Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Khamis, Mei 14, 2009

KENAPA SELAMA INI SOLAT & IBADAH TIDAK MENDIDIK KITA?

Ibadah tanpa penghayatan tidak memberi kesan.Kita diberi ilmu tentang ibadah, sama ada ibadah asas mahupun ibadah sunat, hanya setakat yang bersangkut paut dengan hukum-hakam ia itu tentang syaratnya, rukunnya, sah dan batalnya sahaja. Oleh itu dalam beribadah, itulah yang kita jaga iaitu syaratnya, rukunnya, sah dan batalnya sahaja. Tidak lebih dari itu. Dalam solat, itulah juga empat perkara yang ditekankan. Begitu juga dalam ibadah puasa dan haji. Ilmu lain termasuk falsafah nya tidak diajar. Kefahaman dan penghayatan pun tidak di ajarkan. Kalau begitu keadaannya bagaimanalah ibadah itu dapat dihayati.

Kalau ibadah penting seperti solat yang menjadi tiang agama dan ibu segala ibadah pun hanya di ajar syarat, rukun, sah dan batal nya sahaja tetapi ilmu falsafah, kefahaman dan penghayatan nya tidak diajar, maka rugi sungguhlah kita. Fenomena ini sudah berlaku selama tujuh ratus tahun semenjak jatuh nya empayar Islam. Ilmu ibadah yang kita belajar selama ini sangat terbatas. Ilmu ibadah yang diajar tidak langsung menyentuh tentang roh ibadah atau hikmah dalam ibadah. Sebab itu kita lihat, orang yang banyak ibadah dan banyak bersolat pun, ianya tidak memberi apa-apa kesan pada diri dan hati mereka. Akhlak mereka tidak banyak berubah.Bahkan orang yang banyak ibadah menjadi lebih beku, tidak aktif, tidak produktif dan sangat pasif.

Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: "Barangsiapayang sembahyangnya tidak dapat mencegahnya daripada maksiat dan kemungkaran maka tidak bertambah dekat dia dengan Allah, melainkan bertambah jauh daripada Allah." (Riwayat At Tabrani).

 Ibadah tanpa penghayatan dan penjiwaan ini tidak memberi apa-apa kekuatan. Ibadah seperti ini tidak dapat melahirkan bangsa yang kuat dan yang mempunyai peribadi yang agung. Dalam perintah Tuhan supaya kita beribadah itu terkandung ubat untuk bagaimana kita boleh melahirkan bangsa yang gagah dan agung, yang dapat menguasai dunia.Tetapi disebabkan ibadah kita itu hanya ibadah lahir, tidak ada jiwa,tidak ada roh dan tidak dihayati, kita bersolat atau tidak bersolat,kita ibadah atau tidak ibadah, sama sahaja kesannya kepada kita.

Tidak ada ilmu tentang Tuhan Solat atau sembahyang itu, di antara tujuannya ialah untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang Tuhan. Bukan untuk mengajar manusia tentang Tuhan tetapi untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang Tuhan. Manusia sepatutnya sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan diluar sembahyang. Cuma, manusia atau insan itu sifatnya adalah pelupa.Walaupun manusia ada ilmu dan faham tentang Tuhan di luar sembahyang tetapi mereka tetap akan lupa. Itulah sifat manusia. Istilah insan adalah dari istilah "ins" dalam bahasa Arab yang maksudnya pelupa.Solat atau sembahyang akan hanya memberi kesan pada orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan. Maka dalam sembahyang, dia hanya diingat-ingatkan dan disedarkan lagi. Lima kali sehari semalam, Allah ingat-ingatkan dia tentang Tuhan untuk menampung sifat pelupa nya itu supaya dia jangan terus lupa. Itulah rahmat dan kasih sayang Tuhan.Sembahyang hanya boleh menyedarkan orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan.

Tetapi bagi kebanyakan umat Islam, di luar sembahyang dan dalam kehidupan seharian, mereka memang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan. Kalau di luar sembahyang sudah jahil, tidak ada ilmu dan tidak faham, bagaimana untuk mengingat Tuhan dalam sembahyang.Bagaimana dapat mengingat perkara yang kita tidak pernah tahu dan tidak pernah faham. Ini perkara mustahil. Orang yang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan sangat susah untuk disedarkan. Orang macam ini, sembahyang tidak ada makna baginya. Terpekik terlolong dalam sembahyang pun tidak jadi apa-apa. Dia tidak ubah seperti orang gila.

