Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Mei 05, 2009

Hiburan di alam Perkahwinan

Assallamu "alikum wbt. saudara Muslimin dan Muslimat sekalian. Mari kongsi suatu cerita ya itu cerita tentang hiburan yang di ceritakan oleh seorang Guru ku. Menurut kata nya dalam Islam tidak salah berhibur asalkan halal.Lebih lebih lagi berhibur adalah fitrah semula jadi manusia.Islam tidak melarang tuntutan fitrah semula jadi. Di antara hiburan manusia ialah pertemuan lelaki dan perempuan atau dengan kata kata yang lain ialah melakukan perhubungan perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.Boleh lah bersuka suka, bergurau senda, melakukan hubungan jenis bahkan Islam menyuruh berbuat demikian demi membaik kan hati kedua dua nya. Tapi kita perlu ingat, ia nya adalah sampingan dalam hidup perkahwinan dan bukan matlamat.Ia akan berlaku dan terjadi dengan sendiri nya samada kita fikirkan atau tidak.Dia pakej semula jadi di dalam menegakkan cita cita perkahwinan. Tujuan perkahwinan ialah kerana hendak menegakkan cita cita Islam.Jadi hiburan dalam perkahwinan hanya lah sampingan.Ia terbawa sekali dalam mengejar matlamat perkahwinan itu.Tetapi ianya bukan lah matlamat dalam perkahwinan itu sendiri. Jadi apabila kita katakan perkahwinan itu tujuan nya bukan untuk berseronok , tidak bererti kita tidak boleh berseronok di antara suami isteri.Setelah menjadi suami isteri, berhiburlah, berseronoklah. Dalam ajaran Islam matlamat perkahwinan adalah besar, lebih agung dan lebih suci.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...