Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, Mei 18, 2009

Dosa Ibubapa Mendahului Kesalahan Anak-Anak

Untuk renungan kita bersama..

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak? Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka? Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita. Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi. Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama.. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad'u pertama saya. Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat. Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA. Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka. Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back! Maafkan Abi dan Ummi! Kiriman: Muhammad@yahoo.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum WW
Setelah saya membaca luahan saudara sebenarnya saya sudah tersedar lama tentang perkara ini .Pada mulanya saya berasa sangat sedih dan tiada motivasi untuk bekerja dan kadangkala pada malam hari saya menangis megenangkan apakah nasib anak-anak saya untuk menghadapi kehidupan yang akan datang.Tapi saya sedar betapa kerdilnya kita disisi Allah.Sebenarnya semua ibu-bapa berfikiran semacam saudara tapi ingatlah kita juga ada tanggung jawab terhadap agama dan bangsa.Memang dalam mencari rezeki sehari- perlukan banyak pengorbanan samaada masa untuk keluarga dan wang ringgit.Tidak pernahkan saudara terfikir bagaimana agama Islam boleh berkembang ke seluruh dunia.Alim ulama pada zaman dahulu sanggup meninggalkan isteri dan anak2 tercinta untuk mengembangkan agama mereka tidakkah secara kite tidak sedar mereka telah megabaikan untuk memberi kasih sayang kepada anak mereka.Tapi mereka sanngup mengembangkan agama Allah ini kerana apa yang mereka cari itu
semena-mena untuk mencari keradhaan Allah.Harga setiap kejayaan itu memerlukan pengobanan.Itu baru satu contoh.Tanamlah prinsip kite dapat sesuatu benda yang kite inginkan tapi kita akan kehilangan satu benda juga.Berdoalah selalu kepada Allah supaya senantisa keluarga kita dalam lindunganya. Kalau semua orang Islam berfikran seperti saudara tentulah Islam akan menjadi lebih mundur.

Kiriman:Aswandi

Tanpa Nama berkata...

Salam 'alaik,

Terpanggil saya untuk sama-sama menyumbang dalam perkara ini setelah menjadi Pengurus dan Pengarah ICT yang sememangnya ada pekerja lelaki dan wanita di bawah arahan saya selama 6 tahun dan setelah menjadi seorang Mudir/Principal selama 7 tahun dengan ramai guru-guru di bawah kelolaan saya yang kebanyakannya wanita dan beratus anak-anak murid di bawah jagaan saya dari berbagai latar belakang dan kecenderungan ibu bapa. Barulah nampak kesemua simptom2nya dan setiap aspek cabaran ini secara keseluruhannya dan dari setiap sudut dan faktornya yang berkait dan bersilang rapat antara satu sama lain termasuk spiritualnya, sosial, kewangan, politik berkeluarga, psikologi, biah sekolah & rumah serta ilmu dan kesedaran duniawi & ukhrawinya.

Isu ini memang jelas menghantui masyarakat and ummah kita sekarang ini; amat berat di pikul oleh semua pihak - suami, isteri, anak-anak, datuk, nenek, guru2, orang gaji dan keluarga terdekat; amat genting situasinya dan natijahnya jelas dalam diri anak2 kita, remaja dan belia kita, masayarakat ananiyah kita dan institusi keluarga yang rapuh.

Saya yang mempunyai seorang isteri dan 5 orang cahaya mata (dari umur 3 tahun hingga 13 tahun) sememangnya selalu berbincang bersama isteri tersayang, bermesyuarat dgn ahli jemaah, bermuzakarah dgn kawan-kawan pakar serta cerdik pandai dan berusrah dengan sahabat2 yang sedang melalui cabaran mengenai keadaan dan sistem tarbiyah masyarakat, keluarga dan anak-anak kita agar kita dapt kebaikan dunia dan kesejahteraan akhirat, i.e maknanya kita hidup didunia ini dgn bermaruah (tak meminta-minta tapi mungkin tak kaya), mendapat ketenangan (sakinah berkeluarga dan bermasyarakat tapi mungkin tak berada) dan bermatlamat (da'wah dan mujahadah yg mungkin tak cantik dan tak manis) serta disediakan kerehatan abadi di syurga Allah s.w.t bersama-sama orang yang tersayang. Subhanallah - adakah lain yang di inginkan selain 'fi dunya hasanah, wa fil akhirah hasanah, wa qina azab an nar'.

Maka soalan ini tidak boleh di selesaikan dengan sepatah dua kata dan peringatan berdoa sahaja.. Tetapi isu ini perlu di rancang penyelesaiannya bersandarkan Quranic and Sunnah centric, secara berjemaah untuk wujudkan support sistemnya, dan selidik semula sistem persekolahan anak2 kita dan rombakan secara total sistem sosial kehidupan kaum lelaki dan wanita dalam masyarakat kita. Insya Allah "Allah ma'ana", Allah bersama kita.

Ana sekeluarga telah mulakan secara bersendirian. Boleh kita mulakan bersama...

Wallahu'alam

Kiriman:Abu Adeeb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...