Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, Februari 10, 2010

PERKARA PERKARA YANG TELAH HILANG DARIPADA UMAT ISLAM

Antara yang sudah terlepas atau hilang dari Umat Islam, ialah:-

  1. Ilmu Pengetahuan
  2. Kepimpinan bertaraf sejagat
  3. Akhlak dan budi pekerti yang mulia
  4. Ukhwah dan kasih sayang
  5. Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap kaum wanita
  6. Perpaduan dan kesatuan Umat Islam
  7. Rasa bertuhan dan rasa tauhid
  8. Rasa cinta kepada Akhirat
  9. Rasa takut dengan Tuhan atau dosa
  10. Rasa tawakal
  11. Rasa qanaah
  12. Sifat redha
  13. Sifat sabar
  14. Sifat tolak ansur
  15. Persahabatan di kalangan kaum muslimin
  16. Sifat taat dan setia kepada pemimp[in
  17. Tamadun Islam
  18. Undang undang dan perlembagaan Islam
Oleh itu kalau kita ingin mengembalikan sesuatu yang hilang dari umat Islam agar mereka memilikinya semula memerlukan satu perjuangan yang gigih.Memerlukan pengorbanan apa saja.Memerlukan pemimpin yang boleh menjadi contoh terutama ketaqwaan dan ilmu serta kepimpinannya.Memerlukan ketaatan dan kesetiaan para pengikut.Memerlukan perjuangan yang terus menerus tanpa henti henti.Memerlukan kebijaksanaan.Memerlukan role model di kalangan para pejuang dan pemimpin pemimpin nya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dilihat dalam senarai tersebut....mungkin sedikit bilangannya kepada mereka yang arif....terlalu banyak pula bagi sesetengah mereka yang tidak suka ambil tahu....dan susah pula bagi mereka hendak mengingatinya. Ada juga yang tidak tahu ...tidak faham...beberapa istilah yang digunakan...terutama mereka yang jarang membaca buku-buku ilmiah.

Kalau begitulah ukuran untuk berAgama....untuk mengetahui perkara yang telah hilang daripada umat Islam....maka ramailah antara kita yang keliru dengan apajua senarai yang diberi oleh sesiapa jua yang bergelar Ulama' . Kalau ada sepuloh Ulama'....mereka akan mengeluarkan sepuloh senarai yang berbeza...akhirnya semua mereka yang membacanya bertambah keliru.....ringkasnya.... bertambah sesat !

Satu sahaja yang hilang daripada Umat Islam....yang mengaku berAgama Islam sekarang ini iaitu TIDAK ADA TUHAN dalam JIWA mereka.

Semua Umat Islam tahu ...dan melaksanakan Ibadah yang diperintah seperti sembahyang...puasa...pergi haji...bayar zakat...tapi JIWA...ketika melakukan semua ibadah tersebut KOSONG MELOPONG...ringkasnya... ketika sembayang...puasa...semua itu.... mereka jadi TUHAN !

Siapa yang berkuasa ketika melakukan Ibadah Sembahyang itu ? berkuasakah kita ? kita berkuasa dari Tuhan ? kalau semuanya ini tidak terjawab....siapa sembah siapa ? siapa yang pula jadi Tuhan ketika Sembahyang itu ?

Tepatlah kata Nabi, " Islam di Akhir zaman tinggal namanya sahaja, quran tinggal kulitnya sahaja, masjid banyak tapi tidak beri petunjuk dan ulama' sesat menyesatkan "

Fikir-fikrkan lah.........maafkan saya kalau keterlaluan.

Dari:mohd yunos mohd ali

Tanpa Nama berkata...

Dari Jamilah Kassim

Salam Amri

Betul lah apa yang dikatakan oleh Ustaz Hj Ashaari Muhammad. Pening dan risau memikiran sifat orang-orang melayu zaman ini. Nampak sangat ramai yang dah abai hukum halal dan haram dalam Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...