Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Mei 29, 2009

Orang mulut cabul suka bertengkar dan berbantah bantah

Apa itu sifat suka bertengkar atau berbantah bantah?

  1. Ya itu orang yang suka menyanggah percakapan atau tulisan orang lain dengan mengatakan percakapan orang tidak benar atau tidak betul.
  2. Sebab utama orang bersikap begini ia lah kerana dia hendak meninggi diri dan menunjuk nunjuk bahawa dia lebih tinggi ilmu nya dari orang yang dia sanggah.
  3. Atau menyanggah orang lain dengan tujuan hendak menonjolkan kelemahan,kecetekan atau kelemahan ilmu orang yang di sanggah.
Kita lihat mulut cabul saperti umpat mengumpat, sudah menjadi amalan biasa dalam hidup masyarakat kita terutama di kalangan orang politik dan penyokong nya .
Sifat keji ini sangat di larang dalam Islam tetapi ianya terus jadi mainan mereka.Apatah lagi orang politik menganggap ia adalah salah satu daripada alat yang mesti ada atau "a must have tools" pertahanan diri bagi mereka dalam arena atau gelanggang politik.Jika sifat ini tidak ada pada mereka maka mereka anggap mereka akan mudah di jatuhkan lawan.
Ironis nya dalam masyarakat kita, sifat sifat ini hanya berleluasa di kalangan ahli politik dan penyokong Melayu yang beragama Islam.Di Malaysia kita jarang mendengar ahli politik dan penyokong bukan Islam begitu cabul saperti ahli politik dan penyokong beragama Islam.Maka kalau begitu apa sebab nya?
Dalam sebuah Hadis Nabi SAW bersabda, maksud nya:
" Tiada akan sesat sesuatu golongan manusia sesudah diberi Allah petunjuk kepadanya, melainkan bila mereka selalu saja berbalah balah (bertengkar tengkaran)."
"Tiada akan sempurna hakikat keimanan seseorang, sehingga ia meninggalkan tengkar menengkar, sekali pun apa yang di tengkarkan itu ialah kebenaran".
Biasanya apabila sudah bertengkar akan timbul pula pertelingkahan.
Dalam sebuah Hadis Nabi SAW bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah Taala ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...