Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, Mei 18, 2009

IDEOLOGI POLITIK BARAT UNTUK MENDAPAT ISLAM?

Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang-undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat. Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam. Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat. Sabda Rasulullah SAW: Terjemahannya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan dia juga akan tergolong dalam kaum itu. Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang temyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti. Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.” Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dari mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin. Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’ dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak... Mengapa? Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam! Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana hendak “mengambil hati” para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja. Sedangkan menurut ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelum cuba membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil. Dengan ini, sikap tolak-ansur dengan kemungkaran adalah tertolak, kerana ia menjerumuskan kita kepada sifat nifaq ataupun talam dua muka. Melalui sistem politik Barat ini juga, kita cuba menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka tegakkan bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan iman. Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu. Ini berbahaya. Lebih-lebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata. Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan. Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik atau- pun fasik. Walaupun mereka sebenamya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam. Misalnya, perempuan-pemmpuan mereka hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tetapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu kita lihat, bila menaiki kapal terbang dalam perjalanan berdakwah di luarnegeri. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapal terbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu? Islam pura-pura! Sementara di pihak pembesarnya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang Islam. Di dalam Negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti ke Thailand, Perancis dan London sikap mereka pun bertukar. Mereka buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya. Inilah peribadi-peribadi yang kononnya penaung kepada negara Islam. Apa sudah jadi? Pemimpin berlakon di hadapan rakyat, rakyat berpura-pura di hadapan pemimpin? Inikah negara Islam yang -kita cita-citakan? Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenarnya ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, di mana pcmimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dari cinta kepada Allah semata-mata. Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya ’kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan atas dasar iman. Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat jelata. Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini? Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa? Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam) Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkandi dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman! Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pengalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya mendadak berubah. Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. Itu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macarn kemewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri. Akhirnya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita’ menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata. Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah! Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa. Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dan diikuti dengan memberi tarbiah. Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi tentu dibimbing melalui didikan secara praktikal.Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.
Sumber: Ikhwan Daily

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamu'alaikum,

mgkn blogger setuju dgn ikhwan daily kot, tu yg post kt sni. tp klu xstuju, anggp je sy tuju persoalan ni kepada ikhwan daily dan semua yg mmbaca.

bagus hujjah ikhwan daily tu, tp mgkin ade yg lebih bagus drpd hujjahnya.

terlalu longgar sbnrnye klu hnya menggunakan hadith di atas sbg hujjah utk mengatakan kita orang islam tidak boleh menggunakan politik pilihan raya kerana ianya dicipta dn datangnya dari barat al-kafirun.

jika hujjah ini diterima, pastinye byk lg persoalan yg timbul, kerana byk lagi perkara2 yg kita guna yg dicipta dan datangnya dari barat al-kafirun, adakah kita tidak sedar.

politik adalah satu medium utk berkuasa dari ciptaan barat, tp mungkinkah anda tidak sedar microfon yg juga anda guna sbg medium utk bercakap dikhalayak ramai juga adalah dari ciptaan barat al-kafirun..

mungkin "bende2" yg kita guna byk lg dari ciptaan barat al-kafirun, walaupun dikluarkan di malaysia, tapi asalnya adalah ciptaan barat al-kafirun dn sekutu2nye. adakah smua perkara ini termasuk dalam hujjah anda?

pakaian yg sedia ada sekrang, berseluar dan bert-shirt, semuanya adalah asal dr ciptaan barat, kita hanya menciplak semula, kadang2 kite xsedar, jd adakah blh kite gunekan hadith dan hujjah ikhwan utk mangatakan perkara2 yg dtg dan dicipta oleh barat al-kafirun adalah salah dan jika kita mggunakannnya juga dikira bersalah.

klu hujjah ini diterima, makanya byk yg perkara yg salah dan haram kita sbg org islam buat yg mungkin juga ikhwan buat.

itu blum masuk sistem pendidikan yg mungkin ikhwan sndiri lalui, adakah tidak ade pengaruh dan perkara2 yg dicipta oleh barat al-kafirun?

sbnrnye mudah je, klu btul politik pilihan raya salah dan haram, tunjukkan dalil qat'ie yg jelas mengatakan politik pilihan raya haram..