Inilah juga sebab kenapa ibadah terutama solat atau sembahyang itu tidak mendidik kita. Umat Islam rata-rata memang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan dan sifat-sifat Tuhan. Sembahyang tidak membawa mereka kepada Tuhan. Jauh sekali mengingatkan mereka tentangTuhan.

(Rakaman syarah Ustaz Hj Ashaari Muhammad)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa itu Roh Solat ?
Apa itu Tiang Agama ?
Untuk apa kita solah ?
Apa perlunya solat?
Kalau tiada perlunya, untuk apa kita solat?
Orang tak solat pun berjaya dan hidup senang ?

Tanpa Nama berkata...

Salam Amri,

Pada pendapatan saya la kan perkara utama yng telah merobah segalanya ia lah Sistem Pendidikan yang di guna pakai di negara ini.. Sekular!.. apa2 jua yg di ajar di sekolah kolej dan unibersiti amat jarang sekali mengaitkannya dengan Agama Islam.. contoh2 di beri pun sume urang2 kafirun saja.. nilai2 diterapkan pun nilai2 kapitalis.. kejayaan diukur dengan berapa banyak uwang yang di perolehi.. pelajaran Agama Islam telah mengambil kedudukan sampingan saja... jadi "by the way' sahaja..

memang masih laksanakan tanggungjawab Solah, puasa, korban, sadakah, dan lain2 ibadah.. tapi tengok lah cara pelaksanaannya.. Sembahyang banyak kadang tak sampai pun 5 minit.. Setiap Jumaat ja Masjid2 penuh lepas tu lenggang.. Puasa? kerana bulan puasa maka kita pun berpuasa lah, tapi perbuatan2 dilarang agama masih dilakukan.. siang aja tak buat tapi malam masih seperti biasa.. Korban pun cam tu gak.. mesti panggil tv dan masuk tv.. yang bersedekah? lai lah teruk.. kena masuk dalam surat kabar tv radio dan mcm2 lai..

yang best lagi kan, sistem pendidikan itu disokong dengan kuat oleh empunya2 media terutama elektronik.. mereka2 ini memberi gambaran bahawa yang di larang oleh Agama itu lah "kejayaan sebenar".. buat lah kajian dari 24 jam rancangan tv itu berapa lama saja yang berubsur keAgamaan?.. 24 jam hiburan.. pemenang af, idol, dan macam2 lai di agung2kan sebagai yang terbaik dan yang berjaya.. di dokong pula oleh para umarak (kerajaan dan bukan kerajaan)..

hasilnya Ulamak di ketepikan hanja jadi tukang nikah sahaja...

Dari: Wati Birah ( e-mel sahabat Yahoo Group Perisik Rakyat)

Leo berkata...

saya melihat shalat, jakat berhajji itu semua sepertinya hanya sebagai pakaina azza, dipake ketika mengerjakannya semua itu, setelah selesai emngerjakannya TAK ada lagi atsarnya, tak ada lagi bekas2nya, bekas shalatnya, bekas hajjinya, bekas zakatnya, kosong. sayang!

seharusnya shalatnya itu membekas di setiap hidup dan penghidupannya sehari2. kerna lima kali dia menghadap Allah, berjanji hanya kepada Nya mengabdi, tapi kenyataanya abdiannya bukan hanya Allah tapi juga maal, harta, kekayaan, materi! atau posisi di politik dan sosial. ikhlash TAK ada.

utamanya harus belajar lagi tentang NIYAT ---> IKHLASH li wajhi-lLaah!

wa-lLahu 'alam

Leo berkata...

itulah... shalat zakat dan ibdah2 lainnya hanya sebagai pakaian, dipake hanya waktu mengerjakannya. setelah selesai maka kembali ke kejahilan lagi.

hidup dan penghidupan tak berlandaskan dan berdasarkan shalat, zakat dan atau ibadah2 ritual itu tadi. hidup dan penghidupannya berlandaskan akan materi.

dasar dan landasannya hanya satu niyat ikhlash karena Allah sirna, hilang dari dada2 kita.

wa-lLahu 'alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...