perbualan biasa, tetapi setelah kehadiranku, perbualan itu telah bertukar seperti satu wacana kecil, lebih-lebih lagi setelah soalan “maut” yang berjaya aku kemukakan berkenaan dengan 16 september yang kononnya UMNO dan Barisan Nasional akan jatuh.

Berbagai-bagai soalan yang telah aku “tembak” kepada si Naib Presiden itu, dan beliau berjaya menjawab segala persoalan-persoalan itu, tetapi masih lagi tidak dapat menjawab dalam bentuk yang memuaskan hatiku. Lebih-lebih lagi, beberapa soalan perangkap yang aku kemukakan itu tidak dapat dijawab dengan lisan, tetapi dijawab dengan memek muka yang amat meragukan. Memandangkan masanya agak terbatas, Wacana kami itu terbantut dengan meninggalkan pelbagai keraguan. Pihak Si Naib Presiden juga berjanji akan menyambung wacana ini dengan lebih menarik lagi. aku pasti akan menunggu saat-saatnya. 16 SEPTEMBER Tidak dinafikan dengan pertukaran pemerintahan yang kononnya akan berlaku pada 16 september, kita akan dapat lihat satu keadaan, yang mana PAS bukanlah parti yang akan mendominasi kerajaan. Dengan ini, PAS akan menjadi golongan ketiga selepas dari PKR dan DAP, walaupun PAS mempunyai banyak petugas-petugas berbanding PKR dan DAP. Dengan itu, kita akan dapat melihat PAS yang merupakan gerakan Islam di Malaysia akan menjadi satu parti yang agak kesepian dalam Pakatan Rakyat yang kononnya akan memerintah. Keadaan seperti ini sudah banyak berlaku di mana-mana gerakan Islam di seluruh dunia, seperti yang berlaku di Indonesia dan sebagainya. Kadang-kadang hati kecilku berkata-kata, mengapa keadaan ini berlaku??? SEJARAH MENGAJAR Aku mula memikirkannya secara rasional, tanpa bercampur sentiment kepartian dan mana-mana pemikiran. Setelah diperhatikan secara mendalam, aku dapat merumuskan beberapa keadaan, antaranya adalah, kemungkinan gerakan islam belum berjaya merelevankan cara pembawaannya. Jika dibaca sejarah indonesia, kita akan dapat melihat bagaimana kehebatan Sukarno menjatuhkan penjajah. Tetapi, setelah penjajah runtuh, didapati sokarno tidak berjaya membangunkan indonesia di atas keruntuhan penjajah. Dengan itu, lahirkan soharto yang membangunkan indonesia dengan segala kemampuan yang ada pada beliau, walaupun disana terdapat banyak penyelewengan yang telah berlaku. Dari keadaan inilah, aku merumuskan, tidak semua orang hebat dan pakar dalam membangkang bahawa dia hebat dan pakar dalam membina kerajaan. Inilah kebimbanganku dikala berlakunya 16 september. Kemungkinan Anwar Ibrahim adalah seorang yang hebat menjahanam dan melingkupkan UMNO dan Barisan Nasional, tetapi belum tentu beliau merupakan tokoh yang hebat untuk memerintah nanti. Kemungkinan beliau tidak hebat, bukan kerana dirinya sebagai Anwar Ibrahim, tetapi k ehebatan beliau berjaya dinafikan dengan sebab orang-orang sekeliling beliau yang sudah mula bersikap seperti “jakun-jakun” yang kehilangan pedoman hidup. ataukah, memang Anwar Ibrahim tidak mampu, walaupun beliau dikelilingi oleh golongan yang berkemampuan. Itu perlu kita serahkan kepada Anwar sendiri agar dia berfikir untuk membangunkan Malaysia dikala beliau memerintah nanti. Dan secara peribadi, aku menganggap Anwar mampu untuk memerintah, dan membina kerajaan dengan baik, tetapi terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Pun begitu, kemampuan beliau itu, tidak berasaskan kepada Islam, bahkan beliau perintis jalan kepada PAS untuk menubuhkan negara Islam. Persoalannya, adakah Anwar memang begitu??? ANWAR DILIHAT HEBAT Mengapa perlu menyalahkan Anwar dikala PAS tidak berjaya menampilkan tokoh untuk perdana Menteri. Kalaupun berjaya menampilkan, tetapi agak kurang diterima oleh rakyat jelata. Kita tidak perlu bimbang, kalau tokoh-tokoh kita berjaya digambarkan sebagai hebat, dan sememangnya mereka hebat. Pun begitu, kebimbangan ini tetap berlaku. Di mana silapnya sehingga kebimbangan ini sering bermain dalam pemikiran kita??? Padaku, PAS memang satu parti yang hebat. Hebatnya PAS disebabkan agenda Islam menjadi asas perjuangan. Adapun Anwar, beliau dilihat hebat disebabkan FALSAFAH beliau dalam berpolitik. Beliau berpolitik, menyebabkan anak-anak muda yang berbagai-bagai latar belakang boleh duduk bersama beliau. Tokoh-tokoh pemikiran songsang boleh membantu beliau. Tetapi keadaan ini, agak tidak berlaku kepada tokoh-tokoh hebat dalam PAS. Kalau di Lubnan, Hasan Nasrullah berjaya menjadi pujaan oleh rakyat lubnan, walaupun beliau yang masih berjubah dan serban. Mengapa kejayaan ini tidak dapat dilakukan oleh tuan-tuan guru kita di Malaysia ?? Apakah dengan syiahnya itu menyebabkan rakyat lubnan boleh menerima beliau ? padahal, setelah difikirkan, rakyat lubnan menerimanya bukan kerana syiahnya… oleh itu, rakyat lubnan menerima dengan sebab apa ?????? Mungkin inilah yang perlu kita