klu xde, kite kne akur utk tidak mengharamkannya, kerana bg saya tiada jatuh haram sesuatu perkara jika ia tiada dalil qat'ie pengharamannya dan jika tiada qias yg muktabar..dan kita berpegang kepada ijtihad jumhur ulama'..

ape yg barat cipta bukan semuanya haram, rosak,buruk dan kotor, ade perkara2 yg blh diambil utk kebaikan kita, tidak semuanya buruk..

jd adakah apabila kita katakan politik pilihanraya adalah salah kerana bersandar kepada hadith di atas brmkne dlm pd mse yg sme semua perkara yg dtgnye dari barat al-kafirun walaupun ada kebaikan dan manfaat juga jatuh hukum haram dah salah?

same2 fikirkan...

Unknown berkata...

Walaupun hanya sekadar mengambil posting dari lamanweb yang lain, tetapi usaha anda sangat bermakna, semoga ALLAH membalisinya dengan sebaik balasan. Amin

Unknown berkata...

Assalammualaikum,
Walaupun sekadar mengambil petikan dari lamanweb lain, tetapi usaha tuan ini sangat bermakna.

Semoga Allah membalasnya dengan sebaik2 balasan. Amin.

just an industrial technician berkata...

Kita kena hidup dalam undang2 perlembagaan yg sedia ada sekarang ni kerana kita sudah tiada tanah air lagi suatu ketika dulu setelah dijajah oleh orang kafir. maka itu bermulanya kita tiada hak apa2 untuk menegakkan syariah islam dinegara 'tumpang' ini, yang disumbatkan dgn pelbagai kaum lain beragama lain sebelum diberikan kemerdekaan pada kita secara bersyarat...kenala ikut undang2 sekarang, kalau tidak PM kita skrg ni Gordon Brown agaknya dan ada Queen E.
Punca masalah yang boleh diselesaikan tapi belum lagi tercapai ini ialah tiadanya bertapak penekanan terhadap TAUHID didalam sistem pendidikan kita pada setiap peringkat. Pakej Islam terdiri dari tauhid, fiqh & tasawwuf tapi hanya fiqh & tasawuf yang dipopularkan sedangkan kalau tak kenal Allah macam mana nak cinta Allah. Inilah strategi syaitan yang menyerap dalam darah mereka yang memegang kuasa di mana2 pun dibisikkan supaya bab tauhid ni tak payah diutamakan, lebihkan fiqh & tasawwuf jer..tu la sekarang ni ramai yang beramal tapi atas dasar tauhid yang lemah. Buktinya ramai melayu mengaku Islam tapi 5 waktu entah mana, ramai puasa tapi tak solat..etc. Kalau didikan tauhid yang benar bermula pada semua sejak kecil, mereka akan tahu matlamat hidup dan peranannya sebagai khalifah dan insyaAllah suatu hari nanti PM dan mereka yang memegang kuasa politik akan terdiri dari golongan ini. Sekarang kita boleh mula selitkan Tauhid dengan Menteri Pendidikan baru ni kot...siapa ada connection??
Dengan ilmu tauhid saya pasti statistik masalah gejala sosial dan sebagainya akan berkurangan pada masa depan.

just an industrial technician berkata...