belajar dari Hasan Nasrullah, ataupun kita perlu belajar dari Falsafah Anwar dalam berpolitik ??? GERAKAN ISLAM Mungkin itu tidak perlu difikirkan secara mendalam, tetapi sebagai ahli PAS, selayaknya aku fikir tentang kemampuan PAS. Aku pernah menghadiri sebilangan wacana dalam isu penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat. Aku sering bertanya kepada sebilangan pimpinan tertinggi PAS, apakah kita bersedia memerintah atau tidak, dikala kita mahu menubuhkan kerajaan nanti. Ada yang senyap tidak menjawab, dan ada sebilangan yang lain menjawab dengan wajah yang meyakinkan bahawa PAS berjaya memerintah. Mereka merujuk kepada kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mungkin itu satu jawapan yang boleh diterima pakai dari satu sudut, tetapi agak kurang boleh diterima dari sudut yang lain. Aku menerima bahawa PAS berjaya memerintah kelantan, yang rata-rata rakyatnya boleh dikatakan sebagai manusia “surau dan masjid”. Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan karisma ulama telah berjaya mensuraukan dan memasjidkan rakyat kelantan yang bukan ahli masjid dan surau, seperti mengadakan kuliah di padang-padang, di tepi jalan dan sebagainya. Disamping ceramah politik beliau, tidak lekang dari mengulas ayat Al-Quran dan hadis Nabi SAW . Persoalannya, apakah orang mampu lakukan sedemikian diluar Kelantan? Di Selangor dan di Perak sebagai contoh, aku melihat, perubahan politiknya bukan kerana “kemasjidan” dan Kesurauan” rakyat, tetapi lebih kepada kebencian dan ketidakpercayaan terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam pemerintahan. Lantaran itu, dikala membuat “bedah siasat”, didapati Dun-dun dan parlimen-parlimen yang banyak kalah adalah Dun-dun dan parlimen-parlimen yang pengundinya ramai orang islam, disamping Dun-dun dan perlimen-parlimen yang pengundinya orang bukan Islam, boleh menang dengan mejoriti yang membanggakan. Ekoran dari itulah, pada penilaianku, kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor dan Perak, bukanlah masanya kita berfikir untuk membina kerajaan, tetapi lebih kepada memperkuatkan parti/jemaah agar bekerja kuat dalam mengambil kesempatan disebalik kemenangan Pakatan Rakyat dalam menyampaikan mesej Islam. Kalau ini berjaya dilakukan, sudah pasti 10 tahun akan datang PAS akan mendominasi pemerintahan Pakatan Rakyat, yang ketika itu bukan “Kerajaan Pakatan Rakyat” yang diguna pakai, tetapi “kerajaan Islam” yang diguna pakai. Juga, bukan Anwar Ibrahim yang ditabalkan sebagai Perdana Menteri, tetapi perdana Menteri ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ketika itu, walaupun Anwar berkeras mahukan jawatan itu, tetapi dengan berkerasnya Anwar Ibrahim tidak akan menghasilkan apa-apa kesan, disebabkan rakyat sudah mahukan Tuan Guru Haji Abdul Hadi berbanding Anwar. Persoalannya, apakah dengan kehadiran YB-YB PAS telah berusaha kearah itu? Itulah persoalan yang sering bermain dalam pemikiran dan hati kecilku. Aku tidak pasti sejauh mana usaha ini telah dilakukan. Dan dalam pengamatan aku, ianya belum dilakukan dengan sebaiknya, tetapi lebih kepada retorik yang dipenuhi dengan pelbagai hipokrit. Lantaran itulah, lahirlah YB-YB yang ditimpa penyakit gila. Gila nak jadi menteri. Aku tidak menganggap semua YB-YB sedemikian, tetapi pada pengamatanku, 80 peratus sedemikian. Mungkin orang marah aku mengatakan demikian. Bahkan mereka mendesak agar aku bersangka baik dengan mereka. Padaku, apa gunanya mulutku menyebut bahawa aku sangka baik, tetapi hatiku penuh dengan keraguan, disebabkan melihat celoteh dan tindak tanduk mereka. PENUTUP Padaku, PAS jangan sahaja dilihat hebat, tetapi PAS sewajibnya menjadi hebat. Apa gunanya dilihat hebat, kalau hakikatnya lemah. PAS perlu bermuhasabah diri dengan setulus hati. Hindarkan sentimen kepartian dalam bermuhasabah. Muhasabah yang perlu dilakukan adalah, melihat kelemahan diri perlu diutamakan berbanding melakukan sabotaj terhadap kekuatan parti lain. Mudah-mudahan PAS tidak menerima nasib sepertimana nasib-nasib gerakan Islam yang lain. Segala kelemahan yang berlaku kepada gerakan Islam yang lain, tidak seharusnya dijadikan modal untuk kita mensabotaj parti-parti yang lain, tetapi sewajibnya kita jadikan pengajaran. Dengan pengajaran itulah, kita akan berjaya memerintah Malaysia dengan menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan. Persoalannya, apakah kita bersedia???? Sekian Wallahu ’Alam Al-Bakistani http://one-g.blogspot.com abu_abdillah_azzam@yahoo.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mengingatkan ana kata kata Prof zulkifli(presiden Pas) selepas pilihanraya 59"kita terlalu awal mendapat kemenangan"setelah mendapat 2negeri kelantan dan terngganu waktu itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...