Saya hanya rakyat biasa yang kurang arif dan jauh dari arena politik. Sekadar menjalankan kewajipan mengundi. Tetapi kenapa setelah memangkah parti yang nampak islam tapi yang gah naik ialah agenda mega babi dari parti yg non muslim. Dan melalui pemikiran saya yang sempit ini, adakah strategi parti yg memperjuangkan islam ini sudah berada dilandasan yg betul, iaitu bila semua undi parti gabungan dia, Malaysia akan jadi negara Islam? Di Perak bukankah sepatutnya Lim Kit Siang yang jadi Menteri Besar kalau bukan kerana peraturan Menteri Besar mesti terdiri dari orang melayu. Berapa sangat kerusi PAS kat situ. Rakyat sekarang dah pandai mencari information melalui internet dan berfikir lebih matang. Saya rasa UMNO (BN) ada skill dan pengalaman memerintah (pembangunan & ekonomi), tapi mempunyai masalah akhlak (kurang tauhid etc) maka ramai tak puas hati menyebabkan dia tak menang banyak. Yang saya nampak, kalau PAS masuk BN, semua kerusi PAS akan laku pasal pengundi semakin celik, calonnya akan mendapat tempat dan jawatan dalam kerajaan (bukan pembangkang), barulah dia bole cucuk dan pastikan tiada salahguna kuasa dikalangan colleagues yg lain dan pastikan pembangunan negara berlandaskan akhlak yang mulia. Dah ada team gabungan akademik & islamic yg mantap barulah bole plan strategi untuk jadi negara Islam dengan ekonomi yang kukuh dan moral yang murni. Takdela nanti negara kita mudah diperlekehkan macam sesetengah negara 'Islam' yang lemah ekonomi, lemah ilmu & mentaliti dan lemah senjata maka boleh diserang & dijajah semula. Bukan nak menangkan mana2 parti tapi nak menangkan ISLAM. Kita hidup dalam masyarakat majmuk, terpaksa terima tu, berbilang agama, maka konsep negara Islam ini kena dibawa/implemen secara halus. Takyahla sebut 'syariah Islam', 'hukum hudud', depa tak faham indahnya kanun jenayah syariah tu. Ada perkataan 'Islam' je pasti ada yg mengKarpal. Nak make things better just buat je menyerupai hukum Islam tapi sebut je hukum Malaysia. Fundamentals dah kukuh nanti bolehla terus announce Malaysia negara Islam, nobody can deny masa tu. Kalau idea saya ni lemah sila beri pendapat yang praktikal, saya bukan budak pandai tp boleh saya belajar dari pendapat lain untuk membentuk kematangan berfikir.

gerobok berkata...

mengenai 'mikrofon' dan ciptaan barat yang lain saudara yang komen diatas harusnya terlebih dahulu membezakan antara hadharah(idea) dan madaniah (benda). dalam masalah sains dan teknologi ia bersifat universal selagi tidak ada dalil yang mengharamkan.. sesuai dgn kaedah syara'

"asal hukum sesuatu benda adalah mubah(harus) selagi tidak ada dalil yg mengharamkannya"

menyentuh ttg baju yg dipakai, kita boleh saja memakai baju apapun asalkan menutup aurat.. etapi apabila baju yg dpakai itu terkait dgn hadharah khas bukan islam spt salib, maka haram kita memakainya.. sbb ada dalil yg mharamkanya...

Artikel diatas byk kebenarannya, apa yang ana fhm, penulis memaksudkan SISTEM DEMOKRASI yg dianut sedunia skrg...

mmg benar, idelogi kapitalis yg dtg bersama demokrasi xkan menyenangi islam bangkit kerana akan memudarkan hegemoni mereka kelak..

untuk maklumat lebih lanjut, ana sarankan antum semua lawat http://mykhilafah.com/
kerana di laman tersebut byk maklumat ttg idelogi kapitalis ini.
wallahualam bis shawab

peace to all berkata...

Sebenarnya Islam itu 4 all... hukum Allah jelas meWAJIBKAN setiap yg bersaudara muslim menegaknya. Dlm Quran sebut dlm hadis sebut. Kewajiban itu mutlak tanpa kira bangsa yg penting muslim. 50thn lebih merdeka apa pencapaian pemerintah dulu kini selamanya buat dlm melembagakan pelembagaan syariat? Syiar pada agama dah megah. Masih lagikah meng kolot kan agama Allah? Tahap murtad sgt kritikal.. apa masih bergantung pada syiar? sememangnya syariat jua penyelesaian semua makhluk di bumi Allah ni. Hiburan terlalu asyik hingga melupakan pada muda mudi pada KEMATIAN. Saat itu lah di tanya apa pengorbananmu pada agama! bukan bangsa. Syiar juga ditanya TETAPI setelah keutamaan akidah itu atau dasar di tanya.. Percayalah parajurit2 tentera juga berjuang ibarat nyawa di hujung tanduk. Tatkala itu niat parajurit yg beragama islam telah di wajibkan di tanamkan perjuangan ini pertamanya berniat kerna Allah(agama), kerna bangsa dan kerna negara.. Sebab apa? Sbb muslim diwajibkan sebarang apa yg dilaku dituntut kerna Allah(agama) yg pertama. InsyaAllah keikhlasan itu terpancar.. jgn memandang sikap seseorg ahli kita meninggalkan dasar perjuangan Islam. Sesekali tepuk kepala tanya siapa Pencipta Mulia... Jwpn yg x di sanggah2 dari dulu kini dan selamanya dalam kalamullah kitab suci Al-Quran kepercayaan kita bila mengucap 2 syahadah.... 5 rukun islam, 6 rukun iman. Tiada alasan di akhirat untuk di tolak apatah lagi dengan alasan keduniaan yg semuanya ciptaan Allah. Org putih sampai lah yg hitam Kita berdakwah semuanya kerna Islam bkn untuk kita! Islam untuk semua. Ya! semua makhluk termasuk jin. Berbalik pada isu dasar pada Islam ini lihat2 juga ciri2 fasik,munafik yg mungkin menyentuh sensitiviti saudara muslimku.. tiada istilah kafir mengkafir melainkan pemutihan individu pada istilah ciri2 org munafik. Quran juga sebut hal demikian. Semua org juga sebut yg sama seperti Al-Quran... Adakah kita yg menyebut serta kitab Al-Quran mewahyukan untuk seluruh makhluk itu RADIKAL??? MAKA YANG SEBENAR-BENAR R-A-D-I-K-A-L adalah makhluk yang melanggar,menolak,memperlekeh hukum2 yang ALLAH Taala ciptakan untuk sekalian umat demi keselamatan dunia n akhirat. Siapa sini xtau bukak aurat tu berdosa? contoh aje ni.. paham2 dan renung2 kanlah Nabil... ok wassalam

Ratu Adil berkata...

Sebenarnya Islam itu untuk diamalkan. Daripada kita sibuk berbahas sistem ini tak betul sistem itu tak betul, lebih baik kita buat sistem Islam yang betul.
Sistem Islam adalah sistem yang paling komplit dan sempurna dibandingkan apa2 sistem sekalipun dalam dunia ini. Sistem demokrasi itu kalau nak dihujah dengan akal pun dah nampak kelemahannya. Contoh: bila dalam satu masyarakat katalah ada 10 orang. 4 orang mencalonkan diri jadi pemimpin, katalah si A, B,C dan D. Lepas undian didapati si A dapat 4 suara (3 kawan+diri sendiri), si B dapat 3 suara (2 kawan+ diri sendiri, si C dapat 2 suara (1 kawan+diri sendiri) dan D dapat 1 suara (diri sendiri je yang sokong). Dalam sistem demokrasi si A berhak jadi ketua setelah dia berpakat dengan B atau C untuk dapat 2/3 suara. Tapi, cubalah anda bayangkan! A akan memerintah dengan sokongan 3 kawan yang pilih dia sahaja. Sedangkan 6 orang lagi tak mahukan dia. Kuatkah pemerintahannya. Bolehkah dia memimpin dengan baik?

Sedangkan dalam Islam pemimpin itu dipilih dari kalangan orang yang paling baik, yaitu yang paling baik hubungannya dengan Allah dan paling baik hubungannya dengan manusia. Siapa yang paling berjaya melakukan hablumminallah dan habluminannas, maka dia layak jadi pemimpin. Habis siapa yang pilih? Allah lah yang pilih pemimpin Islam, bukan rakyat. Sebab itu dalam Islam tak perlu pilihanraya yang ditaja oleh sistem demokrasi ini.
Bila Allah yang lantik maka Allah akan buatkan semua hati rakyat menerimanya dengan gembira. Itulah yang berlaku pada Rasulullah SAW, khulafaurrasyidin, Umar Abdul Aziz, Muhammad Al Fateh, dll.

Marilah kita AMALKAN dan hayati sistem Islam, baiki habluminallah dan habluminannas. Moga-moga Allah segera lantik pemimpin Islam dikalangan kita. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...